Skip to main content

Flottilla LLFG (2) – Penglibatan Saya (Bahagian II)

Alhamdulillah, saya telah selesai melakukan umrah pada awal pagi hari Khamis. Seterusnya pada malam itu juga, setelah selesai solat waktu di depan Kaabah, saya telah menunaikan solat sunat istikharah agar dikurniakan petunjuk dalam soal penglibatan saya dalam program LL4G (2).

Sebenarnya, semenjak peristiwa Mavi Marmara semasa Flotilla LL4G (1), saya telah memaklumkan kepada beberapa orang sahabat bahawa saya amat ingin menyertai misi yang serupa sekiranya ianya diadakan sekali lagi. Pada awal tahun ini satu misi ke Gaza melalui Raffa dikalangan ahli Parlimen sedunia hendak diadakan dan saya telah memberi nama saya untuk menyertainya. Malangnya ianya dibatalkan kerana suasana tidak selamat disebabkan serangan udara tentera Israel terhadap penduduk Gaza dilakukan pada ketika itu.

Kemudian, pada bulan Mei, ada pula permintaan untuk ahli Parlimen PAS menyertai Flotilla (2) dan saya dengan segera memberikan nama saya. Malangnya suasana berubah dengan ‘politiking’ oleh pihak yang berkenaan. Oleh yang demikian, dihadapan Kaabah, saya memohon petunjuk supaya dapat memilih di antara apa yang dikatakan oleh hati, yang ingin sangat untuk pergi, dan akal yang menyedari agenda terselindung disebalik misi ini. Agenda yang semakin hari semakin ketara.

Setelah selesai solat istikharah 2 rakaat, saya bergegas balik ke Hotel dan tidur kerana keletihan disebabkan perjalanan yang agak jauh dari Jazan. Esoknya, pada jam 3 lebih pagi saya dikejutkan alarm telefon. Apabila bangun, secara tiba-tiba saya teringat bagaimana sepenjang tempoh ini, pihak LL4G tidak pernah pun menelefon atau menghantar e-mail kepada saya berhubung misi ini. Walaupun semua maklumat peribadi telah saya maklumkan kepada mereka, saya tidak pernah mendapat panggilan dari mereka. Sehingga saya juga yang menelefon untuk bertanya, pada awal Jun, samada nama saya disenaraikan atau tidak sebagai salah seorang sukarelawan.

Saya bangun dengan seberapa segera, mengambil wudhu’ kerana ingin menunaikan solat subuh pagi pagi hari Jumaat itu di Masjidil Haram. Sambil mengambil wudhu’ bermacam-macam persoalan terhadap misi ini telah timbul dalam pemikiran saya, termasuk pembatalan ucapan Tuan Haji Mohd. Sabu pada malam pelancaran, penafian tekanan politik oleh pihak penganjur serta layanan ‘acuh tak acuh’ terhadap penglibatan saya dalam misi kali ini. Mungkin barangkali penyertaan saya bukan agenda utama mereka.

Semua ini bermain di dalam pemikiran saya dan sambil bergerak kearah Masjidil Haram, saya sempat juga membaca sms yang datang bertalu di telefon saya. Ada satu lagi NGO Islam menarik diri dari misi tersebut namun nama mereka tetap disebut dan tidak digugurkan. Mengikut sms tersebut, NGO yang tetap bersama hanyalah Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Teringat pula saya akan kata-kata pujangga, “kita tidak boleh memilih waktu kita mati, tetapi kita boleh memilih ingin mati bersama siapa”. Sahabat-sahabat yang asal sudah menarik diri, yang tinggal tidak kelihatan serupa.

Perasaan saya terhadap misi ini menjadi semakin jelas. Ianya sebuah misi yang mempunyai agenda terselindung dan walaupun misi itu sendiri adalah baik, agenda terselindung ini mampu merosakkan segala-galanya. Sekiranya sebelum apa-apa lagi ianya sudah diselaputi penipuan dan pembohongan, demi agenda politik yang terselindung, apa jaminan ianya tidak akan diputar-belit dengan lebih dahsyat lagi selepas ini? Maka tiada sebab saya perlu terlibat dalam misi yang sebegini rupa.

Selepas selesai solat subuh, saya melakukan tawaf sunnat dan selepas itu, sambil duduk berehat di dalam Masjidil Haram, saya menghantarkan sms kepada sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya semenjak posting "Flotilla 2, Lifeline for Gaza (LL4G) dan Penglibatan Saya" di dalam blog ini; bahawa saya menarik diri dari misi ini.

Sekembali saya ke Malaysia minggu depan, saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat NGO yang lain dan sekiranya berpeluang, kami akan ke Gaza melalui Raffa untuk menyampaikan bantuan. Mungkin tidaklah ‘high-profile’ sepertimana Flotilla LL4G, tetapi insyaAllah bertunjangkan dengan niat yang ikhlas, tanpa sebarang agenda yang terselindung kecuali mengharap keredhaan ilahi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

awang batuburok said…
salam YB Khalid,

memang benar kita berhak memilih untuk mati bersama siapa yang kita suka; samada manusia yang berniat KOTOR atau bersama manusia berniat BERSIH.

kalau spesis manusia yang sangat takut dan fobebia dengan kerjakerja BERSIH apa lagi yang dapat kita simpulkan untuk spesis tersebut kalau tidak dinamakan spesis KOTOR, dulu kini dan selamanya.

semuga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari terpalit dan terjebak dengan kerjakerja KOTOR mereka....amin!
Anonymous said…
Mengingati mati itulah beza di antara org yg beriman dan org yg tidak. Semoga tuan kekal istiqomah di jln yg benar.
faris said…
hahaha....dulu engko yg perli dan pandang rendah bila TGHH buat istikharah. Sekarang engko pula jadikan istikharah sbg alasan taknak pegi.

yang aku nampak dlm isu ni, engko yg main politik. NGO yg tarik diri tu pun orang kuat engko juga di shah alam. Memang dah pakat nak main politik.

Sudahla YB, aku dah muak dgn perangai kebudakan engko.
Takkan la nak pegi misi sukarela mcm ni engko ingat boleh dapat red carpet...engko ingat pengajur tu takda kerja lain? nak kena tatang engko je...sepatutunya engko yang kena selalu call pihak penganjur utk dpt maklumat.
Anonymous said…
YB tunggulah jangan buat keputusan tergesa2 . Ini serupa cerita kanak2 bulan puasa kata dia terlupa puasa sebab itu dia minum air. Mana tahu itu hanyalah suatu dugaan untuk YB.

Mohon Allah berikan lagi petunjuk sebelum buat keputusan.

Sabar adalah sebahagaian daripada iman.
Anonymous said…
haha..yg sbrnya yb ni tkt mati n cintakan dunia..xgitu yb..nak seribu daya..xnk seribu dalih..setakat dieorg xfollow up ko je trus ko merajuk..niat ko tu iklas ke x sbrnya..ni cume alasan ko je kn..kalo ko mmg smngt nk pegi..msti ko akn follow up dieorg btul2..sudah la yb..konon perjuangkn islam..tp sbrnya tkt dgn senapang israel!!hahahah..
Anonymous said…
Assalamualaikaum YB.
Saya da baca cerita2 YB dan saya tahu yang setiap perkara yang kita buat pasti ada hikmahnya.. Mudah2an keputusann yang YB lakukan bukan mengikut hati semata2.. InsyaAllah Allah S.W.T bersama2 orang yang menegakkan KeADILAN.. Ameen YaAllah..
ammu ali said…
Apa lah MELAYU sibuk sangat pasal misi ni.Kawan aku warga Palestine
turun temurun kat USM dan UKM tak rasa apa apa pun.Bagi mereka benda ni biasa !!! Akhirnya Amerika nanti sokong Israel dalam apa jua keadaan.
Mereka takut semangat kita saja tinggi bila suruh desak Amerika PM dan TPM pun tak berani!!!
Bagi aku YB pilih keputusan yang tepat dengan berISTIKHARAH...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan