PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia. PAS dianggotai mereka yang faham tuntutan perjuangan Islam dari golongan yang berpendidikan agama secara formal dan golongan yang mempelajari agama tanpa melalui institusi pendidikan agama yang formal. Dalam masa yang sama, PAS turut disertai oleh golongan berlatar-belakangkan gerakan Islam dan juga yang tidak pernah terlibat dengan gerakan Islam kecuali setelah mereka mengenali PAS. Maka, ada yang datang dari ABIM, IRC, JIM, Al-Arqam, Suara Al-Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan ada yang datang dari tarbiyyah PAS itu sendiri sejak muda. Malah ada juga dari golongan masyarakat awam yang disedarkan melalui kuliyyah dan tazkirah di Masjid dan Surau.
Oleh yang demikian, menangani golongan manusia yang beraneka latar-belakang dan tahap pendedahan bukan suatu yang mudah. Namun, rahsia kesatuan dan perpaduan semestinya terletak kepada rujukan yang satu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW), Ijma’ dan Qiyas. Pada masa yang sama, tarbiyyah amaliyah yang dilakukan PAS terhadap anggotanya menghasilkan kefahaman dan kematangan yang mantap dan padu. Secara amaliyah anggota PAS didedahkan kepada persoalan Siyasah Syariyyah, satu bidang ilmu politik Islam yang mencabar dan memerlukan kefahaman dan ilmu. Timbul darinya konsep ‘Tahaluf Siyaasi’ dan persoalan perubahan masyarakat secara ‘Tadarruj’ mengambil kira maslahah dan mafsadah.
‘Rahsia’ kesatuan PAS ini akan dapat dipertahankan sekiranya semua pihak walau apa sekalipun latar-belakang mereka berpegang teguh kepada konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan yang sama seperti yang disebutkan tadi. Zaman ini sememangnya satu zaman yang amat mencabar bagi gerakan Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana PAS perlu menghadapi persoalan kefahaman ummat Islam yang beraneka corak di dalam PAS serta yang menyokong PAS itu sendiri. Dalam masa yang sama PAS juga perlu berhadapan dengan kefahaman ummat Islam yang menentangnya dan kefahaman masyarakat bukan Islam yang telah mula memahami kesyumulan perjuangannya.
Sekira PAS tidak mampu menzahirkan perpaduan di kalangan yang bersamanya, di atas alasan berlatar-belakang yang berbeza seperti ABIM, JIM dan sebagainya, bagaimana ianya akan mampu menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan ugama di Malaysia? Sifat keterbukaan dan inklusif Islam terhadap perbezaan pendapat serta khilaf amat sangat perlu difahami dan dihayati. Maka golongan yang sering berusaha untuk mengadu-domba sesama ahli perlu dipinggirkan dan tidak dilayan. Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud, tetapi melalui konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan kepada sumber yang sama, cabaran ini akan dapat diatasi. Pengalaman akan merapatkan dan selarikan pandangan dan pengalaman ini akan membuktikan ketepatan dan kesilapan sesuatu tindakan.
Allah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada manusia melalui berbagai cara. Tidak ada yang memonopolinya dan sekiranya, pada akhirnya mereka semua datang kepada PAS, melalui apa cara dan persatuan sekalipun seperti yang telah ditetapkan Allah, maka PAS berbesar-hati menerima mereka dan mendengar pandangan dan pendapat mereka, membincangnya, menerima yang baik dari mereka, sehingga tertubuhnya satu gerakan massa yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul seperti yang dicita-citakan semua. Datangnya mereka sebagai ahli atau penyokong, secara peribadi atau berkumpulan seperti NGO, harus disambut baik dan diterima sebagai rakan kerana asas perjuangan, iaitu untuk menjadikan Al-Quran sebagai dustur hidup orang-orang yang beriman dan pembela seluruh ummat manusia, adalah sama.
‘Rahsia’ wawasan seperti inilah yang akan membangunkan PAS. Tanpanya ia akan menyebabkan PAS lemah dan tidak berkembang.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
tetapi negara Islam,karpal tak bagi?
dan hukum hudud,kit siang tak mahu?
habis macam mana nak memperjuangkan islam?
Bagaimana pula jika kita mendapati ada maklumat dan bukti berlakunya PENYELUSUPAN dari "jamaah" bukan semata2 NGO. Ada Jamaah dalam Jamaah. Ada Jamaah yang bergerak dgn menganggap dirinya jamaah induk dan menghantar wakilnya dalam PAS. Apa pendapat Yb?
Saya bersetuju dengan entri di atas.
Banyak sebab menyebabkan berkembangnya budaya tidak sihat tersebut.
Antaranya, berpunca oleh kurangnya wacana ilmiah lagi rasional mengenai dogma-dogma tarbiyyah dalam PAS.
Akhirnya, lahir Sang Diktator Agama dalam jamaah sendiri. Hal ini saya pernah menyinggung. Lihat entri di bawah.
http://notamerah.wordpress.com/2011/02/06/larangan-taadud-jamaah-itu-propaganda-sang-diktator-agama-2/
http://notamerah.wordpress.com/2011/03/21/muktamar-abdul-kadir-wajar-dihizbah-kerana-fitnah-pimpinan-tertinggi-jamaah/
YB, saya ingat tranformasi fikrah diperlukan buat masa ini, supaya PAS dilihat bersedia terbuka dan menyatupadukan ummah yang terdiri oleh pelbagai aliran fikrah; sebelum menyatupadukan rakyat.
Saya optimis, dengan memperkasa 'kepemimpinan ulama' dalam PAS dengan muka-muka baru (bukan ulama old school), semua ini boleh direalisasikan.
Sekadar perkongsian pandangan.
Zainulfaqar Yaacob
O194241583
zainulfaqar.yaacob@gmail.com
percakapan dia juga cukup dijaga - mengelak dari berkonfront dgn hasan ali dan pas selangor seperti biasa.
artikel dlm blog pun hanya menulis benda2 yg nak tunjuk dia lebih faham pas dari org lain.
semua ini cukup difahami....begitu mengidam dia dgn kerusi ajk pas pusat.
Harap2 perwakilan tak tertipu dgn org seperti ini. Kalaulah dia menang ajk pusat....presiden pun dia akan sanggah tanpa adab mcm hanifa maidin
Dalam PAS sendiri pun ,dah mul a nampak bibit-bibit berebut jawatan lebih kurang macam UMNO.
Tahniah yb kali ini komentar yb tidak menyalahkan atau mengutuk org lain terutama umno/bn.
Minta tlg hebahkan ceramah YB Khalid Samad bersama Cikgu Mala "Ikon Baru PAS" esok 2.4.2011 di Taman Setia, Jalan Johan Setia, klang jam 9.00 mlm. http://p111kotaraja.blogspot.com/2011/04/pengumuman-ceramah.html
KALU CAKAP PANDAI TAPI TOLAK ISLAM POCEK ELEK ! PILIHLAH AGAMA ALLAH UNTUK DUNIA AKHIRAT ATAU JADI PENGIKUT SYAITAN ,SEPERTI PARTI SEKUTU APCO YANG SEMUA BOLEH IAITU UMNGOK-BN !
ALLAHU AKHBAR !
Yang penting, sebagai rakyat, depa tak mahu ambil tahu pasal ni, depa nak tengok apa hasilnya dari PR, PAS memerintah, ada kebaikankah atau tidak.
Sama-sama kita harap adalah banyak kebaikannnya dari yg buruk