Skip to main content

Penahanan Aktivis PSM


Walaupun secara dasarnya PAS sebagai sebuah parti Islam bukan merupakan sebuah parti sosialis dan dengan itu tidak juga membawa agenda sosialis; tetapi kezaliman penahanan tanpa perbicaraan perlu ditentang oleh setiap pertubuhan ataupun individu, terutamanya mereka yang mendokong perjuangan Islam. Di dalam mana-mana negara bertamadun yang berpelembagaan dan berteraskan undang-undang, penahanan seseorang hanya sepatutnya berlaku setelah ianya dibicarakan atau akan dibicarakan dengan berlandaskan bukti yang kukuh. Maka apakah maknanya sesebuah pertubuhan itu didaftarkan dan diistiharkan sebagai sah tetapi tidak diberikan perlindungan perundangan yang wajib dipenuhi oleh pihak pemerintah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
suka hati kau la khalid!

Nik Aziz pun pernah kata Socialist adik beradik dgn Communist. Sampai merajuk si kapal pusing dgn lim kit sial.
no need to pusing sana pusing sini la bro.

concentrate dgn manifesto kau yg tak abis lagi tu..mmm..rasa aku satu pun kau tak laksanakan kat shah alam..

ooopss lupa..kau dah buat..kalimah Allah kau setuju beri pada kafir. kuil pun kau setuju letak di kawasan melayu.
Hamba Allah said…
YB...ape yg saya faham islam sgt titik beratkan keadilan w'pun keatas gol bkn islam. So setuju dg YB penahanan tanpa bicara adalah satu jenayah..
Hamba Allah said…
Penahanan tanpa bicara adalah satu jenayah..Islam mengajar untuk berbuat adil bkn berlaku zalim
Anonymous said…
kebanyakan orang2 bukan islam yg saya kenali terasa yg pihak kerajaan anti mereka melalui tindakan2 pekasa,pekida dan terbaru tok guru silat mereka berperdapat kegagalan kerajaan membina kekuatan ekonomi melayulah yg menyebabkan mereka di persalahkan.
tokgaru said…
Jangan lah Jadi Pandir ?

Tak Pandir lagi kalau tangan yang nak memangkah tidak mahu dengar arahan dari kepala sendiri sebalik lebih percaya kepada arahan daripada kepala orang lain.

Orang lain itu boleh jadi pemimpin parti yang kita sokong dan puja .. bezanya orang itu ada agendanya jika parti menang .. tapi adakah gerak hati kita merelakan ?

Contohnya begini. Anda memang suka durian, pantang jumpa. Itu dulu masa anda sehat, tapi sekarang anda dah ada darah tinggi dan kencing manis. Dulu anda tidak curiga pada durian, tapi sekarang anda dah mula curiga kerna durian boleh mudharatkan anda. Yang jual durian itu kawan baik anda, adakah anda nak beli juga durian kerana nak jaga hubungan kawan ? Yang dapat saya kata adalah " kawan anda dapat keuntungan, tapi anda dapat kain kafan "
Anonymous said…
esok kalau dah ada yang berani pijak orang melayu, perangi agama Islam (dua2 da ada tanda da) dan takluk Malaysia baru lah ko tau betapa pentingnya ISA dan EO. Bersyukurlah dan bukak la mata tu luas. Amerika yang berlagak pendokong demokrasi pun ada penjara rahsia. dan sape yg ada dalam tu kalau bukan org Islam.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan