Kesudian SPB Tuanku menerima kunjungan dari wakil BERSIH untuk mengadap amat dihargai. Sepertimana juga titah Baginda yang jelas terbukti dibuat secara adil dan saksama. Hasil dari pertemuan tersebut pihak BERSIH sekali lagi membuktikan keikhlasan mereka dengan menyatakan kesediaan mereka untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di dalam sebuah Stadium di Kuala Lumpur.
Cadangan untuk diadakan di Stadium telah terlebih dahulu dicadangkan oleh Hishamuddin dan diulangi oleh Najib sendiri. Oleh itu, sekarang kita ingin melihat sejauhmana pihak kerajaan BN akan mengotakan apa yang mereka sendiri nyatakan!
Dengan persetujuan BERSIH supaya perhimpunan diadakan di Stadium maka sepatutnya perhimpunan ini dan apa sahaja berkaitan dengannya seperti warna kuning TIDAK lagi diharamkan. Apabila ianya tidak lagi dianggap perhimpunan haram, maka sebarang sekatan jalan oleh pihak polis tidak lagi perlu diadakan. Tuduhan BERSIH adalah pengkhianat dan agen asing tidak perlu diulangi. Drama minggu ini yang mempamerkan berbagai jenis senjata dan Molotov Cocktail dalam botol plastik juga tidak perlu diteruskan.
Sebaliknya pihak keselamatan seharusnya memikirkan langkah yang perlu diambil bagi memudahkan perhimpunan tersebut diadakan. Mereka harus menghalang mana-mana pihak yang ingin mengganggu perhimpunan tersebut. Ianya patut dilayani seperti mana-mana perhimpunan yang sah seperti perhimpunan ‘1 Juta’ belia di Putrajaya tempohari.
Sekiranya usaha menghalang dan mengharamkan tetap diteruskan, ini bererti tawaran Hishamuddin dan Najib TIDAK ikhlas. Ianya secara tidak langsung memberi gambaran bahawa titah SPB YDP Agong yang inginkan isu ini ditangani secara adil dan bijaksana, tidak diendahkan samasekali oleh pihak kerajaan yang tetap berkeras dengan agenda yang ingin menundukkan rakyat dengan apa cara sekali pun.
Adalah tidak munasabah pihak keselamatan bertindak sedemikian rupa apabila perhimpunan ini telah dipersetujui dan diberikan kelulusan oleh pihak kerajaan sendiri. Sebagai contoh, kesesakan lalu lintas yang jelas dihasilkan sekatan jalan raya pada hari ini 6 Julai, sedangkan kesediaan BERSIH untuk memindahkan perhimpunan ke Stadium telah dinyatakan sejak semalam lagi. Atau apakah mungkin pihak keselamatan sudah tidak mengendahkan lagi arahan PM dan Menteri dalam Negeri?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Kerajaan sudah memberikan peluang kepada BERSIH untuk berbincang mengenai desakan kumpulan tersebut. Cuma mungkin masa tidak lagi mengizinkan, namum pihak Kerajaan sudah pun menyatakan kesediaan berbincang.
Selain itu, Tuanku dengan JELAS sudah menyatakan bahawa BERSIH tidak perlu mengadakan perhimpunan aman tersebut dalam titahnya. Namun BERSIH masih mahu berjuma dengan Tuanku.
BERSIH merupakan persatuan tidak berdaftar dan dilihat amat tidak molek memohon untuk berjumpa terus dengan Tuanku. Namun, Tuanku tetap berjumpa dengan BERSIH.
Jadi sepatutnya BERSIH menghormati Tuanku dan berbincang terlebih dahulu dengan Kerajaan sebelum mengadakan perhimpunan dan sebagainya.
PAS suka mengambil kesempatan, memutar belit keadaan, menegak benang basah. Saya tak faham kenapa PAS sanggup ikut cakap orang seperti Ambiga dan Jawatankuasa y BERSIH yang kebanyakannya bukan beragama Islam.
UMNO tidak nampak bersih. Begitu juga PAS. Sayua nampak secara zahirnya PAS suka mengguna agama untuk kepentingan politik kepartian bukannya politik ummah Islam! Malahan saya nampak ramai juga pemimpin PAS buruk perangai kerana berhujah untuk kepentingan politik bukannya untuk menyelamatkan umat Islam .Mohon maaf jika tafsiran saya salah tetapi inilah yang saya lihat sekarang secara luaran. Yang didalam dada hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
sebenarnya usah dilihat perhimpunan BERSIH itu dari sudut politik kerana 8 tuntutan bersih itu tiada kaitan dengan politik mana-mana pihak. Tuntutan mereka cuma untuk memperkukuhkan insititusi bebas (SPR) dari dipermainkan oleh 'pihak-pihak tertentu' sebabnya pelbagai laporan dan bukti dikemukakan tetapi tiada tindakan kerana hasil dari PRK dengan jelas menunjukkan masih terdapat kelompangan dalam mengurus pilihanraya yang adil.
Jika tuntutan berkenaan dipersetujui sudah pasti ianya membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak samada BN dan Pakatan Rakyat.
Jika tuduhan PAS mempermainkan Islam dalam politk,, sayugia UMNO juga begitu. Mempergunakan Islam dan raja demi kepentingan diri. Jika ramai pemimpin PAS berhujah demi kepentingan politik mereka maka begitu jua UMNO dimana mereka lebih ramai berhujah 'kotor' dari pihak satu lagi.. manusia bukanlah sempurna tetapi apa yang manusia boleh lakukan ialah dengan mengurangkan ketidaksempurnaan itu melalui pelaksanaan disiplin dan keadilan dalam diri mereka. Ini dua membezakan antara UMNO dengan PAS.
Memperjuangan keadilan jangan dilihat pada individu tetapi pada tujuan.. Jika individu itu seorang muslim sekalipun tapi berjuang untuk maksiat maka tidak wajar menyokong individu berkenaan. Ini setiap manusia kena meneliti dan memikirkannya. Islam juga tidak menegah pendapat seseorang bukan Islam berkaitan kebaikan hal-ehwal dalam kehidupan selagi tidak bercanggah dengan agama. mana yang baik maka diterima.
jangan jadi manusia tidak berilmu dan berakal ketika meluahkan pandangan dan persetujuan. jadi Islam yang hebat!
kenyataann kerajaan sudah memberikan peluang kepada BERSIH untuk berbincang mengenai desakan kumpulan tersebut cumalah satu alasan basi yang tiada kesudahan. Minta maaf, sebab segala laporan dan kenyataan mengenai penyelewengan tiada diendahkan oleh kerajaan sebelum ini. Oleh itu perhimpunan yang akan dilaksanakan ini adalah untun menzahirkan apa yang telah tidak diendahkan oleh kerajaan.
Maaf..sebagai seorang Raja berdaulat tuanku sepatutnya JELAS dengan tujuan perhimpunan BERSIH ini diadakan dan adalah tiada bersalah jika dilaksanakan dengan kawalan pihak berkuasa. Negara demokrasi dengan raja berpelembagaan diseluruh dunia telah lama mengamalkanna cuma dalam Isu ini pihak kerajaan (UMNO) menggunakan kedudukannya menggunakan raja demi kepentingan mereka.
BERSIH bukanlah persatuan tetapi merupakan gerakan daripada gabungan beberapa pertubuhan. Perkataan 'Persatuan' ini saya percaya hanya diberikan oleh pihak kerajaan kepada bersih agar memudahkan mereka untuk samada 'menghalal' atau 'mengharamkan' gerakan bersih dari sudut perundangan (Jika tiada rekod pendaftaran pertubuhan / persatuaan maka dari segi perundangan ianya haram)sedangkan bersih hanya satu bentuk gerakan. Adalah normal perlu diberikan satu nama kepada satu gerakan yang menghimpunkan pelbagai NGO, jika tidak sukar untuk menyebutkan jenis pergerakan itu ;-).
merupakan persatuan tidak berdaftar dan dilihat amat tidak molek memohon untuk berjumpa terus dengan Tuanku. Namun, Tuanku tetap berjumpa dengan BERSIH.
Jadi sepatutnya BERSIH menghormati Tuanku dan berbincang terlebih dahulu dengan Kerajaan sebelum mengadakan perhimpunan dan sebagainya.
harapan agar berfikir sebelum berhujah.. nanti jelas nampak kepincangannya... ;-]
PAS=UMNO sama-sama sekolah sama.