Skip to main content

Video: Lompat si Katak Lompat

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

"Video ini sudah setahun lebih...antara hujung Oktober 2010 atau pertengahan 2011. Kita dedahkan sekarang sebab dah dekat dengan pilihan raya," katanya lagi.



Perbualan rakaman tersebut antaranya berbunyi:

Wakil ahli parlimen PKR: "Saya terus terang OK... Itu (RM) 2 juta tak berapa cukuplah."

Wakil NGO: "Empat batang kayu saja... (ketawa)."

Khalid berkata, beliau difahamkan terhadap 15 orang disenaraikan untuk dibeli.

Sebelum ini, beberapa anggota Pakatan Rakyat keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat bebas.

Berita dan video ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

lan said…
kita bongkar lagi !
Anonymous said…
Mengikut Hj Hadi, video, cctv, recorder dan sebagainya tidak boleh dijadikan saksi, alat-alat ini hanyalah BESI.

Harap-harap YB Khalid lebih cerdik sikit dari Hj Hadi.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-