Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Video: Perjuangan DAP atau MCA Yang Anti Islam

Video ihsan Signal On -Pejabat YB Khalid Samad-

Bacaan Al-Quran Sepanjang RamaDhan: Juz 2

Saya sememangnya bercadang menulis setiap malam, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Atas kegagalan saya, saya memohon maaf. Hanya petang ini saya mendapati ada ruang sedikit, maka saya ingin berkongsi beberapa ayat dari juz kedua. Sebenarnya, semua ayat Allah adalah penting, penuh makna dan sarat dengan pengajaran. Tiada kelebihan tertentu pada ayat yang saya pilih berbanding ayat yang lain, kecuali ianya dipilih saya di atas sebab-sebab yang tertentu.

Isu Air di Selangor

BN Selangor sudah ketandusan isu untuk menyerang PR. Oleh itu direka kisah yang kononnya air sudah mula habis dan catuan oleh Syabas terpaksa dilakukan. Air habis pula, adalah angkara PR yang degil, tidak mahu dengar nasihat kerajaan Pusat dengan membenarkan pembinaan Langat II! Sebenarnya bekalan air yang tidak terawat dan yang terawat adalah lebih dari apa yang digunakan penduduk Negeri Selangor. Loji pembersihan air mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dari permintaan dan oleh itu, pada hakikatnya terowong untuk membawa air tidak dirawat dari Pahang dan pembinaan loji pembersihan air baru iaitu Langat II adalah perkara yang tidak diperlukan. Yang perlu adalah pengurusan bekalan air yang lebih cekap supaya ketirisan dan kebocoran dapat diatasi. Sambil itu saluran paip baru juga perlu dipasang. Malangnya, rakyat Selangor tidak nampak kesungguhan SYABAS dalam menangani masalah ini semua dan sebaliknya hanya ingin untuk memenangkan BN dalam PRU ke-13. Dengan itu akan kekal kedudukan...

Bacaan Al-Quran Sepanjang RamaDhan

Setiap malam RamaDhan ramai dari kalangan ummat Islam akan terlibat dengan amalan Tadarrus Al-Quran. Secara umumnya diusahakan 1 atau 1.5 Juz semalam supaya pada akhir bulan RamaDhan, di khatam Al-Quran secara beramai-ramai. Amalan ini telah lama dipraktikkan dan amat gembira melihat, tahun demi tahun, jumlah yang menyertai kumpulan khatam Quran ini semakin ramai. Sehubungan dengan itu, saya ingin memetik satu atau dua ayat dari setiap Juz yang kita baca setiap malam untuk renungan bersama. Ini bertujuan agar kita semua memberi perhatian kepada apa yang dibaca, dari segi maksud serta pengajarannya dan ianya dapat dikongsi bersama untuk diambil iktibar. Namun saya tidak bercadang membentangkan tafsiir yang panjang lebar terhadap ayat pilihan, hanya sekadar tumpuan kepada maksud dan pengajaran umum yang boleh kita perolehi darinya. Untuk malam ini, kita imbas kembali kepada juz 1 dan ayat-ayat yang bermaksud; “Dan mereka mengatakan: Kami tidak akan disentuh api neraka, kecuali untuk...

RamaDhan Kariim

RamaDhan Kariim. Semoga diberkati dan dirahmati Allah sepanjang bulan RamaDhan yang mulia ini dan dikurniakan ketaqwaan kepada semua yang menghayatinya. Bersama kita tumpu kepada usaha membina ketaqwaan berdasarkan ilmu dan amalan. Perbanyakkan ibadah dan sedekah dan pada masa yang sama dampingi Al-Quran, iaitu kitab yang merupakan kata-kata Allah (kalammullah). Biarlah kita membaca Al-Quran dengan kefahaman semoga ianya dijadikan panduan hidup kita bersama. Semoga kita juga memperolehi pengampunan dari Allah di atas segala kesalahan dan kelemahan kita dan digolongan bersama mereka yang mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 1 Ramadhan 1433 KHALID SAMAD

Video: Pakatan Rakyat Nak Tukar Pemimpin Melayu Yang Rasuah Dengan Pemimpin Yang Bersih

Video ihsan Mediarakyat -Pejabat YB Khalid Samad-