Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.
Comments
Labels: Anwar Ibrahim.
Wawancara Mingguan Malaysia dengan Nallakarupan, bekas rakan rakib Anwar Ibrahim. Di antaranya :-
MINGGUAN : Bila Datuk mula perasan Anwar ini mempunyai perangai pelik?
NALLAKARUPAN : Perangai peliknya itu mula saya lihat ketika beliau berada di Kementerian Pelajaran. Saya tidak pernah melihat dalam hidup saya seorang lelaki yang berperangai pelik sebegitu.
Anwar dan saya umur lebih kurang tapi saya tidak pernah lihat orang bernafsu seperti itu. Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality.
Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara.
Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal.
Saya adalah seorang yang percaya pada Tuhan dan pada awalnya saya melihat beliau adalah seorang pemimpin untuk negara. Tapi bila sudah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral saya tidak pernah menyangka akan ada seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan akan berkelakuan sedemikian.
Saya mula merasa tidak kena beberapa ketika kemudian saya ditangkap. Namun kemudian saya berfikir tidak boleh membiarkan beliau begitu saja atas dasar kawan. Keadaan akan berlainan jika saya memilih untuk bersama kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir ketika itu tetapi saya tidak melakukannya.
Bila sampai waktu Anwar dibebaskan saya beranggapan beliau akan berubah tetapi itu tidak berlaku. Anwar tidak pernah berubah. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.
MINGGUAN : Kenapa Datuk mengambil masa yang lama, lebih 20 tahun untuk meninggalkan Anwar?
NALLAKARUPAN : Saya bertindak keluar setelah berbincang dengan beberapa rakan rapat. Mereka memberitahu saya perlu lakukan (tinggalkan Anwar) untuk negara dan masyarakat dan bukan kerana hanya fikirkan tentang seorang kawan. Kata-kata ini telah diucap oleh seorang tokoh yang dikenali dan saya akur kerana mendengar ia perlu dilakukan untuk negara dan masyarakat.
Pernah pada ketika beliau di dalam kerajaan sekitar tahun 1996 atau 1997, Anwar mengugut saya menyuruh polis menangkap saya jika saya meninggalkan beliau. Saya ketika itu telah bersedia untuk meninggalkan semuanya tetapi V.K Lim telefon meminta saya membatalkannya. Ia satu keadaan yang sangat sukar bagi saya.
Malah ketika kisahnya terdedah kepada umum saya pernah berkata kepada Anwar bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah betul, kenapa tidak mengaku saja.
MINGGUAN : Apakah Azizah, Azmin dan anak-anak beliau tahu siapa sebenarnya Anwar?
NALLAKARUPAN : Saya pasti Azizah dan Azmin tahu siapa beliau. Tapi mereka seperti biasa akan mengatakan semua yang berlaku adalah konspirasi.
Sebenarnya tidak ada konspirasi dan saya berani mengatakan apa yang Tun Dr. Mahathir katakan adalah betul walaupun pada satu ketika saya tidak memihak kepada beliau.
Kita lihat dalam kes liwat melibatkan Saiful Bukhari, perkara yang mudah seperti menyerahkan DNA pun begitu sukar untuk dilakukan. Beliau tetap mengatakan semua itu adalah konspirasi.
Semasa polis menangkap saya dulu pihak polis mahu mengambil sampel DNA saya, saya tidak ada masalah, ambillah. Kenapa Anwar tidak mahu bagi sedangkan suspek adalah beliau. Saya telah ditahan di Bukit Aman hampir 50 hari. Saya masih lagi memikirkan tentang kawan ketika itu. Namun kini saya sangat menyesal kerana tidak membantu kerajaan ketika itu.
NALLAKARUPAN : Dalam kes itu Datuk Shazryl Eskay Abdullah memang rapat dengan Anwar. Selepas pembedahan Anwar, beliau berada di Universiti Oxford di London dan Anwar juga minta saya datang ke sana katanya atas urusan perniagaan.
Eskay berada di sana selama dua tiga hari. Adalah mengejutkan Anwar tetap berkelakuan sama dan saya tidak bersetuju dan saya balik. Anwar masih lagi berperangai sama dan saya tidak faham kenapa beliau masih begitu.
Seolah-olah Anwar menganggap saya seperti bapa ayam. Satu lagi saya hendak nyatakan di sini adalah tidak betul bahawa Anwar tidak mengenali Eskay kerana mereka telah kenal lama.
Saya kesal kerana Anwar mempunyai isteri dan anak namun beliau tidak peduli tentang semua itu. Apa yang difikirkannya adalah apa yang perlu untuk dirinya dan bukan orang lain.
Anwar adalah seorang yang tidak akan berubah malah sehingga ke liang lahad sekalipun. Malah jika beliau hidup balik pun Anwar akan tetap mengulangi perbuatan yang sama.
MINGGUAN : Apa yang membuatkan Datuk benar-benar kecewa dengan Anwar?
NALLAKARUPAN : Saya kesal kerana Anwar tidak mahu berubah. Saya ingat selepas keluar penjara dia akan berubah tetapi sama saja. Beliau memang tidak akan berubah walaupun selepas dia mati nanti.
Sekali lagi saya cakap kalau Anwar boleh hidup balik dia akan ulang balik perangai buruknya itu. Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan negara dan orang ramai seperti nasihat dari rakan dan tokoh yang saya katakan tadi.
Ketika saya di dalam penjara saya pernah diugut akan digantung kerana kesalahan yang dilakukan namun saya tidak bekerjasama. Ketika itu apa yang saya lakukan kerana Anwar adalah kawan baik saya.
Tapi saya silap kerana ia tidak berbaloi. Anwar sangat pandai berlakon sehinggakan ramai orang terpengaruh dengan lakonan dan penipuan beliau. Bagi saya beliau tidak akan berubah.
Memang saya silap tidak keluar lebih awal tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara kerana pemimpin datang dan pergi namun negara ini akan tetap kekal.
Saya sendiri masuk penjara ketika zaman Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak menyalahkan beliau dan tidak pernah bercakap buruk tentangnya. Malah saya menghormati beliau dan tidak menyimpan dendam terhadapnya kerana saya tahu apa yang dilakukan beliau adalah betul.
Saya cabar Anwar supaya mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah supaya saya boleh menjadi saksi pertama untuk Tun. Dr. Mahathir.
Saya akan lakukan walaupun beliau pernah memenjarakan saya. Oleh itu saya melihat apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara dan masyarakat. Saya tahu apa yang Anwar lakukan adalah salah kerana saya berada dan melihat sendiri apa yang beliau lakukan.
Saya sanggup mati untuk negara jika itu yang perlu saya lakukan untuk menegakkan kebenaran yang diselindung oleh Anwar. Dan yang paling penting tidak ada orang yang boleh membeli saya kerana saya bukan orang yang murah maruahnya untuk dibeli.
Saya adalah manusia yang berpegang pada prinsip tapi Anwar bukanlah orang yang tahu apa maknanya prinsip.
MINGGUAN : Berapa lama lagi Anwar akan bertahan?
NALLAKARUPAN : Bagi saya apa yang dilakukan beliau adalah sekadar berlakon. Beliau lahir di Pulau Pinang sama seperti Tan Sri P. Ramlee. Kedua-duanya pelakon tapi Anwar lebih hebat kerana berlakon di pentas sebenar.
Begitu juga bagi Wan Azizah dan Azmin yang mana mereka adalah pelakon dan Anwar adalah pengarah. Kalau tidak bagaimana Wan Azizah boleh kata Anwar adalah pemimpin anugerah Tuhan. Beliau adalah pelakon terbaik dan tidak ada orang yang boleh berlakon seperti Anwar.
tapi kalau betul tu DSAI mcmana?
heran jugak kenapa DSAI buat PC & deny bukan dia sebab perut orang tu lebih buncit!
Padahal Datuk T tak mentioned pun nama DSAI & DSAI gelabah tak tentu pasal kenapa?
Bukan apa, tapi banyak isu pasal DSAI yg sebenarnya mengKARAMkan PAS. Isu DNA pun tak settle. Bagi je la apa susah.
Kalau takut DNA tu tipu then pakar Aussie kan ada yg DSAI lantik tu utk bantu dia dalam mahkamah. Kenapa tak buat 2-3 sample & bagi pada badan bebas? Apa takut sangat.
Berani kerana benar!
Takut kerana salah!
video al anwar al jub dah keluar..
aku yakin 100000000% itu ANWAR BIN IBRAHIM!
p/s: Anwar akan kata..muka macam aku..perut macam aku rambut macam aku tapi bukan aku daa..
Ummno is really desperate la.
tapi kalu rekayasa tu mai dari anak tambie tu...mai dari eskalator tu...tak payah dok pecaya laa.....semua tu tak boleh percaya...
orang yg moral dia dah lingkup....
tengok muka depaq pun tak dak nurrrr.....
suruh tambi pi juai bidio dia tu kat pulau kazambooo....kot kot boleh laku laa......
kah kah kah....
** copy to khalid samad : are u okay?......Salam 1 Malaysia!
** copy to khalid samad : are u okay?......Salam 1 Malaysia!