Skip to main content

Hassan dan Alasan

InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa.

Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik.

Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu.

ALASAN HASSAN YANG PERTAMA
Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (perlaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai ‘golongan parasit’ bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama’ lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh ‘golongan parasit’. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama’ lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujjah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sekiranya itulah pandangan beliau terhadap perwakilan dan pimpinan PAS, maka amat wajar beliau tidak bersama PAS. Lebih baik beliau tubuh organisasi sendiri dan menjadi Presidennya. Sekiranya khuatir ianya akan dianggotai orang-orang yang tidak mampu beliau berhujjah, maka lantiklah diri juga sebagai Timbalan, Naib dan Setiausahanya.

ALASAN HASSAN YANG KEDUA
Surat dan sebagainya adalah hanyalah formaliti. Hassan Ali tidak hadir mesyuarat bulanan untuk beberapa bulan selepas tidak dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor. Namun beliau dihubungi oleh pimpinan Pusat dan Negeri. Sebahagian beliau layan, sebahagian beliau buat tidak endah seperti Dato Dr. Mahfuz, Ahli Majlis Syura Ulama’ dan PJ Johor yang saya difahamkan telah datang ke rumahnya bersama isterinya tetapi tidak dibuka pintu. Beliau turut dinasihati TGNA dan pimpinan yang lain. Hakikatnya amaran keras yang pernah diberi dalam kes sebelum ini sudah memadai sebagai alasan memecat kerana beliau melanggarnya secara terang-terangan.

ALASAN HASSAN YANG KETIGA
Selepas pertemuan dengan TGNA di mana TGNA telah menyebut semua isu telah pun selesai, mengapa Hassan Ali tuduh pula Harakahdaily menipu dan memutar-belit kenyataan TGNA? Sikap menyerang PAS, termasuk media PAS, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Kredibiliti media PAS perlu diusahakan dan dipertahankan, bukan disanggah begitu sahaja! Tindakan sedemikian hanya menguntungkan pihak musuh. Itu bukti masalahnya belum selesai dan permintaan maafnya tidak bermakna. Hanya manis di mulut.

ALASAN HASSAN YANG KEEMPAT
PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah ‘Negara Berkebajikan’ tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Soal kepimpinan ulama, ini juga tidak diubah oleh PAS. PAS menginstitusikan kedudukan ulama’ dalam parti dengan tertubuhnya ‘Majlis Syura Ulama’ yang kesemua ahlinya adalah ulama’. Bagi seorang yang mendakwa ingin mengikut kepimpinan ulama, Hassan Ali sepatutnya membuktikan apa yang didakwanya. Ini sebaliknya! Majlis Syura Ulama tidak kata apa-apa, Hassan Ali pula yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa bahawa PAS telah terkeluar dari landasan asalnya. Ini bukan hendak ikut ulama’ tetapi ingin ulama’ ikut cakapnya! Atau adakah ulama’ juga dianggapnya sebagai parasit?

Soal ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam yang kononnya tidak lagi menjadi amalan dalam PAS; saya tidak nampak pimpinan PAS menghina pimpinan lain dengan gelaran seperti parasit atau sebagainya kecuali Hassan Ali sendiri! Sepatutnya Hassan Ali menunjukkan contoh ukhuwwah dan akhlak Islam yang kononnya diingin-inginkan.

ALASAN HASSAN YANG KELIMA
Bagi saya alasan ini merupakan pengakuan yang saya tunggu selama ini. Hassan Ali mengaku bahawa dia sememangnya tidak mahu pada PR dan kerap kali mencadangkan kedudukan PAS dalam PR dikaji semula. Sedangkan keputusan untuk bersama dengan PR dan mengukuhkan PR adalah keputusan muktamar, bukan mana-mana golongan dalam PAS. Maka beliau sendiri apabila diamanahkan dengan apa-apa jawatan dalam PAS sepatutnya memahami jawatan itu perlu dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan strategi yang dipersetujui PAS, bukan agenda dirinya sendiri! Sekiranya beliau tidak setuju, sepatutnya beliau melepaskan jawatan-jawatan ini dan benarkan orang lain berusaha untuk mencapai kehendak parti.

Tetapi berlaku sebaliknya; jawatan hendak tetapi guna ikut kepala sendiri. Ini yang dikatakan tidak amanah. Ini yang dikatakan khianat. Parti suruh kukuhkan PR, tetapi beliau berkali-kali berusaha untuk membawa PAS keluar PR! “Kaji semula kedudukan dalam PR” cara cakap penuh diplomatik. Maknanya keluarlah tu. Tetapi apabila sudah keluar hendak buat apa? Gabung dengan UMNO lah pula!

Empat tahun terbuang kerana Hassan Ali mengejar agenda sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KEENAM
Alasan ini juga merupakan satu pengakuan yang saya tunggu-tunggu. Hassan Ali mengaku beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Dia mengakui bahawa dia “menghadapi kesukaran dan suasana serba salah” bukan kerana kekurangan pada orang lain tetapi kekurangan dirinya sendiri. Hassan Ali tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan kerjanya dalam suasana berbilang kaum dan berbilang bangsa serta fahaman. Dia hanya mampu buat kerja apabila semua sudah setuju dengan dirinya dan ikut sahaja cakapnya.

Yang saya hairan, mengapa dia keluarkan pengakuan ini setelah dipecat? Kalau dia memahami jawatan dia adalah suatu amanah dan dia memang menghadapi kesukaran dan serba salah, sepatutnya dari awal lagi dia beritahu pimpinan; “Saya tidak mampu. Tunggu semua sudah setuju untuk ikut saya baru beri balik jawatan dan tanggung-jawab ini kepada saya. Saya tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya cuba lakukan”. Serah sahaja kepada mereka yang sanggup dan mampu berhujjah”.

Sebenarnya, inilah di antara cabaran yang mesti dihadapi oleh gerakan Islam. Samada dengan orang Islam mahupun yang bukan Islam, iaitu kemampuan untuk berhujjah untuk membuktikan kebenaran Islam dan ketepatan pendekatannya. Bukan hanya dengan ‘bull-doze’ sahaja.

ALASAN HASSAN YANG KETUJUH
Soal pimpinan, yang Hassan Ali gemar menggelar sebagai ‘parasit dalam PAS’, lebih suka mendengar pandangan dari DAP dan PKR adalah kerana mereka memahami bahawa kita berada dalam kerajaan campuran. Maka pandangan semua pihak mesti didengari. Kalau ada yang tidak setuju, maka perlu dibincang dan dibahaskan.

Yang malangnya Hassan Ali hanya ingin dengar pandangannya sendiri dan sanggup memutar-belit fakta dalam usaha memenangkan pandangan sendiri.

ALASAN HASSAN YANG KELAPAN
Hassan Ali merasakan dia tidak dapat buat kerja nahi mungkar dalam pentadbiran Selangor. Apa itu ‘mungkar’ ini ada yang dipersetujui bersama, ada yang tidak dipersetujui bersama. Bagi yang dipersetujui bersama, seperti rasuah dan penyelewengan, kronisma dan pecah amanah, boleh dicegahi bersama atas nama PR. Bagi yang tidak dipersetujui bersama pula boleh mencegahnya dengan kaedah ‘bil lisan’ atau dengan lidah atas nama PAS.

Dalam beberapa perkara, seperti penjualan beer dalam kawasan majoriti Islam, PAS boleh berhujjah dengan bijak dan lancar supaya mendapat persetujuan rakan-rakan di dalam PR supaya ianya dilarang walaupun ianya tidak dilihat sebagai sesuatu kemungkaran dari sudut perspektif orang bukan Islam. Ini telahpun bejaya dilaksanakan dan mendapat persetujuan semua pihak.

Pada masa yang sama, PAS boleh juga melancarkan kempen anti-arak yang melibatkan semua, Islam dan bukan Islam. Konsep hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih adalah perkara yang terdapat dalam ajaran Islam. Itulah sebabnya Islam tidak dipaksa ke atas masyarakat. Kita sebagai ummat Islam mesti menghayati perintah Allah yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, serta contoh dan nasihat yang baik dan berhujjah dengan mereka melalui cara yang terbaik”. Amat malanglah jika Hassan Ali menganggap bahawa Islam tidak mengiktiraf bahawa manusia itu mempunyai hak asasi dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati atau bahawa Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat tanpa mengakui adanya hak memilih dan kebebasan individu.

ALASAN HASSAN YANG KESEMBILAN
Hassan mengadu dia sering diserang oleh pimpinan ‘parasit PAS’ apabila dia melakukan sesuatu melalui jabatan yang di bawah penguasaannya seperti MAIS, JAIS dan LZS. Perkara ini mungkin perlu beliau tanya dirinya sendiri mengapa ianya berlaku. Mungkin dia sendiri tidak berbincang dengan pimpinan PAS Pusat dan Negeri mengenai keutamaan atau awlawiyyat yang perlu diusahakan terlebih dahulu. Maklumlah, untuk berbincang dengan manusia yang beliau lihat sebagai ‘parasit’ apa gunanya.

Setahu saya beliau tidak pernah berbincang persoalan ini di dalam mesyuarat PAS Negeri yang diadakan sebelum ini. Saya berasa pelik mengapa semua ini diluahkan hanya selepas dia dipecat. Kedua, adakah benar MAIS, JAIS dan LZS di bawah ‘penguasaannya’? Itu perlu tanya, MAIS, JAIS, LZS dan Hassan Ali sendiri.

KESIMPULAN
Bagi saya semua alasan yang diberi hanya alasan semata-mata.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

mail lambong said…
salam..

1.Hanya keburukan UMNO yang dilihat oleh PAS sedangkan isu rasuah bukan bersandarkan Parti 100 peratus.Kelihatan banyak yg dipolitikkan supaya dilihat sebagai juara. Sedangkan yB pun faham masalah rasuah yang sebenar, hinggakan pihak PKR dan DAP pun jauh terpalit dengan isu tersebut sehinggakan saudara TBH nekad membunuh diri dan dipolitikkan kononnya dibunuh,sedangkan soal pokoknya adalah ali baba dan penipuan yang dilakukan oleh adun DAP.

2. Gabungan PR gagal mentadbir selangor dengan baik mahupun menyaingi pencapaian BN yang terdahulu,

3. Masalah moral anwar tidak dapat lagi dibendung dan akan terus menjadi faktor kejatuhan PR.

4. Hak asasi berdasarkan apa? adakah mahu menyamai kerajaan UMNO yang dituduh zalim itu, maknanya UMNO tidak boleh buat tetapi PAS dan Gabungan, halal melakukannya. Tidakkah itu berat sebelah namanya yakni Matlamat menghalalkan cara.
Jayton said…
Salam,

Saya terbaca karya berikut dari blog A mum of 3 Mohd. Kelakar dan kreatif:

Dia dibuai mimpi indah
Mimpi mau menjadi embi

Fulamakk.. !!
Semua tak layak kecuali aku
Aku jer yang layak jadi embi

Tup-tup.....
Oh no... aku hanya bermimpi
Aku hanya seorang EXCO jer...
Apa sudah jadi??
Ini tak boleh jadi..
I want to be an Embi!!
Aha... kalau PAS berpadu dengan UMNO
I got the chance to be Embi, what??

Berkhalwat ler dia dalam gelap dengan UMNO
Demi bangsa Melayu dan demi agama Islam
Kerajaan Perpaduan mahu diwujudkan.
Yaahoo... Peluang untuk jadi Embi terbuka lagi
Ada chance aku!! Ada chance aku!!
Fulamakk.. YAB Datuk Asan Jati.

But wait.... dengar suara tu.
No Kerajaan Perpaduan!! No Kerajaan Perpaduan!!
Jerit akar umbi dan yang bencikan UMNO
Berkahwin dengan UMNO tak sior kami!!
Kami mahu bersama Pakatan Rakyat untuk 'bunuh' UMNO
UMNO mesti tumpor!! UMNO mesti tumpor!!

Frust menongeng si Asan Jati!!
Kecewa... Sakit hati...
Lantas si Asan Jati mula atur strategi
Bagi menjayakan agenda diri
Gunakan JAIS... lancarkan strategi
Islam diperguna sebagai landasan serangan
Gilerr Asan Jati!!

Serbu sana serbu sini
Tak dak runding... tak dak bincang....
Terjah !! Redah!! Sondol!!
Ya Allah... inikah cara pakar motivasi berdakwah??
Membetulkan akidah umat Islam...
yang kononyer sedang parah??
Astaqfirullah...

Dia menjadi lebih Melayu dari Melayu
Don't play... play...
Dia sorang sajalah pencinta Islam sejati
Taatnya pada raja, tak sapa lagi....
Lebih UMNO daripada UMNO jadinyer dia
Asan Jati....Asan Jati...
Kerana tak dapat jadi Embi... sampai jadi begitu sekali??

Setelah terpecat... dia meroyan, dia gilerr babi.
Menyalak ke sana, menyalak ke sini
Aku dipecat kerana, bla .. bla... bla...
Salahkan orang tu, salahkan orang ni
Tapi tidak.... dirinya sendiri.

Riaknya terserlah... angkuhnya menyerlah
Kalau bercakap tak saper lagi lah...
Ciittt!! Mulut jamban!! Mulut neraka!!
Apa yang terhambur keluar busuk-busuk belaka
Eeiyaa.... Busuknya hati si Asan Jati!!

Dek kecewa tak dapat jadi Embi...
Dek terkejut akibat dipecat..
Dek terlucut segala jawatan
Meranalah hati si Asan Jati
Siapalah kini dia....
Huhuhuhu... He's nobody.

Lantas.. tetiba dia tersedar.
Tersedar, kononnyer Pakatan Rakyat itu bahaya besar
Habislah Islam!! Habislah Melayu!! Habislah Raja-raja Melayu!!
Hahahahaha...
Don't worry. Asan Jati is here to save you!!

Kah kah kah kah kah...
Asan Jati... Asan Jati...
Kau ingat orang akan terpedaya dengan propaganda murahan kau tu??
Sori ler pakcik... kami generasi celik IT.
Well informed. We know siapa you.
Parasit tak guna, pelesit durjana
Itulah karektor sebenar, si Asan Ali.

Keliling negeri mencerca orang.
Sambil mencerca, mencari simpati
Harapan dapat raih sokongan
Kesian... dia kini keseorangan
Akar umbi lari, para pemimpin jauhkan diri
Bahaya.... Bahaya...
Asan Jati sudah gila babi
Sudah hilang maruah diri.

Dia sakit hati, dia iri hati
Yang paling dia jaki... Khalid Samad
Kerana tak sokong dia jadi Embi
Yang paling dia benci...
Khalid Ibrahim..... Embi terkini.
Kerana Khalid ler, dia tak dapat jadi Embi

Serangan dia dibalas Khalid
Ditambah pulak dik Husam Musa
Semua sepakat dan sependapat
Dia meroyan sabotaj parti...
Kerana kecewa tak dapat jadi Embi!!!

Dia kata... Eh, mana bukti??
Mana bukti aku meroyan nak jadi Embi??
Kita kata... pigiraaahhh!!
Orang gila takkan mengaku dia gila
Biarkan dia!!
Usah dilayan orang gila
Usah kita layan meroyannyer

Biarkan... Biarkan...
Ibarat buah busuk... lama kelamaan jatuh sendiri
Gedebub.... tergolek ke bumi. Innalillah....
Jam tu....
Tak siapa akan endahkannya.
Aha... Padan muka!!
Unknown said…
Perjuangkan persamaan PAS dan DAP itu tidak salah. Yg salah bila perbezaan itu melibatkan perkara2 fundamental antara 2 parti dan cuba disenyapkan simpan bawah karpet.

Rindu PAS zaman arwah Ustaz Fadhil Nor. Kalauarwahmasih hidup PAS pasti takkan jadi begini.

YB boleh berkata apa shj YB utk menyedapkan hati org2 PAS yg fanatik tetapi terimA lah hakikatnya skrg bhw PAS is nothing dan x keterlaluan kalau sy katakan PAS is already dead
Saya memahami perjuangan PAS.. negara ini merupakan negara demokrasi yang ditentukan oleh rakyat kerana ianya tercatat dalam perlembagaan (walaupun sekular) namun sebahagian rakyat terpaksa menerimanya. Kebanyakkan pejuang Islam tidak lihat perkara ini. Mereka akan mengkritik mengapa PAS tidak tegas, mengapa PAS tidak berubah dan lagi ekstrem mengapa PAS tidak berjuang dengan sendirinya. Jika negara ini kepimpinannya ditentukan dengan cara demokrasi adakah PAS boleh berjuang dengan sendirinya untuk menegakkan negara Islam? Kini perlu lihat dengan realiti dimana sebahagian 50% penduduk malaysia ini merupakan orang melayu kini telah terpisah kepada tiga kumpulan politik iaitu UMNO, PAS dan PKR. Andai orang melayu dalam ketiga-tiga kumpulan ini bersatu pun adakah dapat membentuk kerajaan dengan melebihi majoriti? Mungkinkan akan berlaku 100% gabungan melayu ini memandangkan orang UMNO sendiri masih ingin kekal menginginkan pemimpin-pemimpin yang korup seperti UMNO? Jika PAS berjuang dengan sendiri maka perjuangan persendirian ini nampaknya semakin kabur dengan terpecahnya undi kumpulan melayu Islam kepada tiga kumpulan itu tadi. Dengan ini akan mengukuhkan undi kaum lain. Kebanyakkan suara yang sumbang masih ingin berhujah dengan mendesak PAS keluar dari pakatan atas nama agama dengan hujah bahawa Allah akan bersama hambanya jika ikhlas berjuang. Benar hujah itu tetapi segala ketentuan Allah ada melalui proses-prosesnya. Jika Allah itu ingin menunjukkan kekuatanNya sudah pasti Rasullah tidak bersusah payah untuk berdakwa dan hanya berdoa kepada Allah supaya semua penduduk Quraisy ketika awal dakwah baginda dimasukkan dalam Islam. Senang cerita.
Begitu juga perjuangan PAS, bukan semudah hanya melepaskan diri dari Pakatan maka akan berjaya menguasai negara atas perjuangan ikhlas dalam Islam.. Kadang-kala kita kena ada strategi dalam berpolitik. Lihat bagaimana Sultan Salahuddin berjuang untuk mengangkat semula kegemilangan dan kekuatan Islam di tanah arab. Beliau dilihat telah bertindak dalam bekerja sama dengan pihak yang dianggap musuh (seperti Peranchis) dalam menghadapi penentang-penentangnya dari dalam yang cuba menghalang ‘misi’ beliau untuk menguasai Baitul Muqqadis pada masa hadapan. Ini adalah strategi politikk beliau dalam mencapai matlamat yang sebenar. Politik tidak seperti berdakwa, ianya penuh dengan kelicikan dan kepintaran untuk mencapai sesuatu tujuan. Ini gagal dilihat oleh sebahagian orang melayu yang terdiri dari penyokong UMNO, Penyokong PAS dan penyokong atas pagar kononnya (yang berhujah dalam komentar ini).
Nasihat agar kita sebagai umat Islam apabila ingin melakukan sesuatu harus penuh dengan perancangan dan strategi. Berundur dan lembut bukan beerti kalah atau tewas walaupun kita tahu bahawa Islam itu benar di alam semesta ini tetapi persoalannya adakah kaum lain (bukan Islam boleh memahami dan menerimanya). Adakah kita boleh memaksa mereka menerima negara Islam sedangkan mereka kaum kafir telah gagal didedahkan kehebatan Islam oleh orang2 melayu Islam itu sendiri. Bagaimana mereka menyokong penubuhan negara Islam dengan ‘keredhaan’ kaum2 itu. Jika negara ini adalah dibawah undang-undang sistem beraja atau sistem khalifah mungkin bukan Islam boleh dipaksa atas perlaksanaan negara Islam tapi malangnya secara realiti kita adalah negara demokrasi dan cara berjuang perlu menuruti perundangan yang sedia ada dimana hendak ubah undang2 pun kita perlu sokongan dari wakil rakyat yang terdiri dari non muslim.
abu cot said…
apa comment YB tentang desakan Karpal tentang valentine? Nampak mcm Dr Hasan 1 - Yb Khalid 0...hehe
abu cot said…
bila karpal berckp tentang valentine..nampak ade kebenaran dakwaan Dr Hasan... Dr hasan 1 - YB khalid Samad 0..hehe
ANAK RANTAU said…
PAKATAN RAKYAT tentunya bukan yang terbaik...Akan tetapi cuma PAKATAN lah buat masa kini satu-satunya makluk kat Malaysia ini yang boleh mengerunkan gergasi umno bn.

Inilah antara yang terbaik yang kita ada dalam usaha menghalang makluk umno bn bermaharalela membaham dan menindas rakyat.

Sekurang-kurangnya PAKATAN RAKYAT mampu menjadi persaing bagi umno bn dari terus membuli rakyat. Kekuatan PR kini telah memaksa makluk bn mula tunduk kepada kekuasaan rakyat yang dulu sesuka hati di perbodoh-bodohkan dan dizalimi bn umno..Kini baru timbul macam2 benda kononnya nak diberikan kat rakyat...
Unknown said…
As Salam YB : mintak tolong publishkn banner Ceramah Isu Semasa bertajuk " Siapa Mr. Parasit" anjuran PAS Kota Raja pada 20hb Februari ni : Sila link ke

http://drsitimariah.blogspot.com/

Semua dijemput hadir
kingnek said…
Hassan ali buat ceramah di pengkalan pegoh= 15 ribu hadir, Khalid Samad di tempat sama= 500 pencacai sahaja, sudahlah salman rushdie, kamu yang tak relevan, bukan Hassan Ali, teruslah pertahankan gereja dan kilang carlsberg!
Mohd E'fa@Bab said…
hasan ali dengan tegas menyatakan dia memperjuangkan aqidah, mengapa YB menentang org yg memperjuangkan Aqidah, dia tubuhkan USA(unit selamatkan Aqidah), dia ada pasukan risikan, dia ada maklumat umat islam cuba didakwah oleh kristian, ini jelas, mengapa PAS tidak berada bersama dia dalam isu faudamental spt ini?
ISU KALIMAH ALLAH, mengapa YB kat boleh, Haron Din, TaiB Azamuddin kata tak boleh, kita lebih mendengar cakap Ustaz daripada politkus spt YB
Hasan ali patut letak jawatan ADUN? ramai juga yg pangkah dia kerana marahkan UMNO bukan sebab sokong PAS, ramai lagi yg pangkah dia sebab dia HASAN ALI..
politikus macam YB nabi dah sebut dah...
kekura said…
lim guan eng dgn chua soi lek nak berdialog, dua2 parti lain, ideologi jauh berbeza. mereka nak berdialog siap ada moderator lagi. tu sesama org kafir tu.

yg ni sesama islam,sy cakap terus je antara tuan dgn hasan ali, yg sesama nak perjuangkan islam, masing2 ada pandangan masing, tp masing nak berdebat, diulangi BERDEBAT, masing2 ingat masing2 je betul.

sepatutnya, khalid samad dgn hasan ali kena BERDIALOG dan BUKAN BERDEBAT. dan jgn asyik nak pertikaikan niat seseorang. kita hanya mampu kaji apa dia ckp saja, samada betul atau tidak. kita tak mampu tahu niat seseorang. kita belum dan takkan sampai taraf nabi yg sentiasa mendapat petunjuk dari ALLAH, nabi yg maksum tp beristighfar beratus2 kali sehari, dan bersolat sehingga tumit pecah, siapalah kita nak tahu niat2 seseorang hamba ALLAH yg lain?

tp sy tetap sedih bila baca blog wan ji bila khalid samad hendak berdialog dgn paderi kristian. tuan berakidah betul dan dia salah, jadi buat apa nak berdialog, bukan ke istilah lebih betul adalah berdakwah ataupun berdebat(spt ahmad deedat)? tp apa pula tindakan tuan dengan org islam spt hasan ali?

tolonglah, demi ALLAH, tuan dan hasan ali kena
M.U.H.A.S.A.B.A.H. D.I.R.I. dan T.A.M.B.A.H. I.L.M.U.
bila ada perbezaan pendapat sesama muslim, ALLAH ajar kita supaya kembali kepadaNya, rasul. kalau tak jumpa,masing2 kena B.E.R.L.A.P.A.N.G. D.A.D.A.!! bukan bergaduh, cari kesalahan dan membuka aib sesama muslim di khalayak. tak kisahlah siapa mula dulu, kalau siapa2 yg nak jadi org beriman, dia kenalah berhenti dari menyakiti hati saudaranya!! jgn fikir "kebebasan bersuara" terjemahan yg tak islamik!!

ingatlah, dulu rasulullah kena baling dgn batu oleh penduduk taif. malaikat tanya hendak terbalik gunung itu sebagai balasan kpd mereka, tp apa rasulullah jwb? mereka adalah kalangan org yg tak tahu dan baginda berdoa supaya generasi mereka menjadi org beriman.

rasulullah memaafkan wahsyi yg membunuh bapa saudaranya, hamzah.

rasulullah memaafkan org islam yg percaya dan turut menyebarkan khabar angin yg aisyah r.a. berzina.

rasulullah tidak membunuh abdullah bin ubai walaupun ALLAH bagi kebenaran baginda utk bunuh org munafik kerana baginda tak mau org kata baginda bunuh sesama muslim.

rasulullah masih pergi face to face dgn abdullah bin ubai yg munafik ni dan tanya kpdnya samada benarkah dia berkata spt apa yg para sahabat adukan.

hayati akhlak rasulullah. jgn tonjolkan al-quran dan hadis semata2 utk menyokong tindakan diri sendiri semata2.
Jayton said…
15,000????

Siapa cakap 15,000?

Hassan Ali?

Dia tu penipu besau!! Pandai buat hutang tapi tak pandai bayar. korang ni percaya cakap dia? heee... tak cerdiknya kingnek!!! Tak sampai hati nak kata kau bodoh. Tapi....

ada pulak bas2 yg datang hantar. Mesti kena kutip dari mana2 ni. Lepas tu blm habis lagi dah mula balik. Dah dapat upah lah tu...

Kuasa ketiga konon. Huh! Asik kutuk PAS, PKR, DAP! Tak kutuk UMNO/BN sikit pun. Tiap2 ceramah itu jer yg didendangkan. Kalau kuasa ketiga, kena lah kutuk UMNO/BN yg rasuah like there is no tomorrow! Kalau macam ni... kira baru level kuasa kedua. Ataupun yg lebih tepat extension kpd UMNO/BN jer...
PenganutPAS said…
Jelas lah PAS taidak tersasar . Sah Parti Ajaran Sesat bak kata MB terengganu . PAS dan Khalid Samad tidak tersasar , masih jadi pengikut setia Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Negera Israel dan menyokong usaha memastikan keselamatan Israel . Sokongan sebagai seorang boneka yahudi Amerika.
joehan said…
apekah semua ini..manusia yg sec jelas bersekongkol dgn israel..dipuji media2 israel..tetapi apakh tindakn pas????!! gesaan pok nik pon xmemberi kesn pd anwr ibrahim sbb anwar tau pas sng diperbudakkn...korng bc kt link ni..pujian jerusalem post pd anwar!!

"entri bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

ape semua ini..lps pru12 aritu akhbr jerusalem post buat entri psl anwar jgk..ape specialnye anwar ni pd mata yahudi zionis laknatullah...ape lg bukti yg org pas ni nak agknya???!!!xckup ke dgn kwn2 rapat anwar yg trdiri dr kalangan org2 yahudi..wolfowizt si arkitek prg iraq..n rmai lg kwn2 yahudi die..ape lg yg korng pkir wahai saudaraku dlm pas?msh menjadikn manusia yg berkiblatkn yahudi sbg ketua??
joehan said…
salam khalid..hrp ko approvekn komen aku ni demi kebenaran..

wahai saudara sekalian..mr sm2 saksikn kebenaran...tgk perbezaaan manusia yg berpegang pd prinsip n kebenaran..wawancara anwar dgn pihk barat...jawpn meleret2..tp aku dpt tngkp beberapa isi..anwar menyokong israel..rupenye anwar xiklas ms parlimen malysia luluskn resolusi kutuk serngn israel ats flotila ke gaza aritu n anwar terbukti seorg yg mengamalkn pluralisme ats sbb2 demokrasi..ni link die..tgk n nilaikn..manusia bermuka muka mcm ni ke nk jd PM??!MUNAFIK!

http://www.youtube.com/watch?v=WH4fOoZ2X3M&feature=player_embedded..

wlpon tun m ni kononya dituduh zalim n jht..tp demi kebenaran n keadilan..semua soalan2 provokasi pengacara bbc tu tun m bls dgn fakta wlpon menyinggung perasaan org2 yahudi zionis!!berdsrkn jwpan2 tun m ni logik ke anwar tuduh tun m ni konon pernh berjmpe dgn org2 kerajaan israel..ni link die..tgk n nilaikn..
http://www.youtube.com/watch?v=oFy-lIt5i1s&feature=player_embedded
kekura said…
pas tak perlu bekerjasama dgn dap dan pkr kalau ahli-ahli pas termasuklah pemimpin2nya ni PERBAIKI AKHLAK. ramai mualaf berkata dia sukar nak terima islam kalau tengok akhlak orang islam kini.

tp bila satu pihak dengan islam, melayu, rajanya, dan pihak lain pula dgn tidak berhikmah dgn orang kafir (tidak keras bila perlu keras, tidak lembut bila perlu lembut) orang kafir rasa mereka dah menang. tak tertarik pun dgn islam. mereka hanya nampak pas is just another political party.

jgn tinggal bukit uhud adalah jgn tinggalkan perjuangan islam walaupun berpakat dgn dap dan pkr, tp nampaknya jgn tinggal bukit uhud dlm sesetengah org pas ni bermaksud jgn tinggalkan dap dan pkr walaupun prinsip kita digoncang dengan kuat.

apapun sama2 kita perbaiki akhlak.
syg bila orang org islam terlalu asyik cari kesalahan saudaranya sahaja. apa yg dia cakap betul tak nak pula disokongnya, contohnya, "orang macam anuar ni nak kita jadikan perdana menteri malaysia?"

2x5, 5x2.

kalau tak nak 2x5, 5x2, belajarlah bab akhlak dan amalkan. tp, jgn pula gunakan ilmu itu nanti utk terus mencari2 kesalahan saudara seislamnya pula.
hassan ali perjuangan dia very clear even masa dalam exco dulu. khalid samad, perjuangan ni lebih pada nak look liberal. tak ada pendirian tegas demi nak jaga hati kawan2 pakatan atau nakkan kekal pangkat dia. i think hassan ali has done a good job.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan