Skip to main content

Perhimpunan Hijau

Himpunan Hijau ke Putrajaya telah pun selamat diadakan dengan jayanya pada 1 Jun 2012 di Alor Setar Kedah. Perhimpunan tersebut merupakan bukti bahawa PAS tetap merupakan sebuah parti yang mendapat sambutan yang kukuh dari rakyat jelata, khususnya masyarakat Melayu Islam.

Puluhan ribu manusia yang membanjiri Alor Setar sudah pasti merisaukan pimpinan BN, khususnya UMNO, kerana ia menyedarkan mereka bahawa tohmahan terhadap PAS yang dilakukan selama ini yang kononnya sebagai sebuah parti yang menggadaikan kepentingan Islam dan Melayu, telah tidak berkesan sama sekali. PAS tetap mendapat sambutan yang kukuh dari sebahagian besar masyarakat Islam walaupun terus diserang dan ditohmah oleh media arus perdana hari demi hari. Ini adalah kerana PAS telah lama bergerak di dalam masyarakat Malaysia dan telah melalui zaman kekalahan dan kemenangan tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya. Oleh itu, apa jua usaha untuk memburuk-burukkan PAS atas tohmahan yang tidak berasas seperti ini telah ditolak oleh masyarakat negara ini.




Dakyah bahawa PAS telah tunduk kepada DAP, menggadai prinsip perjuangannya demi kuasa dan jawatan, terbukti ditolak sebahagian besar masyarakat Melayu Islam dan ini sudah pasti merupakan berita buruk bagi UMNO/BN. Sudah pasti juga setelah melihat kejayaan himpunan ini, pimpinan BN terpaksa memikirkan cara dan kaedah tambahan untuk mencapai matlamat mereka dengan meminggirkan PAS dan memisahkannya dari masyarakat Melayu yang semakin hari semakin hampir kepada PAS.

Dengan terzahirnya sokongan yang sebegini luas dan menyeluruh sebegitu rupa, sehingga jalan-jalan utama di sekitar Alor Setar, termasuk Highway PLUS telah sesak dan ‘jam’, maka tidak hairanlah apabila tarikh pembubaran Parlimen terus tidak dapat dikenal-pasti oleh yang berada ditampuk kuasa. Pada masa yang sama, PAS mula dilihat sebagai parti yang mampu menjadi pengganti kepada UMNO dan mampu menyenaraikan calon-calon pimpinan yang lebih bersih dan amanah. Sebaliknya UMNO ingin masyarakat Melayu yakin bahawa kepimpinan politik yang bersih dan amanah adalah ‘satu idealisma’. UMNO dan BN ingin masyarakat Malaysia menganggap rasuah serta penyelewengan adalah perkara biasa sedangkan PAS dan PR membawa mesej sebaliknya.

Dan inilah sebenarnya hasrat para peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya, iaitu, pimpinan Melayu Islam yang kotor dan rasuah diganti dengan pimpinan Melayu Islam yang bersih dan amanah. Bukan menjatuhkan kepimpinan politik Melayu dan kuasa politik Melayu, tetapi menggantikannya dengan Melayu yang lebih baik.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-