Skip to main content

Isu di Shah Alam

Kebelakangan ini ada timbul beberapa isu yang melibatkan warga Shah Alam. Oleh yan demikian, saya sebagai Ahli Parlimen ingin menjelaskan pendirian saya berhubung beberapa isu yang akan saya nyatakan di sini dan usaha saya untuk menanganinya.

KENAIKAN SEWA KOMPLEKS PKNS
Saya telah menyatakan beberapa kali kepada pihak berwajib bahawa saya secara peribadinya tidak bersetuju dengan kenaikan sewa secara mendadak yang ingin dikenakan oleh pihak PKNS di Kompleks PKNS. Walaupun saya faham bahawa kadar pasaran adalah jauh lebih tinggi, kenaikan secara mendadak akan pasti membebankan. Saya telah dan akan terus meminta supaya keputusan tersebut dikaji semula.

Setahu saya, pihak penyewa di Kompleks PKNS secara dasarnya bersetuju bahawa kadar sewa tersebut dinaikkan, hanya mereka memohon supaya ianya dinaikkan secara berperingkat dan dengan jumlah yang munasabah.

TENDER KERJA-KERJA PEMBERSIHAN MBSA
Saya telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan kawasan MBSA telahpun ditender dan pihak MBSA ingin menawarkan kontrak untuk kerja-kerja ini kepada pihak yang menawarkan harga terrendah. MBSA akan menawarkan kepada yang terrendah walaupun harganya tidak munasabah dan jauh berkurangan dari anggaran MBSA sendiri. MBSA telah menyatakan bahawa sekiranya akhirnya kontraktor berkenaan tidak terbuat kerja-kerja seperti sepatutnya oleh kerana harganya terlalu rendah, maka kontraktor itu akan disenarai hitam dan kerja-kerja tersebut akan ditender kembali.

Saya turut difahamkan bahawa kebanyakan Ahli Majlis MBSA sendiri tidak setuju dengan pendekatan ‘cincai’ MBSA tetapi bantahan mereka tidak diindahkan.

Saya ingin menyatakan bahawa saya juga tidak bersetuju dengan pendekatan MBSA dalam persoalan ini sekiranya maklumat yang saya perolehi seperti di atas adalah benar. Sekiranya pihak MBSA sendiri mengetahui bahawa harga yang ditawarkan adalah terlalu rendah dan tidak munasabah berdasarkan maklumat dari QS kita sendiri, maka mengapa kita sengaja ingin mencari nahas? Sedangkan harga yang terlalu rendah akan menyebabkan berlakunya kualiti kerja rendah, curi tulang, penipuan dan juga rasuah.

Amalan re-tender membuang masa (dan masa adalah juga wang) dan akan menyebabkan kerja-kerja terbengkalai. Apabila kerja-kerja terbengkalai, maka tanggung-jawab MBSA kepada penduduk TIDAK dipenuhi. Warga Shah Alam yang merupakan klien MBSA perlu diutamakan tetapi atas sebab pendekatan yang tidak bijak, maka MBSA akan menganiaya mereka.

Maka saya menyarankan agar MBSA mengamalkan apa yang biasa dilakukan oleh badan profesional di mana anggaran dilakukan oleh pihak QS yang mahir dan harga yang diterima semestinya 10% +/- dari anggaran ini. Saya harap pendekatan yang profesional dan bukan yang ‘cincai’ akan dapat diamalkan oleh pihak MBSA dalam persoalan ini dan juga dalam sebarang persoalan pengurusan majlis perbandaran.

Ini perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila kita ketahui bahawa ada syarikat-syarikat kroni yang mungkin akan sanggup menawarkan harga rendah walaupun terpaksa menanggung kerugian semata-mata untuk mencapai agenda tertentu mereka. Termasuk dalam agenda ini ialah untuk mensabotaj usaha murni MBSA dan kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan harga yang munasabah dan berpatutan.

Saya difahamkan bahawa kerja-kerja pengangkutan sampah turut akan ditender tidak lama lagi. Beberapa kontraktor pengangkutan sampah telah bertemu saya memohon supaya mereka terus ditawarkan kerja-kerja ini yang baru sahaja mereka ambil alih semenjak Alam Flora dihentikan. Mereka mendakwa bahawa tempoh masa hanya beberapa bulan tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan mereka. Kontraktor-kontraktor ini mendakwa bahawa mereka telah membantu MBSA apabila diperlukan, iaitu apabila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya, tetapi MBSA sekarang tidak mengindahkan masalah yang dihadapi mereka sekiranya ditamatkan perkhidmatan mereka melalui tender ini.

Pada masa yang sama, dikhuatiri bahawa akan ada kontraktor ‘kamikaze’ yang akan menawarkan harga rendah dan tidak munasabah seperti untuk kerja-kerja pembersihan yang diceritakan di atas. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada MBSA, sekiranya apa yang dinyatakan oleh pihak kontraktor ini kepada saya adalah benar, supaya MBSA menawarkan kembali kontrak ini kepada kontraktor-kontraktor ini untuk tempoh 2 atau 3 tahun tetapi dengan terlebih dahulu mendapatkan diskaun dari mereka. Melalui ini kontraktor-kontraktor ini tidak akan dizalimi dan pada masa yang sama, penjimatan tetap tercapai. Diskaun sebanyak 10%, sebagai contoh akan mendatangkan penjimatan lebih kurang RM 40 Juta setahun kalau tidak silap saya.

Tempoh 3 tahun pula akan menjamin tempoh perkhidmatan yang memungkinkan pulangan atas pelaburan dan selepas itu, proses tender secara profesional seperti yang disebut di atas dapat diamalkan. Tender ini akan mengamalkan kaedah menawarkan kontrak kepada pihak yang memberi harga yang rendah dan berpatutan di mana harga berpatutan akan berpandukan kepada anggaran QS yang mahir dan berkelayakan.

MASALAH BANJIR DI FOOD COURT SEKSYEN 2
Ini merupakan masalah yang berterusan semenjak food court ini dibuka dan ditadbir oleh pihak pembinanya sebagai sebahagian dari kaedah penswastaan oleh MBSA. Banjir dalam kawasan bawah bumbung food-court ini berlaku walaupun hujan tidak begitu lebat dan menyulitkan peniaga dan pelangan.

Saya berpandangan bahawa masalah ini berpunca dari kesilapan rekabentuk bangunan dan pihak MBSA perlu bertindak segera untuk mengatasinya. Saya difahamkan bahawa peniaga telah membuat aduan berhubung masalah ini beberapa kali tetapi malangnya ianya tidak ditangani dengan cara yang berkesan hingga sekarang.

Saya telah membuat aduan kepada pihak berwajib dan akan terus mendesak supaya masalah ini ditangani dengan segera.

MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS ATAS SEBAB ADANYA MAJLIS DI I-CITY
Minggu lepas telah menyaksikan kesesakan lalu lintas yang teramat sekali di Lebuh Raya Persekutuan bagi pengguna yang menuju ke Klang. Puncanya adalah Majlis Sambutan yang diadakan di I-City.

Saya telah beberapa kali menyatakan kekecewaan saya terhadap keadaan ini. Jawapan yang diterima ialah ianya akan diatasi apabila fly-over yang dicadangkan dibina. Saya tidak nafikan kebenaran kenyataan tersebut, tetapi yang saya pertikaikan ialah mengapa majlis seumpama itu terus diadakan dalam keadaan fly-over tersebut belum siap.

Saya akan terus berusaha supaya pihak MBSA dan Kerajaan Negeri lebih perihatin terhadap kesusahan warga Shah Alam khususnya yang tinggal di Seksyen 7 akibat dari penganjuran Majlis di I-City. Status I-City sebagai pusat hiburan/pelancongan adalah tidak wajar memandangkan kedudukannya yang begitu dekat dengan kawasan perumahan dan ketiadaan infra-struktur yang mampu menampung trafik apabila program sebegitu besar diadakan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

lan said…
Syabas Yb, isu iCity sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik jika pemiliknya bertolak ansur

In the first place we dont need an 'entertainment' place especially in that tight location. I think some parties forgot i-City was initially meant to be an ICT center, and somehow they swayed away from the main idea I guess
Salam YB, tentang isu Tender Pembersihan dan Kutipan Sampah, saya nak ucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Shah alam kerana telah menggadaikan sokongan lebih 300 kontraktor yg telah hilang mata pencarian.

Juga beliau telah mengambil risiko teramat besar kerana memilih kontraktor baru dengan harga teramat rendah...rata2 50 peratus bawah budget. Kontraktor baru ini kebanyakan bukan warga Shah Alam dan mempunyai modal yg banyak dlm akaun dan menggunakan nama banyak syarikat.

Saya pasti kualiti pembersihan akan terjejas teruk dan sampah sarap akan bertimbun tidak dikutip tidak lama lagi.

Saya harap Datuk Bandar sedar yg beliau telah membenarkan dan memberi modal besar kepada Umno & Sekutunya utk membelasah Pakatan dan sekaligus bakal menghancurkan Selangor....
Salam YB, tentang isu Tender Pembersihan dan Kutipan Sampah, saya nak ucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Shah alam kerana telah menggadaikan sokongan lebih 300 kontraktor yg telah hilang mata pencarian.

Juga beliau telah mengambil risiko teramat besar kerana memilih kontraktor baru dengan harga teramat rendah...rata2 50 peratus bawah budget. Kontraktor baru ini kebanyakan bukan warga Shah Alam dan mempunyai modal yg banyak dlm akaun dan menggunakan nama banyak syarikat.

Saya pasti kualiti pembersihan akan terjejas teruk dan sampah sarap akan bertimbun tidak dikutip tidak lama lagi.

Saya harap Datuk Bandar sedar yg beliau telah membenarkan dan memberi modal besar kepada Umno & Sekutunya utk membelasah Pakatan dan sekaligus bakal menghancurkan Selangor....
Ayeena said…
Saya amat kesal dgn sikap pihak MBSA terutamanya Datuk Bandar kerana dgn sewenang2nya meluluskan peremohonan Gabungan Bertindak Penduduk U10 tuk menjadikan Jalan Utama kami di Cahaya SPK sbg jalan utama utk keluar ke Jalan Sg Buluh seperti yg tertera di Blog mereka http://tamansandaranpermai.blogspot.com/ mengapakah keputusan dgn mudahnya diambil tanpa merujuk kpd kami. Apakah MBSA hanya berekrja utk GBPU10? Kami juga pembayar cukai yg perlu dipertimbangkan. Kami akan menghadapi masalah kerana jln yg selalu kami gunakan utk ke Surau dan riadah kini akan jadi sibuk dgn kenderaan yg mahu menuju ke Jalan Sg Buluh. Jalan ini terletak di tgh2 kawasan kejiranan kami. dan diluluskan utk kegunaan org dari luar kawasan kami. Sekiranya inilah sikap, maka tak gunba yg menyokong mereka yg kononnya menjaga kebajikan rakyat sbb nampaknya mereka pon hanya jaga kepentingan sesetengah pihak. Nama saya Joehariza Zakaria, email joehariza@gmail.com, saya bpoleh dihubungi di 0193045694
ahl akhyar said…
Salaam YB.. saya mengharap YB dapat menyelamatkan Kompleks PKNS Shah Alam dari dinaikkan sewa yg keterlaluan. Kenyataan MB Khalid dlm suara keadilan bagi membela peniaga2 PKNS kononnya akan dibuat promosi bagi membantu peniaga menunjukkan bahawa beliau tidak tahu langsung sejarah Kompleks PKNS yg telah menjadi sinonim dgn penduduk Shah Alam. Kompleks PKNS sudah diketahui oleh orang melayu Islam di Lembah Kelang sebagai hub untuk membeli barangan bumiputera, Islam yg berpatutan. bagi warga kota yg ingin mengelakkan dari kesesakan Jalan TAR, mereka memilih Kompleks PKNS sbg destinasi pembelian mereka, harga parking yg rendah, makanan dan barangan menjadi pilihan warga lembah klang. Kenyataan Ketua PKNS juga menampakkan mereka ingin mengambil kesempatan dgn tren semasa kapitalis perniagaan shoppin complex, mengaut keuntungan dr hasil usaha peniaga2 di situ. Adakah bagunan PKNS sudah berubah spt SACC Mall? spt Subang Parade yg dinaiktarafkan. Janganlah terikut2 dgn sistem kapitalis, yg difikirkan keuntungan tidak mengira soal kebajikan peniaga/ penyewa/ org ramai, jgn jadi spt businessman bukan Islam, asal dpt untung, jika tak boleh bayar, org lain boleh masuk. Kita orang Islam jgn dilayan begitu. seharusnya Kompleks PKNS dinaiktarafkan tetapi jgn pula bebanan kos dibebankan kepada penyewa.ingat bila sewa kedai makan sbg cth RM4000 naik ke Rm8000, rasa2 air teh tarik yg asalm rm1.50-rm2 akan kekal? ni kedai makan bumiputera bukan Starbucks ke, Old Town kopitiam yg ada dana besar. Barangan2 yg dijual rasanya tak akan lebih murah? parking tiket akan naik, semua barang akan naik.. ingatlah Kompleks PKNS dikunjungi ramai majoritinya oleh warga kota muslim yg berpendapatan sederhana & rendah, dengan harga barang yg dah sedia naik, ekonomi yg tak stabil, Kompleks PKNS Shah Alam adalah alternatif kpd warga golongan ini. Harap YB dapat usulkan, jgnlah buat Selangor ni macam barang perniagaan, bertimbang rasa dan jagalah kebajikan rakyat marhaen dlm bab2 ini. terima kasih & minta maaf jika ada salah silap.. wassalam. warga shah alam 1979

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan