Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap. Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu.
Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka. Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada ahli dan penyokong parti komponen PR di atas kehadiran mereka di mahkamah pagi tadi. Kehadiran yang ramai, jelas menzahirkan angin perubahan yang bakal melanda dan menggegarkan BN. Walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama kerana masih sedang berada di Saudi, menunggu visa untuk keluar. Exit Visa mungkin sesuatu yang pelik, tetapi perlu dilalui bagi mereka yang datang ke Saudi seperti saya.
Saya perlu juga mengucapkan tahniah dan syabas pada Tuan Hakim Mohamad Zabidin yang berani menghukum mengikut lunas-lunas keadilan dan menegakkan prinsip kebebasan institusi kehakiman. Semoga diberkati dan dijadikan titik tolak untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman supaya tidak lagi dikudakan pihak pemerintah.Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada pasukan peguam DSAI di atas pencapaian dan prestasi mereka.
Sebelum ini Zaid Ibrahim telah meminta maaf dengan DSAI. Seterusnya tukang pura-pura telah dikeluarkan dari PAS. Sekarang DSAI didapati tidak bersalah. Ianya bagaikan mengiyakan perpatah Inggeris yang berbunyi, “All good things come in threes”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Jadi sepatutnya saudara kena meminta maaf dan taubat nasuha atas segala perbuatan anda.
bersama kegembiraan pasti ada syukur. saya juga sedang menanti waktu jangkaan dan ramalan saya berkaitan ug adalah tidak benar. cuma apa yang saya luahkan selama ini adalah berdasarkan fakta dan kelakuan di hadapan mata yang didedahkan oleh Allah swt kepada sahabat2 yang berjuang lillahita'ala.
pc hassan ali mendedahkan nasharudin mat isa berada di belakangnya tanda memberi sokongan moral. cuma haron din tidak kelihatan walaupun disebut turut hadir. a friend in need is a friend indeed
masa akan memberitahu segalanya. lambat atau cepat itu urusan Alah semata. kepadaNya kita berserah dan mengharap redhaNya.
wallahu'alam
Si Tulang Besi tu sampai la ni, kalau nampak nama GM dia tak berani lepaskan komen. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah.
Hairannya ialah si tulang besi ni, posting puak-puak dia yang mencarut dan mencaci orang dia lepaskan, posting yang menjawab beliau di halang. Itulah sandard berhujah yang awak maksudkan kot.
Kepada khalid samad dan puak-puak yang kononnya pejuang Islam, lihatlah transkrip ucapan Anwar di mahkamah
Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya.
Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah.
Ayat pertama jelas satu tuduhan dan fitnah dari beliau. Kenapa anda semua tidak kisah? Apakah dalam Islam ini ada double standard? Puak sendiri buat ok, orang lain belum pun disahkan buat terus kena tuduh macam macam?
Kepada khalid samad pakar tafsir al-Quran, cuba carikan ayat-ayat yang boleh mentafsirkan perbuatan Anwar ni halal.
dan anwar mendabik dada ddlm setiap ceramah mengatakan dia dizalimi..kes liwat ini adlh konspirasi utk jthkn beliau..satu dunia anwar ibrahim menjaja cerita bahawa dia diinayai..dan pasti di penjarakan..
sekarang Allah telah membuka mata hati ramai pihak..selama ini anwar adalah pembawa fitnah yg dasyat dengan menyalahkn sistem mahkamah dan kerajaan...anwar dgn yakin mengatakan ini adlh konspirasi..skrng terbukti tidak!!
sekrang siapa yg berbohong n menyebarkn fitnah..adakah anda berada dlm golongan pembohong dan penyebar fitnah wahai jemaah pas..sedarlah bahawa anda semua akan dinilai di hari akhirat..walaupun kononnya matlamat pas mendabik dada memperjuangkn islam..tetapi cara anda semua bersekongkol dgn golongan2 pendusta dan penyebar fitnah tdk blh diterima!!
-MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!-
SILA APPROVEKN KOMEN INI JIKA ANDA BENAR2 TELUS..
Si Tulang Besi tu sampai la ni, kalau nampak nama GM dia tak berani lepaskan komen. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah.
Sebenarnya saya tak lepas kan komen si Grand Marquis ni sebab komen2 dia semakin mengarut dan tidak masuk akal.
Walaupun hujjah2 nya telah dijawab dan dipatahkan dengan jelas, tapi dia masih mengulangi hujjah2 songang nya
Akibatnya ramai pembaca blog saya tidak mahu lagi meninggalkan komen.
Maka terpaksa lah Grand Marquis ni dihalau.