Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan
Comments
-Pejabat YB Khalid Samad
utusan manipulasi tajuk utk memburuk2an orang->blogger juga begitu.
utusan ambil berita, lepas tu buat teori2, menjangka2 apa orang tu buat, kenapa orang tu buat, padahal yg nyata dan jelas hanyalah sedikit tp ceritanya dekat 20 perenggan-> blogger juga begitu.
bukankah kedua2nya memaparkan akhlak spt org fasik?
bolehkah percaya berita kedua2nya?
sama saja.
Saya rasa elok sangat. Yang penting Nik Aziz pun ada sebagai ahli panel.
Saya harap ada blogger yang tolong tanya kepada Nik Aziz atau sapa2 ulamak yang dijemput sebagai ahli panel.
Saya berpendapat macam ni :
Ulamak melayu kita nih hanya hebat kepada orang melayu sahaja. Usaha dakwah ulamak melayu nih hanya fokus kepada orang melayu saja. Setuju ?
Kalau tak setuju tak mengapa. Tapi boleh beri tahu kami selama tuan bergelar Ustaz atau Tokguru nih, dah berapa ramai orang cina dan india di Malaysia ini yang convert kepada islam dalam tangan tuan ?
Kenal Ustaz Hussain Yee. Sorang cina daripada Buddhist kpd Kristian kpd Islam. Khabarnya dah beribu non muslim convert dalam tangan dia.
Kenal Ustaz Yuhanus. Sorang mubaliq (pastor), anak kepada Ketua Gereja, baru 20 tahun jadi islam. Khabarnya sudah beribu non muslim convert dalam tangan dia.
Dan anta ustaz melayu ... berapa ???