Skip to main content

Coretan Ringkas

Coretan ringkas isu semasa.

1. VIDEO SEKS FITNAH TERHADAP DSAI

Bagi saya, ini merupakan bukti muktamad betapa terdesaknya UMNO. Sebuah video yang jelas bersifat lucah, diambil entah dari mana, kemungkinan besar dari Siam, ingin digunakan untuk menjatuhkan DSAI.

Pertama, orang yang menayangkan video mempunyai niat jahat kerana ditayang dihadapan wartawan dan meminta ‘pemimpin pembangkang dan isterinya’ (pastilah DSAI dan Wan Azizah) meletakkan jawatan, kalau tidak maka akan didedahkan kepada umum. Kalau tiada motif politik, serahkan sahaja kepada Jabatan Agama dan minta disiasat.

Kedua, jelas juga Dato T mendapat layanan istimewa. Sepatutnya ditangkap polis tetapi seperti yang dilihat semasa acara angkat sumpah mubahalah, dilindungi Polis!

Ketiga, boleh disiarkan petikan video lucah di dalam akhbar dan TV! Hebat, bila ada kepentingan politik, semua boleh!

Beginilah, semua yang kenal DSAI secara dekat telah mengatakan pelakon yang berlakon (dibawah sinaran spotlight supaya mudah dirakam) itu bukan DSAI. Termasuk Wan Azizah sendiri. Lagipun sudah ramai yang timbulkan isu perut yang boroi, misai dan janggut, rambut, pinggul dan bahu dan sebagainya.

Yang duk sibuk bab sumpah mubahalah ni pula satu hal. Ini merupakan bukti bahawa UMNO ingin rosakkan Islam, bukan mahu ikut Islam! Islam tuntut apabila tuduh seseorang berzina, bawa 4 saksi yang adil. Bukan suruh buat sumpah mubahalah yang diguna untuk kes Li’an. Kalau tidak bawa 4 saksi, maka kena hukum Qazaf dan orang yang menuduh itu diistiharkan tidak boleh diterima lagi persaksiannya!

Sekarang orang yang menuduh tidak dikenakan Qazaf dan persaksian melalui sumpah mubahalah itu dijaja merata sedangkan persaksiannya sudah tidak boleh diterima. Inilah undang-undang syariat UMNO yang sesat lagi menyesatkan.

2. KES LIWAT 2

Skrip lama hendak diguna pakai kembali - recycle. Adakah UMNO fikir rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu bodoh dan boleh ditipu lagi dan lagi dengan menggunakan skrip lama?

Soal DNA masyarakat umum sudah mengetahui bahawa ianya diambil dari DSAI semasa beliau ditahan dahulu. DNA boleh dimasukkan ke dalam sampel, tiada masalah. Itulah sebabnya, kerap sangat mencuba sampai ada 5 DNA dalam exhaust yang sama! Termasuk DNA dirinya sendiri! Ini merupakan bukti yang nyata bahawa sampel itu telah dirosakkan dan tidak boleh digunapakai. Tapi oleh kerana dianggap Melayu mudah diperbodoh, maka terus digunakan juga.

Bukti muktamad adalah pengakuan tuan punya kondo, En. Hassanuddin Nordin, bahawa pada hari itu, dia dan keluarganya berada di dalam kondo tersebut. Menurutnya lagi, si penuduh tidak masuk dalam kondonya!

3. TAWARAN MASUK BN DAN KELUAR PR

PM sudah pening kot? Adakah PAS ingin masuk BN dan keluar dari PR sedangkan semua tahu sebab musabab dia menjemput PAS masuk adalah kerana BN sudah mula karam? Kalau bukan kerana karam, mengapa hidung tak mancung, pipi tersorong?

Hakikatnya, politik perkauman adalah politik dunia ketiga. Politik dunia pertama adalah berhubung hak dan keadilan, pentadbiran dan urus kelola yang bersih dan baik. Politik UMNO politik dunia ketiga. Jijik, fitnah, lucah, zalim, perkauman dan rasuah. Maka biarkanlah UMNO karam dengan labu-labunya.

Namun, dalam pada itu ini peluang baik untuk membuktikan bahawa PAS tidak gila kuasa. Ada yang kata PAS kemaruk kuasa sehingga sanggup, kononnya gadaikan Islam untuk berkuasa dengan DAP. Hakikatnya, kalau PAS gila kuasa, sudah tentu akan bersama BN yang sedang berkuasa! Kan lagi mudah kalau kuasa adalah apa yang diutamakan!

Oleh kerana kuasa bukan matlamat utama tetapi sebaliknya perubahan dan soal mendidik rakyat berhubung politik dunia pertama dan politik Islam, maka PAS menolak jalan mudah untuk berkuasa. PAS memilih jalan yang sukar, jalan yang akan berjaya hanya apabila rakyat sedar.

4. SOAL ‘AL-KITAB’

Dalam soal Al-Kitab jelas kelihatan UMNO menyerah kalah atas desakan politik. PAS sejak awal lagi sudah konsisten mengatakan bahawa ianya tiada masalah menurut syariat Islam dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang bernas untuk menyokong pendirian tersebut. UMNO sebaliknya hari ini kata ‘NO’ tetapi esok tiba-tiba kata ‘YES’ tanpa mengemukakan hujjah atau alasan. Jelas bagi yang mahu berfikir, UMNO menentukan hukum berdasarkan kepentingan politik mereka semata-mata.

5. PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Akhir sekali, isu PRU ke 13. Saya bersetuju dengan pandangan DSAI, bahawa ianya akan diadakan pada bulan Jun atau Julai ini. Ini rancangan BN buat masa ini tetapi sudah pasti mereka akan pantau keadaan dan suasana. Kalau pihak SB kata jangan lagi, mereka akan tangguh tetapi buat masa ini, itulah rancangan mereka.

Kearah mencapai kemenangan, BN telah berkerja keras mendaftar para pengundi di kawasan sasaran mereka. Termasuklah Shah Alam yang melihat pendaftaran 5,000 pengundi baru dalam masa 3 bulan pertama tahun ini. Hebat, hebat BN. Dalam soal menipu tiada yang boleh menafikan kehebatan UMNO, juara penipu dunia.

Namun, strategi mereka boleh dipatahkan dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, Selangor khususnya, untuk jangan membenarkan UMNO menafikan hak tuan-tuan sekalian untuk memilih kerajaan tuan-tuan sendiri. Ke arah ini, semua perlu berkerja keras untuk memenangkan PR dengan berkempen kepada jiran, rakan taulan dan semua yang dikenali, jadikan PRU ke 13, PRU yang bersejarah di mana BN ditukarkan dengan PR di perkingkat Pusat!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
VIDEO SEKS FITNAH TERHADAP DSAI

"Bagi saya, ini merupakan bukti muktamad betapa terdesaknya UMNO"

BODOH - ESKAY yg sebarkan, umno gark yg kenew.. nak kata xbelajar, dh diajar, nak katew belajar, mcm kurang ajar... sian mak bapak
Anonymous said…
TAWARAN MASUK BN DAN KELUAR PR

- LAGI SATU STATEMENT BUDAK BODOH, bila masa PM ajak masuk BN?? PM suruh kuar PR larh ngork... sian mak bapark ko..
Anonymous said…
Akhir sekali, isu PRU ke 13. Saya bersetuju dengan pandangan DSAI, bahawa ianya akan diadakan pada bulan Jun atau Julai ini.

- MMG LARH KO SETUJU, dh ko berpaksikan dia, idup ni kena paksikan ALLAH, baru idup tu betul beb.. ngork!!!
Unknown said…
Not many politician in Malaysia, especially from Malay, have an open mind like you. Please keep up your good work. I am sure if there are many politicians like you, it is not a dream for a better Malaysia.
mahaza said…
Menarik juga bila Dato Eskay buat U Turn dan x ngaku fitnah DSAI zina. Wartawan pula jadi scapegoat. Adakah ianya dari hati nurani atau 'ugutan' kecil kerana kes mahkamah kalah? 20 juta bukannya sikit.
Anonymous said…
syabas YB Khalid...setiap hujah anda sangat merujakan...i like
Khairi said…
Salam YB,

Pada saya, factor terbesar kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya adalah kerana penipuan SPR sebelum, semasa dan selepas process undi dilaksanakan.

Arwah Saddam & Mubarak telah gunakan SPR mereka untuk memanipulasikan undi untuk memberi gambaran dunia yang rakyat menyokong mereka. Inilah juga yang dibuat oleh UMNO/BN. Selagi SPR dikuasai oleh manusia yang tidak bertaqwa, yang tidak takut kepada dosa & balasan neraka, yang bertuhankan wang dan manusia berkuasa, yang merasakan pilihanraya hanyalah urusan dunia, tiada kaitan dengan agama, penipuan menjadi darah daging dan nyawa mereka, selagi itulah UMNO/BN akan punyai kelebihan dalam perlawanan yang tidak diatas padang yang sama rata.

Kita minta Himpunan Bersih bulan Jun nanti menghantar memorandum kepada YDP Agong agar menimbang kesangsian rakyat ini tentang SPR. Kita minta pimpinan Pakatan terus desak SPR samada dalam ceramah umum, parlimen maupun diluar Negara agar SPR terus diletak di bawah YDP Agong, satu institusi bebas dari kepartian, agar ketelusan Pilihanraya terjaga.
Anonymous said…
penjelasan Dr Asri


http://www.facebook.com/profile.php?id=100000485596237#!/video/video.php?v=1569588338459
Anonymous said…
Pemimpin PAS semakin hari semakin sentisa fikir berada dalam landasan betul . Malangnya kebanyakan orang Melayu nampak PAS semakin hari semakin sesat.

PAS tak perlu masuk BN tetapi PAS berhentilah bersengkongkol dengan PKR dan DAP. Dua-dua parti ini lebih banyak mendatangkan mudharat daripada kebaikan kepada PAS. Ada kemungkinana PAS akan kalah teruk PRU akan datang kerana terlalu berkorban untuk DAP dan PKR. Lihatlah semula keputusan piliharaya kecil dan Sarawak baru-baru ini.


Ini pandangan ikhlas saya terpulanglah kepada pemimpin PAS untuk menentukan arah mana hendak dibawa pengikutnya. Setiap pemimpin akan dipersoalkan kepimpinannaya di akhirat kelak.
Mullah TTDI said…
Dear YB Khalid & Lau

I disagree with you about the issue of 'Al-Kitab'. After watching Al-Jazeera's 101 East, I agreed with Ustaz Harun Din's statement about 'ALLAH' issue. You distorted the facts and lacking the Islamic political view (siasah syariayyah). Besides that, your view on 'ALLAH' is lack of substance and its shows PAS is failed to produce a good leader. Many Malay/Muslim people are disappointed with PAS' lack of initiatives and actions regarding Islam and Muslim... To YB Khalid, you are just 1 term MP for Shah Alam...

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan