Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.
Comments
Buat apa ada nak bersengkongkol dengan Prof Aziz Bari, dia ini lebih bersifat PKR daripada PAS. Dia kata Ustaz Hadi liabiliti kepada PAS. Realitinya penyokong PAS tak minat dengar cerita dia sehingga Ustaz Hadi Awang menang tanpa bertanding.
Harus dingat Ustaz Hadi mencerminkan kehendak akar umbi. Adakah Barisan Panel juga begitu?