Skip to main content

Mulakan Proses Pelaksanaan Islam Dengan Dakwah

SHAH ALAM, 17 Jan: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalis Samad mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor memulakan proses untuk pelaksanaan syariah di negeri ini dengan pendekatan dakwah dari bawah bukannya terus melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Selangor sebelum ini sudah cukup baik apabila seluruh masjid dan surau negeri ini begitu aktif memberikan penerangan dan kuliah agama.

"Kita tidak mahu apabila kita laksanakan terus apa yang kita hendak ia akan menimbulkan fitnah kepada Islam," katanya dalam temubual beliau dengan RTM.

Rakaman temubual itu disiarkan dalam blognya, www.khalidsamad.com.

Khalid dipercayai mengulas perbezaan pendapat yang berlaku di Selangor sekarang ekoran keputusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang mahu menguatkuasakan larangan terhadap orang Islam dari bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan arak.

"Pada dasarnya kita bersetuju dengan undang-undang ini dan tidak ada salah padanya, hukumnya jelas tidak boleh dipertikai, cuma dari segi pelaksanaan perlu ada siasah syariahnya," kata Khalid.

Beliau mengumpamakan apa yang dihadapi oleh negara ini sekarang adalah umpama seorang pesakit yang sedang terlentang sakit tidak boleh bangun.

"Kita umpama doktor, pesakit ada atas katil, terlentang dan tidak sihat. Kita kena pulihkan dahulu dia, bawa ke arah kesihatan yang lebih baik bukannya terus suruh dia berjalan dan berlari tanpa bantuan," jelas Khalid.

Beliau mencadangkan, kerajaan negeri memberikan penerangan terlebih dahulu, kemudian berbincang dengan peniaga dan pengusaha yang terlibat, mencari jalan supaya pekerja Islam tidak terlibat dengan arak walaupun bekerja di syarikat yang sama, alternatif pekerjaan lain dan sebagainya.

"Sedarkan masyarakat kita tentang undang-undang ini, beri pilihan pekerjaan kepada mereka yang terlibat. Kita tidak boleh ambil mudah dan gopoh mahu terus berubah," kata Khalid.

Cara yang terbaik, kata Khalid, adalah apabila pihak yang terlibat menyambut baik apa yang hendak dibuat "bukan memaksa mereka."

Berhubung dengan arahan Ronnie Liu, Exco kerajaan negeri agar peraturan itu ditarik balik, Khalid berkata, "Apa yang saya faham adalah PBT perlu menarik balik dahulu pelaksanaan peraturan ini, jangan laksana dulu, biar kerajaan negeri bincang dulu."

Ihsan Harakahdaily

Berkaitan:
1. The Story of Umar Abdul Aziz and His Son (Dwi Bahasa)
2. Kisah Umar Abdul Aziz: Adakah Masih Relevan?


-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Shazlan said…
Salam,
YB,

Can I suggest that MPSJ tangguhkan (bukan batalkan) larangan tuh... say, selama setahun or 6 months? Give people (Muslims yg terlibat) chance to look for alternative, penjual arak2 nih untuk carik org lain and PAS untuk berdakwah dgn lebih giat in this area. Saya rasa, insya-Allah, nih win-win situation for all people... Kalau selepas diberi masa pun degil tamau ubah, then we'll go into enforcement mode.

Wassalam
Anonymous said…
Satu cadangan yang baik. Ceramah dulu, lepas tu baru adakan undang-undang.

Ceramah Islam cuma sampai kepada orang Islam sahaja YB. Memang orang Islam boleh terima, tapi persoalannya, orang bukan Islam bagaimana?

Baru-baru ni, Ronnie Liu sekali lagi menolak cadangan PAS untuk menghentikan orang Islam daripada berkerja di premis jual arak. Ini bukan isu orang Islam tak faham dan kena dengar ceramah, ini masalah orang bukan Islam yang tak faham Islam.

Sebab tu lah lebih baik kalau orang Islam bersatu dengan orang Islam. Tak perlu penerangan, yang betul dan ikut Islam kita jalankan.

Sekarang, setiap usaha PAS akan dikacau oleh DAP. Hukum Islam tak boleh buat sebab ada DAP. Jadi YB pikirkanlah sendiri.
Grand Marquis said…
YB Khalid Samad,

Ada tulis hal ni dalam zaman apa? Orang Islam sekarang ni dah makin matang. Tak perlu Khalid Samad untuk bagi tau pun kebanyakan orang Islam dah tau, perlaksanaan Islam itu dimulakan dengan dakwah. Kebanyakan orang Islam pun tau, dakwah Rasulullah selama 13 tahun menekankan akidah dan kefahaman, bukannya syariah. Jadi, YB, tak perlu bagi tau suatu yang orang ramai sudah tau semata-mata nak justifikasikan tindakan Ronnie Liew.

Persoalannya ialah kenapa sekarang baru nak timbul isu perlaksanaan hukum perlu melalui dakwah? Apa yang pas buat selama 50 tahun kewujudan? Adakah kerana Malaysia di perintah BN, bererti PAS dah tak boleh dakwah?

Lebih menghairankan, kenapa sebelum berkuasa PAS penuh dengan dakwaan mahu melaksanakan hukum syariah, hukum hudud, hari ni berkuasa esok tutup kilang carlsberg? Tapi bila berkuasa, pandai pula kata perlaksanaan hukum perlu dimulakan dengan dakwah?

Ini adalah retorik politik anda Khalid Samad, semata-mata nak menghalalkan tindakan rakan non-Muslim anda.
Anonymous said…
Dah masuk 3 tahun dahhhh!!!!
Tak habis2 dakwah lagi ka???
Yb, pada saya buat 'a implementation schedule' yang semua pihak boleh setuju. Endorse rancangan itu, kemudian laksanakan. Biar lambat (2-3 tahun) tapi berjalan dan akhirnya terlaksana.. Kalau kita buat tanpa plan, semua orang kecuh & cari salah kita.
Anonymous said…
apa yg kalid samad merepek ni?
persoalan sekarang ialah tindakan MPSJ "DAH BUAT" undang2 kecil melarang org Islam bekerja ditempat arak.

Hang nak sokong ataupun tidak?!

Tak payah nak cakap berbelit-belit. Soal dakwah bukan sekarang baru nak mula...sepatutnya dah lama...bila PAS ditubuhkan...ataupun bila kepimpinan ulama menerajui PAS. Sekarang bila Allah bagi perintah - masa untuk implementasi.

Sepatutnya bila MPSJ buat peraturan mcm tu...kita terus sokong tanpa berdolak dalih.

Arak dah terang haram hukumnya. Tadarruj tu bila nak haram masa zaman nabi dulu. Sekarang bila org masuk Islam, dia dah tahu siang-siang lagi yang arak tu haram. Kalau tunggu kalid samad agaknya 10 tahun perintah pun tak akan dapat laksanakan hukum Allah.
Anonymous said…
lagi satu....dulu waktu pasukan BADAR dan JAIS serbu "the ship" dan tangkap budak2 yg minum arak - kita sokong dan kita bela JAIS dan dato Ishak Baharom habis-habisan.
Kenapa pula sekarang kita tak boleh sokong dan pertahankan tindakan MPSJ habis-habisan???!!!
me.. said…
mx maaf jika pandangan sy salah.sy bersetuju konsep dakwah perlu berperingkat dan tidak memaksa sesuai dgn tuntutan islam. cumanya secara specifik rasa rasa kita perlu ambil kelantan sbg model. apabila tidak mahu terlibat dgn riba semua kewangan negeri dipindah ke bank islam. bg sy isu arak ni pon sama. alasannya ialah arak di akui islam or non islam sbg membawa kemudaratan spt kemalangan dan mcm2 lg. Ia berbeza dgn proses pelaksanaan hudud dan jenayah syariah yang lain yang memerlukan kaedah yang saudara khalid berikan. kerana memang kefahaman islam n non islam kpd hudud sgt kurang dan merekatidak sukar menerima secara kefahaman. Ia berbeza dgn kes arak. bg saya ok lah berperingkat tetapi baik desegerakan dan jgn terlalu tangguh. dalam kes arak sy rasa sesuai kita ikt kelantan. Dalam pelaksanaan hukuman jenayah islam eloklah kita guna kaedah y saudara katakan semasa pemerintahan umar abd aziz...
L_J said…
YB,

Soal, patutkah orang Islam dibenarkan berkerja di tempat2 di mana arak dijual ialah suatu “red herring” (yakni, perkara tidak penting yang menarik perhatian dari perkara penting). Sememangnya ini bukan isu tentang, kononnya, orang bukan Islam tidak faham Islam, sepertimana yang didakwa oleh Anonymous (January 18, 2011 3:21 PM). Hakikatnya, ini soalan cakap angin, dwistandard dan kemunafikan orang Islam dan aplikasi selektif perilaku dan kerenah Islamik di Malaysia.

Jikalau orang2 Islam benar2 prihatin dan merisaukan penguatkuasaan rukun Islam yang di tengah pertelagahan disini (yakni, orang Islam tidak boleh berkecimpung, secara langsung atau sebaliknya, dalam segala perkara haram dari sisi hukum Islam) mereka sepatutnya tidak boleh pun berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia. Ini oleh kerana kerajaan Malaysia mendapat kebanyakan hasil dan cukai dari sumber2 haram (macam perjudian, arak, perbankan bukan Islam, perniagaan gadai janji, penternakan khinsir dan seumpamanya), khususnya peruntukan2 untuk kemanfaatan Islam di negara ini (termasuk pembenaan masjid2, surau2 dan madarasah2).

Jadi rupa-rupanya perkara ini tampak lebih semacam orang Islam tidak memahami Islam dengan cukup lengkap.

Sesungguhnya, orang-orang Islam sebenar sepatutnya berperap di rumah dan tidak melibatkan diri dalam ekonomi Malaysia sehingga dan sampai revolusi Islam tiba dan membawa kesempurnaan dan kewujudan syurga di dunia ini!

Dalam konteks ini, suatu lagi soalan menarik yang menimbul ialah peranaan seseorang wakil rakyat atau ahli politik bukan Islam (seperti Ronnie Liu) dalam menangani akibat2 ke atas konstituen-konstituen mereka ekoran penguatkuasaan hukum2 Islam. Apakah wakil rakyat2 tersebut serta merta (dan ipso facto) hilang kelayakan menangani masalah2 seperti itu? Setakat yang saya tahu tidak ada apa2 peruntukan undang2 di Malaysia yang menetapkan sedemikian.

Justera tindakan2 Ronnie Liu dalam konteks in memang wajar dan seperti seharusnya dan soalan pencelaan orang bukan Islam dalam perkara Islam tidak menimbul sama sekali.

Salam,

LJ
Abu Abdurrahman said…
Realiti hari ini umat Islam tidak peka, malah sambil lewa tentang agama yang mereka anuti. Mana tidaknya, kalau mereka peka sudah tentu perkara yang dipolemikkan ini (bekerja menjual yang haram) tidak berlaku.

Adakah dengan 'memaksa' tanpa 'mendidik' jalan terbaik? Pasti tidak, dan pegalaman lalu menjadikan kita yakin ini bukan cara hikmah yang dituntut.

Pada hemat saya cara yang ditunjukkan Umar Abdul Aziz patut dicontohi, kerana ia cocok buat keadaan kita sekarang.

Sayangnya jika kita berkata begini mungkin akan ada suara sumbang yang mengatakan kita tidak peka agama, kita mengalah dan segala macam label lain yang pada dasarnya menampakkan kejahilan di pihak yang menuduh.

Seperti juga yang lain di atas, YB, kita perlu ada perencanaan jangka panjang untuk memastikan rezeki umat ini mesti dari sumber yang halal dan baik saja.
kuzy said…
Slam yb, saya setuju, biar orang kenal keindahan islam itu sendiri. Kita boleh tiru nabi berdahwah di mekah yang mana berfokus kepada mengenal siapa itu tuhan kita sampai kuat tauhidnya. Jd bila turun ayat mewajibkab solat, lansung tiada rungutan malah berebut2. Kita patut memberi kefahama kepada mereka.insyaalah melalui didikan sy rasa lgi bagus dari enforcement. Yang penting ada perubahab selepas pr amik alih selangor. Tahniah
muak dgn pr!! said…
terbukti org dap xreti hormat org islam..dh berpuluh2 thn hidp bersama dlm satu negara majoriti islam..nape msh xphm or saje buat2 xphm..or mmg si ronie liu ni sengaja nk tunjuk kuasa..jgn risau pr..korng akn di ajar pru13 nnti!!
Anonymous said…
muak dgn pr!! said...

terbukti org dap xreti hormat org islam..dh berpuluh2 thn hidp bersama dlm satu negara majoriti islam..nape msh xphm or saje buat2 xphm..or mmg si ronie liu ni sengaja nk tunjuk kuasa..jgn risau pr..korng akn di ajar pru13 nnti!!

Hangpa sibuk dgn dap/ronie buat pa..dia bukannya orang Islam. Ni orang umno@apco, dibibir je Islam tapi arak judi rasuah fitnah dan macam2 kemungkaran jadi mainan umno.. awat tak muak dgn umno atau hang dan kekawan hang yang lain pun 2x5 dgn umno kut.
Anonymous said…
Pening aku! Berbelit cakap..
Anonymous said…
Grand Marquis said...

bla.bal..'Lebih menghairankan, kenapa sebelum berkuasa PAS penuh dengan dakwaan mahu melaksanakan hukum syariah, hukum hudud, hari ni berkuasa esok tutup kilang carlsberg? Tapi bila berkuasa, pandai pula kata perlaksanaan hukum perlu dimulakan dengan dakwah?

de bro, pergilah ke kelantan dapat tengok kejayaan PAS memartabatkan Islam. Di Selangor PAS adalah minoriti..tapi dalam minoriti pun dah banyak program dakwah berjalan. Berbeza semasa Sgor dibawah UMNO-parti islam terbesar di malaysia. Usaha dakwah sedang kita lakukan. Insya Allah, ia boleh dilakukan dgn syarat orang yang mengaku Islam mesti bantu/sokong bukan dok perlekeh. Nak harapkan umno jauh panggang dari api..
Anonymous said…
Hahaha..PAS martabatkan Islam di Kelantan?

Apakah alasan? Adakah meletakkan gambar Nik Aziz menangis sambil berdoa itu Islam atau meletakkan ayat suci al Quran itu lebih Islam drp UMNO?

Semasa UMNO memerintah Selangor tak ada masalah mcm sekarang hingga perlantikkan Khusrin pun nak jadi politik.

Ada satu lagi yg kata "orang umno@apco, dibibir je Islam tapi arak judi rasuah fitnah dan macam2 kemungkaran jadi mainan umno.. awat tak muak dgn umno atau hang dan kekawan hang yang lain pun 2x5 dgn umno kut"

Aku jawab..siapa Ronnie Liu nak halang arak di rampas oleh MBSA? Siapa dia Ronnie Liu nak cambahkan rumah urut & hotel budget kat Shah Alam ini? Untuk siapa semua ni?

Kat belakang ofis aku tu siap urut guna mulut lagi..apa orang PAS nak kata?

Ada ke benda-benda maksiat ni dlm zaman UMNO dulu kat Selangor?

Kata UMNO curi pasir tapi PR di Selangor pun lagi hebat guna KSSB yg secara terang-terangan curi pasir.

PAS itu bukan agama bro tapi parti. Islam adalah agama.

Adakah mengundi UMNO itu haram mcm Nizar kata?

kenapa nak di doakan supaya Allah hancurkan UMNO mcm Allah hancurkan tentera Ahzab?

Aku nak tanya, UMNO ni bukan saudara seIslam kamu ke?

Pengundi Atas Pagar,
Shah Alam.
Abu Razeen 2 said…
1. My bro. Khalid's views do not necessarily represent Pas or even Islam unless proven otherwise.

so let the pundits be more cautious in attacking Pas b4 hearing Pas's official stand.

2. bro. Khalid.

this is one of many examples of the failure of umno 50-yr rule. in this case , to quote MPSJ, rules pertaining to serving and selling liquor has been enacted/gazetted long long time ago in s'ngor.

but umno did what?

3. so MPSJ perhaps should have spent say 1 month to explain the laws first (if 1 month is too long? 50 yrs is WHAT??).

4. and remember s'ngor and m'sia is not even implementing Islamic laws yet. Just look at the penalties against muslims drinking alcohol and compare to Al Qur'an and hadith.

5. non muslims should be more respectful in not interfering with matters pertaining to muslims/Islam.

It should be noted that not once has Pas interfered with other religions' religious matters since PR took over several states.

6. I disagreed w bro. Khalid but had wished MPSJ should have managed the situation in a better and more engaging manner.

7.ok, bro. YB. tlg bagi ur timeframe da'wah for this specific issue. 3 yrs? 30 yrs?
kuzy said…
Ramai yang berapi-rapi bila hal ini timbul. Sekarang kerajaan negeri setuju rm10 juta utk bantu muslim yang terlibat dgn industri arak berubah.. Aku nak bangkitkan sket isu yang relevan pd puak umno yang taknak didakwah:
1. Sepanjang 50 tahun kita diperintah umno bn, apa usaha utk hentikan penjualan arak? Anak melayu yang bekerja bawah industri ini dah lama dah woi. Jadi adala usaha dr pr repair mess yang puak2 cap keris dah buat.3 tahun terlalu cepat sebab banyak masalah n kekangan yang umno tiggalkan. Jadi man-man la.
2. Dah 50 tahun masyarakat kita gelap disogok hal keduniaan, pada aku tempoh 3 tahun adalah sangat pendekm walaubagaimanapun kesedaran bukan islam terhadap agama islam dah semakin bagus.
3. Isu hudud n kilang carlsberg tu tertkluk kepada kerajaan persekutuan bro.. Kelantan pernah nak laksanakan hudud tapi unmo amik tindakan mahkamah utk halang. Aku pun tak paham kenapa takut sgat umno dgn hudud. Zaman nabi dulu, 2@3 orang je yang kene potong tangan lepaih tu semua pakat insaf. Yang kita ni dok bela dalam penjara sampai 5,6 kali keluaq masuk.
4. Kalau betul hangpa umno rasa pr tak berdakwah dgn baguih.. Aku nak tengok apa hangpa buat bila cua soilek kata calon pas cikgu mala tak hormati kaum cina sebab taknak salam. Mana ulama umno, salam dengan bukan muhrim tu dah tentu haram, mana perjuangan agama hang semua? Hangpa semua ni berjuang ikut kepentingan diri ke. Dalam isu sultan selangor pun macam tu jugak.. Kalau betul hangpa pejuang sultan, hanpa p ligan brahim ali tu dulu. Sewaktu krisis institusi beraja tahun 1993 hangpa boleh baca hansard parlimen macamnama dia ugut agung.. Dan yang paling bagusnya tun mahathir bangun n tunjuk tanda bagus.. Aku mmg dahh muak dengan perjuangan bermuka-muka umno ni.

P\s : yb, teruskan usaha dakwah, insyaalah kita berjaya, kami golongan muda tetap teguh bersama yb.
muak dgn pr!! said…
khalid!!ckp dkt wartawan harakah n pas..sudah2 la memfitnah tu..psl kes pm xlawat su umno bahagian yg meninggl kt tenang aritu...jgnla perkara melibtkn kematian pon korng nk putar belitkn...insaflah..moga wartwan n akhbar pas mendpt balasan setimpal sbb memfitnh n mengadu domba berkatian berita kematian org umno tersebut..AMIN!!!

p/s:harap ko siarkn komen aku ni demi kebebasan bersuara!!
Anonymous said…
Aku sokong pengundi atas pagar.
Pas itu bukan agama. Islam itu adalah agama.

PAS bila tersepit barulah nak bukak cerita pasal perlaksanaan Syariat. Tapi bila di herdik DAP, kata KO pulak pasal perundangan Islam dan Hudud.

Come on la..PAS bukan macam dulu. 10 tahun dulu PAS silap berkawan dgn Anwar Ibrahim. Aku mengagak orang Melayu akan tolak PAS mungkin dlm 25-30 tahun akan datang tapi rupanya ia berlaku lebih cepat.

Memang tak sangka, orang sekarang ni amat menolak PAS. Apa dah jadi??

Kawan dgn DAP pun berani masuk kilang arak. Siap bagi tau lagi dia lah yg pertama masuk dlm kilang arak bukannya UMNO.

Kawan dgn kafir sanggup bagi kalimah Allah di gunakan oleh Kristian.
muak dgn pr!! said…
bgsla pas..doakn la kecelakaan n kemusnahan sesama muslim..doakn la saudara seagama yg mengucp 2kalimah syahadah ni..yg sama2 menghadap Allah dlm solt 5waktu..yg sama2 berkiblatkn Kaabah..yg sm2 mengucap selawat ke ats nabi..

kenape smpai truk mcm ni skali kepale otak org2 pas ni..suke n meloncat kegembiraan bersama2 kafir dap n munafikun anwar ibrahim...tp mendoakan kehancuran kpd saudara seagama...pelik aku dgn golongan pas ni..yg pasti nnti Allah xtanye kita parti mn..jgn harap korng nk mng pru13 nnti kalo saudara seagama korng anggap sprti tentera kafir ahzab..nauzubillah!!
Anonymous said…
50 tahun pemerintahan UMNO di Selangor amat jarang kelab-kelab malam, spa guna mulut, jual arak di tempat terbuka, atau ahli umno masuk dlm kilang arak!

Tapi dlm masa 3 tahun pemerintahan PAS-PKR-DAP ni, MBSA rampas arak kena tengking dgn Ronnie Liu. Kelab-kelab malam bersepah macam cendawan. Spa & rumah urut berlambak. Hotel budget 1 jam pun boleh bercambah-cambah kat seksyen 7.

Malas nak tulis lagi. So En. Kuzy, lain kali check fakta kau dulu bro.

50 tahun UMNO perintah tak pernah pulak dengar bantah SUK di lantik. Buat demo bantah isu kenaikkan air oleh Syabas sedangkan Kerajaan Negeri ada share.

Mau tipu sapa sekarang?

Kau je masih dlm tempurung. Orang Shah Alam ramai dah keluar drp tempurung.

Cerita kalimah Allah yg Khalid Samad setuju sangat bagi pada Kristian pasti akan jadi isu dlm pilihanraya akan datang samada khalid samad bertanding atau tidak.

drp,
Pengundi Saha Alam atas pagar jugak.
muak dgn pr!! said…
hahaha..suami cikgu normala amek mc dgn menipu sbb nk tlg normala berkempn..cmtu ke moral org2 pas..menipu dgn sbb politik..jwbla kt akhirt sok..aku sbg rkyt malaysia xkn redha dgn duit gj yg suami cikgu tu trima sbb duit tu dibyr oleh kerajaan malaysia..jgn mkn gj buta la oi!!nabi xsrh pon menipu utk dpt mc sbb nk tlg istri berkmpen..cmni ke akhlak parti islam..erm..korng pkir la sndri..cr slh org pndai sgt..anggp diri mcm malaikat n mksum..bila org lain tego skit mulela slhkn org lain..ubah la cr pemikirn tu..org2 pas pon byk gak dose..ko pon khalid samad..berlmbk gak dose ko..jgn la plak ingt ko maksum n sume yg kuar dr mlt ko tu btul belake!!
alangsufi said…
Salam. Saya yang cetek ilmu rasa YB wajar diberikan peluang memberikan pendapat beliau. Yang penting kita tidak mudah menghentam satu sama lain sebaliknya kita berbincang secara ilmiah. Yang menjadi masaalah skrg ialah arahan tersebut datang daripada MPSJ. Sepatutnya peranan tersebut dijalankan oleh pihak JAIS tetapi masaalahnya JAIS telah dipolitikkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Realitinya kebanyakan umat Malaysia sekarang ini tauhidnya amat cetek apatah lagi berkenaan hal2 yang lain hasil daripada pengaruh yang ditinggalkan penjajah dahulu. Pendek cerita yang penting sekali banyak perkara yang positif yang dilakukan oleh kerajaan negeri sekarang. Saya yakin YB2 yang beragama islam dalam PR berusaha sedaya upaya untuk menyelesaiakan perkara ini dengan cara yang bijaksana. Wallaualam.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-