Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Pemansuhan ISA, Kerakyatan Warga Asing dan Hujjah Merapu

Memberi ceramah di seluuuuruh Negara pada setiap malam ada juga akibat buruknya. Saya tidak berkesempatan untuk melakukan kerja penulisan dan blogging oleh kerana sentiasa berada di Parlimen atau di atas jalan raya. Namun begitu, Alhamdulillah , hari ini ada kelegaan sedikit apabila kembali dari Padang Terap maka dikosongkan program untuk hari ini, kecuali pada sebelah malam, maka siang ini dapat jugalah saya cuba menulis.

Video: Ubah

Video ihsan DAP -Pejabat YB Khalid Samad-

Penipuan Daftar Pemilih Demi Melayu?

Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya dilakukan kononnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan dan kuasa politik Melayu. Hujjah ini jelas satu pembohongan dan merupakan usaha terdesak UMNO untuk kekal berkuasa! Sebenarnya yang ingin dipertahankan adalah penerusan kekuasaan UMNO dan demi itu mereka sanggup menipu rakyat dengan menggadaikan kedaulatan Negara. Tindakan penipuan ini, termasuk persoalan menjual kerakyatan demi undi, adalah merupakan satu tindakan khianat yang wajib dikutuk semua pihak.

Perbahasan Bajet

Setelah selesai agenda PSC, hari hari di Parlimen dipenuhi pula dengan perbahasan berhubung Bajet Tambahan yang bernilai RM 12.95 Billion keseluruhannya. Perbahasan Bajet tambahan ini adalah untuk meluluskan perbelanjaan yang telahpun dibelanjakan untuk tahun 2011. Dalam soal ini, ianya merupakan amalan biasa BN di mana perbelanjaan tambahan dikeluarkan dahulu dan kelulusan dewan datangnya kemudian.

Pengumuman: Munajat Perdana 7 April 2012 di Stadium Malawati

Semua dijemput hadir.Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Persoalan ‘Ancaman Kristianisasi’ dan Gejala Murtad

Sejak kebelakangan ini, kedengaran isu ‘ancaman Kristianisasi’ ingin ditonjolkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai sesuatu yang sedang melanda ummat Islam, khususnya Negeri Selangor. Walaupun ianya tidak disebut secara terang-terangan, tetapi semua memahami mesej yang cuba disampaikan oleh golongan ‘kontraktor upahan UMNO ini, iaitu di bawah PR, aqeedah ummat Islam terancam dan orang Kristian ‘bermaharajalela’!

MCA, DAP dan Islam

Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.

Pilihan Raya Ke-13 Yang Menjelang

Sudah lama saya tidak sempat mengemaskini blog saya ini. Ini adalah kerana terlalu sibuk dengan ceramah yang diadakan hampir setiap malam. Jemputan untuk berceramah semakin meningkat dan ini adalah disebabkan saya telah 'dipopularkan' oleh Hassan Ali. Malangnya, apabila sibuk berceramah, saya tidak berpeluang untuk menulis.

Lawatan ke TTDI Jaya dan Seksyen 19

Saya telah meninggalkan Parlimen agak awal pada 28 Mac kerana terdapat program yang disusun di TTDI Jaya dan Seksyen 19 oleh pihak Masjid I'tiSam di TTDI Jaya dan pihak YB Rodziah di Seksyen 19. Kebelakangan ini sesi Parlimen memang terlalu panjang, setiap hari, kecuali hari Khamis malam Jumaat, sesi berakhir pada waktu malam tidak lagi pada jam 5.30 petang seperti dulu. Ia menjadikan diri saya kadang-kala serba salah kerana program kawasan bersama penduduk perlu juga dihadiri dan sesi Parlimen juga adalah penting.