Skip to main content

Kenyataan Penuh Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor: Seksualiti Merdeka 2011

PAS Selangor sememangnya memahami perkembangan dan pembangunan pemikiran manusia yang sedang pesat berlaku di dunia semasa ini. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tamadun manusia terbaik berpandukan pengalaman dan kuasa pemikiran manusia. Ianya dilakukan tanpa apa-apa batasan atau halangan, sama ada dari faktor kebudayaan, kebiasaan atau kepercayaan keagamaan.

PAS secara umumnya menyokong usaha untuk membebaskan manusia dari halangan-halangan kekolotan dan kepercayaan tahyul yang tidak berasas.

PAS menganggap kebebasan ini amat penting untuk membangunkan tamadun manusia yang maju dan aman. Namun, kebebasan ini bukan kebebasan mutlak kerana bagi PAS, umat Islam mempunyai panduan dari Allah dalam bentuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Panduan ini, sambil menggalakkan kebebasan berfikir ini, meletakkan batas-batas tertentu supaya manusia tidak terlanjur dari matlamat ciptaannya sendiri dan rosak sehingga mendatangkan kerosakan di dunia dan juga di akhirat.

Di antara persoalan yang diusahakan sekarang ialah 'kebebasan seksual' dan 'seksualiti demokratik' di mana persoalan hak LGBT atau 'Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual' ingin diperjuangkan golongan tertentu dengan menganggap ianya merupakan di antara 'hak asasi manusia'.

Tanggapan sebegini adalah berdasarkan keyakinan bahawa manusia wujud tanpa adanya suatu perancangan dan matlamat yang jelas dan sebaliknya adalah hasil dari suatu kebetulan. Oleh itu, mengikut fahaman mereka, setiap manusia berhak untuk mengejar apa jua kecenderungan asalkan ianya tidak menyakiti pihak yang lain.

Amat jelas bahawa dari pandangan Islam, manusia diletakkan di atas bumi ini mengikut perancangan Maha Pencipta di mana, antaranya, lelaki hendaklah berkahwin dengan wanita demi memakmurkan bumi Allah. Perhubungan lelaki dan wanita dalam institusi kekeluargaan merupakan sesuatu yang saling membantu dan sesuai dengan fitrah manusia. Oleh itu, persoalan LGBT tidak dapat diterima atau dipersetujui oleh PAS.

Berdasarkan penjelasan ini, adalah jelas bahawa program yang seperti ini tidak boleh diterima oleh PAS. Kita menyeru semua, lebih-lebih lagi ummat Islam, untuk menolak program ini dan memahami bahawa ianya tidak ada kena mengena dengan persoalan hak asasi manusia.

Dari sudut pandangan Islam, hak asasi manusia adalah hak untuk menghayati dan memenuhi peranannya sebagai makhluk yang dijadikan Allah ia itu sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ini meliputi hak bersuara, menentang kezaliman, hidup bebas dengan kehormatan tanpa ancaman ditahan tanpa perbicaraan dan sebagainya.

Program yang memperjuangkan 'hak LGBT' adalah dari sudut Islam bukan bertujuan memperjuangkan hak asasi manusia. Sebaliknya ia memperjuangkan cara hidup songsang yang menjatuhkan martabat manusia sehingga terpesong jauh dari fitrah manusia itu sendiri.

Pada masa yang sama, PAS menyedari wujudnya masalah identifikasi seksualiti di kalangan golongan tertentu. Golongan yang sedang keliru dan berada dalam dilema ini perlu dibantu dan bukan dicaci. Masalah ini perlu ditangani melalui perbicangan dan perbahasan untuk mengukuhkan pendirian seseorang untuk berpegang kepada fitrahnya. Mereka perlu diberi kekuatan untuk menolak kecenderungan yang songsang dan bukan diberikan galakan untuk mengikutnya.

Akan tetapi, di mana masalah ini adalah semula jadi dan bukan suatu pilihan yang tersilap, maka penyelesaian lain perlu dikaji, dikenal pasti dan dipertimbangkan.

Dengan itu PAS menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan panduan dalam perkara ini.

PAS juga menyeru agar badan-badan keagamaan selain Islam turut menjelaskan pendirian dan sama-sama membantu dalam menangani permasalahan ini.

PAS Selangor juga bersedia dengan sikap terbuka untuk mengadakan pertemuan, diskusi dan dialog dalam mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini.

YB Dr Abd Rani Osman
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
4 Nov 2011

Comments

There is only one way out.Ask GOD why, why HE created gays n hermaphrodites ,devils, & goblin,famine & disease,wars and destrution.Why is that all the religious,intellectual pundits cant seem to "save" souls/Why is one of the greatest economist Milton Keynes was a gay?Why Alan Turing,one of the greatest mathematicians was born gay and commited suicide when the brit gov started injecting hormones into his body?PAS,theoretically shld be ruling Malaysia,for its "moral correctness" but Allah knows more,and knows whom to give power and whom not to give.
kekura said…
alasan tipikal orang sokong gay seperti "the seventh waves".

ALLAH ciptakan manusia dengan nafsu. dan ALLAH berikan ilmu dan kekuatan utk kawal nafsu. sebenarnya manusia boleh kawal nafsu tapi tidak mahu, itu yg liwat, seks bebas, bunuh, rompak, seksa binatang, tamak. dah tak dapat kawal nafsu, disalahkannya ALLAH yg mencipta. bodoh. itu sahaja perkataan yg sesuai utk mereka.

lucunya orang malaysia ini. bila negara barat buat sesuatu, kita seperti lembu, ikut sahaja. cuba fikir kalau barat tak sokong lgbt, ada tak orang malaysia nak buat kempen2 macam ni. negara barat menang game bagi champagne, kita ikut. negara barat buat ratu cantik, kita ikut. we have no back bone, eh?

kalau kemaruk sangat nak sokong lgbt ni, pergi duduk kat barat. they will be accept you with open arms, i suppose. rukun negara kita ada klausa "kesopanan dan kesusilaan". jadi tak sesuai dengan anda, seventh waves. malaysia is a just a piece of land if you dont want to accept our values (even though u not a gay, i suppose), and our language (bahasa melayu)!!

just wanna be cynical, i hoping for thieves to campaign for their right to rob others.
kekura said…
the seventh waves, why dont you ask industrialist, who create destruction to the earth so that they can become richer? they the one that dig a very large hole in south america and many part of the world, to create goods and market it so that more human will buy their products even if they did not need that thing? they force the people to give up their land, causing famine among the locals, they cause climate change and causing famine at other region, they ask their government to choke other government who bloke free trade, and attack countries so that their arm business can grow?
and it was all god's fault you say?
god have warn people to not do destruction, and think about others, bila segala2nya nak ikut nafsu, itulah jadinya, perang, kebuluran, gempa bumi, tsunami, seks bebas, GAY.

thing to ponder. does human need smart phone, or rather a simple handphone will do? do you know to built a smartphone, one need a precious metal through mining which every one tonne of earth is being dig, they will only produce merely grams of that metal? is that god's fault also that human want to be greed when they are warned not to?

learned, and stop acting like you are the enlightened one.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-