Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Minal A'idin Wal Fa'izin 1432H

AsSalaamu Alaikum WRT. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua bertemu bulan Syawal dalam keadaan fitrah kita, bersih dari segala dosa seperti pada hari lahirnya kita ke bumi ini. Dengan ingatan tulus ikhlas KHALID SAMAD 1 Syawal 1432

Respon Pengunjung: Sekilas Ikan di Air

Dalam penulisan saya sebelum ini yang bertajuk Sekilas Ikan di Air , ada yang memberi komen (maaf tiada nama), August 20, 2011 4:38 PM “Saya yakin, kenyataan YB di atas adalah merujuk apa yg saya tulis sebelum ini. Darurat yang berlaku dalam kes JAIS ini adalah usaha untuk memurtadkan orang Islam berdasarkan laporan yang diterima. Maka pilihan yang ada ketika itu ialah "masuk dan periksa" kerana mungkin pada pandangan JAIS bukti sukar didapati jika tidak masuk memeriksa seperti kertas soalan yang dikoyakkan yang dimasukkan dalam tong sampah. Mungkin bagi YB ia tidak bijaksana tetapi pihak JAIS melihat ia adalah yang terbaik dan bijaksana untuk mendapatkan bukti sebanyak yang mungkin. Disinilah apa yang saya katakan bahawa kaedah Islam ada menyebut: Tindakan imam (pihak berkuasa) adalah berdasarkan kepada maslahat. Pihak JAIS melihat maslahat masuk memeriksa itu lebih baik daripada tak masuk. Disinilah apa yang saya katakan, kepercayaan perlu diberikan kepada pihak berkua...

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Hentikan Polemik, Dakwa Segera

Setiap hari kita membaca dalam akhbar Melayu berhubung isu DUMC. Gambaran yang diberikan adalah seolah-olahnya ianya sudah terbukti bahawa ada usaha memurtadkan 12 orang Melayu yang hadir pada program anjuran NGO Harapan Kommuniti pada malam tersebut. Segala penafian pihak Gereja dan NGO berkenaan ditolak ke tepi dalam usaha semua akhbar, termasuklah Sinar Harian, untuk mewujudkan satu persepsi bahawa ianya sudah muktamad, tiada keraguan sama sekali, bahawa itulah tujuan disebalik program berkenaan. Mungkin saya tidak perasan, telahkah ianya dibuktikan dimahkamah? Telahkah pihak DUMC dan Harapan Kommuniti didakwa oleh pihak JAIS? Sekiranya belum, maka apakah agenda sebenar akhbar ini?

Berani Kerana Benar

Sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja DUMC, dakwaan Papa Gomo bahawa saya menghalang Gereja berkenaan disita oleh MBPJ adalah merupakan satu pembohongan. Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita Gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat-kuasa MBPJ dan Polis bersiap-sedia untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadhan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak UMNO dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap keMelayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan.

Pengumuman: Seminar Pelaksanaan Siasah Syar'iyyah (19 Syawal, Kota Bharu)

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Bual Bicara Bersama Bloggers dan Facebookers (2 Sept, Raya ke-4,KB Kelantan)

Bagi pihak penganjur program -Pejabat YB Khalid Samad-

Laporan Polis Sita Gereja

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU). Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Pendekatan UMNO Berbanding PAS

Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangant diperkatakan dewasa ini, pendekatan UMNO dan PAS jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Sekilas Ikan di Air

PENCACAI UMNO Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua. Saya kata “Islam itu adil untuk semua” maka mereka menjawab “Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja”.

Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Pada 26 Julai saya telah bertolak ke Mesir bersama sahabat dari Muslim Care dan Cakna Palestin. Destinasi akhir adalah Gaza. Surat kelulusan dari kerajaan Mesir telah diperolehi lebih awal, termasuk dari pihak “Special Branch” Mesir. Kami pergi membawa wang tunai sebanyak USD 215,000 yang merupakan kutipan dari rakyat Malaysia semenjak Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu.

Serbuan Gereja Damansara Utama

Peristiwa ini telah banyak mendapat liputan dalam media perdana dan alternatif. Berbagai pandangan telah diberi. Saya hanya mahu menjelaskan dua perkara di sini. 1. Soal menyebar atau mengembang agama lain kepada orang Islam adalah dilarang dalam Perlembagaan. Semua pihak harus terima dan akur dengan peruntukan ini. Peruntukan ini bertujuan untuk menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama seperti Malaysia di mana sekiranya dirasakan ada usaha bersungguh-sungguh untuk memurtadkan orang Islam, maka ianya akan menghasilkan ketegangan dan persengketaan. Dalam soal ini PAS mengutuk sebarang usaha kearah menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam dan sesiapa yang melakukannya perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya.