Skip to main content

Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN
LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)
LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively:

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.

Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.

Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.

Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh ‘Mamak Bendahara’ yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah ‘pilihan Sultan’ dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah “Derhaka, derhaka!” Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

lan said…
Kes ini belum selesai lagi.. yg rugi kerajaan Selangor dan rakyatnya oleh kerana kerajaan pusat yg tak menghormati kerajaan negeri

Ramai lagi calun yg lebih layak dari Khusrin..
lan said…
satu lagi, Ramli Mahmud rupanya ada share dalam kes sabotaj ni. tak sangka betul
Anonymous said…
Sebelum meminda perlembagaan bukan kah lebih baik Kerajaan Selangor menulis surat kepada JPA untuk mengetahui kedudukan perlantikan Kushrin yg sebenar untuk mengetahui samada: perlantikan Kushrin itu dibuat secara pinjaman dibawah Art.134 FC atau satu 'lantikan' yg dibuat dibawah Art.144 FC.

Sekiranya lantikan tu dibuat dibawah A.134, Kusrin masih lagi seorang peg PTD dibawah bidangkuasa SPA . Dan Sekiranya lantikan dibuat dibawah A.144, Kusrin tidak lagi berada dibawah bidangkuasa SPA tetapi dibawah Suruhjaya Perkhidmatan Negeri dan tertakluk kpd Art.97(() Undang2 Tubuh S'gor.

Kalau JPA cakap perlantikan itu dibuat secara pinjaman dibawah Art. 134 , apa perlu pinda perlembagaan. Pinjaman -dua2 pihak mesti setuju.
PTD Old Timer said…
Walaupun Perlembagaan Negeri telah dipinda oleh Mahathir, tetapi dari segi amalan lazimnya, JPA sentiasa merujuk kepada MB dalam urusan perlantikan 3 jawatan kanan tersebut. Dan menjadi amalan lazim juga MB akan berunding dengan Sultan dalam hal ini. Kalau tak percaya, sila tanya Ramli Ngah Talib, Khalil Yaakob, Adnan Yaakob, Muhammad Hassan, Isa Samad, Abu Hassan Omar, Muhammad Taib dan Khir Toyo.
Anonymous said…
selangor govt,
u r chosen by the people, u have the people's mandate.

we do not expect u to back down on this issue. fight them till the end.

it's a shame umno (as always) hides behind royalty even though they were the ones who derhaka all those years ago. the most recent example was the 'natang episode in terengganu.

we, the selangor people, have given u our mandate, so use it strongly and show them u mean business. show us your leadership.

i repeat, fight umno till the end.

4RAKYAT
Anonymous said…
Terima kasih atas penerangan yang mendalam. Memang ramai yang sudah faham.

Isunya sekarang, perlantikan Khusrin memang sudah sah dari segi undang-undang. Pakatan Rakyat patut menerima fakta ini tanpa banyak berdalih lagi.

Cuma apa yang menyedihkan adalah MB Selangor yang berlebih-lebih hingga mahu derhaka kepada Sultan.

Perlu diingat YB, apa yang kita ada Cuma Sultan saja. Kalau Sultan pun kita tak pandai nak hormat, dah takde apa lagi yang tinggal untuk Melayu YB.
Unknown said…
Anon January 11, 2011 3:26 PM

Quote: Kalau Sultan pun kita tak pandai nak hormat, dah takde apa lagi yang tinggal untuk Melayu YB.

Itu pendirian kamu, hak demokratik kamu.

Tetapi, saya yakin dan dah berulang kali saya sebut bahawa Melayu hanya akan maju dengan keimanan yang tinggi kepada Allah serta ketinggian ilmu dan kemahiran.

Kalau saya tak pandai menulis dan membaca dan jika saya tak mengemis setiap hari kepada Allah memohon pertolongan-Nya, saya tak tau macam mana nak cari duit walaupun ada begitu banyak sultan.

Saya boleh baca dan boleh tulis kerana saya belajar, bukan kerana kecik2 dulu saya tinggal tak jauh dari istana Larut atau istana Sharifah Salmah, bini nombor dua Allahyarham sultan Idris.

Allah dah atur bagaimana kita nak hidup, bagaimana supaya orang Islam tak dihina. Malangnya, sesetengah orang pandai2 tambah ikut nafsu jahat mereka termasuk melantik kaki minum arak, kaki betina, kaki maksiat sebagai ketua agama kononnya. Saya merujuk kepada Aga Khan. Kalau ada persamaan dengan orang lain, itu bukan yang saya nak kaitkan.

Saya juga nak tanya, sejauh benarnya apa yang org kata bahawa kingship has nothing to do with Islam?

Maulana Abul A'la Maududi kata, kingship no doubt brought a host of evils... (lihat di sini).
Anonymous said…
Salam,
Komen di atas cuba mengelirukan pembaca. MB tak menderhaka pada Sultan lah... UMNO yang menderhaka dengan meminda perlembagaan pada 1992. Dan sekarang menuduh PR sebagai penderhaka pulak... please check your facts lah.
Anyway yang membuat komen bertanya apa lagi yang ada pada Melayu selain Sultan... Jahil betul dia ni. Melayu masih ada Islam.... itu lebih penting dari segala gala nya lah.
Anonymous said…
Kalau dah rasa pandai sangat tafsir undang-undang, apa kata Khalid Samad bawa kes ni ke mahkamah. Pi tafsir depan hakim la. Buat kat blog ni buang karan aje. Akhir zaman. Semua orang nak jadi jaguh serba serbi.
Anonymous said…
hahaha..UMNO penderhaka? hahaha.. u should do your homework la bro..

aku memang terpedaya masa TDM pinda perlembagaan pada 1993 dulu. Memang aku marah TDM.

tapi, lepas 10 tahun perkara tu, raja masih di tahta. agong tetap silih berganti. malah agong juga berkenan melantik TDM setiap kali PRU.

so kalau TDM itu penderhaka ataulah UMNO itu penderhaka, secara automatiknya agong tak akan lantik TDM jadi PM. Betul tak?

Cuba kita lihat sejarah kembali kenapa TDM terpaksa pinda perlembagaan. Baca harsard parlimen Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993.

open mind sikit.

http://pekembar.blogspot.com/2009/03/rang-undang-undang-akta-perlembagaan.html
Anonymous said…
Kpd PTD Old Timer,
Mengapa bangan sangat. The issue is that JPA/Sidek did not consult /rujuk/refer perlantikan SS itu
dengan MB Khalid.
Of course, JPA/Sidek refers/consult MB of BN contolled states!!!

Sekarang, faham atau tidak?
PTD Old Timer said…
Kepada Anonymous, itulah jawapan yang saya tunggu. Kenapa bila Kerajaan Selangor bertukar tangan , JPA tidak melakukan amalan lazim yang ia telah lakukan selama ini? Ini menunjukkan JPA tidak professional dan Sidek mematuhi agenda lain (the invisible hand).
sejadahburuk said…
isu skrg bukan kushrin tapi pada masa depan macamana kita nak kembalikan kuasa tu pada mb. yg tu yg penting. lagi satu pasal komen dr.hasan arini pon betul jgk,jgn cari gadoh ngan penjawat awam,apa dr. hasan cakap betul. pada yb.khalid jgn plak serang dr. hassan ali.pg tel dia tnya dan bincang yang sebenarnya.jgn baca malaysiakini je untuk jd information ok.
aku sayng yb. khald dan yb.dr hassan ali.
sejadahburuk said…
jasa mahathir ialah yang dibuat pada 1993 tu la,tapi sayang dia bg jgk ruang sikit kat depa ni..
Anonymous said…
Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.
Anonymous said…
Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.
Anonymous said…
Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.
Anonymous said…
Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.
Anonymous said…
Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.
Anonymous said…
etapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.
Anonymous said…
Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.
Anonymous said…
Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Anonymous said…
Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.
Anonymous said…
Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.
Anonymous said…
Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.
Anonymous said…
Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.
Anonymous said…
Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.
Yop said…
Di Melaka tak ada Sultan pun. Sudah lama pulak tu. Beratus tahun. Nampak okay sahaja orang Melayu di sana. Ali Rustam pun happy saja.Tak pening kepala macam MB MB di negeri lain.
gapodio said…
Pemimpin UMNO negeri dah keluarkan statement yang mereka hanya akan sokong sekiranya kuasa diberikan kepada Sultan sahaja bukan menteri besar.

Kalau betul2 nak dikembalikan kuasa Sultan, kenapa tak laksanakan ABSOLUTE MONARCHY saja??

Puak-puak ni percaya ke kat RAJA?? Kat Perak bila Raja guna kuasa dia, sampai atas jalan puak2 ni sanggup tidor. Kat Johor bila Sultan tarik balik pingat, meracau tak tentu hala tuduh umno sana sini. padahal bukan dia sorang, orang lain pun kena. Kat Kelantan pun Ibrahim Ali kena tarik, dia tak tuduh pun sapa-sapa.
Anonymous said…
aku pening jugak sapa la bag artikel panjang lebar ni.

tapi bila aku selidik rupanya harsad parlimen 1993 oleh mahathir.

sedikit sebanyak aku faham hasrat mahathir walaupun dulu aku cukup marah bila dia tarik kekebalan raja.

aku malas nak komen banyak tapi aku amat setuju dgn mahathir.
Anonymous said…
sudah2 la politikkn isu ni wahai pr...bosan la dgn org2 pr ni..jom rmai2 tuka kerajaan negeri pru13 ni..adun tmpt aku dr pkr xpernh nmpk muke pon..
pemerhati said…
komen la pak kiai khalid ooii..dgn harsad parlimen 1993 tu ooi...jgn nak tuduh tak tentu pasai....komen jgn tak komen..
Anonymous said…
jika adun umnoo tak sokong mgembalikan kuasa raja raja melayu ..terutama sultan selangor..anggap adun niii durhaka ..tangkap ..isa..?
Anonymous said…
ajak la suk join PR..dakwah ke..hati manusia ni Allah yg pegang..if nk diberi hidayah..sape2pun bole.Tunjukan PR ni berhatimulia...cth dari Rasulullah amat banyak.

ingatlah yg benar..tetap benar.jika Allah nak jatuhkan seseorng...akan jatuh dia jg,byk manapun jawaban yg diajukan...dah terbukti
Anonymous said…
pasal isu kekebalan raja2 ni, sy ada tulis dlm blog sy http://sangkuriang-malaya.blogspot.com/2011/01/siapakah-sebenarnya-penderhaka-sultan.html
Anonymous said…
harap dapat baca Pembentangan Undang-undang akta perlembagaan Hak Raja pindaan 1993 pada 18-01-1993 di dalam Dewan Rakyat..

Perkara 23.
Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-