Skip to main content

Thiqah, Wala' dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Unknown said…
2nd that! All the way, bro!!
myGreenlast said…
Whatever. I think he is better than you.
Grand Marquis said…
Thiqah dan wala tu hanya untuk mereka yang ahli aje. Hassan Ali tu bukan lagi ahli pas la. Jadi nak thiqah apa benda.

Anda sepatutnya mempersoalkan mengapa PAS yang "berkepimpinan ulama" ni tiada yang berkelayakan untuk pegang jawatan exco agama. Sampai begitu hina PAS hanya layak menjaga adat istiadat Melayu aje dan nak bagi sedap ditambah belia dan sukan. Sebuah parti politik Islam yang "berkempimpnan ulama" tidak layak menjawat jawatan exco agama dan jawatan exco agama lebih layak di berikan oleh orang sekular dari parti sekular.

Kalau kita cakap pas ni balaci pr mereka marah. Tapi kalau apa yang berlaku ini masih belum cukup untuk kita sedar yang pas ni balaci pr, tak tau lah dimana letak akal kita.

Apakah kita sudah lupa apa yang berlaku dizaman british dulu? Mereka pegang semua potfolio penting. Orang melayu hanya diberikan hak menjaga adat istiadat dan agama Islam. Tapi PAS ni lebih hina sebab mereka hanya layak jaga adat istiadat melayu aje. Islam pun tak layak. Persoalannya ialah apa perlu wujudnya pas kalau kewujudannya sekadar menjaga adat Istiadat Melayu. Adakah Islam itu deen atau adat istiadat melayu?

Mungkin apa yang berlaku ni lebih bersesuaian dengan nama PAS (Parti Adat Melayu Semalaysia) sebab kot mana pusing pun Islam tu tak dapat nak masukkan dalam acronym nama pas.
azhar said…
Salam Tuan YB
Saya rasa Dato Hassan lebih layak dari mana2 pimpinan Pas yang ada sekarang , malah kalau dibangdingkan langit dengan bumi
Perlu kita ingat yang Dato Hassan adalah orang yang membawa Pas selangor naik, dimana Yb ketika itu
azhar said…
Kalau port folio agama diberi kepada pkr , mana maaruah Pas , sampai bila Pas akan tunduk pada pkr dan dap , saya rasa perkara ini tidak akan berlaku jika Almarhum Ustaz Fadhil Noor masih ada , beliau tidak rela maruah Pas dipermain2kan sedemikian rupa
Grand Marquis,
Orang PAS dan PR Selangor lebih pandai dari awak pasal politik nih, Awak ingat Islam ni jaga MAIS dan Jais je ke. Islam adalah syumul, Islam jaga siasah, Islam jaga Ekonomi, Islam jaga Kebajikan ,Islam jaga Pendidikan, Islam jaga Orang Dewasa, Pemuda dan Kanak2, pendek kata Islam merangkumi segala2 nya. Awak ini adalah hasil pendidikan secular warisan penjajah British yg akibatnya melihat Islam dalam kontak separuh masak.
Kalau siapa pun jaga exco agama (tak sepatutnya pun ada exco agama sebab agama itu pun dlm ertikata Islam sebenar adalah atas dari semua exco) asal dia orang Islam, kalau ada dasar Islam bagi negeri itu sudah pasti akan di putuskan berdasar kesepakatan orang2 Islam dalam exco sesebuah negeri terbabit sebab adanya mesyuarat exco yg berkala, Kalu orang PAS yg mentadbir Jais dan Mais sekali pun kalau macam cara Hassan Ali tak ada apa yg bernasnya sebab dia tadbir ikut cara dia, jentera dibawahnya jugalah yg menghalang ulama2 berilmu dari masuk mengajar dimesjid2, dalam banyak hal dia tak pula ikut muafakat PR Selangor dan tak pula ikut muafakat Pas, apa guna exco Pas pegang kalau begitu?.
Selangor ditadbir oleh PR bukan oleh PKR atau PAS kalau mengenai Islam. Setiap parti ada 'SAY' yg akan dihormati berdasarkan peruntukan perlembagaan negeri dan negara yg sedia apabila ada yg berkaitan dg urusan Islam. Kalau salah satu komponan PR sentiasa nak menjadi juara tanpa mengambil kira pandangan kawan2 lain dalam exco bererti tidak ada lagi semangat muafakat, mereka komponan pun tak nak perkara yg merugikan mufakat ini, merugikan undi Islam pula. YB Dr Shafie PAS yg bekerja bawah exco MB juga berpendidkan dan istiqoomah dg dasar Islam, YB Dr Halimah PAS dalam exco juga ada diploma kefahaman Islam, YB Iskandar Samad PAS yg jadi exco yg dah istiqoomah dan masak dengan perjuangan Islam sejak lama dulu, jadi apa yg kalut sangat dg teori dan andaian2 yg berat sebelah dan bersifat prejudis awak tu.
Harap awak banyak belajar lagi tentang konsep wala’dan tqiqah, semangat permuakan, siasah syariyyah dan lain2 lagi, jangan dok buang masa YB Khalid, buang masa pembaca2 blog Khalid dengan komen murahan yg mengelirukan pembaca dan yg tak ada nilai akademik dan intelek.
1. Teringat pada tahun 1990, bila Pas bergabung dgn S46. Jawatan PM akan diberi kepada Ku Li. Pas cuma nak pegang MB dinegeri spt Kelantan, Terengganu dan mungkin Kedah. Sangat berhati2 sekali.
2. Bila DS Anwar di pecat, org Pas yg pertama beri sokongan ialah Ust Fadhil Noor. Waktu itu ramai juga ahli Pas terpinga2 dgn keadaan itu. Tapi Ust fadhil sangat bijak, bila Anwar di tangkap ISA. Pas mula beri sokongan yg kuat.
3. Peristiwa di Perak sangat menarik, Pas cuma menang 6 kerusi. Tapi di pilih jadi MB. Perak bagi saya adalah pembuka mata masyarakat bukan Islam terhadap kemampuan Pas. Peluang dakwah yang sangat luas dan baik. 50 tahun dibawah Umno, org bukan Islam hanya kenal melayu tapi Pas buka mata mereka terhadap Islam hanya setelah memerintah dlm masa yg singkat.
4. Di Kelantan memerintah dgn beza satu kerusi pada 2004~08, sangat genting. Tapi dosa dan pahala memandu tindakan. tiada yg melompat.
5. Pas cuma minta di beri peluang utk buat hudud di Kelantan. Biar seluruh Malaysia lihat kesannya.

Pas sudah cukup matang, terlalu naif siapa yg menyangka Pas akan melatah dgn isu jawatan exco dan dijadi kuda oleh oleh pihak lain. Peluang dan ruang sentiasa diguna utk berdakwah. Insya Allah selagi jemaah ini berpaksi kepada Al-Quran, hadis,ijmak dan qias. Tiada yang mampu mengugat atau menggigit.
Grand Marquis said…
Abdul Rahman,

Pas ni kan parti perjuangan Islam. Mereka tentang UMNO pun sebab kata UMNO sekular. Mereka mencanang kepimpinan ulama.

Last-last, kepimpinan agama, saya ulang kepimpinan agama di selangor diberikan pada orang dari parti sekular dan bukan ulama. Jadi apakah perjuangan pas selama ini adalah hipokrisi semata mata?

Saudara Abdul Rahman cakap besar pasal Islam syumul. Memang betul. Zaman sekarang ni tak payah bagi lecture pasal Islam syumul. Kanak-kanak sekolah pun tau. Cuma kalau PAS yang sepatutnya menjuarai Islam dalam PR (dan mungkin di Malaysia) tidak diberikan kepercayaan pegang potfolio agama, apakah anda rasa PAS bakal di beri kepercayaan yang lebih besar untuk pegang portfolio lain.

Bagi saudara Abdul Rahman, orang apa pegang exco apa pun tidak penting. Tapi itu adalah pandangan anda. Tapi adakah itu yang disuruh oleh Nabi S.A.W.? Lupakah amaran Nabi S.A.W. tentang memberikan amanah kepada orang yang bukan ahli? Sepatutnya orang pas yang memperjuangkan Islam patut menjadikan hadith Nabi S.A.W. sebagai panduan. Tapi kenapa dalam hal ini, hadith Nabi tak diambil kira?

Isu yang lebih besar ialah adakah sudah tiada orang yang lebih layak dari Khalid untuk pegang potfolio agama? Kalau dah tak de tu tak pe la. Kita tak kisah asalkan dia orang Islam yang baik. Tapi adakah rakan PR, PAS sudah tiada calon yang layak pegang potfolio agama sehinggakan orang pas diberikkan portfolio adat Melayu, belia dan sukan tapi dicabut agama darinya? Kenapa PAS boleh diberi kepercayaan dalam hal "belia" dan "sukan" tapi tidak dalam agama? Apakah ini menunjukan pas lebih layak jaga adat dari agama?

Kalau orang itu bijak politik sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku. Tapi nyata pas selangor tidak bijak politik kerana membiarkan diri diperalatkan dan sesudah matlamat dicapai mereka umpama sepah yang tak berguna yang langsung tidak dipandang.

Kalau PR ni menghormati PAS, sepatutnya mereka kena jaga maruah PAS. Tapi nampaknya perkara ini tidak berlaku

Kalau anda rasa ini komen murahan, kenapa jawab? Sepatutnya komen murahan tak perlukan jawapan. Tapi bila anda menjawab tu ternyata ia kena dengan situasi yang berlaku.
Sdr Grand Marquis,
Islam yg difahami oleh budak sekolah sekarang belum pasti menepati kehendak kosep Islam syumul yg sebenarnya. Islam yg syumul bermaksud ia bukan ucapan sekadar hiasan d bibir mulut sahaja tetapi menuntut keyakinan dan praktis. Bukan Islam yg syumul kalau kita masih yakin dan atau mengatakan peraturan dan perundangan Islam tak sesuai dengan Negara yg majmuk spt Malaysia. Bukan Islam yg syumul sekiranya kita berlaku zalim sesama Islam atas sebab mereka berlainan fahaman politik spt di Kelantan, dan lain-lain contoh seumpamanya.
Sdr Marquis belum lagi memahami maksuk komen saya yg mengatakan Islam bukan sahaja hanya tertumpu kepada Hal Ehwal Agama. Kalau saya diberikan amanah untuk menjadi Menteri Besar Selangor, saya akan mengahapuskan Exco Hal Ehwal Ugama tapi akan mengantikan dg nama exco baru umpamanya Exco Pemerkasaan Syariat Islam. Lain2 exco spt umpama Pendidikan, Ekonomi, Kebudayaan, Belia, dan sebagainya akan saya kekalkan kerana apa sahaja nama diberikan kepada portfolio tersebut selama mana ia tidak bercanggah dengan kehendak Islam ia tetap portfolio Islam juga. Bukan menjadi satu tamparan kepada PAS kalau PAS tak diberikan Exco Hal Ehwal Ugama. Seumpama bukan satu tamparan kepada tukang masak mahir sekiranya seorang tukang masak mahir di sebuah kampong atau anak muridnya tak dilantik bahkan dilantik orang lain sebagai tukang masak menggantikan tempatnya. Apa dia tamparan2 ni, kita taada tamparan2, yg ada ialah amanah.
Apabila diserahkan tugas kepada bukan ahli tunggulah kehancuran tu sebenar merujuk kepada hadith nabi : Sabda Rasulullah s.a.w: “Tunggu saat kehancurannya, apabila amanat itu disia-siakan!” Para sahabat serentak bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud menyia-nyiakan amanah itu?” Nabi s.a.w menjawab: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya” (HR. Bukhari). Yang dimaksudkan dengan amanah disini adalah amanah menjalankan tugas dengan penuh tanggung-jawab, adil, jujur, cekap, dan sebagainya. Ia bukan bermaksud bila dia ustaz dia kena jaga hal ehwal Islam, dia seorang ahli ekonomi dia kena jaga exco ekonomi dan sebagainya. Yg idealnya begitulah tetapi tidak semestinya sentiasa begitu sekiranya dia mempunyai ciri2 kepimpinan yg melayakanya dia memegang amanah itu, silakan pegang amanah tersebut. Umpamanya seorang doktor yg mempunyai kepakaran mengubat penyakit kalau dia tak amanah sehingga contoh sengaja memyebabkan kematian keatas pesakit atas dorongan agenda tertentu, atau dia mencabul kehormatan pesakitnya, dia tak layak memegang amanah jadi seorang doctor. Seorang yg dikenali berfahaman dan berpendidikan Islam Dato Asri diserahkan amanah menjadi Presiden PAS (masa itu disebut YDPertua Agung) tetapi mengkhianati amanah dengan membuat keputusan tanpa menghormati kehendak majoriti pimpinan PAS sebaliknya lebib kepada menuruti kehendak UMNO dan dictatorship dalam menentukan pelaksanaan dasar perjuangan PAS, akhirnya merajuk dan masuk UMNO, apakah dia AHLI DALAM BIDANGNYA?
Selangor berkongsi kuasa dimana PAS hanya manoriti, apakah anggota PR yg lain kena dengar seratus peratus kehendak PAS. Begitu juga UMNO yg walaupun majority di P Pinang sebelum 2008, yang berkongsi kuasa dg Gerakan, apakah gerakan kena dengar 100 kehendak UMNO?. Tak berlakukan?, kalau berlaku mestilah ekonomi orang melayu PP dah gah, tak merempat. Lainlah di Kelantan dimana majoritinya PAS, disana PAS ada ‘final say’ dalam apa hal, ada bargaining power yg besar. Kalau sayang sangat dg PAS di Selangor Sdr Marquis kempenlah dari sekarang supaya PAS menang besar diSelangor supaya PAS ada lebih bargaining power nanti.
Unknown said…
http://online.wsj.com/article/SB30001424052970203363504577184631682335306.html

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel".

Malaysia's sodomy laws are "archaic" and could be amended. . . "It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation," he said.

PLEASE THINK BACK YOUR SUPPORT TO ANWAR IBRAHIM. YOU SHOULD QUESTIONS HIM MORE RATHER THAN JUST LISTEN AND BELIEVE FOR ALL HE SAID. THE ABOVE STATEMENTS ARE SO DIFFERENT OF WHAT HE CLAIMED IN MALAYSIA. OF COURSE YOU DO BELIEVE IN WALL STREET JOURNAL REPORT, DON'T YOU?
joehan said…
thank you 'unkwown' for copy n paste wll street journal link..i was about to do the same..

so pencacai n pentaksub anwar ibrahim termsk ko wahai khalid samad..blh x ko dptkn penjelasn dr 'imam mahdi' pkr ni manusia 'anu ghairah' bernm anwar ibrahim ni...manusia bernm anwar ibrahim ni terang2 kate sokong usaha2 utk melindungi keselamatan isreal!!!!oi anwar..keselamatn palestin mcmmana..xckup ke US dh backing org2 zionis ni..dh la ko sing annapolis summit yg iktiraf kedaulatn israel(penduduk palestin n hamas xiktirf annpolis summt ni)..ko nk spin ape lg anwar oi...ko punye pencacai bodo n pentaksub ko blh la ko tpu n spin2..ayat ko tu dh terang pon..tau la dpt dana dr org2 sana..tp aku btul2 pelik..pas snggup peluk cium dgn manusia munafik bernm anwar ibrahim ni..

so khalid samad..konon2 ko ni bijak sgtkn..can u explain bout this stupid statemnt from yr stupid big boss tu..nk jgk kiteorg gelak dgn explaination ko tu nnti..aku cbr ko ni..sile explain..n spin la laju2 kalo blh..cant wait to laugh ni..hahahahaha
joehan said…
lupe nk pesan..please approve my commnt kalo btul pr ni konon2 telus..hahahahaha...sile jgn approve kalo ko pon tergolong dlm gol org2 munafik n suke berdusta.
tahir said…
Dari awal saya menjangka pas akan menghadapi masalah kalau bergabung dalam pr ni. Nampaknya satu demi satu kepimpinan ulamak hendak dinyahkan daripada saf kepimpinan pas oleh parasit pkr yang ada dalam pas. Sehingga Aziz Baru yang baru masuk pkr pun begitu lancang nak menghalau Ustaz Azizan dari PR berkaitan isu auku yg dah lama selesai di kuin diungkit balik. Ini menampakkan adanya agen dr pkr yang hendak memecahbelahkan pas sebagai sebuah parti islam yg besar sebelum ini. Acuan islam memang susah nak disesuaikan dengan kumpulan sosialis liberal ni. Apalah guna berpolitik kalau tiada diberi kuasa terutamanya dalam bidang islam kpd pas. Eloklah difikir kembali kerjasama pas bersama pakatann rakyat.
tahir said…
Sdr. Ab Rahman,
Walaun Pas sebagai minoriti, tetapi exco bhg islam adalah hak pas sebelum ini, mengapa nak diketepikan. Mana maruah pas sebagai rakan kongsi kuasa kalau diperlakukan bagai lembu dicucuk hidung. Adakah sama matlamat islam yg diperjuangkan pkr dengan semangat yg diperjuangkan oleh pas. Kata nak perjuang islam tapi tidak diberi kuasa, pandai sungguh hampa berpolitik.
joehan said…
salam khalid samad..mn peginye cybertroops pr yg lain..jwb la psl kenyataan anwar dlm WSJ tu..ko pon npe senyp je khalid oi..kiteorg sume nk jgk tgk hujah2 ko utk tlg spin kenyataan 'imam mahdi' sesat tu..oi pencacai pr yg lain..aku cabr korng ni..ape hujah korng utk tlg anwar tu..mn mamat bernm 'abd rahman mahmood' ni..terbukti pencacai pr lemah iq!!hahahah
joehan said…
khalid..still collecting imformation ke psl kenyataan nuar tu..sile bkk link ni utk tau perkaitan anwar n zionis dgn lebh jelas

http://zul4kulim.blogspot.com/2012/01/al-yahud.html

tlgla wahai pengikut pas..bkk mata hati utk mengetahui siapa anwar ibrahim yg sbnrnye..bersatu la demi kegemilangan islam di malaysia ni..

mmg umno teruk dari segi agama..so ini la tugas pas saling lengkap melengkapi sesama muslim..bknnye saling bermushan n cipta sengketa..aku pon xphm kenape nik aziz msh simpan dendam pd umno disebbkn insiden pas kuar dr barisan lebh kurang 34thn lps..pendendam tu sifat2 mulia or sifat tercela..mcamana seorg yg mengaku ulama blh menyimpn dendam sebegitu lm sedangkn nabi sedikit pon tdk berdendam sesama muslim..

mngkin pas skrng dikuasai oleh kuasa ke putrajya n lari dr perjuangan asal sbb tu mata hati korng jd buta..umno mmg truk dr segi agama tp skrng ni pas lg teruk melacurkn agama demi kuasa!!

back to our isu..aku nk dgr pendirian ko psl kenyataan anwar dlm wsj tu wahai khalid samad..
Supar Yop said…
Malam tadi di BB Bangi,the Hassans - Hassan ALi dan Hassan Basri gasak kamu cukup2 Khalid.Aku cukup berpuashati utk membuat kesimpulan bahawa PAS sekarang dikuasai oleh munafik2 - baik gugur sjlah nama Islam tu.Hassan Ali bukan sj panggil kau Parasit tapi siap kasi tau hadirin, jangan bagi satu undi pun kat kamu.!Siap , hujung bulan ni aku pindah Shah Alam daftar sbg pengundi di sana. Sekarang boleh undi anyone but PR!
kekura said…
apa bezanya BN dgn PKR dan DAP?

jawapan saya sama sahaja. nak kata mereka tak rasuah, tak nepo, tak kroni, tak rosak akhlak? nak termuntah pula rasanya. lebih jijik bila orang ckp tak rasuah, tak nepo, tak kroni, tak rosak akhlak tp diorg pun sama.

jd kenapa PKR dan DAP "dimuliakan" berlebihan? ingatlah anda hanya bekerjasama sahaja tak lebih dari itu. ini sampai nak pertahankan apa yg ternyata salah ni, apa cerita?!

tp yg lebih menyakitkan hati saya, yg sama2 hendak islam ni bergaduh sesama sendiri. dgn meletakkan isu dipecat ketepi, yg hendak islam ni bergaduh kerana hentam@protect pkr dan dap pula tu, dua parti lalang yg kita tahu hala tuju mereka tp kita samada bersangka baik (dan ada yg tak dpt bersangka baik thdp mereka) atau dlm penafian.
dia memang dipecat kerana perangai dia, tp pokok pangkalnya korang bergaduh kerana pertahankan musuh ALLAH, the big enemy and the lesser enemy!! that's fact!
kalau saya salah sila lah buktikan yg pkr dan dap bukan musuh ALLAH yg terang dan nyata!
digitalmaya said…
kalo begitu biarkan BN terus berkuasa......jika oleh selamanya

ia mungkin akan menguntungkan PAS..........

lebih baik tengok BN berkuasa dari tengok PAS DAP dan PKR yang akan memerintah......adakah itu yang anda mahu?

atau BN terus berkuasa PAS bersendirian dan PKR & DAP pembangkang?......

pilihan ditangan anda?

DHA cukup cukup la meroyan tu...org sekarang tak kisah dahh janji sapa sapa yang menghargai rakyat boleh mengurangkan beban rakyat org tu la kita sokong. ABU..
digitalmaya said…
kalo begitu biarkan BN terus berkuasa......jika oleh selamanya

ia mungkin akan menguntungkan PAS..........

lebih baik tengok BN berkuasa dari tengok PAS DAP dan PKR yang akan memerintah......adakah itu yang anda mahu?

atau BN terus berkuasa PAS bersendirian dan PKR & DAP pembangkang?......

pilihan ditangan anda?

DHA cukup cukup la meroyan tu...org sekarang tak kisah dahh janji sapa sapa yang menghargai rakyat boleh mengurangkan beban rakyat org tu la kita sokong. ABU..

DHA meroyan sorang2 pun dah kelam kabut puak puak ni...terus umno jadi malaikat
Rezeki Syifa said…
Banyak parasit yg komplen. Terlalu gelojoh hendak jawapan.
EnChe Guevara said…
Salam Tuan! teruskan perjuangan yg lurus tanpa bengkok2 tanpa sembunyi2 dlm gelap!

Nampaknya pendedahan demi pendedahan Tuan menyebabkan org "tertentu" sepertinya org kerasukan dibacakan azan ke telinganya, menggelupor dan melenting2 bak ayam betina kecabutan bulu. TAHNIAH!

Pendedahan2 Tuan selain berinformatif, juga menghiburkan membaca ruangan komen dari org kerasukan, yg ada membawa watak2 seperti : - panglima - cerdik pandai - kelas elitis - org warak - pemaki hamun - dan byk lagi watak2 yg menggeletek hati.
x cukup dgn watak2 menggelikan hati, ada juga yg berhujah menempelkan kredebiliti Zul Nordin bg menguatkan hujah? (seriously zul kulim?come on laa)...

Akhir kata : seseorang yg menangguh2 pembayaran hutang atau tidak mahu membayarnya padahal ia mempunyai harta utk membayarnya, maka perbuatan ini adalah amalan org2 MUNAFIQ dan dibenci dalam Islam.
"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah" - (Al-Baqarah : 188)

"Barangsiapa mengambil harta org yg ia bermaksud merosakkannya (tidak mahu membayarnya), nescaya Allah akan merosakkannya." - (HR Bukhari)
setuju dengan anda sernan..

mereka menyerang PAS dan PR seolah-olah parti satu lagi begitu suci murni.. mereka menyerang PAS seolah-olah mereka adalah yang terbaik hujah dan hati mereka.. hahaha..

Tiada siapa yang sempurna.. untuk mencapai sesuatu matlamat bukan boleh dilaksanakan dalam satu malam.. Rom wasn't built in one day!!

Teruskan usaha anda Khalid. Saya memahami cara anda dalam dunia yang Islamnya penuh dengan cabaran. Kita bukan hidup dizaman Rasullah di madinah dan para sahabat.

Islam datangnya dagang dan kembalinya juga dagang. jadi usaha untuk mengembangkan Islam juga mengikut keadaan zaman sebagaimana Rasullah berdakwah pada awal Islam mula untuk bertapak.

Belajar dari sirah dan anda semua tahu apa itu dakwah!

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan