Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Video: Don't Cheapen the Misery of the Palestinians

PAS Shah Alam Member of Parliament Khalid Samad lambasted Umno for criticising PKR de facto leader, Anwar Ibrahim on his stand on Israel. Khalid said that it wasn't for Umno to criticise Anwar because Umno leaders have had contacts with Israeli leaders and they have allowed Israeli ships into Malaysian waters and Malaysian ports. PAS on the other hand unequivocally rejects the state of Israeli entirely; "born from the blood and tears of the Palestinians," said Khalid. Video courtesy of Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Siapa Taja Hasan Ali

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad hari ini membangkitkan persoalan sumber kewangan siri 'roadshow' mantan Exco negeri, Datuk Dr. Hasan Ali ke seluruh negara yang pastinya menelan biaya yang besar. Menurut Khalid, sesiapa sahaja yang berada di belakang Dr.Hasan Ali semestinya pihak-pihak yang bakal mendapat keuntungan sekiranya Kerajaan Pakatan tumbang di Selangor pada Pilihanraya Umum akan datang.

Status Report – Bencana Yang Melanda Beberapa Kawasan Di Shah Alam

Sambil media disibukkan dengan berita ‘roadshow’ anti PR dan PAS yang dijalankan oleh ‘kontraktor upahan’ UMNO, Shah Alam telah mengalami beberapa peristiwa ‘bencana kecil’ yang perlu ditangani oleh MBSA, ADUN dan Ahli Parlimen. Sambil tohmahan dan fitnah terus dilemparkan, usaha menangani bencana dan memelihara kesejahteraan masyarakat tetap diutamakan.

Hassan dan Alasan

InsyaAllah ini merupakan kali terakhir saya menulis berhubung dengan Hassan Ali dan episod keluarnya beliau dari PAS. Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini , saya sudah tidak boleh kata apa. Saya teramat setuju dengan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS. Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik. Oleh itu, 9 alasan yang diberinya hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri. Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah. Saya tidak akan menulis kembali alasan-alasannya, tetapi akan terus memberi respon satu per satu.

DAP Kuasai Malaysia Negara Republik

Saya tidaklah mempunyai PhD, tetapi saya ingin meminta jasa baik Hassan Ali untuk menjelaskan bagaimana dengan hanya bertanding 46 kerusi Parlimen, DAP boleh menang 112 kerusi? Untuk menguasai Malaysia, DAP perlukan 112 kerusi iaitu lebih 50% dari kerusi Parlimen sebanyak 222 kerusi. Sedangkan DAP hanya bertanding 46 kerusi.

Shah Alam Kota Maksiat?

Saya turut mendengar tuduhan Hassan Ali berhubung diri saya dan bagaimana Shah Alam sudah menjadi Kota Maksiat dengan konon bercambahnya rumah urut, tempat perjudian dan sarang arak. Ianya bertujuan untuk menyerang saya, tetapi ianya terkena tepat kepada batang hidung MBSA. Hassan Ali sebenarnya menuduh pihak perlesenan dan penguat kuasa MBSA membenarkan Shah Alam menjadi kota maksiat.

Hassan Ali dan Saya

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja. Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Pengumuman: Soalan Parlimen Penggal Kelima

Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas akan bermula pada 12 Mac hingga 12 April 2012. Sehubungan dengan itu, saya mengalukan sebarang cadangan dan soalan yang ingin dikemukakan untuk sesi kali ini sebelum 15 Februari 2012. Sila hantarkan soalan atau cadangan tersebut melalui alamat email yang tertera di blog ini. Sekian, terima kasih di atas sokongan anda semua. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD