Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Thiqah, Wala' dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Politik Roti

Beberapa hari lepas sempat juga saya membaca, mengenai kisah persaingan di antara roti Gardenia dan Mossimo. Roti pun menjadi bahan politicking di Malaysia ini!

Pengumuman: Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3

Berkaitan: 'Bersihkan Malaysia' pecutan akhir Pakatan ke Putrajaya Ceramah pra Konvensyen Pakatan -Pejabat YB Khalid Samad-

Saya Gembira Kerana Tersilap!

Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap . Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu. Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka. Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.

Mengapa DSAI akan Dipenjara

Ada yang bertanya kepada saya sebelum saya bertolak ke Saudi, bagaimana dengan kes Anwar? Saya menjawab, dia akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan. Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana pihak berkuasa tiada pilihan melainkan mendapati beliau bersalah. Sekian lama telah diwar-warkan bahawa beliau bersalah dan dihina dengan sebegitu rupa, kalau didapati tidak bersalah sudah pasti akan merupakan pukulan hebat terhadap Najib. Pada masa yang sama Anwar akan menyatakan keputusan tidak bersalah adalah bukti betapa beliau difitnah dan dizalimi selama ini. Oleh itu, pada saat sebelum pilihan raya seperti sekarang, ianya mampu mengalihkan sokongan rakyat kepada PR dengan lebih lagi sehingga mengakibatkan BN akan terus terkubur di seluruh Negara. Oleh itu Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan.

Doa Agar Dimusnahkan Golongan Yang Khianat

Sambil menunaikan umrah pada kali ini , sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat.

Umrah Setelah Ayahanda Meninggal

Saya baru sahaja selesai mengerjakan umrah petang pada 5 Januari yang lalu. Umrah kali ini dilakukan sambil ayah masih segar dalam ingatan. Telah saya doakannya, semoga diampuni segala dosanya. Telah saya doakan ibu saya. Semoga dia tabah dalam menghadapi ujian ini. Begitu juga bagi keluarga saya, semoga semua pasrah dengan takdir Illahi.

Politik Islam: Kaedah dan Pendekatan PAS Selangor

Saya ingin menjelaskan pandangan saya berhubung kaedah dakwah yang perlu diguna-pakai oleh PAS Selangor dalam keadaan PAS Selangor berada dalam kerajaan bersama PR. Bagi sebahagian orang yang tidak memahami proses dakwah, mereka menganggap kedudukan PAS Selangor sebagai ‘minor’ partner adalah tidak bermakna dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada perjuangan dakwah Islam yang dibawanya. Kekeliruan ini akan terus menghantui mereka sehingga persoalan ini dijelaskan.