Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Corat Coret November 2011

Sekali lagi saya hanya mampu membuat beberapa coretan berhubung isu-isu semasa kerana sibuk menghadiri sidang Parlimen pada hari biasa dan ke luar kawasan untuk berceramah pada hujung minggu. Kesibukan berceramah ini sedikit sebanyak adalah disebabkan banyaknya isu yang timbul sehingga setiap kawasan memohon penjelasan. Ini menyebabkan saya kurang masa untuk menulis. Oleh itu, penjelasan yang saya sampaikan melalui ceramah-ceramah tersebut saya sampaikan juga melalui blog secara ringkas pada hari ini agar dapat dikongsi bersama.

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga kita berjaya menghayati semangat pengorbanan dalam mencari kereDhaan Allah. "Tidak sekali-kali akan sampai pada Allah daging-daging dan darah binatang yang dikorbankan. Akan tetapi yang akan sampai adalah keTaqwaan kamu.." Al-Hajj 37 . 9 Zulhijjah 1432H KHALID SAMAD

Kenyataan Penuh Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor: Seksualiti Merdeka 2011

PAS Selangor sememangnya memahami perkembangan dan pembangunan pemikiran manusia yang sedang pesat berlaku di dunia semasa ini. Ianya bertujuan untuk menghasilkan tamadun manusia terbaik berpandukan pengalaman dan kuasa pemikiran manusia. Ianya dilakukan tanpa apa-apa batasan atau halangan, sama ada dari faktor kebudayaan, kebiasaan atau kepercayaan keagamaan. PAS secara umumnya menyokong usaha untuk membebaskan manusia dari halangan-halangan kekolotan dan kepercayaan tahyul yang tidak berasas. PAS menganggap kebebasan ini amat penting untuk membangunkan tamadun manusia yang maju dan aman. Namun, kebebasan ini bukan kebebasan mutlak kerana bagi PAS, umat Islam mempunyai panduan dari Allah dalam bentuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Video: Perbahasan Bajet 2012

Video ihsan MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Ceramah Umum Bajet 2012 "UMNO Khianat Melayu" (Sek.19 Shah Alam, 3/3/2011)

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-