DS Najib Abd Razak, selaku Perdana Menteri telah ditanya pemberita di London mengenai tindakan keras pihak Polis terhadap Perhimpunan Bersih tempoh hari. Beliau menjawab ianya tindakan yang ‘ringan’ yang bertujuan menjaga keselamatan Negara. Mereka yang ditahan, jelas beliau lagi, dibebaskan malam itu juga dan tiada yang ditahan lebih dari 12 jam.
Membaca jawapan beliau seperti di atas, ramai yang terus menuduh bahawa Najib adalah Perdana Menteri penipu. Hakikatnya kata mereka dan saya bersetuju dengan kenyataan ini, tindakan polis jauh lebih keras dari apa yang diperlukan. Kalau dalam Bahasa Inggeris ianya boleh dikatakan sebagai ‘disproportionate use of force’.
Namun demikian, walaupun saya bersetuju bahawa kenyataan Najib adalah tidak benar, secara peribadi saya merasakan bahawa yakin bahawa Najib tidak ‘menipu’. Baiklah, sebelum tuan-tuan semua marahkan saya, biar saya jelaskan. Untuk dikatakan menipu, ianya membawa erti bahawa beliau mengetahui dan memahami bahawa tindakan yang diambil sebenarnya adalah terlalu ganas dan lebih keras dari apa yang diperlukan. Beliau juga perlu memahami bahawa pihak polis, yang bertindak di bawah arahannya dan sepupunya, Hishamuddin, telah melakukan satu kesalahan kerana peranan polis adalah untuk menjaga dan bukannya memukul rakyat. Malangnya, saya merasa yakin Najib dan sepupunya tidak memahami perkara ini.
Apabila perkara asas sebegini tidak difahami dan kerajaan dianggap berhak untuk ‘menghempuk rakyat’ maka arahan supaya polis hanya ‘menjentik rakyat’ dianggap mereka sebagai satu arahan yang patut dihargai. Dan inilah apa yang ingin disampaikan kepada pemberita di London. Najib pasti hairan mengapa pihak pemberita tidak memahami dan menyanjung tindakan beliau. Bagi dirinya, tindakan yang diambil amat berkasihan-belas dan penyayang sifatnya!
Oleh itu, secara teknikalnya, beliau tidak ‘menipu’. Dan inilah masalahnya. Satu masalah yang jauh lebih besar apabila dibandingkan dengan masalah sekiranya sekadar menipu. Iaitu, beliau tidak faham bahawa sesebuah kerajaan bertanggungjawab untuk membela hak dan nasib rakyat, bukan menindasnya; bahawa rakyat mempunyai hak dan hak ini perlu dihormati; bahawa polis ditugaskan untuk menjaga hak rakyat, bukan memijak kepala rakyat. Perkara inilah yang tidak dapat difahami olehnya.
Sekiranya Najib faham apa yang dilakukan adalah salah, beliau akan merasa malu dan berusaha menutup kesalahan dirinya. Maka ada sedikit harapan bahawa beliau akan kesal dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi. Tetapi, apabila beliau tidak faham bahawa apa yang dilakukan adalah salah, maka tindakan ini akan diteruskan lagi, malahan ditingkatkan lagi, sampai ke tahap yang dianggap beliau berhak bertindak, iaitu menghempuk rakyat, bukan sekadar menjentik.
Maka itulah sebabnya Najib, Hishamuddin dan keseluruhan kerajaan BN perlu ditukar.
SEMUA MENIPU KECUALI NAJIB?
Apabila berbincang berhubung isu menipu, selepas peristiwa BERSIH 2.0, amat jelas bahawa pihak media dan polis ingin menuduh semua yang terlibat dan cedera sebagai penipu. DS Anwar Ibrahim menipu apabila beliau dimasukkan ke hospital dan dipakaikan sokongan di lehernya serta terlentang di atas katil dan siap dipasang alat penafasan. Mungkin media dan polis menganggap semua berlakon termasuk para doktor dan jururawat di Hospital Pantai. Mungkin juga semua di situ adalah pelakon dan hospital Pantai adalah sebuah cawangan institusi Yahudi Nasrani tajaan bersama Hindu sedunia yang mendapat sokongan pertubuhan Komunis untuk menjatuhkan BN!
Begitu juga dengan saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Beliau menipu juga! Dan Hospital KPJ di Seksyen 20 Shah Alam juga sarang pelakon dan penipu di mana mereka berpura-pura membedah lutut Mat Sabu dan menghasilkan X-Ray palsu yang menunjukkan skru sepanjang 2 ½ inci dilututnya! Mungkin hospital tersebut juga merupakan sarang Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis antarabangsa yang mendapat pembiayaan dari pihak Amerika yang bersekongkol dengan golongan Wahabi!
Seorang lagi yang menipu semestinya saudara Fayat, pengawal peribadi DS Anwar Ibrahim yang remuk tulang pipinya dan retak batang hidungnya sehingga terpaksa dibedah dan diletakkan kepingan Titanium di pipinya. Di sini juga sudah pasti mereka akan berkata, Hospital telah dibayar pihak Yahudi Nasrani, Hindu serta Komunis sedunia dan mereka telah berkomplot untuk menjatuhkan BN!
Jangan lupa pula kepada saudara Sharwadi yang telah kejang dan sesak nafas sehingga terpitam serta pemuda yang sawan, patah kaki dan lain-lain yang kesemuanya pelakon tambahan upahan Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis!
Maka bertanya pula kita mengapakan Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis sedunia ingin menjatuhkan Najib? BN akan menjawab bahawa ianya adalah kerana beliau merupakan seorang pejuang Islam yang sejati! Sambil si Rosmah mengemaskan sanggulnya serta memasangkan gelang dan cincinnya setiap pagi dengan niat yang tulus ikhlas untuk memperjuangkan ummat Islam dan rakyat jelata, ulas mereka lagi!
Adakah mereka anggap rakyat bodoh? BN boleh terus berusaha memperbodohkan rakyat tetapi saya yakin rakyat tidak bodoh! Dan harinya semakin pantas menjelang tiba apabila kebijaksanaan rakyat Malaysia akan jelas terbukti!
GUGURNYA BAHARUDDIN SEBAGAI SEORANG SYUHADA INSYAALLAH
Kalau boleh, Al-Marhum Baharuddin pun BN ingin tuduh berlakon! Semuanya satu sandiwara pakatan pembangkang menurut mereka lagi. Sehingga hari ini tiada ucapan Takziyyah atau kekesalan dari pihak Polis atau BN. Mereka mahu letakkan kesilapan atas semua pihak kecuali mereka sendiri, tetapi rakyat tahu siapa yang bertanggungjawab diatas gugurnya allahyarham.
Yang paling tinggi daya imiginasi ialah tuduhan bahawa tulang rusuk Al-Marhum dipatahkan doktor yang melakukan CPR. Bibirnya berdarah dan giginya patah juga mungkin kesalahan doktor! Semua tidak pandai buat kerja, termasuk doktor. Lain kali kalau ada yang tenat dan memerlukan CPR, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk jangan hantar ke doktor, hantar sahaja ke pihak polis!
Adakah mereka ingat rakyat benar-benar banggang?
RAHSIA KEGANASAN POLIS
Hakikatnya mereka semua yang di atas menjadi mangsa kezaliman politik BN. WALAUPUN POLIS YANG BERTINDAK SEDEMIKIAN, perlu diingat Polis telah diapi-apikan sehingga membenci rakyat yang turun secara damai dengan tuduhan pengkhianat, penderhaka dan perusuh. Tukang adu domba, tidak lain dan tidak bukan, adalah BN.
Sekiranya polis diberitahu, “rakyat ingin turun secara aman untuk berhimpun, menuntut sesuatu yang merupakan hak mereka iaitu pilihan raya bersih, sila jaga keselamatan mereka”, sudah pasti berbeza kesudahannya. Sudah pasti polis akan menjaga supaya semua berjalan dengan aman dan teratur dan tidak mengucar-kacirkan suasana dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.
Malangnya BN adalah batu api, tukang adu-domba yang ingin memperkudakan polis untuk kepentingan mereka. Maka apa yang terjadi telah pun terjadi.
Ada yang mengatakan, dalam perlembagaan, hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata dijamin TETAPI Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan apa-apa sekatan ke atas hak tersebut. Dari ayat ini jelas bahawa sekatan tidak bertujuan untuk menghapuskan atau menafikan hak berhimpun. Hanya boleh dikenakan sekatan-sekatan tertentu melalui undang-undang seperti kena ikut arahan polis semasa berhimpun, ikut jalan ini dan itu, pada waktu ini hingga waktu itu dan sebagainya. Bukan menafikannya sama sekali!
Lagipun sekatan undang-undang adalah untuk bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, keselamatan Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, BUKAN ketenteraman dan keselamatan BN! Tiada makna diberi hak yang dijamin Perlembagaan tetapi boleh dinafikan kembali sewenang-wenangnya oleh kerajaan yang memerintah.
Apa yang jelas BN dalam ketakutan. Dan orang yang takut akan melakukan kesilapan. Kesilapan akan menjadikan apa yang mereka takutkan menjadi satu kenyataan, insyaAllah.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments
mat jendul
Dilaporkan dalam BH 27.7.2011, harga rumah di Balik Pulau RM500,000 dan keatas.
Mampukah melayu nak beli ? Yang mampu beli hanya orang cina saja. Kesannya, berlakulah penghijrahan orang2 cina ke Balik Pulau. Kalau dulu melayu majoriti tapi akhirnya melayu jadi minoriti.
Melayu hanya kerja nelayan dan petani sahaja. Tekanan hidup mungkin buat mereka pindah keluar ke Seberang Prai. So last sekali Balik Pulau boleh dekat cina.
Ini lah cara DAP menghalau melayu secara halus. Tapi berapa kerat sangat melayu yang nampak.
Sudara Khalid Samad mungkin nampak, tapi apakah penyokong Pas yang grass root nampak macam mana Khalid Samad nampak.
Saya nak melontarkan isu siapa PM jika PR menang pada PRU 13 ?
Secara peribadi saya rasa kabur siapa yang akan jadi PM jika PR menang. Adakah wakil dari PKR, adakah wakil dari Pas, adakah wakil dari DAP ? Sehingga kini mereka PR tidak pernah buat kenyataan siapa PM jika mereka menang.
Rakyat khasnya orang melayu yang menyokong perjuangan Pas, nampak sangat bodohnya. Adakah pada mereka menjadi PM itu tak penting, yang penting PM Umno yang sekarang menerajui negara harus di halau dulu dari Putra Jaya. Dan selepas kerusi itu dah kosong baru nak fikir siapa yang akan ganti Najib.
Kalau begitu lah keadaannya, saya sependapat dengan mereka yang pilih Lim Kit Siang ganti Najib. Orang Pas tak ada asas yang kuat untuk membantah.
Pas nak bantah kerana Lim Kit Siang bukan seorang melayu .. adakah orang Pas selama ini rasa mereka orang melayu ?
Pas nak bantah kerana Lim Kit Siang bukan seorang islam .. ya memang Lim Kit Siang bukan orang islam, tapi dia tidak pernah menentang islam malah Lim Kit Siang merupakan penyokong kuat kepada perjuangan islam yang di bawa oleh Pas (hal ini di akui oleh Nik Aziz, Hadi Awang dan lain2 pemimpin Pas).
Pas nak bantah kerana Lim Kit Siang tidak boleh membawa kemajuan kepada negara .. bila2 masa saja Singapore bersedia menjadi guru kepada Malaysia jika Lim Kit Siang jadi PM.
Jika orang2 Pas tak bersetuju atau rasa was-was dengan Lim Kit Siang jadi PM menggantikan Najib .. lebih baik tinggalkan PR dan berjuang sendiri2 macam dulu2.
Dalam blog yang riuh duk sokong bersih adalah bukan melayu. Tapi bila sampai time berarak, muka melayu yang banyak, yang kena gas dan kena balun banyak muka melayu saja.
Ada satu mat dia kata polis tak berlaku adil, orang melayu ditangkap, ditembak gas dan di balun, Sedangkan orang cina polis tengok saja, tak buat apa2 pun ?
Kalau dah cina dengan hindu tak turun berarak pun, apasal pulak polis nak pi tangkap depa.
Padan muka dengan orang melayu.
.. tuhan nak tunjuk dekat kita. tuhan nak bagi kita sedar sebelum terlambat.
KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

Sekarang ini di PP, allocation yg paling murah rm500K ke?
Di JB memang ada RM500K katas tapi ada juga allocation rumah murah. Saya rasa itu isunya yang sebenarnya
Syukurlah apa yang ada tu, polis telah bertindak dengan baiknya.
KRISIS AKIDAH : TIBA MASANYA SELURUH AHLI PAS KELUAR PARTI !
bulan ini bulan ramadhan.
ramadhan penghulu kepada segala bulan.
ini bulan rahmat.
sejarah sudah membuktikan tidak kira samada kita berada di dalam bulan ramadhan atau di bulan-bulan yang lain, percubaan puak kafirin dan munafikin dalam agenda mahu merosakkan islam tidak pernah padam.
perang badar, perang pertama dalam sejarah ketamadunan islam.
walaupun di saat umat islam sedang menyambut ramadhan, kafir tetap mahu melancarkan perang terhadap umat islam.
sejarah 1500 telah memberikan kita banyak pengajaran.
umat islam tidak mampu ditewaskan dengan perang dan senjata tetapi umat islam boleh dirosakkan dengan menyerang cara pemikiran dan akidah mereka.
3 hari lepas peristiwa 12 umat islam berada di dalam sesi usaha memurtadkan akidah telah berlangsung.
kalid gagap tanpa usul periksa terus memohon maaf kepada puak kristus tanpa meneliti kronologi dan laporan lengkap daripada JAIS.
pada masa yang sama hasan ali tetap mempertahankan tindakannya yang mahu menyelamatkan umat islam.
manusia paling sial bernama kalid gereja samad terus menyerang hasan ali tanpa usul periksa. kata kalid gereja samad, berada di dalam gereja tidak semestinya murtad !
kata-kata kalid gereja samad ini akhirnya dinafikan oleh salah seorang peserta tersebut.
salah seorang peserta tersebut mengakui mereka diberi bible bahasa melayu dan sebenarnya pada malam itu proses doktrinisasi kristus sedang dijalankan secara halus kepada 12 melayu di dalam gereja.
antara parti dan islam kita akan memilih islam.
antara hak dan bathil kita akan pertahankan hak.
kepada seluruh ahli pas di malaysia.
aku nak bagitu kamu politik itu ada batas dan garisannya.
apa yang berlaku hari ini sudah melanggar norma hak islam.
apa yang berlaku ini adalah siri kelangsungan kontroversi peristiwa natrah,siti aishah bukhari dll.
hari ini parti pas sudah jauh terpesong landasan perjuangannya.
bagaimana kalid gereja samad begitu konsisten mempertahankan roh perjuangan kristus adalah sesuatu aksi yang cukup sundal dan ia penyaksian politik ala binatang.
parti pas sudah terpesong .
pas sama agendanya dengan ayah pin.
pas sama agendanya dengan ajaran din ilahi.
AKU SERU SELURUH AHLI PAS AGAR SEGERA MENINGGALKAN PARTI SESAT INI !
selamatkan akidah kamu,isteri kamu,anak-anak kamu, saudara kamu ! keluar pas bermakna akidah islam kamu akhirnya terselamat !
Posted by GAP KEMBALI at 10:00 AM
Posted on August 7, 2011 by rmf7
Oleh rmf
Kita jenuh menanti mulut celupar Muslimah PAS , muslimut PAS dalam isu ini.. semuanya terku7nci mulut diorang untuk menyatakan pendirian. Mulut diorang kalau bab memaki mmg la no satu.
Dalam hal Gereja Khalid Samad dan Hassan Ali ni sepatah pun tak keluar dari mulut diorang. Ini la pejuang Islam PAS bukan Islam yang dibawa oleh Rasullulah. Memang dasar pejilat Ronnie Lie, teressa Cok.
Sumber >>Breaking News – Hassan Ali Mohon Maaf Isu Serbuan Di Gereja?
Gomo difahamkan hari ini DR Hassan Ali Exco Kerajaan negeri Selangor yang bersama sama JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian serbuan di Gereja tempoh hari.
Kenyataan apa yang beliau akan keluarkan? Apakah kenyataan MAAF sepertimana yang berlaku dalam isu Rampasan Arak yang lepas yang mana atas desakan Pemimpin DAP maka PAS mengarahkan Hassan Ali memohon Maaf pada DAP dan MBS dipaksa memulangkan balik arak yang dirampas.
Apakah pekara Mohon MAAF akan kembali berulang ekoran kejadian di Gereja ini? Gomo berminat memtik kata kata Yb Zulkifli Nordin:
“Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!”
“Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam Pas pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali.
“Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam bermaaf-maafan dengan kafir harbi Ronnie Liu”
benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, “kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma’ruf”. Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, “kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar”.
“Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda Pas sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri.
“YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!”
Yb Zulkifli Nordin
Mulut pemimpin PAS telah dikunci rapat oleh DAP Kafir yang sememangnya mempunyai agenda besar menghancurkan Islam dan kenyataan oleh Hassan Ali hari ini akan memberikan jawapan kepada kita semua apakah masih ada pemimpin PAS yang berjuang demi Islam ataupun sudah semuanya ditelan oleh Api Neraka Jahanam bersama sama dengan DAP.
Anda pula bagaimana? Sokong tindakan Hassan Ali? Ataupun Menentang Tindakan Hassan Ali?
Sama sama kita nantikan apa kenyataan Rasmi Hassan Ali dalam pekara serbuan Gereja ini. Namun apa yang pasti DAP tetap menerajui Pakatan Rakyat dan atas faktor tersebut Melayu Islam didalam PAS dan PKR tidak mempunyai apa apa untuk dibanggakan.
Dalang utama adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim!!!
Psssttt…Hassan Ali akan dikapankan oleh Nik Ajiz sepertimana Ustaz Nasaruddin
Filed under: Hassan Ali Masuk Peti Sejuk Tagged: | Hassan Ali Masuk Peti Sejuk
jangan gelojoh sangat tokgaru wei... aku juga seru kat ko tinggalkan lah AMENO tu... sudah-sudah lah kene kelentong ngan program BTN... luaskan lagi mata lihat sekeliling...
saya terbaca artikel sahabat tuan (wan ji) tentang isu gereja itu.
apa kata tuan yg berjawatan drpd sibuk bincang tentang BERSIH ni, beri tumpuan macamana nak selesaikan masalah2 yg dihadapi oleh jabatan agama ini. macamana nak lancarkan proses permohonan zakat dan bantuan, macamana nak bezakan permohonan yg benar dan yg bathil, lagi utama.
kurangkanlah ckp hal2 politik ni. banyak sangat ni.
Senang ceriter...
Kenapa kita melayu Pas dan melayu Umno harus bermusuhan sedangkan kita berkongsi tuhan yang sama iaitu Allah.
Teman sokong bila mike suruh Khalid masuk kristian saja. Pada teman kristian dengan islam nih beza tang cara sembahyang saja.
Orang islam sembah Allah. Orang kristian pun sembah Allah juga. Lebih kurang macam Syiah dengan Sunni jer.
Kalau dulu Allah ada dalam mesjid saja. Tapi sekarang dalam gereja pun dah ada Allah apa.
Bye Bye Shah Alam
Kalau Islam keturunan mcm kami ni pandang mata sebelah pun tidak.
Kalau ada ramai lagi mcm anda semua elok semua serbu kat blog ni kasi jawapan.
kita dah lihat bagimana rusuhan yg berlaku di London dan malaysia...!hakikat nya bila satu satu puak ini berkumpul ramai dan berarak ramai2....macam2 pekara munkin berlaku...jadi tindakan awal sgt lah penting demi keamanan pada yg tidak suka huruhara.Pada saya tindakan Mlaysia lagi bijak jika di bandingkan dgn England....kita semua dah lihat dan bandingkan....!tebang pokok senang je...tapi nak hidupkan pokok hingga berhasil sebenar nya sukar dan susah...!amin