Skip to main content

Sinar Harian, Rahman Palil Dan Ketua Pemuda UMNO Selangor

Saya mengucap terima kasih kepada Sinar Harian atas liputan yang begitu luas yang diberikan kepada saya, khususnya dalam keluaran 12 September lalu. Saya mendapati satu muka telah dipenuhi dengan pelbagai teguran dan serangan terhadap diri saya dari ADUN Sementa YB Rahman Palil, Ungku Salleh Ungku Jamal Ketua Pemuda UMNO Selangor dan beberapa individu lain. Saya sebenarnya turut menunggu untuk wartawan Sinar Harian menghubungi untuk mendapatkan respon dari pihak saya, tetapi malangnya tiada panggilan diterima. Nampak gaya Sinar Harian berpuas hati dengan sekadar menyiarkan serangan mereka tanpa sebarang peluang untuk saya menjawab.

Begitu juga dengan berita pada Khamis 8 September apabila Dr Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA telah menyatakan berita berhubung usaha ingin menjatuhkan MB Selangor adalah ‘satu pembohongan’. Mereka juga tidak bertanya akan respon saya terhadap tuduhan Dr Yusri. Jelas bagi saya sebenarnya pertemuan yang disebut oleh Dr Yusri adalah pertemuan lain yang diadakan di Masjid Negeri dan bukan pertemuan yang saya maksudkan. Maka ini telah menimbulkan persoalan lanjut, berapa pertemuan sebenarnya yang telah diadakan?

Teringat saya akan satu akhbar yang bernama ‘WATAN’ pada satu ketika dahulu. Ianya akhbar yang begitu digemari peminat politik atas sebab kritisnya tulisan-tulisan yang disiarkan dalamnya. Semua dikritik, lebih lebih lagi kerajaan Barisan Nasional. Malangnya apabila musim Pilihan Raya tiba, parti dan pemimpin pembangkang menjadi sasarannya. WATAN juga dikeluarkan oleh pihak Karangkraf sepertimana Sinar Harian.

Apa yang saya khuatir ialah akhbar Sinar Harian juga akan mengikuti jalan yang sama. Ianya semakin popular kerana memberi liputan ke atas kegiatan semua pihak dan dilihat ‘adil’. Namun adalah dikhuatiri dengan menjelangnya Pilihan Raya, beritanya kelihatan semakin berat sebelah. Maka adalah wajar untuk rakyat dan penyokong PR khususnya berwaspada supaya tidak tertipu dengan berita yang kononnya ‘adil’ itu. Apakah pisang akan berbuah untuk kali yang kedua?

Oleh yang demikian, saya akan menjawab teguran dan serangan Rahman Palil dan Ungku Salleh di sini, melalui blog saya dan jawapan ini juga akan dihantar ke Sinar Harian. Saya ingin melihat samada ianya akan disiarkan oleh pihak mereka.

ENAKMEN JAIS
Rahman Palil kata saya “degil” dan “tidak layak menjadi ahli Parlimen kerana tidak tahu baca enakmen itu”. Saya tidak faham macam mana dia boleh menjadi seorang ADUN. Tidakkah dia tahu bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Mungkin dia tidak sedar tetapi dia telah menjatuhkan hukuman terhadap saya tanpa menunggu saya dibicarakan. Kalau ikut fahaman mereka, mungkin mahkamah tidak diperlukan, terus jatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasan dari saya.

Hakikatnya bagi saya, saya tidak melanggar undang-undang yang terkandung di dalam enakmen berkenaan. Enakmen itu menyebut :-
119. (1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi –

a) mana mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 enakmen ini; atau

b) mana mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.”

Sesiapa yang pernah ke sekolah boleh membezakan bahawa saya tidak ‘mengajar’, saya hanya memberi ucapan. Kita tidak boleh memborongkan setiap ucapan yang mengandungi rujukan terhadap agama Islam sebagai ‘mengajar’. Sekiranya kita memborongkan sebegitu rupa, setiap orang yang memberi ucapan “Selamat berpuasa, semoga mencapai ketaqwaan” dan “Selamat Hari Raya, semoga bertemu Syawal dalam keadaan fitrah, bersih dari dosa sepertimana pada hari kita dilahirkan” boleh didakwa di atas kesalahan ini.

Ia adalah jelas sepertimana dalam kes Dr. Asri, enakmen ini tidak terhad penggunaannya kepada kegiatan di Masjid ataupun Surau. Dr Asri ditahan di rumah salah seorang dari anak murid beliau. Oleh itu enakmen ini boleh meliputi setiap tempat di bumi Selangor dan oleh itu tafsiran terhadap perkataan ‘mengajar’ itu perlu khusus, jelas dan tepat. Sekiranya tidak, ianya akan menghasilkan satu tafsiran yang menghalang percakapan berhubung agama Islam di mana-mana sehingga Islam menjadi sesuatu yang tidak boleh disebut oleh mana-mana pihak kecuali yang bertauliah. Mereka yang mengadakan tahlil dan doa selamat pun boleh dikenakan tindakan kerana ia merupakan sesuatu yang melibatkan “perkara-perkara tentang agama Islam”.

Islam dijadikan sesuatu yang tidak boleh disebut oleh rakyat biasa kecuali di rumah mereka dan hanya kepada anggota keluarga. Maka ummat Islam di Malaysia terpaksa menjadi bagaikan ummat Islam di Sepanyol pada zaman ‘Spanish Inquisition’, terpaksa menyembunyikan Islam mereka dan tidak bercakap mengenainya kecuali kepada keluarga mereka secara rahsia di rumah-rumah mereka.

Mungkin ini yang diinginkan UMNO/BN, tetapi ini tidak diinginkan oleh PAS dan PR.

UCAPAN DI MASJID
Saya sebenarynya pun agak hairan. Saya berucap di 3 Surau/Masjid setiap malam di Shah Alam sepanjang Ramadan tetapi tiada apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap saya. Tetapi apabila saya berucap di Sementa, kawasan jajahan Dato Rahman Palil, saya dikenakan tindakan oleh JAIS.

Saya sedar Dato Rahman Palil adalah bekas Exco Agama kerajaan korup BN dahulu. Hubungan beliau dengan anggota penguatkuasa masih rapat dan tidak mustahil tindakan pendakwaan ‘diarahkan’ oleh beliau. Adakah ini juga merupakan talian sulit UMNO dan penguatkuasa JAIS?

Rahman Palil juga menyatakan bahawa semasa BN memerintah dahulu, ahli-ahli UMNO tidak ‘dibenarkan’ berceramah di Masjid. Hakikatnya hubungan UMNO dengan Masjid memang dari dulu lagi tidak rapat. Ada yang mengatakan UMNO, khususnya Pemuda, lebih erat hubungannya dengan karaoke dan dangdut. Saifuddin Nasution sehingga menceritakan bagaimana pemimpin Pemuda UMNO tertidur di mesin judi semasa lawatan mereka ke sebuah Pusat Perjudian di luar Negara. Itulah sebabnya perkara-perkara yang pelik sering dilakukan oleh pimpinan UMNO seperti:
a) Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban pada 17 Zulhijjah
b) Sembahyang Solat Hajat selepas solat Asr dan Solat Subuh
c) Takbir raya pada hari raya Eidul Fitri yang ketiga.
d) Penglibatan dalam majlis memasang ‘ancak’
dan yang lain-lain.
PAS sebaliknya dari dulu lagi bergerak dengan menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak Masjid dan Surau. Samada PAS memerintah atau tidak, Masjid dan Surau merupakan tempat yang pimpinan PAS berlegar di sekelilingnya.

Rakyat perlu ingat. Dato Rahman Palil dahulu sebagai Exco Agama kerap mengarahkan penangkapan par ustadz dan penguncian surau seperti yang pernah berlaku di Seksyen 8, Shah Alam. Beliau menang di Sementa pada 2008 tanpa bertanding apabila calon PR tidak muncul dikhabarkan ‘dibeli’ dan bercuti di Port Dickson pada hari penamaan calon! Kita yakin ‘orang Agama’ seperti Dato Rahman Palil tidak terlibat dalam tindakan ‘merasuah calon lawan’ tetapi rakyat terus bertanya akan peristiwa ‘ketidak munculan’ calon PR dan siapa pula yang ‘membelinya’.

Sebagai pemimpin di Sementa kita yakin beliau semestinya telah mendapat sokongan rakyat tempatan dan tidak perlu menghina diri dengan terlibat dengan tindakan keji dan jelek seperti membeli calon lawan. Ianya satu tindakan terkutuk dan sekiranya seseorang ahli politik terlibat dengan amalan sedemikian, rakyat wajib menghukumnya dengan menolak tindakan sebegitu rupa.

HORMATI UNDANG-UNDANG
Ketua Pemuda UMNO Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal pula menuduh saya sebagai seorang yang mempunyai sikap semula jadi tidak suka menghormati undang-undang. Dengar cakap beliau seolah-olah saya ini kenalan lama beliau sehingga boleh beliau menceritakan ‘sifat semula jadi’ saya. Maaf Ungku, saya tak kenal Ungku! Tetapi dari kata-kata Ungku amat jelas Ungku jenis orang yang suka menuduh tanpa adanya bukti.

Saya ingin tahu undang-undang mana yang telah saya secara semula jadi tidak hormat dan langgar? Mahkamah mana dan berapa kali dalam hayat saya telah saya didapati bersalah melanggar undang-undang ‘secara semula jadi’? Bila dan berapa tahun saya dipenjarakan atas kesalahan melanggar undang-undang?

Hakikatnya Ungku hanya sedap bercakap. Saya insyaAllah sangat menghormati undang-undang, lebih-lebih lagi undang-undang Allah dan berusaha mematuhinya. Saya tidak juga secara ‘semula jadi’ melanggar undang-undang manusia lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang Allah.

Berhubung ucapan saya di sebuah Surau di Sementa, saya tidak ‘mengajar’ agama Islam tanpa tauliah. Saya hanya menceritakan pengalaman saya semasa di Gaza, penyerahan sumbangan yang berjumlah RM 650,000 sebahagian kepada NGO yang diiktiraf kerajaan Palestine dan sebahagian lain kepada fakir miskin di sana. Saya juga, sempena bulan Ramadhan, menyampaikan ucapan ‘Ramadan Kareem’ bagi pihak Ismail Haniyya, Presiden Palestine sepertimana yang beliau telah berpesan kepada saya semasa kami bertemu dan saya sampaikan juga ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada ahli Qariah yang hadir. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya dan juga yang hadir supaya bertindak adil sepanjang masa kerana keadilan adalah lebih rapat dengan sifat keTaqwaan.

Namun ucapan-ucapan yang seperti itu memang tidak disenangi pihak UMNO kerana mungkin bagi mereka Islam tidak ada kena mengena dengan sifat keadilan terhadap manusia lain.

KESIMPULAN
Ada yang mengatakan saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam tidak sepatutnya memusuhi MAIS dan JAIS. Hakikatnya, saya tidak memusuhi MAIS atau JAIS. Saya hanya menentang usaha menodai MAIS dan JAIS oleh pemimpin UMNO. Mereka ingin menghalang pemimpin PR mendampingi masyarakat Melayu. Salah satu saluran yang amat berkesan ialah Masjid dan Surau. Saluran inilah yang ingin ditutup dengan memutarbelitkan tafsiran undang-undang dan mengapi-apikan semangat anti PR di kalangan masyarakat Melayu dan Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Aizat Salleh said…
Salam.

Akhbar Sinar Harian (SH) sepertinya tidak berprinsip. Sepatutnya SH memihak kepada kebenaran. Saya tahu jika SH menyiarkan laporan kedua-dua belah pihak ratingnya meningkat kerana akhbarnya akan dibeli oleh kedua-dua belah pihak.

Mereka hanya menangguk di air keruh sahaja YB..

Mohd Aizat
Nam Ron said…
YB. Khalid..saya beranggapan puak-puak Umno tambah2 lagi yang dulu punya jawatan EXCO masih fhobia akibat kekalahan Umno di Selangor.50 tahun lebih memerintah apa komitment mereka yang dilihat dapat memajukan orang islam di selangor? Takat bina masjid tapi tak mengimarahkan nak buat apa? Nasib baiklah Pakatan Rakyat memerintah barulah ilmuwan-ilmuwan Islam dapat melakukan dakwah mereka di masjid-masjid. Kalau tidak setiap kali kutbah Umno akan pasang kamera video untuk menakut-nakutkan khatib dari menyampaikan kebenaran. Sungguh celaka mereka yang melaksanakan perintah UMNO itu.
mut said…
Ada pemimpin parti UMNO di Sabah yang kena saman tak bayar hutang judi RM7 juta di sebuah kasino di UK ..... tersenyum jugak masa juak-juak UMNO dilantik oleh pihak berkuasa negeri Pulau Pinang jadi AJK masjid.

Macam tikus jumpa besi. Suruh bukak lampu dengan kipas kat masjid pun tak tau mana suisnya.Semata-mata elaun ke? Harga diri dan maruah tu asing betul!
maie1958 said…
aku dah lama tak beli dan baca sh sebab dah lama aku dapat rasakan sh bais dan tidak beretika dalam setiap laporan.....
4RAKYAT said…
this blogs discuss islam quite a lot. it seems umno's plan to distract focus on CORRUPTION is working.

umno wants us to talk talk talk about religion, communists, malay rights etc.... anything but CORRUPTION.

jangan tanya pasal pkfz (12 bilion). si rahman palil ini ada 'role' dalam pka/pkfz. HOW MANY OF YOU KNOW ABOUT THIS?!!!

just take a look at this rahman palil guy. he has CROOK written in his forehead, his eyes and his soul. come on lah guys.... bila nak sedar??

siapa kalau bukan kerajaan umno dahulu yang pakai duit rakyat berjuta-juta ringgit bina 10 atau 12 bungalow mewah kat selangor...kononnya untuk menjamin keselesaan adun-adun negeri selangor. semua ini pakcik/makcik kat kampung tahu tak???

i takut mungkin dia orang tak tahu. pasal apa??? strategi umno senang aje... terus memperbodohkan warga kampung, biar mereka sibuk berbuih2 pasal agama. janji jangan sedarkan diri perihal ekonomi, perihal korupsi berbilion-bilion, jangan tanya pasal watak si rahman palil dalam isu pka/pkfz, jangan tanya pasal isu disneyland khir toyo.... hanya bertengkar sampai nampak saraf kat leher pasal agama, komunis, mat indera.... anything.

talihayat umno hanya tinggal satu pihak sahaja - pengundi yang tak ada maklumat selain maklumat yang dibekalkan saban hari oleh utusan meloya, tv tiga suku, berita hairan...dan sekarang mungkin sinar hairan. kesian betul.... ada manusia yang sanggup membuat perbuatan yang keji macam ini untuk mendapat kemewahan dan duit haram.

if there is any party/organisation willing to spend time/resources in sementa to counter umno's misinformation and kegiatan memperbodohkan warga kampung, i am willing to contribute to the expenses.

just kick this rahman palil (korupsi pka/pkfz) guy out. do not let up. do not waver. keep persecuting him. attack is the best form of defence.

rahman palil, u watch your back. y better eat and drink as much as you can while you still can with your ill-gotten wealth. by the next general election, you will be out. and them the new govt will dig out all evidence against you and your pirate friends. and you will all go to jail. we will make you vomit out all those rasuah money and distribute back whatever is left back to the rakyat.

pls set up a system/organisation to do this. i will contribute money. nothing much moves without money. umno has stolen much from me as a rakyat. so, why not i give just a bit more to kill off these freaking pirates. umno has messes up our lives, now they are going to mess up the next generation (i.e. our kids' future). for this, i will fight them TILL DEATH.

any family members who spend ill-gotten monies from the giver will rot in hell too. fair enough?

4RAKYAT
Shazlan said…
Salam,
YB,

1.Enakmen tuh dah terang2 goes against sunnah Rasulullah. So, by default, mereka yg mengaku Muslims kena lawan!

2. Like what 4Rakyat said, the dissemination of information selalu tak sampai to the kampung folks. You can talk till next kingdom comes on how bad UMNO is, yet they will still win in rural areas. Everybody knows about this already, cuma I hope you guys are seriously doing something on it.


Wassalam
nizam said…
akbar sinar harian najib yang merasmikan tu sbb bias saya pun dah lama tak minat nak baca semoga..
tokgaru said…
Saudara Khalid

Adakah Pas masih parti yang memperjuangan islam sahaja ? Sebagai sorang ahli keluarga bekas perajurit, saya rasa perjuangan Pas sekarang sudah jadi 2 matlamat.

1. untuk menegakkan islam.
2. untuk menegakkan komunis.

Mudah-mudahan tuhan Allah tidak menjauhkan diri daripada kalian.
tokgaru said…
Debat Kedai Kopi

Waktu minum pagi aku duduk semeja dengan 4-5 orang kawan. Ada sorang kawan aku dia ex army. Aku tanya dia, " kau macam mana ni, Pas kata komunis Hero, kawan kau ada yang mati dan ada yang cacat kerana berlawan dengan komunis " dia jawab " aku tak ambil tahu ".

Sorang lagi pelanggan di meja sebelah pakai kopiah putih jawab " ini lah bahana percaya berita putar belit daripada utusan lahanat ". Aku jawab, " saya sokong bila Mat Sabu kata komunis berlawan dengan orang putih untuk memerdekakan tanah melayu " dia nampak sejuk sikit. Aku menambah " tapi saya tak boleh terima komunis sebagai Hero kerana selepas tanah melayu dah merdeka, depa lari masuk hutan berlawan dengan kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu sendiri " Dia nak mencelah. Aku sambung " kalau betul komunis berjuang untuk memerdekakan tanah melayu, selepas orang putih dah serah tanah melayu ini kepada orang melayu semula, kenapa tak letak senjata, dan menyertai kerajaan sama-sama bangunkan dan majukan negara ini ". Dia cuba nak menegakkan benang basah. Aku beralih kepada rakan ex army tukar tajuk tanya pasal perlawanan bola sepak. Pak lebai tu kantoi kerana aku tak layan dah explaination dari dia. Cepat-cepat dia habiskan minuman dan ajak kawan dia belah.

Kesimpulannya. Jika anda nak berhujah tentang komunis tengok orang dahulu. Kalau orang itu jenis pakai kopiah putih atau pakai serban, jangan buang masa kerana mereka adalah mereka sebab mereka adalah jika pemimpin/ tokguru mereka suruh makan taik maka mereka akan makan taik itu sampai tak tinggal sedikit pun.

Sekadar nak berkongsi pengalaman.
Juraimi Zainal said…
Dah lama tak beli.. Ratio pemberitaan tak adil
tokgaru said…
Saudara Juraimi

Kau tak beli Utusan, ramai lagi orang lain nak beli. Kawan aku sorang penyokong Pas, pun tak beli Utusan tapi dia baca Utusan dekat kedai kopi, dia selak dari muka surat 1 sampai habis, dia baca heading saja, sedangkan Harakah dia kepit bawah ketiak.

Tapi bila tiba pada 1 muka surat tu dia betul2 baca, kau boleh bagi tahu apa cerita atau berita yang dia baca ?

Muka surat itu melaporkan keputusan 4 digit dan sport toto. Aku ingat orang yang pakai kopiah putih nih tak nak pakai berita dalam Utusan, tapi bab 4 digit dan sport toto dia percaya pulak sebab dalam Harakah tak ada.

Kah kah kah .. orang Pas mana boleh tikam ekor kan .. baadooosaaa besau.
man said…
Tokguru hang ni lagi bahlol percaya bulat2 dengan Utusan Meloya yg kerjanya suka memfitnah...Hang dah dengar ka ucapan Mat Sabu tu. Aku pun bekas tentera tetapi tidak rasa apa2 dengan ucapan Mat Sabu tu sebab aku tahu ucapan sebenar dia...Hang duduk la lagi dibawah ketiak Utusan Meloya tu lama2 nanti hang pun akan jadi macam Utusan Meloya yg suka menyebar fitnah..Hang berkata "ika anda nak berhujah tentang komunis tengok orang dahulu. Kalau orang itu jenis pakai kopiah putih atau pakai serban, jangan buang masa kerana mereka adalah mereka sebab mereka adalah jika pemimpin/ tokguru mereka suruh makan taik maka mereka akan makan taik itu sampai tak tinggal sedikit pun". Sama jugalah dengan hang jika pemimpin hang suruh masuk kedalam lubang najis hang akan masuk sebab jenis hang ni percaya bulat2 dengan cakap2 pemimpin hang tanpa menyelidik terlebih dahulu.Kami bukan bodoh macam hang apa2 berita kami selidik dahulu sebelum mempercayainya tetapi hang jika Utusan Meloya kata tahun depan dunia kiamat hang akan percaya 1000000000% tanpa prasangka.
mryap said…
Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
52100 KUALA LUMPUR

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan