Skip to main content

Shah Alam Kota Maksiat?

Saya turut mendengar tuduhan Hassan Ali berhubung diri saya dan bagaimana Shah Alam sudah menjadi Kota Maksiat dengan konon bercambahnya rumah urut, tempat perjudian dan sarang arak. Ianya bertujuan untuk menyerang saya, tetapi ianya terkena tepat kepada batang hidung MBSA. Hassan Ali sebenarnya menuduh pihak perlesenan dan penguat kuasa MBSA membenarkan Shah Alam menjadi kota maksiat.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Dato Bandar. Beliau seorang yang berkerja keras bagi menjaga Shah Alam dari dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat dan oleh itu amat duka cita denga tuduhan liar yang dibuat. Tetapi, apabila ditanya hotel mana, rumah urut mana dan kedai judi mana, saya tidak pula dapat menjawab kerana Hassan Ali main pukul rata.

Oleh itu, saya rasa Hassan Ali perlu sebut, hotel mana yang menjadi sarang pelacur. Adakah ianya De Palma, Blue Wave atau Concorde? Atau hotel bajet dan kalau ianya benar, yang mana satu. Ini adalah untuk berlaku adil supaya tidak terpalit semua pengusaha hotel di Shah Alam. Atau adakah mengikut pandangan beliau, semua hotel bajet merupakan rumah pelacuran dan hotel besar pula tidak. Atau semua hotel pun sama sahaja?

Begitu juga dengan kedai pengusaha refleksologi. Adakah semuanya rumah pelacuran? Kalau bukan semua, yang mana satu? Adakah Hassan Ali menganggap Dato Bandar sudah menjadi Bapak Ayam dan pihak penguat kuasa semua ibu ayam atau anak ayam? Cakap jangan ikut sedap mulut. Memang nampak gah dan sensasi tetapi jangan sampai kita memfitnah dan dengan itu menzalimi orang yang tidak bersalah.

Ahli Majlis memaklumkan kepada saya bahawa mereka kerap membuat pemeriksaan dan tidak kurang juga dengan serbuan. Hassan Ali ikut serbuan sekali tetapi sudah heboh satu kampung, mereka ini buat hampir setiap minggu, tetapi tidak pula kecoh. Saya telah minta MBSA menjawab isu ini dan saya harap mereka akan jawab dalam masa terdekat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

kadiak said…
Salam yb, mohon kerjasama banteras jenayah pelacuran tidak kira di shah alam dan juga luar kawasan shah alam, kami bimbang yb harap maklum atasi segera turun padan tujukkan yb bertegas.
abu cot said…
Seksyen 15 ade hotel budget , rumah urut dan pusat snooker.. tak nmpk atau buat2 tak nampak?
Mencegah dengan pendidikan adalah paling baik untuk jangka masa panjang. Pencegahan melalui penguatkuasaan adalah berkesan untuk jangka masa pendek dan sederhana. Berapa jauhnya keberkesanan cara penguatkuasaan ini. Saya percaya aktiviti penguatkuasaan ini telah berlaku sejak 20 tahun lalu namun tiada apa2 perubahan kerana masyarakat tidak didik tetapi dihukum sahaja.
Eanquirer said…
The PAS YDP and MP of Shah Alam wrote in his own blog;

"Ahli Majlis memaklumkan kepada saya bahawa mereka kerap membuat pemeriksaan dan tidak kurang juga dengan serbuan. Hassan Ali ikut serbuan sekali.."

Are you implying you're only getting info (which you cannot verify as 100% true as "Saya telah minta MBSA menjawab isu ini dan saya harap mereka akan jawab..") whereas Hassan Ali actually turun padang?

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-