Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Isu di Shah Alam

Kebelakangan ini ada timbul beberapa isu yang melibatkan warga Shah Alam. Oleh yan demikian, saya sebagai Ahli Parlimen ingin menjelaskan pendirian saya berhubung beberapa isu yang akan saya nyatakan di sini dan usaha saya untuk menanganinya.

Jenazah Ayahanda Khalid Selamat Disemadi

Oleh: Muhammad Faizal (HarakahDaily) KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ayah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor tadi. Ayahnya Abdul Samad Salleh, 90, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 1 pagi tadi.

Lawatan Ke Gaza Bersama Rombongan Ahli Parlimen Antarabangsa

Saya telah berkesempatan ke Gaza pada 21 hingga 24 November bersama 2 orang Ahli Parlimen Malaysia lain iaitu YB Ustazah Siti Zailah (Rantau Panjang) dan YB Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja). Ianya merupakan lawatan yang diatur oleh 2 NGO antarabangsa iaitu ‘Council for European and Palestinian Relations’ (CEPR) yang beroperasi di Brussels dan Rabitah Ulama’ Ahlus Sunnah yang beroperasi di Mesir. Lawatan ini merupakan lawatan oleh beberapa Ahli Parlimen dari beberapa benua, khususnya Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Asia. Kesemuanya terdapat hampir 50 Ahli Parlimen dan 40 lebih ahli NGO dan pemberita.

I Am No Liberal

By Chung Hosanna (The Rocket ) He has fought against the “liberal” label bestowed to him by well-meaning observers to describe his decidedly un-conservative stand on controversial matters. These days, Khalid Samad prefers to call himself an Islamist. He speaks to Chung Hosanna of DAP's The Rocket. It’s noon on a Tuesday when I meet Khalid Samad in the Parliament lobby and the sun wont stop shining in through the shades as he greets me with an affable grin. His gaze is steady, his suit impeccable. A miniature hands-free mobile headset perpetually sits on his left ear. He looks nothing like the PAS caricatures that, lets face it, the mainstream media paints and most people swallow wholesale.

Lawatan ke Kilang Gardenia Shah Alam

Di antara lawatan yang telah sempat saya lakukan pada tahun ini ialah lawatan ke kilang Gardenia yang terletak di Sek 23 Shah Alam. Gardenia merupakan sebuat syarikat yang sering memberi sumbangan untuk program kemasyarakatan MPP dan NGO di kawasan Shah Alam. Ianya dianggap oleh mereka sebagai sebahagian dari CSR mereka.

DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Debat Hudud MCA-DAP

Kebiasanya di dalam sesuatu debat ada pihak penyokong dan pihak pembangkang, maka barulah boleh disebut sebagai ‘debat’. Oleh itu, saya agak terkejut apabila mendengar cabaran CSL kepada LGE untuk berdebat atas isu Hudud. Mungkin setelah diadakan Seminar Hudud yang dihadiri penasihat agama MB Terengganu (UMNO), CSL pun tahu bahawa UMNO pun anti-Hudud dan dianggap DAP lebih pro-hudud berbanding UMNO. Mungkin itulah sebabnya orang yang dicabar adalah LGE!

Video Fokus Berita: Konspirasi Kristianisasi

Fokus Berita: Politik Konspirasi Kristianisasi Fokus Berita TV Selangor mengupas persoalan Politik Konspirasi Kristianisasi bersama ahli panel yang terdiri daripada:- YB Dr. Abdul Rani Osman - Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Meru YB Teresa Kok - Pengerusi DAP Selangor Merangkap Exco Kerajaan Selangor YB Khalid Abdul Samad - Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam PART 1

Dan Tercabarnya Kuasa Politik Melayu…

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

Coretan Parlimen November 2011: Perhimpunan Aman dan PR1MA

Pada 26 November yang lalu saya telah selamat tiba ke tanah air dari Gaza dan Mesir pada jam 6 petang. Setelah pulang ke rumah berehat; pada keesokkan harinya 27 November saya telah hadir ke majlis walimah di Sek 17 pada sebelah tengah hari, program semarak hijau di Selayang pada sebelah petang dan program Maal Hijrah di Masjid As-Solihin Sek 17 pada waktu malam. Pada hari Isnin 28 November pula saya sempat bersama dengan Dr Rani untuk bersarapan dan pada waktu malam berkesempatan menghadiri Barbeque bersama unit Amal di Seksyen 19.

Muhyiddin Buktikan UMNO Sudah Kering Idea

Oleh: Muhammad Faizal ( HarakahDaily ) KUALA LUMPUR, 30 Nov: AJK PAS Pusat, Khalid Samad menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP ganti PAS membuktikan Umno sekarang sudah kekeringan idea. Beliau yang ditemui di Parlimen hari ini memberitahu apa yang Muhyidin katakan itu jelas menggambarkan pemikiran Umno selama ini yang mana pendapat mereka Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.