Skip to main content

Sekilas Ikan di Air

PENCACAI UMNO
Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

Saya kata “Islam itu adil untuk semua” maka mereka menjawab “Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja”.

Saya kata “Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya” mereka menjawab “Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang”.

Saya kata “Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam” mereka jawab “Kamu dah murtad sekali ya Khalid?”

Saya kata “Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri” mereka jawab “Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan”.

Saya kata “Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” mereka jawab “Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!”

Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu 'Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan ‘maslahah yang lebih besar’ menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.

Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan. Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja. Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan.

HADIAH BAGI MB
Sebagai contoh akan akhlak dan perwatakan pemuda UMNO dan golongan pencacai mereka, lihatlah pada tindakan mereka menghadiahkan tandas dan berus tandas kepada MB. Saya tidak tahu kaedah dakwah dan usul Fiqh mana yang mereka ikuti tetapi amat jelas bagi saya ianya tindakan yang hanya dilakukan oleh mereka yang kurang waras.

Satu ketika dulu kita dihidangkan dengan sebuah adegan seorang Menteri Besar menghadiahkan penyapu kepada Pegawai Daerah. Jika seorang ketua menghadiahkan penyapu kepada anak buahnya pun dilihat jelek oleh masyarakat, apatah lagi anak buah menghadiahkan tandas dan berus tandas pada ketua! Begitulah keadaan manusia yang ditarbiyyah oleh UMNO. Akhlaknya jelek dan memalukan.

Begitulah juga jika kita menyorot kembali adegan demonstrasi kepala lembu. Walaupun dinafikan UMNO terlibat, tetapi seperti kata perpatah Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina . Perangai dan akhlak yang jelek yang sama dipamirkan untuk tatapan semua. Bagi puak ini, apa sahaja tindakan boleh sahaja mereka lakukan, tiada halal dan haramnya, tiada buruk dan baiknya. Mereka anggap tiada masalah selagi mereka melaungkan retorik Islamik sedangkan tindakan mereka bercanggah dengan akhlak Islam. Mereka inginkan supaya syariat mengikut kehendak mereka dan bukan mereka mengikut kehendak syariat.

Pendek kata, UMNO masih ditahap pemikiran yang lama. Tiada perubahan. Rakyat Selangor perlu sedar akan hakikat ini dan terus menolak mereka sehingga, mungkin pada satu hari kelak mereka mampu menzahirkan akhlak dan perwatakan yang lebih baik.

MENYOKONG USAHA MEMURTADKAN ORANG ISLAM?
Sikap sambil lewa mereka terhadap persoalan membuat tuduhan yang melulu jelas terserlah apabila ada di kalangan mereka sanggup menuduh saya menyokong usaha memurtadkan orang Islam. Orang yang takut pada seksaan Allah tidak akan mengeluarkan kata-kata seperti itu dengan begitu mudah sekali. Lebih-lebih lagi apabila sejarah membuktikan sebaliknya.

Saya telah sejak dari awal bersama PAS memperjuangkan supaya Islam dimartabatkan sepenuhnya, iaitu aqeedahnya, akhlaknya dan syariatnya. Dalam mendukung perjuangan ini, saya sendiri telah ditahan bawah ISA semasa ‘Ops Lalang’ 1987 dan di antara sebab saya ditahan ialah penglibatan saya dalam program PAS yang mendedahkan masalah Kristianisasi di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi penyelesaian yang dibawa PAS bukanlah untuk bertindak secara melulu tetapi untuk menangani kelemahan-kelemahan yang wujud di kalangan masyarakat Islam hasil dari kepimpinan UMNO. Masalah sepertimana yang ditonjolkan oleh beberapa penulis termasuklah Dr. Asri dalam blognya yang termasuk juga kelemahan dalam pendidikan agama, bantuan kebajikan dan lain-lain.

Mungkin ada yang tidak dapat memahami masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini. Semasa di Kamunting saya telah ditemukan dengan Jamaluddin dan Helmi yang kedua-dua mereka adalah Melayu Kristian. Mereka menjadi Kristian di Singapura setelah mereka lari dari rumah dalam usia belasan tahun di atas sebab masalah keluarga dan di Singapura mereka mendapat bantuan dari kumpulan Kristian. Akhirnya mereka menganut agama Kristian dan Jamaluddin sendiri menjadi seorang pastor.

Semasa di Kamunting, pihak kem meminta bantuan saya untuk memberikan kaunseling kepada mereka dengan harapan dapat menarik mereka kembali ke pangkuan Islam. Jamaluddin berkeras dan enggan bertemu untuk berbincang dalam apa keadaan sekali pun. Dia menyatakan dia sudah memahami Islam, datuknya seorang alim di Patani dan dia terus menolak apa-apa usaha untuk memulakan perbincangan mengenai agamanya.

Helmi mempunyai sikap yang lebih terbuka tetapi selepas hanya satu sesi meminta supaya tidak diteruskan lagi kerana, katanya, “dalam keadaan diri saya ditahan, saya tidak mampu melayani apa-apa keraguan terhadap keyakinan keagamaan saya”. Dengan kata-kata itu, dia menolak untuk meneruskan sesi perbincangan tersebut.

Saya ditegur oleh beberapa tahanan lain yang mengingatkan saya bahawa saya seorang tahanan, itu bukan kerja saya, serahkan sahaja kepada pegawai pemulihan. Namun saya sedar bahawa pegawai pemulihan tidak diberikan latihan di dalam bidang ini sedangkan saya sudah berpengalaman berdebat dengan Evangelis Kristian di UK semasa menuntut di sana. Lagipun, saya tetap seorang pendakwah, tidak kira di mana, walaupun dalam tahanan.

Walaubagaimanapun, apa yang saya agak kesal ialah saya tidak meneruskan hubungan dengan Helmi dan mencarinya selepas dia dibebaskan untuk berdialog dengannya. Dia pernah menghubungi saya sekali selepas dibebaskan dan mencadangkan supaya kami bertemu. Namun pada ketika itu saya terlalu sibuk, tidak seperti semasa dalam tahanan dan saya tidak sempat berjumpa dengannya. Akhirnya saya dengar dia telahpun berhijrah ke Kanada.

TIDAK SERBU HANYA PERIKSA
Baru-baru ini JAIS menyatakan bahawa mereka tidak menyerbu dan menceroboh Gereja DUMC. Mereka hanya melakukan satu pemeriksaan selepas berunding dengan pihak Gereja dan menunggu selama hampir sejam. Kalau kenyataan itu benar, maka baguslah kerana sememangnya Islam menegah kita dari menceroboh masuk ke rumah ibadat agama lain. Dengan penafian ini, maka saya kira, secara tidak langsung JAIS pun bersetuju bahawa tindakan menyerbu dan menceroboh rumah ibadat perlu dielakkan. Kalau tidak ianya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.

Namun apa yang perlu dilakukan sekarang oleh pihak JAIS ialah untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan menyebarkan agama lain kepada orang Islam sekiranya ada bukti bahawa ianya benar-benar berlaku. Biar perkara ini diputuskan di mahkamah, bukan di media. Apa yang dipamerkan di muka akhbar entah benar atau sebaliknya. Lebih bersifat sensasi dan bertujuan mengapi-apikan suasana. Kalau ada bukti, maka JAIS perlu terus mendakwa pihak yang melakukannya supaya dia dihukum dan usaha sedemikian dihentikan.

TUNJUK PERASAAN DI MASJID NEGERI
Saya dimaklumkan bahawa telah diadakan tunjuk perasaan di Masjid Negeri. Hairan saya, tiada polis yang datang menghalang, tiada polis, tiada FRU. Perkataan yang dikeluarkan dikatakan jelas bersifat menghasut namun ianya dibenarkan berjalan dengan begitu sahaja. Kata orang, amat mudah jika ingin tahu demonstrasi anjuran UMNO. Tiada polis, tiada FRU.

Negara kita semakin jelas bagaikan mempunyai dua sistem undang-undang. Satu untuk rakyat biasa, satu untuk UMNO/BN. Kalau untuk rakyat biasa, yang dibenarkan dan dijamin perlembagaan sekalipun boleh menjadi satu kesalahan sambil bagi UMNO/BN, yang jelas bercanggah dengan undang-undang sekalipun boleh dilakukan oleh mereka. Begitulah 'hebat'nya menjadi OKU (Orang Kuat UMNO).

Inilah di antara sebab mengapa perubahan perlu dilakukan semasa PRU ke-13 ini. Jika tidak, Negara kita akan semakin dirosakkan oleh kelompok ini. Mungkin ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi, ‘beyond repair’.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

bukan mudah ingin memperjuangkan islam
bukan mudah ingin membina keyakinan orang terhadap Islam
tetapi yakin dengan Islam secar total itu wajib kepada orang Islam yang beriman...
jangan tunduk dengan kutukan dan hinaan, sesungguhnya Allah mengetahu setiap apa yang diperjuangkan hamba-Nya dalam meletakkan Islam ditempat paling mulia di dunia dan akhirat...
Allahuakhbar...
teruskan perjuangan YB...=))
Ishan Nor said…
Assalam, benarlah YB..mereka ini bukan hendak mencari kebenaran hanya mencacai tanpa mengira dosa pahala, masa dan ketika tambahan pula di BULAN yg mulia ini.
Kepada para pengunjung blog yang dihormati sekalian,

Bagi meningkatkan integriti serta pertanggungjawaban dan dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak, maka kami telah bersetuju untuk hanya menyaring komen dari mereka yang berdaftar sahaja.

Sehubungan dengan itu, kami amat menggalakkan agar anda semua mendaftar dan kami akan berusaha untuk menyiarkan setiap komen yang dikemukakan untuk dikongsi bersama.

Sekian, harap maklum.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Tulang Besi said…
Sejak bila UMNO berjuang melawan murtad?
KPPPM@FIEU said…
As salam YB..
Bermula dari sekarang kita sebagai orang Islam sepatutnya,melihat cara dakwah yang kita sampaikan..Adakah pihak masjid atau surau benar-benar melihat,membantu golongan yang memerlukan bantuan,memahami keperluan golongan tersebut..
leekonu said…
apa dah jadi cadangan setsen bas kat KTM bt.3?PRU13 siap kot? signboard dah siap?
lan said…
Demi wang (mahsyuk) yang tak seberapa, demi hidup yang tak lama mana, sanggup gadai kebenaran..

Insaflah pada mereka dan moga kita tidak terikut gelagat badut mereka
tokgaru said…
Sudara Khalid

Kami lihat Pas la ni tak serupa Pas dulu. Pas la ni lebih teruk daripada Umno dalam perjuangan islam nya.

Tolong bagi tahu, di Kelantan berapa biji mesjid dah yang kerjaaan Pas bina ? Di Kedah berapa ?
tokgaru said…
Ini pandangan saya. Tolong siarkan dalam blog tuan.

Saya berpendapat soal agama dan kepercayaan ni jangan lah kita nak paksa2 orang lain supaya mengikut aturan agama kita.

Maksud saya, orang islam tak payah lah sibuk2 nak sekat pertumbuhan pusat2 hiburan. Mereka buka pusat hiburan bukannya pinjam duit daripada pejabat zakat.

Bila kita benarkan pusat hiburan di buka secara berlesen, kerajaan dapat juga kutip hasilnya.

Jesturu itu saya berpendapat tindakan Pas meletakkan kesalahan kepada Umno sebagai kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen pusat hiburan, adalah satu tindakan yang bodoh dan tak bertamadun dan tidak islamik.
hafidz arifin said…
aku penduduk sejati shah alam, menetap selama 27 tahun di shah alam. Aku kenal khalid samad, sepanjang 3,4 tahun menjadi YB ni dah dekat 4 kali dia datang surau aku.dan aku jugak tahu dia pun tiap-tiap hari mengunjungi surau dan masjid yg berlainan. Dia dtg bukan setakat sembahyang jemaah, malah memberikan tazkirah, berdakwah selain mengimamkan solat. Aku tak pernah jumpa atau tahu seorang pun yb UMNO yg ada kualiti mcm ni. Sepengatahuan aku, bila bab islam je orang salahkan pas.walhal pemimpin umno majoriti diam tak buat apa.upah apco zionis israel sbg penasihat perancangan negara malaysia,GTP cadangkan kelab malam utk tingkatkan pendapatan negara, internation islamic fashion show,lenyapkan sekolah agama rakyat, bina kilang carlsberg di bandar majoriti melayu,sinonim dgn rasuah,pm tak pernah menyeru rakyat beriman kpd allah dan berjela-jela lagi aku boleh tulis. Ini semua berkait rapat dgn pemimpin melayu. Sibok sangatlah pengomen-pengomen ni nak memurtadkan si khalid samad, suruh bertaubatlah, itulah. Dia pun ade point jugak, hasan ali pun ade point jugak, sama2 lah analisa, at least mereka ni tak mcm pemimpin umno, pak turut.ikutlah apa yg apco dan najib nasihat dan cakap (setelah mendpt perkenan rosmah). Persoalannnya, UMNO buat apa selama ni? Kau bukak internet brape byk melayu murtad kau boleh jumpa dlm blog,twitter dan website? Itulah, ikut lah nasihat apco zionis israel, wang dan materialistik. Macam sial!

Bukti UMNO menolak usul undang-undang pencegahan murtad
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4815-murtad-umno-tolak-mentah-mentah-usul-pas

UMNO upah APCO Zionis Israel pembunuh saudara kita di Palestin
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/414-2010-12/8245-23-dis-surat-apco-jadi-bukti.html

GTP membanyakkan kelab malam, spa dan hiburan malam utk membanyakkan pendapatan dan peluang pekerjaan:
http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/GTP%20Roadmap%20-%20Executive%20Summary/GTP%20Roadmap%20-%20Executive%20Summary.pdf

International Islamic Fashion Show.. bodoh punya Rosmah!
http://src-iium.blogspot.com/2011/01/islamic-fashion-festival-iff-where-is.html

Mahathir lenyapkan SAR, serupa Israel sekat bantuan
http://www.malaysiakini.com/news/14515

Carlsberg di shah alam
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf


silakan siapa yang nak berdebat dengan aku : UMNO adalah haprak, penipu, pembelot, perompak, penjahanam masa depan Islam dan orang Melayu
hafidz arifin said…
kau ni boleh tahan bodoh jugak TokGaru.

ini negara yang ada undang-undang, kalau dah ada kontrak dan perjanjian hitam putih.. kau ingat senang-senang macam tu je nak buang?

kalau dulu pemimpin islam umno tak de bagi ruang atau kelulusan utk bukak pusat-pusat hiburan dan jual arak..maka tak akan adalah orang Melayu yang tidak akan terlibat secara langsung atau tidak.

masa kini, bukan sesuatu yg menghairankan orang melayu minum arak. boleh jumpa kat mana-mana.

pikir pakai otak bukan lutut brader.
lan said…
hafidz, nama saya pun hafiz jugak.penduduk seksyen 8 sekian lama

dan saya setuju belaka dengan poin YB Khalid ziarah surau, beri kuliah, jadi imam tu..

Pendek kata, terasa dekat dengan Yb yang senang didekati..

Yb zaman dulu? tak perlu la nak jawab hehe
lan said…
hafidz, nama saya pun hafiz jugak.penduduk seksyen 8 sekian lama

dan saya setuju belaka dengan poin YB Khalid ziarah surau, beri kuliah, jadi imam tu..

Pendek kata, terasa dekat dengan Yb yang senang didekati..

Yb zaman dulu? tak perlu la nak jawab hehe
napa pula khalid tak komen pasal bersih tu? untuk apa bersih tu, kalau hanya nak komen hal spr. nape nak buat perhimpunan jalanan? khalid,, akal kuarng baik. qakli kurang bagus bila nyatakan yang bagi komen pihak UMNO dapat imbuhan. ni pun dah nampak Qakli Khalid kurang bersih. sebab tu terpancar ke wajah. pernah kah Khalid terfikir, apakah kiranya Nuar tu betul2 meliwat dan Khalid berpayung dalam satu barisan berpemimpinkan peliwat? apakah akal Khalid masih belum di buka Oleh Allah swt tentang siapa itu anwar? Kalau belum,, makna Khalid masih belum dapat pertunjuk atau petunjuk sudak Allah swt berikan tetapi Khalid sengaja tidak mahu ambil iktibar. Kalau cam ni Khalid sebenarnya jauh daripada ingin membela Islam dan memimpin umat ini. Khalid tidak ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam. Khalid ingin berpaut pada politik menjadi pemimpin saja. Percayalah kalau Anwar masih berada dalam UMNO, khalid lah yang akan kedepan menuding jari pada Anwar mengatakan dia meliwat.
leekonu said…
yb your DAYS ARE NUMBERED hehehe
tokkarut said…
tokgaru.
Islam tegak bukan dengan terdirinya berapa banyak masjid atau surau yang terbina, tetapi dengan berapa ramainya jemaah yang mengisi saf masjid tersebut. Dan setiap umat islam wajib menentang perkara mungkar yang berlaku seperti pembinaan pusat hiburan dan maksiat yang seumpama dengannya. Kalau Tokgaru buat tak tahu saje tak mustahil satu hari nanti anak cucu cicit atau pun keturunan Tokgaru akan menjadi pengunjung tetap pusat tersebut, nasib tak baik jadi GRO pula di situ.
YB Kkalid,
Teruskan usaha meniup syiar Islam seperti yang YB di pertanggungjawabkan.Kurangkan kalau tidak boleh hentikan dari terus-terusan menyalahkan UMNO tentang apa saja kemungkaran yang berlaku. Ingat sekarang tampuk pemerintahan dan kuasa ditangan YB.Jika UMNO gagal melakukannya dahulu, sekarang pula sudah tiba giliran PAS untuk melaksanakan amanah yang diberikan( diminta).Jangan pula nanti generasi akan datang berterus-terusan menyalahkan PAS jika PAS gagal melaksanakan tanggung jawab.
joehan said…
WAHAI SAUDARA2 MUSLIM SEMUA...INGATLAH YG DAULAH ISLAMIAH XAKN TERJADI DGN PERTOLONGAN KAFIR2...UMNO PERLU TINGLKN BN N PAS PERLU TINGGLKN PR..Allah dh pon bg peringatan..baik pas or umno msh degil n xnk hayati ayat2 Allah ni


surah ali 'imran ayat 28 :-

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

marilah jayakan perpaduan umno pas.

surah ali 'imran ayat 149 :-

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

masih xsedar2 lg ke wahai org2 pas..xpayah la bngga sgt dgn kerjasama pr tu..sedikit demi sedikit pas dh pon ikut jejak lngkah umno..dlu tegas utk tubuhkn negara islam..skrng demi undipolitik prinsip islam digadaikn n tukar kpd negara berkebajikn plak..khalid samad..ko xnk komen ayat2 Allah tu ke yg kate jgn jdkn kafir sbgai teman rapat..xkn nk ikut umno kot..kesudahannya pas umno 2x5.

kalo pr mng pru 13..situasi lbh kurng sm iaitu kita dipimipn kafirun or mngkin lbh buruk..sbb rmai di kalangan dap adlh org2 kuat kristian..msh ingtkh kita dgn peristiwa pemimpin melayu pr menundukkn kepala ms upacara kematian teoh beng hock dlu..memegang lilin..toleransi yg begitu dasyat dilakukn oleh pemimpin2 pr..seburuk2 umno dieorg xpnh sertai upacara keagamaan siap tunduk2 kepala lg..utk ape sume ni berlaku..ini semata2 demi undi politik n utk kuasa..

satu lg..dlu heboh psl bacaan ayat2 quran or hadis2 nabi olh pemimpin pr bkn islam..mmg al quran diturunkn utk sekalian manusia termsk kafir n mmg xdilarang pon dieorg bc dgn harapan mudahan hidayah msk ke ati mereka..tp mslh skrng ni samada dieorg iklas or just menarik undi2 org islam..dieorg dh sah2 xberiman dgn ayat yg dibaca tu..masalah ni blh menimbulkn fitnah n pecah belah di kalangan umat..demi undi politik begitu dasyat agama dilacurkan!!

mmg umno pn teruk bab2 agama ni..sbb tu perlu bantuan n bimbingan pas..

lg skali peringatan aku berikan..DAULAH ISLAMIAH XAKN BERLAKU DGN PERTOLONGAN KAFIRUN!!ingtla ayat2 Allah kt ats tu.
seman said…
Ni semua Supar Yop dan Geng Anon punya pasal la ni aku plak kena register utk kasi komen disini eeheheh... Register pun register la yek...

Walau apa pun diharapkan boleh lebih kerap berinteraksi dengan tuan di masa akan datang. Lepas ni nk layan sembang dgn tokgaru pulak. Macam best je.

Selamat berbuka puasa kepada tuan YB.
Safwan Ag said…
Assalam. Semoga YB terus berjuang dan berdakwah walau dalam apa sekalipun ranjau dan onak duri perjuangan. Ini semua akan menjadi YB lebih takwa dalam perjuangan Islam ini. Kalau tak jadi Imam Mahdi pun tak apa untuk menentang dajjal akhir zaman ini, dapat jadi pendukung dan pembantu-pembantu Imam Mahdi dalam peperangan menentang Dajjal akhir zaman ini pun jadilah....Asalkan setiap umat Islam ini berperanan menegakkan yang Hak dan menghapuskan yang Batil. InsyaAllah bila kita kembali ke hadrat Allah SWT, kita dikembalikan dalam keaadan tenang dan diredaiNya. WauLlahualam.
man said…
Wahai Tokgaru awak berkata

"Kami lihat Pas la ni tak serupa Pas dulu. Pas la ni lebih teruk daripada Umno dalam perjuangan islam nya.

Awak berkata PAS teruk memperjuangkan Islam hanya dengan alasan seperti ini "Tolong bagi tahu, di Kelantan berapa biji mesjid dah yang kerjaaan Pas bina ? Di Kedah berapa?"

Aku nak tanya hang la berapa besar Masjid NEgara, berapa besar Masjid KLIA, berapa besar Masjid Putrajaya dan berapa rami jemaah yg hadir solat 5 waktu. Adakah dengan berlumba2 membina masjid ini menandakan Islam itu telah kuat dan sempurna...Ini satu soalan yg dangkal, bodoh, bahlol..

Aku nak tanya hang pula kenapa Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yg diluluskan DUN Kelantan tidak diiktiraf oleh UMporNO. Kenapa dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, PAS mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad tetapi ditolak mentah2 oleh UMporNO dan Selepas itu, sekali lagi PAS mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam tapi usul itu juga tidak dipedulikan oleh UMporNO.... AKu rasa setakat ini sahaja komen aku sebab kalau komen banyak2 pun membazir masa aku sahaja sebab UMporNO ni dah la bangang tapi sombong pula seperti org tua2 kata bangang sombong.

OSMAN OMAR
Shah Alam
Anonymous said…
YB Khalid tulis: "Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan. Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja. Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat."

Saya yakin, kenyataan YB di atas adalah merujuk apa yg saya tulis sebelum ini.

Darurat yang berlaku dalam kes JAIS ini adalah usaha untuk memurtadkan orang Islam berdasarkan laporan yang diterima. Maka pilihan yang ada ketika itu ialah "masuk dan periksa" kerana mungkin pada pandangan JAIS bukti sukar didapati jika tidak masuk memeriksa seperti kertas soalan yang dikoyakkan yang dimasukkan dalam tong sampah.

Mungkin bagi YB ia tidak bijaksana tetapi pihak JAIS melihat ia adalah yang terbaik dan bijaksana untuk mendapatkan bukti sebanyak yang mungkin. Disinilah apa yang saya katakan bahawa kaedah Islam ada menyebut: Tindakan imam (pihak berkuasa) adalah berdasarkan kepada maslahat.

Pihak JAIS melihat maslahat masuk memeriksa itu lebih baik daripada tak masuk.

Disinilah apa yang saya katakan, kepercayaan perlu diberikan kepada pihak berkuasa termasuklah kepada YB Hasan Ali sbg exco untuk menentukan cara tindakan.

Kalu YB Khalid dah jadi exco nanti, saya adalah orang yang pertama akan sokong YB Khalid kerana YB pasti bertindak berdasarkan kepada maslahat wlwpn mungkin akan ada yang tak bersetuju dengan YB.

Bukan bermakna kita tak boleh mengkritik, tapi kritiklah melalui saluran bukan melalui media terbuka seperti ini kerana ia akan menunjukkan perpecahan dan perbalahan antara pimpinan yang merugikan PAS.
kekura said…
assalamualaikum,
tak perlulah nak melabel2 pencacai umno ka apa ka? umno buat kerja ni juga, takkan pas pun nak buat juga?
apabila Rasulullah mengkritik seseorg, Rasulullah kritik direct. org sekeliling masih dengar teguran rasulullah (itu yg ada pelbagai hadis), tapi rasulullah tidak menegur dr medium yg besar2 (kalau dulu dari atas bukit, sekarang dari blog, press conference etc).
jadi kenapa tak mengikut akhlak Rasulullah? apa bezanya ni dgn yahudi, ambil separuh tolak separuh? Rasulullah kata dia diutuskan utk menyempurnakan akhlak manusia. jadi selain berjuang supaya islam tertegak di malaysia, kita (tuan khalid dan saya) hendaklah memperbaiki akhlak kita. kekalahan tentera islam di perang uhud kerana tidak mendengar perintah rasulullah. itu baru terlupa utk berakhlak spt yg dituntut.
kebebasan suara yg dianjurkan oleh islam ada hadnya. ada adab menegur, adab mendidik, adab bila berhadapan dgn orang islam dan kafir. orang kafir harbi ka zimmi ka mereka ttp musuh ALLAH. titik. jgnlah anda lebih bersangka baik kpd org kafir berbanding saudara seislam kita. kalau nak bersangka baik, bersangka baik kat dua2.
mungkin bila tuan khalid berada di kerusi hassan ali (mengurus jais), anda akan membuat tindakan yg sama apabila beratus2 laporan anda terima dari masyarakat sekeliling tentang kerja2 kristian ni.
dan ketika itu juga pihak2 kristian spt the star pasti akan pusing2 cerita, yg benar jadi kabur, yg palsu jadi nyata.
Bahruddin said…
PAS mesti kuat dan juga mesti dilihat kuat. Kalu pemimpin bercakaran, macamana PAS nak kuat dan menang. Kita kata kita nak menang atas kekuatan sendiri, tapi hakikatnya kita yang memperlihatkan PAS lemah. Justeru, gunalah saluran yang betul untuk mengkritik.

Saya digambarkan bahawa YB dah berubah fikiran selepas mesyuarat AJK PAS Pusat tempoh hari selepas diberikan penerangan oleh YB Hasan Ali. Sebab itu saya tekankan sekali lagi, jangan gelojoh untuk memberi komen dan kritikan ...tunggu dan dapatkan maklumat sebenar, lepas tu kritiklah sebanyak mungkin, tetapi menggunakan saluran parti.

YB Khalid sekurang2nya bermesyuarat dengan YB Hasan sekurang2nya 2 kali iaitu mesyuarat perhubungan PAS Selangor dan mesyuarat AJK PAS Pusat. Gunalah peluang itu untuk kritik YB Hasan Ali seluas2nya. Habis kritik, buat keputusan sama2, kemudian tawakkal. Selesai atas nama ukhuwwah, bukan musuh. Kita nak lawan UMNO bukan nak lawan sesama sendiri.
Grand Marquis said…
Apa yang YB cerita tentang kisah yang lampau memang suatu yang tidak dipertikaikan. Tapi itu dulu. Dulu pun pas nak tubuhkan negara Islam.

Yang orang bengang sangat dengan PAS sekarang ni ialah sikap mereka sekarang, setelah berkawan dengan DAP dan PKR. Keadaan jadi liberal semacam.

Kalau serbuan ni berlaku dulu, nescaya PAS orang yang paling lantang pertahankan jais. Tapi itu dulu.

Dan yang orang bengang dengan YB dan MB ialah sikap kamu secara melulu terus salahkan JAIS dan terus keluar statement. Mengapa tak de husnu zhan. Mengapa tak tanya dulu JAIS?

Berhari-hari JAIS jadi punching bag puak kafir dan juga dari puak-puak kamu sendiri sehingga akhirnya bila video keadaan sebenar didedahkan baru masyarakat tahu hal sebenar.

YB beria-ia suruh JAIS dakwa mereka di mahkamah. Tapi macam mana nak dakwa kalau pi periksa pun tak boleh. Macam mana nak dapat bukti? Nak periksa aje dah kena kutuk dengan YB dan puak-puak korang? Nasib la ada video yang ditangkap hari tu. Apa kah ceramah "how I become a christian" oleh mamat dalam video tu masih belum jelas akan tindakan mereka?

Mendakwa mereka di mahkamah memakan masa yang panjang dan banyak proses perundangan. Kemudian akan timbul pula isu seperti contempt of court la, tak boleh cakap dengan media la, ini semua alasan politik untuk menutup isu tersebut dan alih-alih isu ni akan senyap dengan begitu saja.

Orang tak pertikaikan sikap pas suatu ketika dulu. Tu yang pas boleh menang banyak kerusi. Yang orang pertikaikan PAS ialah masa sekarang, bila kuasa dah ada ditangan.

Jadi tak perlu YB cerita apa yang YB buat dulu. Lebih baik YB fikir apa yang YB buat sekarang.

Wallahualam
tokgaru said…
Sudara Man

Bila aku bangkitkan berapa mesjid dah yang kerajaan kelantan dan kedah bina ? Kau kata tak guna banyak mesjid tapi asyik kosong jerk.

Aku ingat kau ni jarang2 pi sembahyang jumaat atau sembahyang raya agaknya. Tempat aku time jumaat dengan sembahyang raya, ada yang tak dapat masuk mesjid, kau tau tak ?

Memang aku mengaku solat jemaah 5 waktu, kadang2 nak cari satu saf pun sakit. Kenapa ? Orang semua ada kerja waktu tu cik abang ooiii, antara tanggung jawab bekerja dengan solat berjemaah mana yang lebih penting ? Makan gaji dengan orang, apa macam kalau majikan bagi kata dua ?

Beruntung lah sapa2 yang bermajikan kan kau Man, aku pun nak bekerja dengan kau lah. Gaji dapat penuh, pahala pun dapat penuh sebab kau akan bagi aku pergi sembahyang berjemaah di mesjid atau surau pada setiap waktu.

Cuma satu saja aku nak minta. Kadang2 bila kita terlalu lebih islam sangat, orang lain akan nampak kita nih macam pelik pada orang sikit .. lebih kepada illusi tanpa berpijak kepada kenyataan. Contohnya, ada puak yang berjuang :

1. Nak tubuh negara islam, macamlah rakyat negara nih 99.99% pakat islam belaka.

2. Nak laksanakan undang2 hudud, macamlah rakyat negara nih semua islam belaka.

Tepok kepala, tanya kepala lutut .. Boooollllleeeehhhhhhh keeeerrr?
jacko said…
Asalamualaikum...

Sebenarnya saya bukan lah penyokong mana2 parti baik UMNO atau pun PAS. Bagi saya paling penting adalah Islam. Mana2 pihak yang memperjuangkan islam akan tetap di hati saya. Mana2 yang paling islamic pasti saya sokong. Maaf saya pohon terlebih dahulu kepada tok garu. Komen anda hanya akan menunjukkan yang anda amat cetek tentang Islam. Hukum hudud adalah hukum yang di perintahkan oleh ALLAH. Kalau anda seorang Islam maka wajib anda juga memperjuangkan untuk di laksanakan. Komen anda boleh di tafsirkan yang "Allah tak faham yang hukum hudud tak boleh di laksanakan di Malaysia kerana masyarakat berbilang kaum". Kenyataan ini hanya sesuai di ucapkan oleh orang bukan islam sahaja. Kalau anda seorang Islam saya menyeru anda mengucap dua kali masahyadat dan bertaubat. Betulkan saya kalau saya salah. Sesungguhnya hukum hudud itu adalah bersesuaian untuk semua tak kira siapa pun. Allah adalah pencipta yang maha mengetahui, takkan lah Dia menurunkan hukum yang tak sesuai untuk di guna pakai. Senang cerita macam ini lah. Bahasa dunianya bunyi macam ini.... Kalau kita rasa hukum Allah tu tak sesuai di pakai di dunia ini... maka kita tak layak hidup di dunia ini kerana alam ini Allah yang buat, kena lah buat dunia lain yang kita cipta sendiri dah tu kita boleh lah pakai undang2 kita sendiri. Senang saya ungkapkan ... kalau tetamu bertandang kat rumah tok garu pas tu tetamu tu buat undang2 sendiri kat rumah tok garu tanpa pedulikan yang tok garu adalah tuan... pas tu tak bagi tok garu masuk bilik sendiri sebabkan undang2 tetamu tu kata macam tu, apa perasaan tok garu. Saya rasa tok garu pun macam malas nak baca sejarah Islam/Sirah... Melalui pembacaan tok garu akan dapati yang waktu zaman Rasulallah Hukum HUDUD di laksanakan yang mana rakyat arab terdapat berbilang kabilah dan masyakatnya juga berbilang malah ada penduduk Yahudi. Hudud di laksanakan dengan jayanya. Tak ada masalah pun. Kalau tok garu seorang islam.... saya amat kesali macamana non-muslim nak terima hudud sedangkan orang islam sendiri tak mahu melaksanakan. Berhati2 dengan dengan apa yang diucapkan takut2 murtad tanpa di sedari. Harap tok garu paham lah.. Kalau saya salah saya minta maaf terlebih dahulu. Semoga Allah memberi hidayah kepada tok garu, saya dan semua rakyat Malaysia.Aminnn....

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-