Skip to main content

Perbahasan Bajet

Setelah selesai agenda PSC, hari hari di Parlimen dipenuhi pula dengan perbahasan berhubung Bajet Tambahan yang bernilai RM 12.95 Billion keseluruhannya. Perbahasan Bajet tambahan ini adalah untuk meluluskan perbelanjaan yang telahpun dibelanjakan untuk tahun 2011. Dalam soal ini, ianya merupakan amalan biasa BN di mana perbelanjaan tambahan dikeluarkan dahulu dan kelulusan dewan datangnya kemudian.

PEMBANGUNAN Vs PENGURUSAN
Dalam soal pecahan di antara Pembangunan dan Pengurusan, kelihatan jelas bahawa perbelanjaan Pengurusan jauh mengatasi Pembangunan di mana RM 10,951,230,600 adalah untuk Pengurusan dan RM 1,999,407,002 adalah untuk Pembangunan. Ini merupakan Bajet tambahan kedua bagi Pengurusan di mana sebelum ini RM 13,186,713,000 telahpun diluluskan. Ini bererti jumlah tambahan di bawah kategori Pengurusan telah meningkat sebanyak RM 24 Billion untuk tahun 2011, sejumlah yang hampir 15% dari keseluruhan Bajet asal.

Ini bererti bahawa Bajet 2011 yang dari awal telah ditegur mengenai ratio atau nisbah Pengurusan berbanding Pembangunan yang terlalu besar, di mana Pengurusan meliputi lebih dari 60% dari seluruh perbelanjaan, menjadi lebih meruncing. Dalam keadaan sekarang kelihatan bahawa Bajet untuk Pengurusan menjadi hampir 75% dari keseluruhan Bajet. Ini secara umumnya merupakan sesuatu yang tidak sihat.

Kedua, dalam keadaan di mana dari mulanya lagi Bajet 2011 adalah bajet bersifat defisit, adalah jelas bahawa setiap Bajet tambahan menjadikan defisit itu semakin besar. Ini adalah benar untuk semua perbelanjaan kecuali mungkin, subsidi minyak dan gas, di mana subsidi ditambah disebabkan kenaikan harga minyak dan gas. Dalam keadaan itu, pendapatan juga mungkin meningkat dan mengimbangi kembali jurang defisit yang pada mulanya melebar.

Saya tidak mahu membahas soal Bajet Tambahan ini secara terperinci di sini. Memadai dengan menyatakan bahawa sebahagian dari perbelanjaan yang ingin didapatkan kelulusan adalah untuk program yang bersifat pilihan-raya seperti pemberian BR1M, kenaikan gaji, bonus dan sebagainya. Jelas perkara sebegini tidak dibajetkan dari awal dan hanya merupakan perbelanjaan tambahan dalam suasana menghadapi pilihan-raya walaupun ianya akan menambahkan lagi hutang dan defisit yang sudah semakin parah.

Ini merupakan hasil dari pendekatan Bajet yang diamalkan BN di mana ianya tidak meletakkan prioriti atau keutamaan kepada perbelanjaan yang membantu rakyat dari awal lagi. Sikap sambil lewa dan tidak bertanggung-jawab terhadap hutang Negara, pembaziran dan pemborosan serta ketirisan dan kebocoran adalah punca utama mengapa kekayaan Negara tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk memacu ekonomi dan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat.

Malaysia amat tersangat memerlukan perubahan dari kaedah dan pendekatan lama ini dan PRU ke 13 memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati pentadbiran yang cekap sepertimana yang dibawa oleh kerajaan PR di 4 Negeri dibawah pemerintahannya, di peringkat Pusat.

RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN
Selepas perbahasan bajet tambahan yang telahpun diluluskan atas sebab majoriti yang dinikmati BN di dalam Parlimen, perbahasan rang undang-undang pula dimulakan. Rang undang-undang pertama yang dibawa untuk dibahas adalah rang undang-undang Laporan Kewangan. Ia bertujuan menjamin taraf laporan kewangan yang diamalkan mengikuti piawaian antarabangsa. Pada dasarnya rang undang-undang ini dianggap tidak bermasalah. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah, apa jaminan ianya akan dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berwajib dan sejauhmana amalan kronisma akan mengwarnai penguat-kuasaannya.

Hari ini, Parlimen berbahas pula berhubung rang undang-undang kesalahan keselamatan iaitu undang-undang yang dibawa oleh kerajaan BN sebagai pengganti kepada ISA.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...