Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Pembahagian Kerusi Pakatan Selangor Selesai [Video]

Rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor selesai dengan keputusan mengekalkan status quo dalam pilihan raya umum lalu. Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad. "Pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai... PAS masih beranggapan (untuk) berperanan (memenangi) undi orang Melayu," katanya.

Terima Bantahan PAS, SPR Gugur 52 Nama [Video]

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.

Pengumuman Jamuan Eidilfitri PAS Caw Sek.18 Barat (Jumaat 23/9)

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Soalan Tambahan Buat Dato Adzib

Jika di dalam Parlimen, setelah selesai Menteri menjawab soalan bertulis, ahli yang bertanya diizinkan bertanya soalan tambahan. Walaupun sesi Parlimen masih belum bersidang dan Dato Adzib bukannya menerajui mana-mana kementerian, tetapi sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk menerajui sebuah instituisi yang amat penting di negeri Selangor, saya yakin beliau akan berusaha menjawab soalan bertulis saya tempohari . Disamping Dato Adzib berusaha menjawab soalan yang saya kemukakan itu, molek juga kiranya kalau saya kemukakan soalan-soalan tambahan agar dapat dijawab secara sekali gus. Mudah sikit, kerana sebagai seorang wakil rakyat Shah Alam, saya memahami kesibukan yang dihadapi beliau sebagai Pengerusi Majils Agama Negeri Selangor.

Pengumuman: Futsal Amal Terbuka Parlimen Shah Alam

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Di antara Degil dan Berdegil

Rahman Pahlil ADUN Sementa telah menuduh saya degil, ingin terus melanggar undang-undang. Ungku Salleh Ketua UMNO Selangor pula mengatakan saya tidak menghormati dan secara semula jadi sentiasa langgar undang-undang. Baiklah, kita biarkan dahulu tuduhan mereka yang tidak berdasarkan mana-mana keputusan mahkamah ini dan beralih kepada satu lagi perkara yang telah pun diputuskan mahkamah. Kebetulan, pada petang Selasa lepas saya telah menerima panggilan dari Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng. Beliau menjemput saya hadir pada pagi Rabu di sebuah Tok Kong Cina di Segambut di mana ada beberapa orang telah dan sedang mogok lapar.

Sinar Harian, Rahman Palil Dan Ketua Pemuda UMNO Selangor

Saya mengucap terima kasih kepada Sinar Harian atas liputan yang begitu luas yang diberikan kepada saya, khususnya dalam keluaran 12 September lalu. Saya mendapati satu muka telah dipenuhi dengan pelbagai teguran dan serangan terhadap diri saya dari ADUN Sementa YB Rahman Palil, Ungku Salleh Ungku Jamal Ketua Pemuda UMNO Selangor dan beberapa individu lain. Saya sebenarnya turut menunggu untuk wartawan Sinar Harian menghubungi untuk mendapatkan respon dari pihak saya, tetapi malangnya tiada panggilan diterima. Nampak gaya Sinar Harian berpuas hati dengan sekadar menyiarkan serangan mereka tanpa sebarang peluang untuk saya menjawab.

Lain Yang Ditanya Lain Yang Dijawab

Saya membaca respon dari Dato’ Adzib berhubung ‘pertemuan MAIS, JAIS, Wakil Pejabat Peguam Negara dan 45 NGO’ yang disiarkan oleh beberapa laman berita alternatif dengan perasaan penuh minat. Apa yang dipersoalkan ialah tujuan pertemuan itu dan ‘statusnya’, iaitu sama ada ianya pertemuan rasmi atau sebaliknya. Responsnya ialah, pengerusi pertemuan ialah exco agama, orang keliling MB yang ingin menjatuhkan MB bukan MAIS ataupun JAIS dan akhirnya, beliau meminta peguam-peguamnya untuk mengkaji samada ada ruang untuk saya disaman. Lain yang diminta lain pula yang dijawab!

Dato’ Adzib Pengerusi MAIS Penyokong BN!

Jelas berdasarkan tindakan beliau selama ini, maka boleh disimpulkan bahawa Dato’ Adzib sebagai Pengurusi MAIS merupakan penyokong BN dan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan agenda UMNO/BN terutamanya di Selangor. Sekiranya kesimpulan ini tidak tepat dan bercanggah, maka adalah diharapkan agar dapat diberikan jawapan terhadap isu-isu di bawah.

Coret Minggu Pertama Syawal

Selamat Hari Raya diucapkan sekali lagi. Maaf Zahir dan Batin. Adalah diharap pengunjung blog yang beragama Islam sudah mula berpuasa enam dan sekiranya belum, bersedia untuk memulakannya dalam masa seminggu dua ini. Menurut pesanan Ar-Rasul, yang bermaksud, sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan dan seterusnya berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun. Maka adalah amat rugi sekiranya kita tidak memanafaatkan tawaran dari Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa menyediakan peluang untuk kita menebus dosa dan kesalahan kita. Sambil menikmati betapa Pemurahnya Allah AzZa wa Jalla, saya mengambil kesempatan di sini untuk mencatit beberapa perkara berhubung pelbagai isu untuk diperbincangkan.

“Ancaman” Kristianisasi – Apa Peranan MAIS dan LZS? [Dr Siti Mariah]

Dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, sekiranya seseorang Islam terpikat dengan kebaikan serta akhlak seorang bukan Islam, dan dengan itu tertarik untuk menganut ugamanya, ianya bukan salah orang bukan Islam tersebut. Ianya salah umat Islam sendiri yang gagal menunjukkan sifat2 yang baik sehingga saudara seislam mereka menjumpainya hanya di kalangan bukan Islam! Kita tidak boleh persalahkan yang bukan Islam kerana menghayati dan mengamalkan ajaran ugamanya sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan akhlak yang sepertimana yang dituntut Islam. Adakah apabila kita tidak menghayati Islam maka semua penganut ugama lain ingin kita halang dari mengamalkan ajaran ugama mereka? Selanjutnya di blog Dr Siti Mariah Mahmud -Pejabat YB Khalid Samad-