Ada di kalangan penyokong tegar UMNO/BN yang masih ingin menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa BN mencapai kemenangan cemerlang di Sarawak. Tidak mengapa, biarkan mereka dengan labu-labunya. Menipu diri mungkin di antara ‘hak asasi manusia’ mengikut kitab perjuangan mereka. Bagi PR, kita memahami bahawa keputusan Pilihan Raya Sarawak merupakan keputusan yang terburuk bagi BN selama 24 tahun. Selain menunjukkan peralihan sokongan dan kesedian masyarakat Sarawak menimbangkan alternatif selain dari BN, ianya telah juga menzahirkan perpecahan di antara BN Pusat dan BN Sarawak.
BN Sarawak berdiri teguh bersama Taib yang ingin meletak jawatan ‘selepas beberapa tahun’. BN Pusat bersama Najib, yang ingin Taib meletak jawatan segera sebaik sahaja selepas Pilihan Raya. Namun BN Pusat tidak mampu memaksa keputusan tersebut tanpa sokongan BN Sarawak, kerana kedudukan kerajaan BN Pusat itu sendiri akan terjejas! Ini menunjukkan kelicikan Taib dalam mengharamkan UMNO di Sarawak.
Bagi PR, keputusan Pilihan Raya sememangnya boleh dibanggakan. Walaupun hanya mendapat 15 kerusi dan 1 kerusi pergi kepada pihak bebas, ianya tetap satu pencapaian yang membanggakan. Ini adalah kerana selama ini pihak ‘pembangkang’ di Negeri Sarawak hanya mendapat 8 kerusi. Keadaan ini lebih jelas apabila dilihat dari sudut jumlah undi yang telah diperolehi secara keseluruhan. BN hanya mendapat 55.6% dari jumlah undi keseluruhan dan PR memperolehi 44%. Ini merupakan peningkatan jumlah undi yang memberangsangkan dan dari sudut jumlah undi, yang secara tidak langsungnya telah menafikan sokongan 2/3 rakyat Sarawak kepada BN.
Bagi PAS yang tidak menang walaupun 1 kerusi, tidak juga dapat dinafikan, peningkatan sokongan telah berjaya dizahirkan. PAS bertanding di 5 kerusi, 4 darinya buat kali pertama dalam sejarah PAS. Di kerusi Beting Maro yang PAS tandingi pada 2006, jumlah undi telah meningkat dan majoriti BN dipotong lebih dari separuh! Pada 2006, jumlah undi sebanyak 4,697 tanpa dikira undi rosak, BN dapat 2,796 undi, PAS 1,901. Majoriti BN adalah sebanyak 895. Dalam Pilihan Raya 2011, jumlah undi adalah sebanyak 5,747 tanpa dikira undi rosak, BN dapat 3,069 undi, PAS 2,678. Majoriti BN hanya 391!
Pencapaian PAS di Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau juga memberangsangkan memandangkan ianya kali pertama PAS bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.
Namun prestasi PR dalam Pilihan Raya Sarawak sebenarnya boleh lebih cemerlang sekiranya beberapa perkara ditangani dengan baik. Saya telah berkempen di Sarawak di antara 3 – 6 Mac di Miri dan pada 11 – 14 di Kuching. Saya melihat kelemahan-kelemahan PR adalah seperti berikut:
Yang penting, ‘fixed deposit BN’ telah mula dibolosi dan simpanannya semakin berkurangan. Sebahagiannya telah mula mengalir ke simpanan PR!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

- Setiap parti berkempen secara bersendirian tanpa adanya penekanan dan strategi yang sama. Di kawasan-kawasan PAS, hanya bendera PAS kelihatan dan walaupun ada diturunkan penceramah DAP dan PKR pada masa-masa tertentu, identiti PR tidak menyerlah. Ini menjadi lebih parah apabila tiada risalah-risalah yang dikeluarkan oleh PR untuk diedarkan di seluruh Negeri Sarawak. DAP dengan risalahnya, PKR dengan risalahnya dan PAS dengan risalahnya.
- Tiada suatu pendekatan yang bersepadu yang diselaraskan di mana objektif penglibatan PR dinyatakan secara jelas. Ada yang sebut ianya adalah untuk menafikan majoriti 2/3 BN dengan mengadakan pembangkang yang kuat, ada pula yang menyebut calon Ketua Menteri baru di bawah PR. Sekiranya matlamat PR adalah untuk memerintah Negeri Sarawak, maka satu Manifesto PR untuk Sarawak perlu dikemukakan. Malangnya, setahu saya, tiada manifesto disediakan untuk tatapan masyarakat Sarawak. Ketidakselarian ini menyebabkan pengundi keliru.
Yang penting, ‘fixed deposit BN’ telah mula dibolosi dan simpanannya semakin berkurangan. Sebahagiannya telah mula mengalir ke simpanan PR!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Sebagai penduduk Sarawak saya ingin menikmati keistimewaan seperti yang dialamai oleh rakyat Selangor terutama tentang pemberian2 insentif.
Orang Melayu yakin kebolehan PAS tetapi lansung tak percaya DAP. Kami orang Melayu hanya nampak DAP dan PKR mempergunakan PAS. Sebab itulah DAP dan PKR nampak peluang, mereka tinggalkan PAS berkempen bersendirian di Sarawak. Malangnya pemimpin PAS yang tak sedar tetapi kebanyakan Melayu nampak amat jelasPAS dipergunakan oleh PKR dan DAP. Sebab kebanyakan kami orang biasa bukannya orang politik.
YB pernah bersekolah dan dibesarkan di kawasan kejiranan majoriti kaum Cina? YB pernah kerja syarikat majoriti kaum Cina? Kalau tak pernah, tanyalah rakan-rakan YB yang mempunyai pengalaman. Jangan tanya seorang dua, tanyalah seberapa ramai yang boleh untuk dapat gambaran jelas.
Ikutlah AlQuran yang jelas menyatakan orang beriman ambilah rakan karib dikalangan orang beriman. Keimanan seseorang Muslim Allah Yang Lebih Mengetahui. Tetapi yang pasti ialah orang kafir bukan golongan orang beriman.