Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Video: Perlukah Islam Pada Parti?

Politik Islam hadir untuk menjernihkan segala kekotoran yang berlaku dalam parti-parti politik. Malah, kerjasama PAS-UMNO diramal tidak akan berlaku melainkan UMNO menukar dasar perlembagaannya kepada Islam, namun usaha survival kekuatan politik Melayu, tetap dipertahankan PAS. Ikuti wawancara bersama YB Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III. Ikuti wawancara yang membahaskan persoalan tersebut di MobTV -Pejabat YB Khalid Samad-

Malam Itu di Kerinchi

Pada malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia. Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur dan juga membocorkan tayar kenderaan. Maka amat jelas sekali bahawa UMNO hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang tidak bertamaddun dan beretika. Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan. Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-...

Terima Kasih Utusan!

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menjadi penyumbang terbanyak kepada Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam setakat ini iaitu sebanyak RM60,000. Pihak kami juga sedang mengusahakan sumbangan dari YB Hamidah (Perak) dan Novandri (Penang), yang mana kes tersebut akan didengar tidak lama lagi. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD Berkaitan: Mahkamah rayuan kekalkan keputusan, Utusan diarah bayar Khalid Samad

What’s There Not to Like About PAS?

By Selena Tay (FMT) Many non-Muslims fail to understand the difficulty that PAS faces in trying to please its grassroots supporters while at the same time appeasing the non-Muslims. That is why PAS has to implement hudud law if there is an opportunity to do so within the legal framework of parliamentary democracy. Therefore, the non-Muslims must try to understand the politics of PAS. The PAS non-Muslim wing (Dewan Himpunan Penyokong PAS) has more than 20,000 members and growing and this indicates that for those who understand PAS, there is nothing to fear. PAS is not corrupted nor power-crazy. It upholds justice, fairness and good governance. What is there not to like about PAS? Continue reading from FMT -Pejabat YB Khalid Samad-

Khalid Samad Mengaku Tidak Bersalah

Oleh: Haji Subky Abdul Latif ( The Malaysian Insider ) 14 MEI — Anggota Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad mengaku tidak bersalah di mahkamah syariah atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah di sebuah surau di kawasan pilihanrayanya di negeri Selangor. Memang ada peraturan di Selangor, seorang yang hendak mengajar agama diwajibkan mengambil tauliah. Tanpa tauliah yang dituduh boleh dihukum — denda atau penjara. Khalid memang bukan pemegang tauliah. Dia pernah diberi tauliah sementera tetapi telah ditarik balik. Apa sebenarnya tujuan peraturan itu?

Mengapa Pengerusi MAIS Bersetuju?

Pendedahan tempoh hari oleh Saudara Rafizi Ramli berhubung konsesi membina dan menyewa asrama KUIS yang diberi kepada Redha Resources Sdn. Bhd (RRSB) yang merupakan sebuah lagi syarikat kroni UMNO, amat mendukacitakan. Jelas terbukti kroni UMNO membina kekayaan atas derita orang Melayu yang kononnya mereka perjuangkan.

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama UMNO?

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi. Jawapan saya berbentuk cerita dan ceritanya begini:-

Kontroversi Semasa Majlis Pertabalan Agong

Ada yang masih cuba mengadu domba dengan mengada-adakan cerita kononnya Ahli Parlimen PR tidak menghormati Sultan-Sultan Melayu dan Agong semasa majlis pertabalan tempoh hari. Ingin saya ulangi di sini, bahawa saya berada di situ, tidak jauh dari YB Azmin dan YB Tian Chua, tetapi saya tidak dengar apa yang kononnya dikatakan sesama mereka atau apa yang kononnya dikatakan Azmin kepada saya sehingga menyebabkan saya tersenyum lebar. Bagi saya ianya cerita dongeng rekaan golongan yang kehabisan modal.

Pendakwaan JAIS

Pada 26 April saya telah ke Mahkamah Syariah Klang untuk pendengaran tuduhan terhadap diri saya dari pihak JAIS bahawa saya ‘mengajar’ Islam tanpa Tauliah di sebuah Surau di Sementa pada bulan Ogos tahun lepas, iaitu pada bulan Puasa. Begitulah keadaan yang menimpa ummat Islam, dilarang bercakap mengenai Islam di Negara sendiri!

BERSIH 3.0!

Perhimpunan Aman Duduk Bantah yang dianjurkan oleh BERSIH 3.0 adalah merupakan program BERSIH yang paling berjaya dari 3 program yang dianjurkan sebelum ini dari segi kehadiran. Adalah dianggarkan bahawa jumlah kehadiran melebihi 250,000 peserta dari berbagai jenis latar belakang, kaum, jantina dan umur . Kehadiran sebegitu ramai rakyat Malaysia dalam program tersebut adalah bukti bahawa rakyat berkeyakinan bahawa suatu rombakan adalah perlu dalam sistem pilihan raya Negara sebelum pilihan raya yang bersih dapat diadakan. Ia menggambarkan keadaan di mana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap ketelusan dan kesaksamaan sistem pilihan raya yang ada. Ia sekali gus merupakan pengisytiharan tidak percaya terhadap kejujuran SPR dan kemampuannya untuk menganjurkan pilihan raya yang bersih. Gambar ihsan Selangorku

Zaid’s Bid for Kota Bharu Parliamentary Seat and UMNO’s ‘Sponsorship of KITA’

It has come to my attention that during a press conference which I held in my office about a week ago pertaining to Zaid’s request for PAS to allow him contest the Kota Bharu Parliamentary seat; I was reported to have made the accusation, amongst others, that KITA is sponsored by UMNO. This has led to Zaid attacking my statement in his blog . Given the situation, I have to clarify that I did not make such an allegation but instead stated the following: