Skip to main content

Di antara Degil dan Berdegil

Rahman Pahlil ADUN Sementa telah menuduh saya degil, ingin terus melanggar undang-undang. Ungku Salleh Ketua UMNO Selangor pula mengatakan saya tidak menghormati dan secara semula jadi sentiasa langgar undang-undang.

Baiklah, kita biarkan dahulu tuduhan mereka yang tidak berdasarkan mana-mana keputusan mahkamah ini dan beralih kepada satu lagi perkara yang telah pun diputuskan mahkamah. Kebetulan, pada petang Selasa lepas saya telah menerima panggilan dari Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng. Beliau menjemput saya hadir pada pagi Rabu di sebuah Tok Kong Cina di Segambut di mana ada beberapa orang telah dan sedang mogok lapar.

YB Lim menjelaskan kepada saya bahawa mereka mogok lapar oleh kerana kebuntuan dalam menghadapi keadaan di mana mereka telah memenangi kes dakwaan mereka terhadap kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang, tetapi kerajaan Negeri terus enggan membayar tuntutan mereka. Jumlah yang terlibat agak besar, iaitu lebih kurang RM 37 Juta semenjak tahun 2000. Berdasarkan perintah mahkamah, kerajaan Pahang mesti membayar jumlah ini termasuk 'bunga' sebanyak 8% setahun untuk setiap tahun pembayaran ditunda. (Sila rujuk surat mahkamah bertarikh 7 Mac 2008). Ini bermakna, melalui 'kecekapan' pentadbiran kerajaan UMNO/BN, jumlah yang perlu dibayar sekarang adalah lebih kurang sebanyak RM 70 Juta! Hampir dua kali ganda dari jumlah asal.


Saya telah hadir ke sana dan membaca segala dokumen berhubung kes ini. Amat jelas, keputusan mahkamah tidak menyebelahi kerajaan BN Pahang. Mereka telah membuat rayuan dan telah kalah sekali lagi. Permohonan untuk membuat rayuan lagi ditolak dan kes ini telah pun muktamad. (Sila rujuk surat mahkamah bertarikh 17 Sept 2008). Muktamadnya kes ini jelas tertera di surat berkenaan dengan ayat “MAKA ADALAH DIPERINGATKAN bahawa permohonan Pemohon untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan adalah ditolak dengan kos”. Pemohon di sini adalah kerajaan UMNO/BN. Namun, kerajaan BN Pahang terus enggan membayar, atau dengan meminjam kata Rahman Pahlil, 'DEGIL!'.


Saya ingin memberitahu Rahman Pahlil dan Ungku Salleh bahawa yang ‘berdegil’ dan ‘tidak menghormati undang-undang’ jelas sekali ialah UMNO/BN seperti yang dizahirkan oleh sikap kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang. Ini kerana, dalam kes saya, saya masih belum dibicarakan. Samada saya bersalah atau sebaliknya masih belum ditentukan oleh mahkamah. Dalam kes kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang, ianya telahpun diputuskan oleh mahkamah tetapi mereka tetap engkar terhadap perintah mahkamah! Dan mereka terus engkar walaupun sudah 3 tahun!

NASIHAT BUAT RAHMAN PAHLIL DAN UNGKU SALLEH
Oleh itu, jika berhajat untuk tegur dan kritik, atas sebab degil dan tidak menghormati undang-undang, kerajaan Negeri Pahang adalah jauh lebih layak diselar dari diri saya sendiri. Sepatutnya mereka berdua menegur dan mengkritik kerajaan Negeri Pahang atas sikapnya, lebih–lebih lagi sikap Menteri Besar Adnan Yaakob.

Bagaikan langit dan bumi apabila kita bandingkan sikap MB UMNO/BN ini dengan MB PAS seperti TGNA dan DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Adnan Yaakob telah menyatakan kalau mereka yang terlibat dalam mogok lapar itu mati sekalipun, itu bukan urusan dia. Mungkin itulah apa yang dimaksudkan dengan cogan kata BN ‘rakyat didahulukan’ atau dengan ertikata lainya, Biar Rakyat Mati Dahulu.

Dalam pada itu, MB PAS dan PR berusaha memenuhi tanggung-jawab mereka terhadap rakyat, MB UMNO/BN di Pahang ini tidak kisah sekiranya rakyatnya mati kebuluran di atas sebab sikap mereka yang berdegil ingin menafikan hak rakyat mereka. Yang bermogok lapar menuntut hak mereka seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah, bukan mengikut pandangan dan nafsu mereka.

Saya sertakan juga komen beberapa hakim mengenai sikap kerajaan UMNO/BN. Ianya dalam bahasa Inggeris tetapi saya yakin semua boleh memahami maksudnya. Pokoknya sikap kerajaan UMNO/BN tidak wajar dan menjejas imej Negara dan ianya merupakan satu jenayah!


KENAPA TERUS BERDEGIL DAN TIDAK MENGHORMATI UNDANG-UNDANG?
Bagi saya hanya ada dua sebab mengapa sesebuah kerajaan tidak mahu membayar apabila diarahkan oleh mahkamah. Samada kerajaan itu kerajaan lanun dan samseng atau kerajaan tersebut sudah bankrap. Atau pun, kedua-duanya sekali.

Oleh itu, senario terbaik buat kerajaan UMNO/BN sekarang adalah kerajaan lanun dan samseng. Senario terburuk adalah kerajaan tersebut sudah bankrap. Kalau ianya lanun dan samseng, ubatnya mudah, tukar kerajaan. Kalau sudah bankrap, tukar kerajaan juga, tetapi pada ketika itu semua kena faham cabaran yang terpaksa dihadapi kerajaan baru dan menyokong usaha mereka untuk memulihkan keadaan. Tanda-tanda tersebut terpampang untuk semua menilai.

Pada pendapat saya, oleh kerana kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan lanun dan samsenglah mereka boleh ‘thumb their noses at the judiciary’ atau buat tidak kisah terhadap keputusan mahkamah kerana mereka merasakan mereka berkuasa penuh. Sejarah telah membuktikan bagaimana UMNO/BN selama ini telah mencemar institusi kehakiman dengan kisah “correct, correct, correct”, perbicaraan DSAI, kes Altantuya dan lain-lain. Kes PKFZ di mana rakyat kerugian RM 12 Billion yang turut membabitkan Rahman Pahlil harap tidak terlupa.

Sekarang ini Adnan kelihatan naik setingkat lagi dengan terus tidak menghiraukan arahan mahkamah. Malu Negeri Pahang dan malu Malaysia. Tambahan pula Pahang ini merupakan Negeri PM. PM Ahli Parlimen Pekan. Tidakkah beliau berasa malu?

Akhirnya, dapatlah disimpulkan bahawa, lagi cepat kita tukar kerajaan UMNO/BN dengan kerajaan PR, lagi baik.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

tokgaru said…
Jika Aku Ketua Komunis

Mat Sabu aku lantik pegang jawatan Menteri Penerangan sektor melayu. Hadi Awang aku lantik pegang jawatan Menteri Perhubungan sektor melayu. Nik Aziz aku lantik pegang jawatan Menteri Agama sektor islam.

Kerana mereka bertiga ini perlu untuk menyemaikan fahaman komunis dalam diri orang melayu dan umat islam.

.. dan setelah orang melayu betul-betul menjadi komunis, umat islam betul menerima bahawa komunis tidak bertentangan dengan islam .. mereka bertiga ini akan ku kirimkan ke syurga untuk mengadap tuhan mereka kerana bantuan mereka sudah tidak diperlukan lagi.
orangkampung said…
Salam Khalid,

This may be off topic, but I would like to highlight an idea I read from Marina Mahathir's blog which the Opposition may be able to use to prevent vote rigging and cheating by the celaka BN.

Pls have a read and share with your party mates - PAS, DAP and PKR.

Terima Kasih.
Orangkampung

An idea suggested by Marina Mahathir on an article I read not too long ago for the opposition:
No Conflict At All: Promoting Women's Rights Through Religion
http://rantingsbymm.blogspot.com/search?updated-max=2011-05-08T13%3A38%3A00%2B08%3A00&max-results=7

The para reads:
Another interesting presentation was by David Kobia, one of the founders of an internet platform called Ushahidi, which uses crowdsourcing to gather information. Ushahidi was begun to monitor the elections in Kenya and now it has been used to do the same in many countries as well as for disaster relief work, for example in Haiti, Queensland and Japan. In Egypt, it has been used to develop a map to monitor cases of street sexual harassment. (I have been wondering if anyone used Ushahidi in the Sarawak elections. If not, this is something that Bersih 2.0 should consider for the next GE.)
man said…
Togaru ni cakap macam org tak ada akai dan tak beriman, cakap main sedap mulut.Wahai tokgaru mana lebih bahaya komunis dengan tolak hukum ALLAH, mana lebih bahaya pemimpin yg zalim dengan komunis.Komunis memang kita tahu dia tu komunis tetapi pemimpin yg dipilih oleh rakyat tetapi menzalimi rakyat yg memilihnya itu lagi zalim. Cuba awak lihat balik kata2 awak yg berbunyi "mereka bertiga ini akan ku kirimkan ke syurga untuk mengadap tuhan mereka kerana bantuan mereka sudah tidak diperlukan lagi".Adakah kata2 awak ni melambangkan awak seorang Islam yg beriman dan berilmu, sebab Islam ni ada dua satu Islam baka dan satu lagi Islam yg beriman dan berilmu.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-