Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

BERSIH 2.0: Di Antara Menghempuk dan Menjentik

DS Najib Abd Razak, selaku Perdana Menteri telah ditanya pemberita di London mengenai tindakan keras pihak Polis terhadap Perhimpunan Bersih tempoh hari. Beliau menjawab ianya tindakan yang ‘ringan’ yang bertujuan menjaga keselamatan Negara. Mereka yang ditahan, jelas beliau lagi, dibebaskan malam itu juga dan tiada yang ditahan lebih dari 12 jam. Membaca jawapan beliau seperti di atas, ramai yang terus menuduh bahawa Najib adalah Perdana Menteri penipu. Hakikatnya kata mereka dan saya bersetuju dengan kenyataan ini, tindakan polis jauh lebih keras dari apa yang diperlukan. Kalau dalam Bahasa Inggeris ianya boleh dikatakan sebagai ‘disproportionate use of force’.

Menangani Fenomena Literalis Agama [Dr.MAZA]

Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa -yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka. Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah. Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni r...

Penahanan Aktivis PSM

Walaupun secara dasarnya PAS sebagai sebuah parti Islam bukan merupakan sebuah parti sosialis dan dengan itu tidak juga membawa agenda sosialis; tetapi kezaliman penahanan tanpa perbicaraan perlu ditentang oleh setiap pertubuhan ataupun individu, terutamanya mereka yang mendokong perjuangan Islam. Di dalam mana-mana negara bertamadun yang berpelembagaan dan berteraskan undang-undang, penahanan seseorang hanya sepatutnya berlaku setelah ianya dibicarakan atau akan dibicarakan dengan berlandaskan bukti yang kukuh. Maka apakah maknanya sesebuah pertubuhan itu didaftarkan dan diistiharkan sebagai sah tetapi tidak diberikan perlindungan perundangan yang wajib dipenuhi oleh pihak pemerintah. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

BERSIH 2.0: Pengalaman Saya

Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral.

MemBERSIHkan Pencuri, Perkuda, Penipu dan Penakut

Ada yang menghebohkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram yang di pimpin oleh Dato’ Ambiga, seorang peguam Hindu yang membela golongan murtad. Oleh itu, menurut mereka lagi, BERSIH tidak bersih dan PAS dengan menyertai BERSIH, terbukti tidak lagi mengutamakan Islam. PAS, menurut mereka, sanggup ‘diperkudakan’ orang seperti Dato’ Ambiga demi ingin berkuasa. Hujjah dangkal mereka menzahirkan betapa terdesaknya mereka ini!

Perjumpaan Dengan Pro Lintas

Kelmarin, pada hari Rabu 6 Julai, saya telah ke pejabat Pro-Lintas untuk mendapatkan penyelesaian terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk Sek 24 Shah Alam. Saya diberitahu bahawa mereka sedia maklum tentang masalah ini dan akan menerima pembentangan dari pihak pakar runding pada hujung bulan ini berhubung cara mengatasinya.

Petisyen MTV World Concert

Pada hari Khamis jam 1.30 tgh hari saya telah menyerahkan petisyen bantahan konsert MTV di I-City kepada Cik Faekah, SU Politik MB. Petisyen tersebut mengandungi lebih 2,500 tandatangan yang diperolehi secara atas talian dan dari sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk yang berada di Seksyen 7.

Stadium BERSIH

Kesudian SPB Tuanku menerima kunjungan dari wakil BERSIH untuk mengadap amat dihargai. Sepertimana juga titah Baginda yang jelas terbukti dibuat secara adil dan saksama . Hasil dari pertemuan tersebut pihak BERSIH sekali lagi membuktikan keikhlasan mereka dengan menyatakan kesediaan mereka untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di dalam sebuah Stadium di Kuala Lumpur.

BERSIH: Titah DYMM SPB YDP Agong

Dengan tersiarnya titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini, maka sepertimana kebiasaannya, pihak kerajaan UMNO/BN cuba menafsirnya sebagai titah yang menyokong mereka dan menemplak pihak lawan. Mereka dengan segera cuba memutar-belitnya sebagai titah yang menuntut supaya perhimpunan itu dibatalkan dan keengganan untuk membatalkannya adalah sikap derhaka terhadap SPB Tuanku. Sikap angkuh dan degil UMNO/BN jelas tertonjol apabila titah SPB Tuanku yang bertindak sebagai pihak yang berkecuali , menegur semua pihak, diputar-belit sebegitu rupa. Ianya jelas menzahirkan betapa UMNO/BN tidak menghormati semua pihak, termasuk institusi Raja-Raja Melayu sendiri dalam usaha mereka untuk mempertahankan kuasa mereka dalam pada rakyat yang sudah tidak lagi inginkan mereka.

BERSIH dan Respon Dari Kerajaan BN

Kelam-kabut dan gundah-gulana merupakan dua perkataan yang barangkali boleh menggambarkan serba sedikit keadaan UMNO/BN dalam usaha mereka menangani perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai Pembuka Jalan Politik Baharu pada 9 Julai ini. Berbagai propaganda telah dilancarkan untuk menghalang perhimpunan tersebut dari terus berlaku. Berdasarkan ucapan, tingkah laku dan riak wajah mereka, 1mesej jelas terpampang, iaitu ‘BERSIH’ akan mengakibatkan UMNO/BN tersungkur dalam pilihan raya ke-13. Maka mesej inilah yang ingin mereka sampaikan kepada para penyokong atau golongan CARMA supaya BERSIH dihalang dengan sedaya upaya.