Kelmarin, pada hari Rabu 6 Julai, saya telah ke pejabat Pro-Lintas untuk mendapatkan penyelesaian terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk Sek 24 Shah Alam. Saya diberitahu bahawa mereka sedia maklum tentang masalah ini dan akan menerima pembentangan dari pihak pakar runding pada hujung bulan ini berhubung cara mengatasinya.
Saya juga telah sempat berbincang mengenai kadar Tol baru untuk jalan susur Highway Guthrie ke Puncak Perdana dan Puncak Alam. Mereka beritahu saya perlu berhubung dengan pihak lain kerana ianya di luar bidang kuasa mereka. Mereka akan memaklumkan nombor telefon pegawai yang berkenaan kelak untuk saya berhubung secara terus.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
Terima kasih YB atas keperihatinan. Saya akui kadar tol amatlah membebankan rakyat Malaysia