Skip to main content

Video: Memang Mustahil DAP Boleh Tukar Agama Rasmi Negara

SHAH ALAM 9 MEI : Suara tidak sampai 20 peratus ahli DAP yang beragama Kristian dan sekitar 60 kerusi parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum di negara ini, ia jauh sekali untuk membentuk majoriti dua pertiga apatah lagi meminda Perlembagaan negara.

Menjelaskan hal itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hujah bahawa DAP berhajat menukar agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan kepada agama Kristian adalah suatu hujah yang begitu dangkal dan fitnah terdesak pihak berkepentingan kerana ia suatu yang mustahil berlaku di negara ini.

Malah ia juga jelas Khalid adalah usaha bagi mengelirukan rakyat oleh Umno-Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka ke atas masyarakat Melayu di negara ini.

“Saya haraplah umat Islam dan masyarakat Melayu tidak mudah tertipu, orang (ahli) DAP seperti mana saya sebut tak sampai 20 peratus daripada mereka adalah orang Kristian tak mungkin mereka boleh tukarkan perlembagaan negara.

“Kalau DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun paling maksimum hanya boleh dapat 60 kerusi daripada 222.

"Kalau nak tukar perlembagaan dan sebagainya, nak jadikan negara Kristian dan sebagainya, DAP kena menang paling kurang 140 kerusi untuk menjadikan dua pertiga dan ianya satu perkara yang mustahil dan ini tak diberitahu pada orang Melayu. Orang Melayu di kampung-kampung ditakut-takutkan,” katanya ketika ditemui Tv Selangor pada sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan, semalam.

Jelas Khalid, sikap terdesak Umno-BN ini hakikatnya "memaksa" masyarakat Melayu untuk terus hidup dalam keadaan bimbang, takut dan kecurigaan yang berpanjangan terhadap kaum lain di negara ini.

Ia sekaligus digunakan untuk melemah dan memburukkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pelbagai kaum yang memperjuangkan hak sama rata rakyat di negara ini.

“Ini cara bagaimana orang Melayu kita ini diperbodohkan dan ditakut-takutkan demi kepentingan Umno- Barisan Nasional,” katanya.

“Mereka (Umno-BN) dalam keadaan kelam kabut dan mereka main apa saja isu yang mereka rasa boleh menyebabkan orang Melayu takut pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan orang Melayu ini lari kepada mereka,"tambahnya lagi.



Berita dan video ihsan TVS
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Dear YB, as a soon retiree I've never come across such stupid political rhetoric as instigated by Utusan,blown up by Perkasa & Pembela.No country in the world where the minority who did not control the government,the police/army,helm the royal institution was able to sieze control of the country and did a total reversal of a country's identity in the history of mankind unless God intervenes.Personally, I feel there are too many cowboys in these 3 organisations whose job was NOT to help the poorer Malays but the richer Malays as proven by the non-action taken by the men-in-power against them for all the provocations so far.How I wish these very free people turun padang and do something helpful to the underprivileged especially the big Malay families who live in very poor condition in walk-up flats instead of shouting hoarse wanting to defend non-existent threats from their air-cond offices or luxury hotel meetings.Aren't they ashamed of themselves YB?
d'enricher said…
YB,

Ini lah tanggung jawab semua pihak untuk terus memeri info yang betul dan tepat agar rakyat tidak mudah teperdaya.

Kita mengharapkan 'good governance' dan 'responsible politics'. Zaman sekarang ni, jangan cepat percaya, kena kaji dan selidik dulu.

Akan sampai ketikanya, umum dapat membezakan yang mana pembawa berita benar, dan yang menjadi tukang karut.

Kita perlu kepada perkara yang akhirnya membawa kepada untung menguntungkan.

A.Alshukor
Anonymous said…
engko bodoh la kalid.
memang la DAP alone takleh nak tukar perlembagaan.
mcm mana kalau semua MP Kristian & Cina termasuk sabah & Sarawak bergabung...termasuk dlm PKR....termasuk dlm PAS mcm engko..

memang boleh bila ada niat dan usaha.....
Seksyen 9 said…
Anon, sbb engkau terlampau 'pandai' la percaya sgt cakap UMNO tu kan? Kau tau brape orang MP Kristian? 100? 200? Haa kau percaya sgt la ckp berahim ali tu pasal kau jadi camtu. Lain kali, siasat dulu, pakai otak, jgn asyik dengar ckp org je, pastu sokong tak tentu hala? Ada akal tak? Ada agama tak? Pakai laa....
Anonymous said…
macam itulah juga pemikiran datuk, nenek moyang kita di Singapura dahulu sehingga kena pusing 360 darjah oleh Lee Kuan Yew.


Al Quran sentiasa mengingati kita bahawa kaum Nasrani dan Yahudi sentiasa tak senang hati selagi kita tak ikut cara mereka. Golongan kafir dalam DAP bertuhankan duniawi sementara PAS bertuhankan Allah Yang Maha Esa. Adakah sama orang Islam dan orang kafir?

Pemimpin PAS semakin hari semakin sesat. YB masih belum terlambat. YB hentikan perasaan prihatin terhadap golongan taghut, kembalilah semula ke jalan Allah.
Anonymous said…
Anon May 10, 2011 10:38 AM.... rasaxnya termasuk MP dari MCA agaknya sebab MCA pun anti Islam.... Anon..ada otak fikir,ada telinga dengar,ada mulut cakap..tapi ketigax tu biarlah digunakan pada tempat yg sepatutnya..jangan jadi bahlol otak letak dekat lutut.cakap ikut sedap mulut..telinga jadi tuli bila org bercakap tentang kebenaran...

...Osman Omar....
SetiaSelalu said…
Utusan is most mischievious in printing an untrue story ...Dap want to impose Christianity as National religion without approval of our Sultans,Army, and cooperation of the majority ha ha ha . This goes to show how unfit we have a Umno/Bn Govt to allow such publication.
Thank God we have PAS & Keadilan counteract such bankrupt lies.
As a Chinese I will support PAS to lead Malaysia as they are NON Corrupt and care about Justice and an end to discrimination in Government & Public jobs minority races etc and look at how PAS Leaders live their lives.Look YAB Nik Aziz- very frugal ,wise and they dont play race politics for personal gains.
Hamba Allah said…
Mohon maaf kerana terkeluar topik tetapi saaya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB kerana meluangkan masa hadir di Madrasah Seksyen 6, Shah Alam petang semalam untuk bersama bersembahyang jenazah bagi arwah ibu saudara saya yang meninggal pagi hari tersebut.
Moga diberkati segala usaha dan dilindungi Allah swt sentiasa.
Wassalam.
BZ said…
Biarlah puakx ini percaya dengan
niat bodoh bos merekax.Sebabnya
merekax ini jenis bengong tahap
lembu kena cucuk hidung!!
Anonymous said…
Merujuk kepada Anonymous...engko bodoh...

MP yang ditengah-tengah kontroversi iatu YB Jeff Ooi, MP Jelutong, yang kononnya telah 'merancang' pertemuan paderi-paderi di hotel, BUKANlah seorang Kristian....jadi macammana ia boleh masuk akal kepala hotak hangpa cerita karut ini? Saya mengenali beliau sejak kecil lagi..
Anonymous said…
Saya percaya langsung tak terlintas dalam fikiran mana-mana penganut Agama Kristian untuk menjadikan Agama Kristian sebagai Agama rasmi negara ini, kerana apa yang semua penganut agama mahu hanya kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.Selain itu,masyarakat majmuk di Malaysia telah hidup dengan aman dan hormani selama ini serta hormat-menghoramti agama masing-masing.Dengan kata lain, Kits semua mementingkan keamanan serta kesejahteraan negara. Amat jelas,ini semua angkara UMNO untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu, mereka sanggup membaut apa saja, termasuk memfitnah serta memainkan isu perkauman serta agama.Baik jangan bermain dengan api, nanti teruk dibakar baru tahu.
Anonymous said…
sekarang walau pun kristian bukan agama rasmi tetapi budaya kritian telah banyak meresapi budayu hidup orang melayu islam, perkara ini berlaku kerana pehak pemerentah melakukan berbagai kerenah terhadap tok2 guru dan ustaz2 yang cuba menyampaikan ilmu islam kepada orang islam dan ada yang dibunuh seperti ustaz IBRAHIM MAHMUD dan seklah agama rakyat dipinggirkan dan berbagai kerenah lagi.
Anonymous said…
Tak boleeeeeh????. Jika macam cara hampa la ni dok ikut telunjuk DAP, memang DAP boleh tukar Perlembagaan 'Ugama kristian jadi ugama resmi negara menggantikan ugama Islam'.

Khalid jangan bodohkan orang Melayu Islam yang sudah nampak bahawa PAS sentiasa ikut telunjuk DAP. Sudah terbukti dengan beberapa kes di Selangor. Apa saja yang dikehendaki DAP, BARUA Hassan Ali ketua PAS Selangor kecut perut tak berani cakap apa dah.

Begitu juga di Perak, PAS yang ikut telunjuk DAP luluskan hak kekekal 999 tahun kapada penduduk Kampong2 Baru.
Anonymous said…
Satu hujah yang jelas dangkal. Umapa di zaman awal Islam, tanya orang Quraish, adakah Islam akan jadi majoriti di bumi Mekah? Mereka pasti ketawa riang macam YB Khalid kata mustahil.

Kalau tanya hang nadim, adakah Singapura akan jadi negara Cina, dia pun mungkin ketawa riang kata mustahil. Tapi hari ni apa jadi?

Apakah perkara sebegini mustahil? Dengan wujudnya lebih banyak orang macam YB, perkara ini tidak mustahil. Sejarah membuktikan Islam dan juga orang Melayu hilang kuasa, bukan angara musuh, tapi musuh dalam selimut.
LChuah said…
Why dignify stupidity by talking about it? Leave the morons alone and focus on how to build the country after crushing BN in the coming general elections.
Anonymous said…
Tuan Khalid,

Saya orang Sabah.

Saya terkejut membaca tentang sikap parti PAS terhadap kami orang Sabah dan Sarawak.

Tolong baca sedutan ini dari rencana Malaysian Insider:


"In declaring its position on Article 3(1), PAS has implied that all the federated states of Malaysia have Islam as their official religion because they belong to the Federation whose religion is Islam (rather than the other way around). PAS clutches at straws to justify an official religion status. PAS does not even bother that this goes against Sarawak and Sabah’s 20/18-point agreement that there shall be no state religion for these states!"

Apakah PAS cuba mau mempertidakkan hak kami rakyat Malaysia di Borneo dengan menekankan keIslaman ke atas negeri-negeri Sabah dan Sarawak?

Ini membuat kami rakyat Sabah meluat dengan sikap PAS dan Pakatan. Lagi baik kami undi BN. Mereka tidak pun cakap Islam agama rasmi untuk Sabah atau Sarawak, jauh berbeza dari PAS!


~ Lesley Egon
Anonymous said…
Kejahilan seseorang telah diperlihatkan secara tidak langsung dengan komen yang dinukilkan mengikut emosi..."Lebih baik diam, org tak tau diri tu "jahil murakab atau jahil basit"
Anonymous said…
1.apabila pekasa buat lawak bodoh mesti ada orang yg suruh sapa dia..?
2.kalau tak salah saya orang tu adalah....penaja dan bersama2 tubuhkan pekasa masih ingatkah sapa dia..
3.kalau boleh mintaklah penasihat pekasa tu buat kajian sikit sapa yg linkupkan orang2 melayu dari segi moral contoh penagih dadah.rasuah.anak luar nikah dan juga pemilikan harta daripada nilai 52 billion tinggal 2 billion tu dulu ada orang dah nasihat bila awak buat pembangunan dan aktifkan ekonomi tanpa buat kajian bersediakah orang2 melayu nanti jadi macam brasil dia marah kononnya nak bagi melayu kaya akhirnya sapa yg kaya .....sekarang dia pulak nak marah pada kaum yg dah kaya tulah patut dulu2 lagi kita pentingkan refomasi ilmu macam korea dialah penyebab melayu jadi layu,papa kedana ,1001 masalah kearah kehancuran melayu amnya .
4.harap kita belajar dari sejarah dan buatlah kajian terperinci sebelum nak jadikan malaysia negara berperdapatan tinggi takut orang2 melayu akan lebih teruk sehingga sanggup tukar ugama,baru negara kristian akan dilahirkan
Anonymous said…
YB(bangang) Khalid,

Hasil dari berkawan dengan DAP, seorang yang pernah dipanggil brother(rujukan kepada aktivis Islam di UK tahun 70an) seperti YB(bangang) ni sudah pandai KELENTONG.

Siapa kau nak kelentong...bukankah PAS telah menggugurkan perjuangan menegakkan NEGARA ISLAM dan hukum HUDUD menjelang Pilihanraya Umum 2008 supaya diterima sebagai rakan dalam BA(nama lama Pakatan Rakyat). DAP pernah menarik diri dari BA selepas PU 2004 kerana menentang usaha PAS melaksanakan HUDUD di Kelantan dan Trengganu.

Sesungguhnya, PAS sudah jadi PARTI DAYUS, apabila berdiam diri sahaja melihat berbagai usaha Christian Missions melebarkan pengaruh Christians di kalangan rakyat Malaysia. Usaha UMNO dan NGO Melayu membendung pengaruh Christians dipandang sinis sahaja.

Sebahagian pemimpin PAS masih boleh di 're-conditioned'...tetapi YB(bangang) Khalid ni, kalau kereta, dah kena hantar scrap-yard...pembeli besi buruk pun tak pandang.
Anonymous said…
YB(bangang) Khalid,

Hasil dari berkawan dengan DAP, seorang yang pernah dipanggil brother(rujukan kepada aktivis Islam di UK tahun 70an) seperti YB(bangang) ni sudah pandai KELENTONG.

Siapa kau nak kelentong...bukankah PAS telah menggugurkan perjuangan menegakkan NEGARA ISLAM dan hukum HUDUD menjelang Pilihanraya Umum 2008 supaya diterima sebagai rakan dalam BA(nama lama Pakatan Rakyat). DAP pernah menarik diri dari BA selepas PU 2004 kerana menentang usaha PAS melaksanakan HUDUD di Kelantan dan Trengganu.

Sesungguhnya, PAS sudah jadi PARTI DAYUS, apabila berdiam diri sahaja melihat berbagai usaha Christian Missions melebarkan pengaruh Christians di kalangan rakyat Malaysia. Usaha UMNO dan NGO Melayu membendung pengaruh Christians dipandang sinis sahaja.

Sebahagian pemimpin PAS masih boleh di 're-conditioned'...tetapi YB(bangang) Khalid ni, kalau kereta, dah kena hantar scrap-yard...pembeli besi buruk pun tak pandang.
Anonymous said…
warisantmk pandai sgt la tu sampai letak komen yg sama 2 kali :)
Anonymous said…
Banyak kenyataan pro UMNO ni nampak lebih bangang dari tuduhan mereka bangang kepada YB Khalid sebab tuduhan itu ibarat meludah ke langit dan terpercik ke muka sendiri. Tuduhan Kristian makin berkembanglah, hukum hudud tak dilaksanakanlah dan pelbagai lagi TAPI tahukah mereka siapa yang memerintah Malaysia sekarang? UMNO ke atau MIC/MCA/DAP/PAS/PKR? Siapa PM negara ini? Jika UMNO dikatakan oleh pencacai UMNO ini ikhlas, sudah tentu isu melayu, islam dan agama lain tidak akan timbul selama 50 tahun ini. Ini ahli dan pencacai UMNO tak sedari dari komentar mereka.

dalam semua blog pun nada dan pandangan mereka yang kelihatan kebodohan diluahkan terutama isu melayu dan islam sedangkan mereka tak menyelidiki selama ini siapa sebenarnya yang menimbulkan masalah. Ibarat memarahi tuan rumah yang rumahnya kena curi, perompak tak ditangkap.. tuan rumah balik kene marah, kenapa rumah boleh kena rompak. itu sikap melayu kebanyakkannya.
Antispin said…
Hakisan terhadap perkara2 berkaitan agama Islam dan bangsa melayu tidak dititik beratkan oleh mereka2 yg berhajat besar utk ke Putrajaya dan menawannya. Cilako... Cilako.. Cilako... Sekali lagi cilako... Itu kata Nik Aziz yg patut ditujukan kpd golongan ini!
Anonymous said…
to warisantmk. my name is temulak, i come from thailand.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan