Skip to main content

DAP Kuasai Malaysia Negara Republik

Saya tidaklah mempunyai PhD, tetapi saya ingin meminta jasa baik Hassan Ali untuk menjelaskan bagaimana dengan hanya bertanding 46 kerusi Parlimen, DAP boleh menang 112 kerusi? Untuk menguasai Malaysia, DAP perlukan 112 kerusi iaitu lebih 50% dari kerusi Parlimen sebanyak 222 kerusi. Sedangkan DAP hanya bertanding 46 kerusi.

Maka sudah pasti ianya satu thesis menarik jikalau ianya boleh dibuktikan bahawa DAP boleh menangi 112 kerusi dengan hanya bertanding 46 kerusi! Itu tidak termasuk persoalan bagaimana DAP boleh mendapat majoriti 2/3 yang akan diperlukan untuk mencantumkan Malaysia dengan Singapura dan dijadikan Malaysia sebuah Republik!

Amatlah malang sekali nasib Hassan Ali. Sudah mula merapu dan cakap tidak menentu. Lebih baik beliau berehat seketika, insafi apa yang sedang dilaluinya dan kembali ke pangkal jalan. Jangan termakan dengan hasutan puak UMNO yang jelas hanya mempergunakan beliau.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

mail lambong said…
DAP tak payah menang semua YB..cukup jika ada orang islam yang boleh dipergunakan seperti YB..mudah kan..tidak perlu tesis atau phd untuk menjawab soalan yb tu..
Abu Rafiq said…
Benae YB, DHA siap mencabar lagi sesiapa yg boleh membuktikan dirinya deperalatkan oleh umno sedangkan tindak-tanduknya, ucapan dan kata2nya seiring dan senada dengan apa yg diperkatakan oleh umno dari dahulu hingga sekarang....
Unknown said…
Didalam Pakatan Rakyat yg DAP adalah rakan utama & mempunyai kerusi parlimen yg banyak...DAP lah yg akan mempunyai kuasa tawar menawar (negotiating power)yg akan menentukan dasar-dasar negara (termasuk dasar yg berkaitan dgn Islam & Melayu). Apatah lagi didalam DAP sebahagian besar pemimpinnya adalah orang terpelajar-para peguam & ahli ekonomi-yg bakal menenggelamkan para pemimpin PAS termasuk YB-yg selalu beralah dan malu muka (for no apparent reason. Belajarlah dari sejarah YB. It may be good for your PHD thesis too.
kadiak said…
Ini adalah satu pelajaran penting sebelum dpt phd, yb kena belajar mendidik DAP sebagai rakan kongsi yg ikhlas amanah dan berlajar mengenal islam yg dibawa oleh perjuangan PAS. Begitu la senarionye apabila UMNo bersama rakan kongsinye MCa. Bg sy, yb kena menilai dgn tepat adakah perjuangan ini harus diteruskan atau lihat negara tercinta ini dipajak gadaikan dgn sistem pemerintahan sekular juga akhirnye? Dimanakah perjuangan islam itu berada?kami mahu perubahan dlm islam ditegakkan.
Jayton said…
Salam Yb dan pembaca semua.

Saya bila pertama kali dengar DHA cakap yg kalu DAP menang depa nak joinkan Singapore dgn Mesia.

Saya kata: What Nonsense!!!

Dia ingat kita ni budak2 nak dimomokkan gitu2.

Masa dlm PAS dulu kita tak pernah dengar pun dia hujah macam tu. Ini semua UMNO punya arguments. Dari dulu lagi bila saya nak pergi mengundi, lalu saja kat pondok panas UMNO, diorang cakap: 'Jangan undi PAS, jgn biarkan negara di jajah'. Ni DHA sambung lagi cerita macam tu. Saya percaya DHA ni diberi coaching oleh penasihat2 dia. Cakap macam ni, cakap macam tu...

Sebenarnya DHA tak lepas 'quality control'. Kalau nak tau apa proses saringan yg dimaksudkan, baca kat sini:
http://motherof3mohd.blogspot.com/2012/02/hasan-ali-tak-lepas-tapisan-lalu.html

Salam hormat.
Saya memahami perjuangan PAS.. negara ini merupakan negara demokrasi yang ditentukan oleh rakyat kerana ianya tercatat dalam perlembagaan (walaupun sekular) namun sebahagian rakyat terpaksa menerimanya. Kebanyakkan pejuang Islam tidak lihat perkara ini. Mereka akan mengkritik mengapa PAS tidak tegas, mengapa PAS tidak berubah dan lagi ekstrem mengapa PAS tidak berjuang dengan sendirinya. Jika negara ini kepimpinannya ditentukan dengan cara demokrasi adakah PAS boleh berjuang dengan sendirinya untuk menegakkan negara Islam? Kini perlu lihat dengan realiti dimana sebahagian 50% penduduk malaysia ini merupakan orang melayu kini telah terpisah kepada tiga kumpulan politik iaitu UMNO, PAS dan PKR. Andai orang melayu dalam ketiga-tiga kumpulan ini bersatu pun adakah dapat membentuk kerajaan dengan melebihi majoriti? Mungkinkan akan berlaku 100% gabungan melayu ini memandangkan orang UMNO sendiri masih ingin kekal menginginkan pemimpin-pemimpin yang korup seperti UMNO? Jika PAS berjuang dengan sendiri maka perjuangan persendirian ini nampaknya semakin kabur dengan terpecahnya undi kumpulan melayu Islam kepada tiga kumpulan itu tadi. Dengan ini akan mengukuhkan undi kaum lain. Kebanyakkan suara yang sumbang masih ingin berhujah dengan mendesak PAS keluar dari pakatan atas nama agama dengan hujah bahawa Allah akan bersama hambanya jika ikhlas berjuang. Benar hujah itu tetapi segala ketentuan Allah ada melalui proses-prosesnya. Jika Allah itu ingin menunjukkan kekuatanNya sudah pasti Rasullah tidak bersusah payah untuk berdakwa dan hanya berdoa kepada Allah supaya semua penduduk Quraisy ketika awal dakwah baginda dimasukkan dalam Islam. Senang cerita.
Begitu juga perjuangan PAS, bukan semudah hanya melepaskan diri dari Pakatan maka akan berjaya menguasai negara atas perjuangan ikhlas dalam Islam.. Kadang-kala kita kena ada strategi dalam berpolitik. Lihat bagaimana Sultan Salahuddin berjuang untuk mengangkat semula kegemilangan dan kekuatan Islam di tanah arab. Beliau dilihat telah bertindak dalam bekerja sama dengan pihak yang dianggap musuh (seperti Peranchis) dalam menghadapi penentang-penentangnya dari dalam yang cuba menghalang ‘misi’ beliau untuk menguasai Baitul Muqqadis pada masa hadapan. Ini adalah strategi politikk beliau dalam mencapai matlamat yang sebenar. Politik tidak seperti berdakwa, ianya penuh dengan kelicikan dan kepintaran untuk mencapai sesuatu tujuan. Ini gagal dilihat oleh sebahagian orang melayu yang terdiri dari penyokong UMNO, Penyokong PAS dan penyokong atas pagar kononnya (yang berhujah dalam komentar ini).
Nasihat agar kita sebagai umat Islam apabila ingin melakukan sesuatu harus penuh dengan perancangan dan strategi. Berundur dan lembut bukan beerti kalah atau tewas walaupun kita tahu bahawa Islam itu benar di alam semesta ini tetapi persoalannya adakah kaum lain (bukan Islam boleh memahami dan menerimanya). Adakah kita boleh memaksa mereka menerima negara Islam sedangkan mereka kaum kafir telah gagal didedahkan kehebatan Islam oleh orang2 melayu Islam itu sendiri. Bagaimana mereka menyokong penubuhan negara Islam dengan ‘keredhaan’ kaum2 itu. Jika negara ini adalah dibawah undang-undang sistem beraja atau sistem khalifah mungkin bukan Islam boleh dipaksa atas perlaksanaan negara Islam tapi malangnya secara realiti kita adalah negara demokrasi dan cara berjuang perlu menuruti perundangan yang sedia ada dimana hendak ubah undang2 pun kita perlu sokongan dari wakil rakyat yang terdiri dari non muslim.
Untuk melihat Islam itu ditegakkan adalah dari umat Islam itu sendiri. Bukan PAS dan bukan UMNO sepenuhnya. PAS boleh menegakkan Islam jika seluruh melayu di malaysia ini berjuang bersama-sama mereka untuk merealisasikannya. Orang melayu mudah sangat menyalahkan pihak lain sedangkan dia sendiri tak pernah buat, hanya pandai berhujah dengan kata-kata kononya mereka perjuangkan Islam walhal diri sendiri dan keluarga mereka tiada usaha untuk memantapka Islam dan juga tingkahlaku mereka lebih hebat dari bukan Islam. Saya lihat PAS sulit untuk berjuang tanpa sokongan semua orang Islam di Malaysia. Jika DAP didakwa ada profesional mengapa tiada orang melayu yang profesional beramai2 menyokong PAS dan tinggalkan UMNO? Kenapa UMNO perlu ditinggalkan? Sebab bukan masalah UMNO tidak menegakkan negara Islam (kerana mustahil dengan keadaan rakyat yang kurang didedahkan dengan Islam untuk wujudkan negara islam)tetapi tiada usaha untuk menyebarkan syariah Islam selama 50 tahun yang memungkinkan jika berjaya dilakukan oleh UMNO semua kaum akan setuju dengan Islam dan islam akan dihormati! Tambahan pula UMNO juga gagal mentarbiyah keluarga mereka sendiri sebelum meminta mereka menegakkan Islam. Satu jalan yang nampak memberikan sokongan kepada PAS tanpa rasa jemu dan berusaha memajukan diri mereka dalam segala segi sosioekonomi atas nama Islam!
Abu Pas Al-DAP said…
Salam, tak kisah lah sapa yg memerintah. Asal tidak zalim dan rasuah. apa guna kalau ulamak memerintah tapi zalim dan rasuah? zakat banyak kutip, edar saja tak pernah...
Naman said…
Y.B ni DAP ke. DAP takder cakap apa pon. Tak menafikan pon. Diam itu tandanya bersetuju.
sondol adlin said…
Abu Pas Al-DAP-Tak kisah ape kalau DAP Lin Kit Siang to jadi PM kau siaplah-kau tengok kat Singapore tu mana ada orang Melayu jadi Panglima Angatang tentera mereka, mana ada orang Melayu jadi Pilot system pertahan mereka, kau jawab. memang kau dah minum kencing babi agaknya
man said…
Sendol kenapa kau nak kaitkan dengan Singapore.Ko tak tau ka Singapore tu terlepas ke tangan Cina oleh sebab Puak2 Pemimpin UMNO ko juga yang kasi sama Cina. Jangan jadi bodoh dan buta sejarah.Jangan jadi bangang UMNO pun berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC serta lain2 lagi.....Kesian aku tengok hangpa semua kena kencing dan diperlembukan oleh pemimpin hangpa...Ada satu lagi mamat tu cakap dalam Pakatan Rakyat DAP mempunyai kerusi Parlimen yg banyak, ini lagi satu hidup2 kena kencing dengan pemimpin UMNO....
joehan said…
ape la penyokng2 pr ni..korng cube la wt research skit..kt singpore brape rmai mntri beragama islam..satu msjd je blh pkai speaker luar..yg lain sumenye kne pkai speaker dlm..skrng mmg la dap xakan wt mcm2..tp bile dieoerg tau yg dieorg dpt sokongn majoriti..or sume org cine skong dieorg..mngkn ms tu dieorg akn tonjolkn sikp sebenr..korng kaji la blk sej 13 mei..lps mng bsr dlm pru..dieorg berarak di bndar2..sej xpernh menipu wahai kwn2..

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan