Saya tidaklah mempunyai PhD, tetapi saya ingin meminta jasa baik Hassan Ali untuk menjelaskan bagaimana dengan hanya bertanding 46 kerusi Parlimen, DAP boleh menang 112 kerusi? Untuk menguasai Malaysia, DAP perlukan 112 kerusi iaitu lebih 50% dari kerusi Parlimen sebanyak 222 kerusi. Sedangkan DAP hanya bertanding 46 kerusi.
Maka sudah pasti ianya satu thesis menarik jikalau ianya boleh dibuktikan bahawa DAP boleh menangi 112 kerusi dengan hanya bertanding 46 kerusi! Itu tidak termasuk persoalan bagaimana DAP boleh mendapat majoriti 2/3 yang akan diperlukan untuk mencantumkan Malaysia dengan Singapura dan dijadikan Malaysia sebuah Republik!
Amatlah malang sekali nasib Hassan Ali. Sudah mula merapu dan cakap tidak menentu. Lebih baik beliau berehat seketika, insafi apa yang sedang dilaluinya dan kembali ke pangkal jalan. Jangan termakan dengan hasutan puak UMNO yang jelas hanya mempergunakan beliau.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Maka sudah pasti ianya satu thesis menarik jikalau ianya boleh dibuktikan bahawa DAP boleh menangi 112 kerusi dengan hanya bertanding 46 kerusi! Itu tidak termasuk persoalan bagaimana DAP boleh mendapat majoriti 2/3 yang akan diperlukan untuk mencantumkan Malaysia dengan Singapura dan dijadikan Malaysia sebuah Republik!
Amatlah malang sekali nasib Hassan Ali. Sudah mula merapu dan cakap tidak menentu. Lebih baik beliau berehat seketika, insafi apa yang sedang dilaluinya dan kembali ke pangkal jalan. Jangan termakan dengan hasutan puak UMNO yang jelas hanya mempergunakan beliau.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Saya bila pertama kali dengar DHA cakap yg kalu DAP menang depa nak joinkan Singapore dgn Mesia.
Saya kata: What Nonsense!!!
Dia ingat kita ni budak2 nak dimomokkan gitu2.
Masa dlm PAS dulu kita tak pernah dengar pun dia hujah macam tu. Ini semua UMNO punya arguments. Dari dulu lagi bila saya nak pergi mengundi, lalu saja kat pondok panas UMNO, diorang cakap: 'Jangan undi PAS, jgn biarkan negara di jajah'. Ni DHA sambung lagi cerita macam tu. Saya percaya DHA ni diberi coaching oleh penasihat2 dia. Cakap macam ni, cakap macam tu...
Sebenarnya DHA tak lepas 'quality control'. Kalau nak tau apa proses saringan yg dimaksudkan, baca kat sini:
http://motherof3mohd.blogspot.com/2012/02/hasan-ali-tak-lepas-tapisan-lalu.html
Salam hormat.
Begitu juga perjuangan PAS, bukan semudah hanya melepaskan diri dari Pakatan maka akan berjaya menguasai negara atas perjuangan ikhlas dalam Islam.. Kadang-kala kita kena ada strategi dalam berpolitik. Lihat bagaimana Sultan Salahuddin berjuang untuk mengangkat semula kegemilangan dan kekuatan Islam di tanah arab. Beliau dilihat telah bertindak dalam bekerja sama dengan pihak yang dianggap musuh (seperti Peranchis) dalam menghadapi penentang-penentangnya dari dalam yang cuba menghalang ‘misi’ beliau untuk menguasai Baitul Muqqadis pada masa hadapan. Ini adalah strategi politikk beliau dalam mencapai matlamat yang sebenar. Politik tidak seperti berdakwa, ianya penuh dengan kelicikan dan kepintaran untuk mencapai sesuatu tujuan. Ini gagal dilihat oleh sebahagian orang melayu yang terdiri dari penyokong UMNO, Penyokong PAS dan penyokong atas pagar kononnya (yang berhujah dalam komentar ini).
Nasihat agar kita sebagai umat Islam apabila ingin melakukan sesuatu harus penuh dengan perancangan dan strategi. Berundur dan lembut bukan beerti kalah atau tewas walaupun kita tahu bahawa Islam itu benar di alam semesta ini tetapi persoalannya adakah kaum lain (bukan Islam boleh memahami dan menerimanya). Adakah kita boleh memaksa mereka menerima negara Islam sedangkan mereka kaum kafir telah gagal didedahkan kehebatan Islam oleh orang2 melayu Islam itu sendiri. Bagaimana mereka menyokong penubuhan negara Islam dengan ‘keredhaan’ kaum2 itu. Jika negara ini adalah dibawah undang-undang sistem beraja atau sistem khalifah mungkin bukan Islam boleh dipaksa atas perlaksanaan negara Islam tapi malangnya secara realiti kita adalah negara demokrasi dan cara berjuang perlu menuruti perundangan yang sedia ada dimana hendak ubah undang2 pun kita perlu sokongan dari wakil rakyat yang terdiri dari non muslim.