Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...
Comments
Video ini setelah diteliti tidak membuktikan apa-apa, Cuma tajuk artikel sahaja membuatkan orang tertipu dengan kandungan video ini.
BN sedang dalam proses transformasi dengan tujuan memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Transformasi ini dijangka akan dapat menguntungkan semua kaum dan membina keutuhan hubungan rakyat Malaysia kelak.
Saya berpendapat PR yang kini terdesak hingga terpaksa menabur fitnah terhadap BN. Apa yang paling mengecewakan adalah pada setiap ceramah PR yang saya hadiri, PR hanya bercakap tentang keburukan BN. Tiada apa pun janji atau perancangan PR jika memerintah kelak disampaikan.
Aku juga sama berpendapat dgn Najib, PR tiada idea atau perancangan utk memerintah negara.
Nak fitnah memang pandai.
Isu air di Selangor juga jadi bahan politik.
Aku tak tau apa nak jadi dgn PR.
Dulu cakap lain, sekarang lain yg di buatnya.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=e9nVrFQDWVQ
Media Baru Adalah Untuk Semua
Sunday, 19 December 2010
Tamparan hebat untuk Nik Aziz:Islam!!: DAP tidak boleh berkompromi: Karpal Singh
KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini.
Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.
“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.
“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.
Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”
“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal.