Menjelang Muktamar PAS tahun ini, kedengaran desas-desus kononnya perlu diadakan usaha untuk menjatuhkan ‘golongan Sekular’ dari jawatan-jawatan tinggi Parti. Saya yakin, desas-desus sebegini dimulakan oleh golongan dari luar parti yang ingin mengadu-domba ahli-ahli PAS yang bertujuan untuk melemahkan kesatuan dan perpaduannya. Bagi orang PAS, seruan yang sebegitu sudah pasti tidak masuk akal.
Ini adalah kerana ‘Golongan Sekular’ adalah golongan yang berpegang pada prinsip bahawa agama dan politik tidak ada hubung kait di antara satu sama lain. Agama adalah soal peribadi sedangkan politik adalah urusan Negara dan masyarakat, iaitu kehidupan orang ramai, bukan peribadi. Seseorang yang berfahaman sekular tidak akan menyertai PAS! Ini adalah kerana PAS adalah parti politik yang berasaskan prinsip keagamaan dan berjuang supaya prinsip dan ajaran agama digunapakai dalam politik, iaitu dalam arena kenegaraan dan kemasyarakatan, bukan dalam kehidupan peribadi sahaja.
Seseorang yang menjadi ahli PAS sudah pasti menerima perlembagaannya dan dengan itu terbukti tidak berkefahaman sekular walaupun dia bukan dari latar-belakang pendidikan agama. Walaupun institusi pendidikan agama, samada sistem pondok atau sekolah agama lain termasuk sekolah agama kebangsaan merupakan gedung dan benteng pertahanan ilmu keagamaan, namun tidak ada kelompok yang memiliki monopoli ke atas ilmu itu. Dengan rahmat Allah, Ilmu agama itu boleh diperolehi seseorang yang ingin mencarinya. Ia boleh diperolehi melalui beberapa kaedah apabila seseorang mempunyai kesedaran dan keinsafan tentang kewujudan Allah dan tugas dirinya sebagai seorang Muslim.
Kesedaran dan keinsafan ini pula tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk menghadirkannya di dalam dada seseorang, melainkan Allah.
Hidayah adalah milik Allah dan Dia boleh berikan kepada sesiapa yang Dia ingini. Itulah sebabnya kita melihat bagaimana ada yang berpendidikan agama, tetapi ilmu mereka digunakan untuk mempertahankan kebathilan. Ada pula yang berlatar-belakang pendidikan ‘sekular’, tetapi mereka berusaha mempelajari agama Islam dan berdiri teguh bersama parti Islam menentang kebathilan.
Kemantapan ilmu yang diperolehi akan terbukti dari amalan dan percakapan dan sekiranya dinyatakan sesuatu maka hendaklah kata-kata itu diterima atau ditolak berdasarkan hujjah dan bukan berdasarkan alasan, ‘dia bukan dari latar-belakang sekolah pondok atau sekolah agama’. Sekiranya ada yang tidak tepat, maka hendak dibetulkan dengan mengemukakan hujjah yang menambahkan kefahaman dan bukan dengan celaan latar belakang seseorang. Pembetulan melalui penghujjahan membetulkan keadaan dengan baik, menambahkan kefahaman, sedangkan yang sebaliknya hanya menambahkan kekeliruan dan ketegangan.
Begitu juga hendaknya dengan kata-kata dari mereka yang berlatar-belakangkan pendidikan agama. Tidak semestinya semua yang dikatakan seseorang ustadz itu betul dan perlu diterima tanpa soal. Beliau tetap manusia dan tidak maksum maka lihatlah juga pada kekuatan hujjahnya.
Adalah perlu juga difahami bahawa ada banyak perkara yang terjatuh di bawah kategori pandangan dan bukan kategori hukum. Dalam soal pandangan, tidak semestinya pandangan seseorang ustadz lebih ‘afdal’ dari pandangan seseorang yang bukan ustadz dan begitulah juga sebaliknya. Sekiranya pandangan Rasulullah (SAW) sendiri boleh disoal dan dibincang dengan para sahabat, maka sudah pasti pandangan sesiapa sekalipun boleh disoal dan dibincang.
Sepertimana yang berlaku semasa peristiwa perang Badr (kedudukan tentera), perang Uhud (berperang di dalam atau di luar kota Medinah) dan perang Ahzab (cara untuk mendamaikan Bani Ghathafan). Malahan, dalam ketiga-tiga peristiwa yang disebutkan di atas, pandangan Rasulullah (SAW) telah ditolak dan tidak diguna-pakai. Bukan semuanya hukum dan sudah pasti, pada zaman kita ini, ianya bukan wahyu.
Namun apa yang penting ialah, setelah dibahas dan dibincang dan keputusan dibuat, maka hendaklah semua berpegang kepadanya.
Konsep “sami’na wa ata’na” dalam erti-kata kepatuhan membabi buta, bukan datangnya dari Islam tetapi dari fahaman diktator dan komunisma. Namun diakui, ada tempat dan ketika apabila kepatuhan sebegitu diperlukan, seperti semasa bertempur dengan musuh, namun seperti di dalama kisah Amar Al-‘As, selepas peperangan Dzatus Sulasil, tindakan beliau disoal dan penjelasan tetap diberi.
Amat tepatlah sekali dalam semua persoalan, samada hukum ataupun pandangan, sikap yang dirumuskan oleh Saidina Ali Karamallahu wajhah iaitu “Lihat pada apa yang dikata dan bukan siapa yang mengatakannya”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

“Allah tambahkan (hidayah) bagi mereka yang mengikut hidayah..” (Surah Maryam ayat 76)Keadaan ini adalah mengikut kehendak Allah.
‘Apabila Allah inginkan kebaikan bagi seseorang, Dia berikannya kefahaman tentang agama’, maksud Hadith.Dan tiada siapa yang boleh halang kehendak Allah. Walaupun individu tersebut tidak pernah kakinya berpijak ke dalam sekolah pondok mahupun sekolah agama tetapi sekiranya itulah kehendak Allah, berdasarkan ilmuNya, maka tiada yang boleh menghalangNya. Maka akan dilihat individu tersebut berusaha mempelajari agama Islam melalui berbagai cara dan kaedah, jalan yang jauh lebih mencabar dan tidak tersusun elok baginya, kearah kefahaman kesyumulan dan kebenaran Islam. Namun sudah semestinya apa yang dipelajarinya melalui kitab-kitab ulama’ muktabar dirujuk kembali kepada golongan ulama’ yang turut mengajar isi kandung kitab-kitab tersebut di Masjid dan Surau serta program usrah. Ini menambah pentingnya mereka berada di dalam PAS, supaya rujukan itu dapat dilakukan dengan baik dan tepat. Celaan bahawa mereka tidak berguru dapat ditangkis dengan keterlibatan mereka dalam program sebegini di mana ilmu yang telah mereka perolehi dari nuqaba’ mereka dan secara talaki dapat diimbas kembali.
Kemantapan ilmu yang diperolehi akan terbukti dari amalan dan percakapan dan sekiranya dinyatakan sesuatu maka hendaklah kata-kata itu diterima atau ditolak berdasarkan hujjah dan bukan berdasarkan alasan, ‘dia bukan dari latar-belakang sekolah pondok atau sekolah agama’. Sekiranya ada yang tidak tepat, maka hendak dibetulkan dengan mengemukakan hujjah yang menambahkan kefahaman dan bukan dengan celaan latar belakang seseorang. Pembetulan melalui penghujjahan membetulkan keadaan dengan baik, menambahkan kefahaman, sedangkan yang sebaliknya hanya menambahkan kekeliruan dan ketegangan.
Begitu juga hendaknya dengan kata-kata dari mereka yang berlatar-belakangkan pendidikan agama. Tidak semestinya semua yang dikatakan seseorang ustadz itu betul dan perlu diterima tanpa soal. Beliau tetap manusia dan tidak maksum maka lihatlah juga pada kekuatan hujjahnya.
Adalah perlu juga difahami bahawa ada banyak perkara yang terjatuh di bawah kategori pandangan dan bukan kategori hukum. Dalam soal pandangan, tidak semestinya pandangan seseorang ustadz lebih ‘afdal’ dari pandangan seseorang yang bukan ustadz dan begitulah juga sebaliknya. Sekiranya pandangan Rasulullah (SAW) sendiri boleh disoal dan dibincang dengan para sahabat, maka sudah pasti pandangan sesiapa sekalipun boleh disoal dan dibincang.
Sepertimana yang berlaku semasa peristiwa perang Badr (kedudukan tentera), perang Uhud (berperang di dalam atau di luar kota Medinah) dan perang Ahzab (cara untuk mendamaikan Bani Ghathafan). Malahan, dalam ketiga-tiga peristiwa yang disebutkan di atas, pandangan Rasulullah (SAW) telah ditolak dan tidak diguna-pakai. Bukan semuanya hukum dan sudah pasti, pada zaman kita ini, ianya bukan wahyu.
Namun apa yang penting ialah, setelah dibahas dan dibincang dan keputusan dibuat, maka hendaklah semua berpegang kepadanya.
Konsep “sami’na wa ata’na” dalam erti-kata kepatuhan membabi buta, bukan datangnya dari Islam tetapi dari fahaman diktator dan komunisma. Namun diakui, ada tempat dan ketika apabila kepatuhan sebegitu diperlukan, seperti semasa bertempur dengan musuh, namun seperti di dalama kisah Amar Al-‘As, selepas peperangan Dzatus Sulasil, tindakan beliau disoal dan penjelasan tetap diberi.
Amat tepatlah sekali dalam semua persoalan, samada hukum ataupun pandangan, sikap yang dirumuskan oleh Saidina Ali Karamallahu wajhah iaitu “Lihat pada apa yang dikata dan bukan siapa yang mengatakannya”.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Comments
Memang PAS adalah berasaskan prinsip keagamaan tetapi itu adakah pengikiut dan pemimpin benar-benar mengamalkan prinsip Islam? Perincikan dahulu kepada rakyat adakah kerjasama PAS dan DAP benar-benar ikut prinsip Islam? Rakyat tak yakin YB. Cakap berkaitan Islam, budak kecik atau Lim Guan Eng pun boleh cakap tetapi nak amalkan tak tentu ramai yang betul kecuali hamba Allah yang mukhlasin. YB lihatlah apa yang PAS telah buat di Shah Alam dan Selangor sebelum nak kata PAS saja betul. Rakyat dah semakin sedar PAS hanya banyak bercakap.Sorry YB, saya semakin kurang yakin dengan kebolehan PAS.
1-Pas boleh perintah Malaysia ke kalau tolak golongan sekular?
2-Sekular Pas sama dgn Sekular UMNO ke?
3-Akan menyusul...
Saya fikir Pas menyesuaikan mengikut zaman dan situasi politik negara
Saya secara jujur merasakan kemampuan Pas boleh diuji jika ia di masa depan bersendirian tanpa perlu terikat dengan Pkr atau DAP
Tapi buat masa ini, ketiga-tiga mereka berjuang pada dasar yang sama iaitu untuk cegah kemungkaran yang telah bertahun dibuat oleh kerajaan UMNO dan cuba untuk tegakkan nilai-nilai yang baik dalam pentadbiran, bidang ekonomi dan lain-lain
hidayah drp Allah, tak mustahil org profesional bidang bukan agama lebih memahami agama, malah ketaatan pd Allah lebih drp ustaz2, kita pergi majlis ilmu, masing2 dpt kepahaman berbeza2 walaupun majlis yg sama.
lebih2 lagi IKHLAS, hanya Allah yg tahu, org yg ikhlas hatinya bersih maka penilaiannya juga bersih ikhlas kerana Allah semata-mata.
sebaliknya hati yg tak ikhlas mudah termakan tipudaya syaitan. sebab tu jadi dengki, conquer kat dia sorang, x nampak kebaikan org lain macam dia lebih baik drp org...
teruskan uasaha YB, kami mendoakan yg terbaik buat pas, semoga pemimpin yg ikhlas dan dinamik dan faham selok-belok berpolitik akan terpilih...
BUKAN yg jumud, taksub membabi buta, buta sejarah serta buta berstategi dan mudah masuk perangkap musuh. mudah2an Allah melindungi parti drp meraka ini.