Walaupun secara dasarnya PAS sebagai sebuah parti Islam bukan merupakan sebuah parti sosialis dan dengan itu tidak juga membawa agenda sosialis; tetapi kezaliman penahanan tanpa perbicaraan perlu ditentang oleh setiap pertubuhan ataupun individu, terutamanya mereka yang mendokong perjuangan Islam. Di dalam mana-mana negara bertamadun yang berpelembagaan dan berteraskan undang-undang, penahanan seseorang hanya sepatutnya berlaku setelah ianya dibicarakan atau akan dibicarakan dengan berlandaskan bukti yang kukuh. Maka apakah maknanya sesebuah pertubuhan itu didaftarkan dan diistiharkan sebagai sah tetapi tidak diberikan perlindungan perundangan yang wajib dipenuhi oleh pihak pemerintah.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Nik Aziz pun pernah kata Socialist adik beradik dgn Communist. Sampai merajuk si kapal pusing dgn lim kit sial.
no need to pusing sana pusing sini la bro.
concentrate dgn manifesto kau yg tak abis lagi tu..mmm..rasa aku satu pun kau tak laksanakan kat shah alam..
ooopss lupa..kau dah buat..kalimah Allah kau setuju beri pada kafir. kuil pun kau setuju letak di kawasan melayu.
Tak Pandir lagi kalau tangan yang nak memangkah tidak mahu dengar arahan dari kepala sendiri sebalik lebih percaya kepada arahan daripada kepala orang lain.
Orang lain itu boleh jadi pemimpin parti yang kita sokong dan puja .. bezanya orang itu ada agendanya jika parti menang .. tapi adakah gerak hati kita merelakan ?
Contohnya begini. Anda memang suka durian, pantang jumpa. Itu dulu masa anda sehat, tapi sekarang anda dah ada darah tinggi dan kencing manis. Dulu anda tidak curiga pada durian, tapi sekarang anda dah mula curiga kerna durian boleh mudharatkan anda. Yang jual durian itu kawan baik anda, adakah anda nak beli juga durian kerana nak jaga hubungan kawan ? Yang dapat saya kata adalah " kawan anda dapat keuntungan, tapi anda dapat kain kafan "