Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Pembentukan Masyarakat Islam Menurut Al-Quran

Sambil kita menyaksikan pergolakan politik di dunia Arab, khususnya di Mesir, ada beberapa persoalan yang mungkin timbul dalam pemikiran pejuang dan penyokong gerakan Islam. Di antaranya ialah berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin Ikhwan, seperti Kamal Al-Helbawy dan Tariq Ramadhan, bahawa pihak Ikhwan tidak ingin mengambil alih tampuk kekuasaan pada masa ini. Bukan sekadar itu, mereka sebaliknya mengaku bahawa peranan Ikhwan tidak begitu menonjol dalam menghasilkan kebangkitan rakyat di Mesir. Ini disebut berkali-kali walaupun ianya merupakan hakikat politik bahawa Ikhwan merupakan parti politik pembangkang yang paling kuat dan tersusun di bumi Mesir ketika ini.

Kebangkitan Rakyat Mesir dan Wawasan Politik UMNO

Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah.

Pendakwaan ADUN Sri Muda

Apakah tindakan ini merupakan fasa ke 2 dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor? Kita tahu bahawa semenjak Najib menjadi Pengerusi UMNO Selangor, maka tindakan-tindakan biadap membelakangkan kerajaan Negeri dan Sultan sendiri semakin menjadi-jadi. Perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri diusahakan dengan begitu bersungguh-sungguh dan semestinya ada perancangan durjana disebaliknya. Bukan sekadar untuk menempelak kerajaan Negeri dan DYMM Sultan, tetapi semestinya ada perancangan yang lebih dari itu.

Pelantikan SUK Negeri Selangor

Ada yang beranggapan bahawa sekiranya Kerajaan Negeri akhirnya menerima perlantikan Khusrin sebagai SUK maka bantahan selama ini oleh PR tidak bermakna dan hanya membuang masa. Sebenarnya tanggapan sebegitu adalah tidak tepat sama sekali. Bantahan dilakukan bertujuan untuk menjelaskan kepada rakyat Selangor bahawa Khusrin bukan pilihan kerajaan Negeri tetapi sebaliknya adalah pilihan kerajaan Pusat. Beliau tidak dilihat sebagai calon terbaik oleh kerajaan Negeri tetapi oleh kerana kuasa Negeri, sepertimana kuasa Sultan, telah dirampas oleh Kerajaan Pusat, maka akhirnya perlantikan beliau tetap sah di sisi undang-undang. Oleh itu, sekiranya mutu kepimpinan beliau tidak sepertimana yang sepatutnya dan lanjutan dari itu mutu perkhidmatan awam merudum selepas beliau dilantik, maka rakyat mesti faham, ianya adalah kerana peranan yang dimainkan oleh peribadi yang diletakkan oleh kerajaan Pusat untuk memimpin kakitangan kerajaan di negeri Selangor. Ianya bukan atas kelemahan kerajaan Negeri i...