Ada yang menghebohkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram yang di pimpin oleh Dato’ Ambiga, seorang peguam Hindu yang membela golongan murtad. Oleh itu, menurut mereka lagi, BERSIH tidak bersih dan PAS dengan menyertai BERSIH, terbukti tidak lagi mengutamakan Islam. PAS, menurut mereka, sanggup ‘diperkudakan’ orang seperti Dato’ Ambiga demi ingin berkuasa. Hujjah dangkal mereka menzahirkan betapa terdesaknya mereka ini!
1. BERSIH DAN DATO’ AMBIGA
BERSIH adalah program atau event yang dianjurkan oleh gabungan 62 NGO sah dan berdaftar. Dato’ Ambiga dipilih untuk bertindak sebagai Pengerusi program BERSIH. Oleh kerana semua NGO yang bergabung di bawah BERSIH adalah sah dan berdaftar, maka BERSIH tidak boleh sewenang-wenangnya dilabelkan sebagai sesuatu yang haram, lebih-lebih lagi sebuah ‘pertubuhan’ haram.
Dalam soal ianya dipimpin oleh Dato’ Ambiga, itu tidak menjadi satu masalah. Kepimpinan Dato’ Ambiga adalah terhad kepada agenda yang dibawa oleh BERSIH, iaitu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Agenda ini adalah sesuatu yang baik serta layak dan patut disokong oleh semua. Hakikat BERSIH menerajui usaha ini dan Dato’ Ambiga adalah pengerusinya tidak mengurangkan kenyataan bahawa tuntutan BERSIH adalah sesuatu yang wajib disokong.
Sebagai contoh, sekiranya ada usaha mengejar seorang pencuri untuk menangkapnya, tidakkah usaha ini perlu dibantu? Sekiranya orang yang mengejarnya adalah seorang Hindu atau yang bukan Islam, adakah usaha ini tidak perlu dibantu oleh kita sebagai orang Islam? Sudah pasti perlu dibantu, lebih-lebih lagi apabila pencuri tersebut mencuri dari rumah kita semua, Hindu, Budha, Islam dan sebagainya, setiap hari dan setiap bulan selama berpuluh tahun.
Sekiranya pencuri itu orang Melayu, beragama Islam, adakah pencuri itu perlu dibiarkan? Sudah pasti tidak boleh dibiarkan. Itulah yang diberikan amaran oleh Rasulullah (SAW) sebagai ‘AsSobiyyah’, iaitu menolong kaum kamu dalam kezaliman. Rasulullah (SAW) tidak mengaku ummat! Maka pencuri Melayu beragama Islam lebih perlu untuk kita berusaha tangkap bersama kerana dia mencemar nama baik Islam dan bangsa Melayu. Dengan menangkapnya dapat kita halang dia dari terus menzalimi dirinya sendiri dan masyarakat secara umumnya; Islam dan bukan Islam.
Maka inilah keadaannya. BN mencuri kuasa melalui pilihan raya kotor dan dengan kuasa itu, mencuri dari rakyat, kita semua termasuk, untuk diberikan kekayaan Negara kepada kroni dan suku sakat mereka. Mereka adalah pencuri yang paling terkutuk, mencuri di siang hari, depan mata semua dan meminta rakyat merestui amalan mereka atas alasan kononnya ianya adalah untuk kebaikan kita bersama! Sudahlah mencuri, menipu pula. Mengadu-domba pula, sehingga sanggup dilagakan satu bangsa dengan satu bangsa yang lain, demi mempertahankan amalan mencuri mereka. Mereka memaksa polis membela mereka pula, sehingga rakyat yang tidak bersalah dipukul dan dipenjara!
Ini bukan pencuri biasa. Ini bagaikan Mafia! Lagi wajib ditentang.
2. MEMBELA GOLONGAN MURTAD
Dato’ Ambiga sebagai peguam, sepertimana para peguam yang lain, pernah dan akan terus membela berbagai jenis orang yang dituduh melakukan berbagai jenis kesalahan. Adakalanya dia kena membela orang yang dituduh mencuri, adakalanya yang dituduh membunuh dan adakalanya juga orang yang menuntut untuk keluar dari Islam (murtad) disebabkan tidak lagi beriman pada Islam.
Itu adalah sebahagian tuntutan kerjayanya sebagai seorang peguam. Dalam soal ini, beliau bergerak mengikut lunas-lunas undang-undang yang sediada. Beliau tidak keluar dari ruang undang-undang Negara tetapi mengikut sistem perundangan yang telah dikuatkuasakan selama ini. Sekiranya dalam sistem itu ada ruang untuk seseorang menjadi murtad melalui sistem mahkamah sivil, maka salahnya adalah sistem perundangan yang membenarkannya.
Perlu juga diambil kira, Dato’ Ambiga sendiri bukan orang Islam. Kefahamannya berhubung konsep kebebasan beragama adalah mengikut kefahaman dirinya sendiri, bukan mengikut kefahaman Islam. Sekiranya dia bertindak mengikut kefahamannya sendiri melalui ruang undang-undang yang sediada, kita tidak boleh menyalahkan dirinya. Kita kena tanya, mengapa ruang undang-undang sebegitu masih wujud. Mengapa tidak kes ‘murtad’ dibawa ke mahkamah Syariyyah?
Kedua, umat Islam perlu juga berusaha untuk memahamkan semua berhubung persoalan hukum murtad mengikut Islam dan meyakinkan mereka akan keadilan hukum itu. Dengan itu membuktikan keadilan Islam itu sendiri. Para ulama’ juga perlu dibenarkan berhujjah mengenai hukuman terhadap orang murtad samada ianya hukum had atau ta’zir tanpa apa-apa tekanan politik dari mana-mana pihak.
3. PAS DIPERKUDAKAN BERSIH
Berdasarkan apa yang dikemukakan di atas, amat jelas bahawa BERSIH menentang amalan pilihan raya kotor yang diamalkan BN selama ini. Sesiapa yang menentang amalan ini dan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil adalah golongan yang telah bebas dari penipuan UMNO/BN. Sesiapa yang berdiri bersama UMNO/BN mempertahankan yang kotor, mereka diperkudakan UMNO/BN!
Kita tidak diperkudakan sesiapa kalau kita berdiri atas kebenaran dan keadilan, walaupun yang berdiri bersama atau dihadapan kita adalah orang bukan Islam. Ini adalah kerana kita berdiri di pihak yang benar. Kita hanya diperkudakan apabila kita berdiri mempertahankan yang kotor, rosak dan bobrok, walaupun yang berdiri di depan atau bersama kita adalah orang Melayu yang beragama Islam.
PAS semenjak dahulu lagi telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil. Dari dulu lagi PAS telah menentang penyalahgunaan kuasa oleh BN untuk membantu kemenangan BN dalam pilihan raya, seperti menggunakan Jabatan Penerangan, Radio dan Televisyen Malaysia, daftar pemilih yang tercemar dan lain lain. Oleh itu PAS, dan juga parti-parti politik PR yang lain, tidak ‘mengikut’ BERSIH, tetpai bersama BERSIH kerana mereka menuntut apa yang telah lama dipersetujui sebagai sesuatu yang ingin diperjuangkan bersama.
Ada yang bertanya, “kenapa PAS tidak memimpin BERSIH?” Hakikatnya BERSIH adalah program NGO dan NGO berhak membuat apa-apa aktiviti yang mereka inginkan. Yang baik, kita sokong, yang kurang baik kita tidak bersama atau tentang sekiranya ianya membawa keburukan. Tidak semestinya semua kegiatan dipimpin oleh PAS ataupun PR. Perlu diingat, bahawa parti komponen di dalam PR bukan sepertimana UMNO yang akan hijack program pihak lain semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Lagipun, sekiranya BERSIH dipimpin oleh PAS, maka akan dikatakan ianya bermotif politik kerana dipimpin sebuah parti politik. Oleh itu ada baiknya NGO mengadakan program bersama rakyat jelata supaya mereka yang ingin melihat keadilan untuk rakyat, di mana suara mereka didengari dan pilihan mereka dihormati, dapat digerakkan dan digabungkan bersama. Ini yang dinamakan ‘civil society initiative’ atau apa yang biasa diterjemahkan sebagai usaha masyarakat sivil atau, bagi saya, masyarakat awam. Ianya initiatif masyarakat awam yang tidak didorong mana-mana parti politik.
UMNO/BN sudah hilang sokongan masyarakat awam dan oleh itu takut pada pilihan raya yang bersih dari penipuan. Sepertimana yang saya sebutkan dulu, pilihan raya bersih = BN kalah.
4. UMNO/BN PENIPU dan PENAKUT
Akhir kata, amat jelas bahawa UMNO/BN adalah penipu dan penakut. Pada mulanya dikatakan “buatlah di Stadium dan pekik-pekiklah sekuat hati kamu di sana”, tetapi sekarang, di Stadium pula tidak dibenarkan! Mereka tahu rakyat tidak inginkan mereka lagi dan oleh itu, sekiranya dibenarkan rakyat berkumpul untuk menunjukkan sokongan terhadap satu pilihan raya yang adil dan bersih, mereka yakin Stadium itu akan dibanjiri rakyat dari setiap lapisan masyarakat! Oleh itu mereka tiada pilihan lain, selain tarik balik cadangan mereka sendiri dan terus mengharamkan perhimpunan rakyat!
UMNO/BN melakukan ini walaupun ianya bercanggah dengan nasihat DYMM SPB YDP Agong. Siapa yang derhaka sekarang? ‘Perhimpunan’ demi ‘perhimpunan’ yang mengutuk BERSIH dibenarkan, setiap hari keluar akhbar. Tetapi perhimpunan menyokong BERSIH atau perhimpunan BERSIH itu sendiri tidak dibenarkan! UMNO/BN dalam ketakutan.
Saya rasa masanya sudah tiba. Saya rasa UMNO/BN pun sudah rasa begitu. Masa untuk negara ini diperintah oleh selain dari UMNO. PAS ganti UMNO!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
sebagai rakyat malaysia, siapa yg tak nak pilihan raya yg bersih? tetapi apa yg diperjuangkan oleh BERSIH, adakah benar2 bersih? saya bersetuju dgn YB tidak kira siapa yg memimpin BERSIH, kita patut menyokong kerana apa yg diperjuangkan oleh mereka. tetapi adakah ini saja jalan nye untuk memperjuangkan agenda mereka? tidak adakah cara lain? saya rakyat malaysia yg cintakan keamanan. tak suka orang berdemo2 menyusahkan orang lain. so sila jawab pertanyaan2 saya ini:
1. dah berapa kali BERSIH jumpa SPR sebelum declare "time to talk is over"? sila letakkan tarikh2 perjumpaan sekali.
2. daripada 8 tuntutan yg dikemukakan oleh BERSIH, berapa banyak yg betul2 dibawah bidang kuasa SPR?
3. sejak YB2 dari PR menang tahun 2008, berapa banyak usul mengenai pilihanraya yg telah YB2 sekalian bentangkan di parlimen untuk meminda undang2 pilihanraya? perlu di ingat YB2 diundi masuk sebagai penggubal undang2. kalau YB2 sekalian tidak berbuat apa2, jgn salahkan SPR. salahkan diri sendiri kerana tidak meminda undang2 yg ada. sila list down sumbangan YB2 PR dalam perkara ini di peringkat parlimen.
4. malaysia ada undang2. ada ke YB2 dari PR meminta agar undang2 mengenai kalau berhimpun lebih 5 orang kene ada permit dimansuhkan di peringkat parlimen? kalau ada sila list downkan. bile tak dpt berdemo, salahkan polis. bile ada kuasa tak mau guna sepenuhnye mengikut lunas undang2.
remember YB, its not a sin to tell the truth. so please tell the truth.
kita ada undang2. kalau MP sendiri yg tak nak follow undang2, apa guna jadi MP?
mula2 mahu berdemo di jalanan. lepas tuh bila agong suruh jgn demo, baru terhegeh2 nak buat kat stadium. bile orang offer tak nak ambik. bile tak offer, tuntut pulak. so salah siapa? BERSIH should have taken up the offer to assemble in the stadium when they had the chance to. kalau saya offer YB keje tapi YB reject cakap ada offer lagik bagus kat tempat lain. tapi bile report duty kat sana, environment tak best, bos garang and u want to come back to me. do u think i will accept u back to work with me? the same concept applies. besides, MB selangor dah offer nak bagi buat kat stadium shah alam. capacity besar lagik boleh muat 85k. kenapa tak ambik? what's the significant of having it in stadium merdeka? bottom line is diorang nak terpekik terlolong in the stadium to gain political mileage. not mainly about electoral reforms. so let them scream their lungs out in the shah alam stadium la. why insist on stadium merdeka?
if public transportation is the issue, its not a big deal. u are the shah alam MP. let them hop on the commuter, and u provide buses to ferry them from batu 3 commuter station to stadium la. or better, let them march from batu 3 station to the stadium. it's about 1-2km away. at least u'll get your marching. why so susah?
police have clamped down KL (thanks to BERSIH, UMNO youth & Perkasa). it will be hard for people to enter KL tomorrow. so do it outside KL la. lebih ramai yg boleh dtg. besides the number is what u guys want. or is it police spraying water cannon & tear gas to the demonstrators that u want to capture and show the whole world?
please separate politics from electoral reforms. and know what u are supporting before throwing your support behind them.
shah alamian
Sejak anda menjadi MP Shah Alam, nama Shah Alam semakin gah. MP sebelum ni..entah nama apa orang dah lupa...
Satu lagi YB, usah risau..jadi MP bukan nak cari makan macam sesetengah parti tu... Bumi Allah luas.
kepada yang minta senaraikan itu dan ini..tak payah layan YB..ni jenis katak Brahim Ali bawah tempurung... baca lah Hansard.
Lu pikirlah sendiri.
hope otak dia jadi betul sikit dari sekarang..
ini tidak,dalam kepala dia asyik pikir kuasa and piliharanraya je..
hope yb ni lepas ni jadi rasional sikit..anggap la kepala tu kena ketuk dengan malaikat, supaya sedar diri sikit!!!
- Org BJ.
Moga2 titisan darah yang mengalir itu menjadi saksi perjuangan Ikhlas YB.
Usah hiraukan golongan Ubay bin Salul... InsyaAllah selagi perjuangan YB berdasrkan Al Quran dan Sunnah..pasti YB pada jalan yang lurus.
Jika taku risiko, usah berjuang!
Allahuakbar!
Your sacrifices for the RAKYAT & BERSIH are greatly respected.
You have taught us both the Muslim & Non-Muslim to think rational & progressive and be united for the betterment of the future of Malaysia. Your blog is truly inspiring which I follow regularly.
I constantly remind my children, family & friends to read your blog posting to get the right view about PAS & the teaching of Islam by your goodself which many enjoyed and respected.
Wish you all the good health & good life.
kepada shah alamian ,
Buat permulaan, bagi jawapan persoalan anda silalah lihat website bersih dahulu..baca dan bukalah minda anda
Terima kasih untuk tulisan ini. Ia menjelaskan pelbagai kekaburan yang timbulkan pihak-pihak tertentu.
Saya ucapkan syabas kepada YB dan teman-teman rakyat yang lain kerana berani turun untuk menzahirkan pandangan dan sokongan untuk menuntut pilihanraya yg bersih dan adil, walaupun dilayan seperti penjenayah jalanan (common criminals) oleh pihak polis.
Adat perjuangan. Ada luka calarnya. Saya doakan YB cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan.
Perjuangan yg bersandarkan kpd keadilan dan kebenaran dijamin ganjaran oleh Allah. Mereka yg bertanggungjawab melakukan kekasaran tersebut juga pasti akan mendapat habuannya.
Sekarang ini dunia telah menyaksikan betapa primitif dan angkuhnya pihak berkuasa melayan rakyat sendiri yg keluar secara aman semata-mata untuk menyatakan pendapat dan sokongan terhadap tuntutan utk pilihanraya yg bersih dan adil. Video-video dan gambar-gambar yg telah dirakam menjelaskan siapa sebenarnya yg bertindak ganas. no arguments about that.
Saya serta rakyat malaysia amnya sekali lagi ingin menyatakan betapa kagumnya kami dengan keberanian YB, pemimpin-pemimpin PR dan NGO2 serta rakyat jelata yg turun pd 9.7.11. your name will go into the history books, sir. i salute you. thank you.
i as well as all others, pray for your health and speedy recovery. god speed.
Khalid Yusoff, Seksyen 2, Shah Alam
Osman Omar
YB,
Ambiga adalah seorang hindu yg sangat Anti-Islam. Orang PAS tahu akan hal ini tapi kenapa sokong? Saya paling tak faham kenapa YB nak menangkan Ambiga?
Adakah sebab nak menang PRU sanggup gadaikan prinsip parti PAS? Dulu terpekik terlolong marah Ambiga dalam isu murtad. Masa tu PAS salahkan UMNO dalam isu Lina Joy.
Sekarang ni sudah terbalik sokong Ambiga pulak. Yang mana satu perjuangan PAS?
Pelik dan Ajaib!
Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?.
Bobby
Saya ada bertanya pada seorang penyokong yg dah pergi, adakah benar di bayar RM 200 utk pegi demo kelmarin?Jawabnya, tidak Bang, kami ikhlas berjuang.Nak ketawa pun ada, kesian pun ada pada yg peringkat bawah datang dari jauh ke KL , tidur di masjid, menumpang rumah saudara,padahal para pemimpin check in di hotel 5 bintang. Satu lagi, saya bertanya, adakah dapat t - shirt free? Ialah kalau dah ikhlas berjuang?Jawabnya; tidak, kami kena beli antara RM 10 - 15 seorang.Betul kah ni? T- shirt , tahap kain lap pinggan harga begitu.Sekarang pada tuan2 yg dah pergi , bukan lah utk berbangga kerana dah terlibat dlm demo itu.Cuba buat post mortem - Berapa kah collection yg dikutip oleh Ambiga? Berapa kos modal keluar utk buat tshirt, poster, banner dan lain2? Kos air mineral? Tolak kos check in hotel?Pernahkah AMbiga istiharkan jumlah sumbangan yg diterimanya? Mustahil tak ada! Jgn cakap ini amal jariah!!
Adakah negara berkebajikan akan menjamin macam saya ni tak bekerja? Sanggupkah PR memberi gaji kepada saya walaupun saya tak bekerja macam di negara kebajikan di Eropah?
Atau yang paling mudah sekali, kalau PR menang PUR13, ada jaminan barang tak naik? yang paling best kalau dapat turun semua harga barang. tak payah susah-susah..turunkan harga beras macam harga tahun 60an..
Ada berani????
Sy kagum dengan perjuangan kebanyakkan pemimpin PAS yang tidak putus asa berjuang demi agama dan bangsa. Tapi boleh x BERSIHkan beberapa perkara supaya rakyat seperti sy ini dengan BERSIH hati berjuang bersama dengan PAS:
1. BERSIHkan daripada DSAI drp PAS atau lebih baik drp PKR. Mesti PKR sapu BERSIH undi pilihanraya akan datang.
2. BERSIHkan ceramah PAS daripada mengumpat dan menghina terutama jika dilakukan di dalam masjid/surau..biar parti lain eperti UMNO buat tapi bukan PAS
3. BERSIHkan PAS/PKR daripada niat berjuang demi bisnes/pengaruh/poket sendiri..biar UMNO buat..supaya tidak 2x5
4. BERSIHkan daripada memilih-milih apabila memberi kemudahan atau hak kepada rakyat..bukan kerana kaum kerabat dan bukan kerana fahaman politik..jgn 2x5 macam UMNO
5. Sekali lagi BERSIH PAS drp menghina, mengumpat dan mengkafirkan orang lain. Islam itu indah...huhu sy terpaksa keluar masjid cepat2 bila penceramah dgn emosi menghina/mengumpat org lain. Islam itu sempurna.Siapalah kita hendak menghalalkan apa yg haram.
Biar UMNO kotor..tapi pastikan PAS BERSIH..harap kita sedar dan bukan 2x5 sahaja dengan cara yg berbeza.
Wallahuam.
Moga dapat memberi tips untuk PAS menang pd piliharaya akan datang.
Pelbagai ulasan dan serangan diberikan kepada pengerusi Bersih, Dato Ambiga. Saya bukan setuju dengan segala tindakan beliau sebelum ini terutama kes murtad.. namun undang-undang yang diluluskan oleh BN membenarkan manusia seperti Ambiga ini berjuang demi si murtad berkenaan.
Begitu juga dengan tuduhan PAS berkromponi dengan orang kafir (DAP).. serangan demi serangan dilancarkan untuk memberikan gambaran buruk kepada PAS, sedangkan mereka yang berhujah lupa bahawa selama 50 tahunlah UMNO telah berkromponi dengan lebih 'hebat' bersama sebahagian cina kaya membolot harta bangsa melayu. Ini mereka tidak nampak.. Mereka yang menuduh ini telah di'mindset'kan oleh UMNO hanya mereka perjuang melayu dan men'delete'kan segala kepincangan UMNO selama 50 tahun didalam kepala benak mereka.
malang sungguh....
Mereka lupa pelbagai isu melayu dibangkitkan ini adalah hasil kegagalan kerajaan sekarang memartabatkan orang melayu ke arah lebih baik dalam pendidikan, perniagaan serta sosial.
Saya menyokong pandangan dan perjuangan YB. semoga diteruskan lagi dengan lebih hebat pada masa akan datang. Persetankan segala tuduhan liar dan fitnah dari mereka yang tidak menggunakan akal.
malangnya sebahagian orang yang berhujah didalam ruangan ini masih mengekalkan sikap keras kepala dan tidak mahu menerima pendapat dan penjelasan.
Mereka rasa diri mereka semuanya benar. Sedangkan pendapat dan pandangan pihak lain adalah salah. Perlembagaan negara kita telah membenarkann segalanya berlaku pada hari ini. Baik perhimpunan aman, baik pembelaan kepada orang murtad dan sebagainya. Kita lupa melihat kepada perkara pokok.
tahniah sekali lagi.
Bukankah sebaiknya kita lebih berhati-hati? Siapa yang menjadi jaguh2 tuntutan itu? Apakah latarbelakang mereka? Siapa yang akan mendapat menafaat yang lebih dari tuntutan-tuntutan itu? Apakah mungkin mereka ada muslihat2 tertentu?
Umpamanya, DSAI adalah salah seorang jaguh Bersih 2.0. Apa yang beliau buat selama 16 tahun (bersama teraju kerajaan) untuk "electoral reform"? Apa rekod beliau dalam kualiti kebersihan "pemilihan" dalaman parti PKR sendiri?
Mengambil sikap "wajib menyokong" hanya kerana "tuntuntannya benar" adalah terlalu simplistic dan naive. Kita mesti lebih peka akan agenda, muslihat dan implikasi sestuatu tuntutan. Kita mesti meneropong lebih jauh dari itu.