Skip to main content

Petisyen MTV World Concert

Pada hari Khamis jam 1.30 tgh hari saya telah menyerahkan petisyen bantahan konsert MTV di I-City kepada Cik Faekah, SU Politik MB. Petisyen tersebut mengandungi lebih 2,500 tandatangan yang diperolehi secara atas talian dan dari sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk yang berada di Seksyen 7.




Saya sempat berjumpa dengan CEO I-City Dato' Eu Hong Chew dan Tan Sri MB selepas itu untuk menyampaikan hasrat penduduk Shah Alam. Kita berharap agar petisyen ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang terlibat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Jinglebell said…
arrggghhh nooooooo....
we want mtv worldstage here in Malaysiaaa...
Anonymous said…
sopan santunye bantah konsert ni..
takde demo mcm bersih nak buat ke?
takde perarakan ke?
bakar gambar apek icity ke?
inilah hakikatnye,sesama melayu kau punyelah keras, bile dengan cine, menikus...
sampah punye MP...
Anonymous said…
aduuu... last minit baru nak bantah.tp ni tektik janji ada bantah la.kang kalau xbantah..ahli pas lain bising lak.Bantah awal2 kang bdk2 pkr dan dap bising plak.yg penting dah ada bantahan ye dak.bantah pun PAS tau tetap jalan jugak konsert ni.hahehe.apa2 sok kalau Allah tanya kelak...dah bleh tunjuk surat bantahan kat depan2 malaikat.Bukti beb.kehkehekeh.
Anonymous said…
Setakat serah petisyen cam tu...alahai sah mereka ni abduallah bin ubai....sama mcm khaled samad....sekadar melepas batuk ditangga....shah alam kota maksiat sejak pas memerintah dgn dap dan pkr....tunggulah kondom bertaburan dan tin botol beer bersepah di ict.....unit amal pas akan tolong BRsiHkan...
salman shah said…
Pergghhh... ramai juga rupanya yang sokong konsert MTV icity ni rupanya sampai orang buat bantahan pun korang nak bantah. Memang sesuai dengan mentaliti pembankang di Selangor. Teringin nak join sekali ke konsert tu?

Kalau rasa bantahan tu tak betul, tak kena cara dsb, tapi kena tanya la jugak apa sumbangan korang kepada Islam selain membebel kt dlm blog ni? Mcm ini punya mentaliti pun masih wujud lagi ke? Aduhaila...
Supar Yop said…
Yang ini kalau nak bantah, saya setuju 100%.Saya teringat PAS di zaman kegemilangannya dulu sebelum PRU 2008 - benda macam ni lah yg buat orang hormat kat PAS..Cuma protes MTV ni nampaknya tenggelam dalam kegahirahan demo Bersih..
Serious Shepherd said…
Ini dia mastermind pesta maksiat:

i-City looks to tourism for sustainable income

Bos dia kan 'bintang filem', jadi tak perlulah terkejut.

Mana pulak ulama muda UMNO nih? Tak bagi nasihat langsung kat rakan dalam BN ke? UMNO toksah ceritalah.
Ahmad Rahman said…
YB,

Saya sebagai penduduk Shah Alam, Sekyen 7 khususnya, membantah sekeras-kerasnya konsert MTV ini. Mungkin kelihatan cukup terlewat untuk kita berbuat sesuatu sekarang. Tetapi diharapkan menjadi iktibar kepada kita semua.

Menjadi hasrat saya serta penduduk Shah Alam untuk melihat bandaraya ini berubah menjadi "Bandaraya Islam". Bandaraya yang diagungkan dengan sosio-ekonominya, kota ilmu, kota akhlak, kota syariah Islam diperjuangkan, kota tempat membesarkan anak bangsa menjadi ilmuan dan semestinya bukan "Kota Maksiat"!! Sekiranya kita dapat mengistiharkannya secara rasmi, se-eloknya-eloknya di awal Ramadhan nanti, alangkah baiknya.
Dan pastinya lengkap, kalau dapat di-perkenankan oleh DYMM Sultan Sharafuddin.

Cadangan diatas datang daripada akal saya yang dangkal.

Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi Shah Alam.

Wassalam.
Supar Yop said…
Saya dah tengok web site i- City yg Shepherd bagi tu. Padanlah.. CEO dia kafir.Takan PAS nak terang2 menentang konset ni. MEnyerang kafir bermakna menyinggung perasaaan sleeping partner dia lagi satu.
Utk pengetahuan anda, bacalah Malaysiakini, baru tahu perasaan dan pendirian diorang.Bila YB Khalid perjuangkan nama Allah utk krisitian, dipuji bagai rak, tapi bila buat protes konset ni diperlekeh teruk.Zaman ni, nak ke Putrajaya, kena banyak ambil hati kafir. Mcm nilah, pakat2 semua orang melayu boikot atau tunjuk perasaan bantah depan pintu masuk i City.Baru betul.
Anonymous said…
Petisyen dibuat dari awal bulan lepas, 1/6/2011. http://www.petisyen.com/petition/68/petisyen_membantah_konsert_mtv_world_stage_di_i_city_seksyen_7_shah_alam.html

Aku dah sain, yang puak2 dok bising ni dah??? Cakap je bergegar...
Anonymous said…
TQ for your effort YB, YA Allah semoga cancel la concert tu..

yang pandai comment tu sign petisyen ke tidak? beli rumah belakang icity la baru tau cemana.. mcm nak runtuh rumah untuk konsert GIG, blom lagi MTV...
Malaysian Citizen said…
Really bad move YB.

Its just a concert with bands taking their times to show up and put on a show, entertainment will always be entertainment, it just depends how tight people's heads are screwed on. If the kids who go for the concert are messed up, they will always be messed up.

Isnt it true that somewhere in Malaysia the law states that when someone is raped they need witnesses ?!, how about a debate and solution that that rather then petty issues such as this.

Just an ending note, nobody teaches a child how to masturbate, he just picks it up, nobody puts on a sex show outside in public to teach these things. As we Malaysians are pretty decent people and have brains, to think for ourselves, and dont quite need politicians ruining the little international live entertainment we get here.

Maybe we should just stop broadcast radio as well because these bands' music is played on the radio all the time.. No ?.

MPs are elected representatives for the people and the country, think about whats best for the country and the people and dont make a fool of you and your party.

P.S : I am NOT an BN Cybertrooper, I am a PR supporter but this is making me wonder if PR is going to end like BN.

What Malaysia Needs is young leaders, with the young and old in mind. Old fashioned leaders should take the back seat and watch the young transform the country.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan