Saya baru sahaja selesai mengerjakan umrah petang pada 5 Januari yang lalu. Umrah kali ini dilakukan sambil ayah masih segar dalam ingatan. Telah saya doakannya, semoga diampuni segala dosanya. Telah saya doakan ibu saya. Semoga dia tabah dalam menghadapi ujian ini. Begitu juga bagi keluarga saya, semoga semua pasrah dengan takdir Illahi.
Alhamdulillah saya telah berada di sisinya semasa beliau mengalami serangan sakit jantung buat kali terakhirnya pada 28 Disember yang lalu. Berada bersamanya di IJN semasa beliau meninggal. Bersama memandikan jenazahnya, mengimamkan solat jenazahnya dan menyambut jenazahnya semasa diturunkan ke dalam kubur.
Saya harap dengan itu semua, telah saya tunaikan tanggung-jawab saya terhadapnya sebagai seorang anak dengan sebaik yang mungkin. Walaupun tidak mungkin dapat saya membalas jasa dan budinya terhadap diri saya sebagai ayah.
Maka Umrah kali ini saya tumpukan doa untuknya. Semoga Allah melepaskan beliau dari seksaan kubur, meluaskannya serta menjadikannya sebagai taman syurga dan diterimanya sebagai ahli Syurga.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments