Skip to main content

Yang Tercantas dan Yang Dicantas

Pada tengahari, hari Ahad 12 Jun, setelah selesai mengunjungi beberapa walimah, saya menuju ke Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi sesi 2011–2013. Ini juga merupakan mesyuarat AJK PAS Pusat yang pertama bagi saya selepas hampir 20 tahun. Sekembalinya saya selepas sekian lama mungkin merupakan satu rekod untuk 'PAS Book of Records' - sekiranya wujud sebuah buku seperti itu!

Mesyuarat ini juga merupakan satu mesyuarat yang penting. Perlantikan SUA bersama para penolongnya, KP, Bendahari, Pengarah JPP dan Pesuruh Jaya (PJ) Negeri; semuanya akan dilantik di dalam mesyuarat ini. DS Presiden bersama TP dan 3 NP telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK Pusat. Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali. Ada juga kedengaran kononnya usaha melobi, termasuk yang membabitkan diri saya sebagai PJ Selangor, dengan munculnya kempen di laman sosial seperti FB.

Sebenarnya saya tidak tahu menahu mengenai perkara seperti itu dan tidak juga berhajat untuk mengetahuinya. Saya sudah lama memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut sekiranya ditawarkan sekalipun kerana sebenarnya lebih ramai yang yang saya fikirkan berkemampuan. Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu. Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul.

Saya telah sampai agak lewat pada jam 2.30pm. Walaupun saya telah berusaha untuk menepati waktu, namun terlalu banyak program di Shah Alam pada hari yang sama. Setibanya saya di bilik mesyuarat, persoalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPP) dan Bendahari sedang dibincang. Saya sempat menyokong cadangan supaya ditukarkan Dr. Hatta ke jawatan Pengarah JPP dan Dato' Halim ke jawatan Bendahari. Ini adalah kerana PAS akan berhadapan dengan PRU tidak lama lagi dan Pengarah JPP perlu mampu memanfaatkan teknologi terkini di dalam bidang kommunikasi, media dan 'public relations'. Beliau perlu juga mampu bergegas dari satu tempat ke satu tempat mengikut keperluan dan walaupun saya menghormati Dato Halim dengan segala ilmu 'micro-electionnya', mungkin agak sukar untuknya memenuhi kedua keperluan tadi dengan baik.

Pertukaran berhubung dua jawatan ini yang dicadangkan pimpinan tertinggi diterima dan seterusnya DS Presiden membaca senarai PJ Negeri untuk dibincangkan bersama oleh AJK Pusat. Nama yang disebut sebagai PJ Selangor ialah YB Dr. Rani ADUN Meru. Selangor merupakan salah satu dari lima negeri yang ditukar PJ. Apabila nama Dr. Rani disebut maka ada yang ingin membincang sebab-sebab beliau dipilih dan mengapa pertukaran dilakukan. Pada saat itu, DS Presiden terus meminta saya dan YB Dato Dr. Hassan Ali untuk keluar dari bilik mesyuarat. Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, “Eh, saya bukan calon PJ, kenapa pula saya juga kena keluar?” Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain.

Saya dan Dato tunggu di luar untuk lebih kurang 15 minit. Sekembalinya kami ke bilik mesyuarat maka dimaklumkan Dr. Rani dipersetujui oleh mesyuarat supaya dilantik sebagai PJ Selangor yang baru. DS Presiden menyebut bahawa perkara ini dilakukan supaya Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor boleh menumpukan kepada tugas-tugas Exco mereka dan pada masa yang sama tugas mengukuhkan parti untuk menghadapi PRU ke 13 diserahkan kepada yang lain. Saya menerima penjelasan itu dengan baik kerana sememangnya persoalan PRU merupakan isu yang amat penting. Prestasi Exco juga akan menyumbang ke arah memenangkan calon-calon PAS yang lain dan oleh itu perlu diberikan tumpuan untuk penambah-baikan.

Pada masa yang sama, semestinya persoalan pengukuhan parti juga perlu diberikan tumpuan; dengan harapan agar lebih banyak kerusi-kerusi yang ditandingi PAS akan dapat dimenangi. Untuk perkara tersebut dicapai, tumpuan perlu diberikan di kawasan yang ditandingi oleh PAS tetapi tewas. Mungkin agak berat untuk dilakukan sekiranya tanggung-jawab sebagai Exco Kerajaan Negeri turut disandang pada masa yang sama.

Mungkin ada yang akan berkata, “Di Kedah dan di Kelantan boleh pula?”. Ya, di sana mungkin boleh tetapi ini Selangor, bukan Kedah atau Kelantan. Di Selangor PAS bertanding di 20 kerusi dan hanya menang 8 darinya. Di Selangor PAS tetap lemah dari banyak sudut, jumlah ahli, jumlah cawangan, kewangan, aset dan lain-lain. Oleh itu Selangor tidak boleh disamakan dengan Kedah dan Kelantan.

Namun yang penting ialah untuk semua memahami bahawa kesemua ahli dan pemimpin PAS memiliki keistimewaan dan kekuatan masing-masing. Pengurusan parti yang baik akan berusaha untuk menggembleng kekuatan dan keistimewaan ini supaya imej PAS dapat dilonjakkan ke hadapan dengan lebih berkesan sehingga dapat dilihat sebagai pengganti kepada UMNO. Untuk itu dicapai, semua perlu berganding bahu dengan penuh keyakinan bahawa PAS bukan seperti UMNO. Tiada usaha untuk mencantas, meminggir atau menjatuhkan mana-mana pihak. Yang dilakukan bukan atas sebab pertimbangan-pertimbangan seperti itu, tetapi sebaliknya atas pertimbangan kepentingan perjuangan dan parti.

Inilah sebenarnya yang UMNO tidak mampu faham dan mungkin tidak akan faham. Mereka menganggap bahawa budaya cantas mencantas adalah amalan PAS sepertimana ianya merupakan darah daging dalam UMNO. Ini dapat kita lihat apabila sejurus selepas keputusan tersebut dibuat, Ketua Pembangkang Selangor telah segera bertindak untuk menuntut TS Menteri Besar untuk mengugurkan Dato Hassan sebagai Ahli Exco. Ini kerana kononnya, Dato tidak lagi diterima atau mewakili PAS di Selangor. Penjelasan yang diberi DS Presiden dianggap sebagai alasan semata-mata. Sebaliknya, mengikut pemikiran UMNO, ini merupakan amalan cantas mencatas sepertimana yang wujud di dalam UMNO sejak sekian lama.

Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan Exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak DS Presiden. Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama PR untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam PRU ke 13. Sehubungan itu, harapan UMNO untuk memenangi 30 kerusi DUN di Selangor akan turut terkubur apabila rakyat bertindak mencantas UMNO buat kali keduanya di Selangor. Dengan kekalahan tersebut, UMNO akan turut terkubur dengan sendirinya. Maka insyaAllah, pada waktu itu kita akan lihat bahawa yang tercantas dan yang dicantas adalah Ketua Pembangkang Selangor sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

brodiin said…
Allahdulillah dengan penjelasan YB Khalid yang jelas menunjukan kesepakatan dalam PAS Selangor, semuga PAS Selangor akan terus menyengat deangan sokongan padu Dat Hasan Ali dan YB Khalid kpd PJ yg baru
Anonymous said…
alhamdulillah, marilah kita sama2 mencantas ketua pembangkang kat dun seri serdang ni,.....jadi yb muka tak pernah nampak, kat sekolah sk bukit jalil, kawasan kl nampak pula....tak faham aku.
Anonymous said…
Ya la tu bro,
Anonymous said…
boring la blog ni...
Anonymous said…
salam..YB Khalid Samad,ana suka cara YB,tapi ana agak tak bersetuju la kalu kita cerita apa yang berlaku dalam mesyuarat.Orang lain tak perlu tau teknikal pemilihan yang YB ceritakan,orang lain hanya perlu tau keputusan sahaja.Cara yang YB buat ni menggambarkan satu kebiasaan pembocoran maklumat mesyuarat dan berlaku mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat selepas mesyuarat.Apapun,ana harapkan agar YB teruskan gerak kerja seperti biasa,cumanya teguran ana tentang perkara tadi sahaja.
Semoga kita terus mara ke hadapan dan tidak diperalatkan oleh UMNGOK..

salam perjuangan dari ana..

Voice PAS
Anak Perelih said…
disebabkan budaya yang berlainan beginilah jarang ada pemimpin UMNO kalau keluar parti akan masuk PAS... mereka akan masuk parti exUMNO atau buat parti baru... dan membawa sekali budaya UMNO ini...
lan said…
Pas makin matang. Cantik!
Anonymous said…
Untuk membenarkan tindakan pemecatan ini, Presiden boleh merekarya seriba alasan. Tapi grassrott melihat ianya ekoran ketegasan hassan ali yang kekadangnya ada 'agains' dengan pakatan rakyat. Ditambah pula dengan analogi menyatakan hassan ali ni merupakan libialiti kpd pas selangor lantaran isu UG. Ada yang bertepuk tangan dengan 'pemecatan' ini. Lihat komen DAP...
Anonymous said…
Voice PAS,

Apa yg dibocorkan di sini?

-MAKORANG-
Anonymous said…
WASPADA * HIJAB NUR * lebih buruk dari *HIJAB ZULMAT *

Banyak orang alim , Si Bal Am, Batista, Isteri Para Nabi, Anak Para Nabi yang terjatuh dalam *HIJAB NUR*
Anonymous said…
bravo , yb khalis samad , takpe kita cerita pun , pengikut dan orang awam nak tahu juga , rasanya tak buka apa-apa untuk musuh , yang penting musuh @ umno tau yang pas tiada jadah cantas mecantas tu ... bravo yb ....
Sulaiman said…
Saya tak bersetuju dengan teguran anonymous bahawa maklumat yg YB bg tau dalam blog ni adalah sulit. Saya sokong penuh artikel ini. Ini menunjukkan bahawa pimpinan PAS berjiwa besar. Boleh ditegur dan menegur serta pada masa sama masih akrab dalam satu saf perjuangan. Lihat sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Rasulullah s.a.w. mendidik umat Islam untuk berfikiran terbuka dan berjiwa besar untuk menerima kritikan. Lihat juga bagaimana Panglima Khalid Al-Walid r.a. menerima pemecatan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Marilah kita belajar daripada sahabat2 yg besar ini. Salute YB Khalid, YB Dato Hassan dan YB Dr Rani!
Jack Sparow said…
Rahsia pedianya? Kalau semuanya rahsia, pergi buat parti dalam kelambu la! Anyway, congrats to DS Presiden kerana saya rasa beliau handle perkara ini dengan baik dengan menutup pintu fitnah apabila minta Dr Hasan and Pak Khalid keluar.

Putrajaya here we come!
d'ross trading said…
salam...

komen yang cukup cantik oleh YB.

Namun , saya ingin tahu ada x sapa di kalangan blogger di sini atau YB sendiri yang ada statement mengenai pandangan dan kenyataan daripa Dato Hasan Ali sendiri berhubung dengan perkara ini. Saya teringin nak tahu apa kata Dato Hasan Ali...jika ada post kan link di sini...sekian

salam perjuangan....takbir!!!
kamalmirzaa said…
Pandangan YB mudah mudahan boleh mengeratkan lagi hubugan siraturahim di kalangan umat Selangor yang begitu mengharapkan satu perubahan secara "total" di negeri yg sedang diburui UMNO ini.
Shabas diucapkan.
Anonymous said…
Saya teringin nak tau apa yang YB sembangkan bersama Dr Hasan selama 15 minit kt luar bilik mesyuarat tu? Takkan senyap je kot.. eheheh
Anonymous said…
kenapa nak cantas Dr Hassan sekarang, tunggulah lepas PRU. Kalau tak perform PRU barulah cantas .KAlau menang tak kan nak cantas dia pula. Sekarang ini PAS Selangor serupa macam UMNO cantas mencantas sebelum PRU.

Betul lah orang kata PAS nampak semakin hari semakin sesat.
Ibnu Ali said…
Assalamualaikum Syeikh,

Macam tak serik jer kena denda! Nak kena pecat ke apa?
Cassim Baba said…
Part tang mana yang rahsia mesyuaratnya? Di awalnyakah? di pertengahannyakah? atau di hujungnyakah? Cuba spesifik sket.

Semua perkara mesyuarat takleh bawak keluar? So takleh la umumkan sapa KP, Bendahari, dsb? Bukan bendatu decide masa mesyuarat ke? Takleh kasi tau sapa PJ negeri? Kammon la, kalau nak tuduh kasih la bukti spesifik sket. Ini sama la bila tuduh kata ada jemaah dlm jemaah la, tak wala' dsbnya. Cuba kasi spesifik, sapa, apa yang dibuat, kt mana. Pastu orang bleh la nilai benda tu betul ke tak. Jgn main belasah je.

Kepada YB Khalid, carry on, ramai yang menghargai keterbukaan tuan yang saya rasa jauh lebih berwibawa daripada mereka yang buat seperti senyap, tapi bila lepas mensyuarat tak ikut keputusan mesyuarat. Itu lebih hampas!

Wasalam.
Anonymous said…
kotnye kalo dlm PRU Negeri, kerosi PAS lebih dari PKR, then ada ADUN PAS akan dijadikan MB.

Dr Rani lah yek? (Syarat dia memang lagi)....
Anony Mouse said…
Tajuk YB bagi untuk posting ni tak berapa cantiklah.

Ada konotasi merendahkan seseoranglah.

Sedangkan ceritanya pasal perlantikan Dr Rani. Langsung tak sentuh cerita sesiapa kena tercantas.

Perkataan cantas tu too abrupt. You'll agree with me, YB?
Anonymous said…
Sebab pemimpin PAS dah jadi kerbau....
Anonymous said…
bagus la ...detail info yang panas dan hangat dr bilik mesyuarat.....

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan