Skip to main content

Debat Hudud MCA-DAP

Kebiasanya di dalam sesuatu debat ada pihak penyokong dan pihak pembangkang, maka barulah boleh disebut sebagai ‘debat’. Oleh itu, saya agak terkejut apabila mendengar cabaran CSL kepada LGE untuk berdebat atas isu Hudud. Mungkin setelah diadakan Seminar Hudud yang dihadiri penasihat agama MB Terengganu (UMNO), CSL pun tahu bahawa UMNO pun anti-Hudud dan dianggap DAP lebih pro-hudud berbanding UMNO. Mungkin itulah sebabnya orang yang dicabar adalah LGE!

Tidak sangka pula CSL begitu buta politik! Ini kerana DAP sudah nyatakan pendirian mereka. Mereka tidak pro-hudud tetapi mereka hormati hak PAS untuk memeperjuangkan keyakinan PAS dan ummat Islam. DAP hormat hak PAS dan ummat Islam tetapi DAP tidak setuju. Ia juga merupakan hak DAP yang PAS juga hormati. Yang tidak pandai menghormati hak orang lain nampak gayanya ialah MCA dan UMNO juga apabila diterima CSL sebagai Tok Guru mereka.

Maklumlah hanya MCA yang mampu anjurkan Seminar Hudud. UMNO tidak mampu. UMNO hanya mampu menghantar ahli panel untuk meng’iyakan’ kata-kata Tok Guru CSL. Sedih, sepatutnya UMNO yang anjurkan Seminar Hudud dan MCA dijemput hadir. Ini sebaliknya. Jelas sekali siapa pakar hudud dalam BN.

Dari sudut pendirian parti, amat jelas MCA jauh lebih ekstrim berbanding DAP. Mungkin CSL takut bahawa dia pun akan dikenakan hudud selepas tersiarnya video adegan panas beliau beberapa ketika dahulu. Tetapi CSL tidak perlu khuatir, hukuman hudud bukan untuk dia.

Dalam soal cabar berdebat ini, sepatutnya MCA menjemput pihak yang pro-hudud untuk berdebat bukan yang tidak sokong. Selain dari PAS yang jelas pendiriannya terhadap isu hudud, MCA boleh juga menjemput UMNO. Ini adalah untuk menjelaskan lagi pendirian UMNO samada mereka menyokong atau tidak undang-undang hudud. Kekeliruan wujud disebabkan ada ketikanya UMNO mengatakan bahawa mereka menyokong dan ada ketikanya mereka perlekehkan apa yang dinyatakan oleh PAS.

Debat sebegini akan juga memberi peluang untuk UMNO menjelaskan hudud dari perspektif mereka dan bagaimana ianya berbeza dari apa yang diperjuangkan oleh PAS. Hudud yang diperjuangkan PAS dikatakan ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam oleh wakil UMNO dalam Seminar tersebut. Debat ini akan memberi peluang kepada UMNO untuk menjelaskan hudud Islam yang difahami mereka dan sejauh mana mereka berusaha untuk melaksanakannya.

Oleh kerana dua-dua parti berada dalam BN, debat ini pasti lebih mesra dan tidak menjadi pertelengkahan politik. Oleh itu ianya lebih berpeluang untuk memberikan kefahaman kepada rakyat berhubung isu hudud tanpa adanya perbalahan politik.

Saya pun sebenarnya amat teringin melihat UMNO membela hudud dan Islam secara umumnya di hadapan MCA. Adakah UMNO akan membelanya atau adakah UMNO akan tunduk pada MCA?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...