Maka telah berkata Anonymous December 8, 2010 12:53 AM:
Pertama, yang tuan marah sangat dengan GM Healthcare kenapa? Sepatutnya perlu marah dulu kepada syarikat kroni BN yang dapat kontrak tersebut dan selepas itu sub-con secara Ali baba kepada GM Healthcare tu. Dapat kontrak bernilai RM 482 Juta, songlap dekat RM 80 Juta ‘atas angin’ dan seterusnya serah bulat-bulat pada GM Healthcare buat apa? Inilah cara UMNO/BN ‘tolong Melayu’. Melayu kroni yang makan seorang diri dan tidak kisah pun dengan Melayu lain yang disusahkan hasil tindakan mereka ini.
Mungkin tuan tidak marah kerana dianggap ini amalan ‘biasa’. Satu dunia tahu inilah apa yang dilakukan kroni UMNO selama ini, tetapi yang dimarahi ‘orang Cina’. Yang songlap orang UMNO, tetapi yang dimarahi orang Cina. Tidak sanggup marahkan UMNO kerana ‘sayangkan bangsa’. Inilah cara pemikiran didikan UMNO.
Saya ingin bertanya, kalau Hospital ini tergendala yang rugi siapa? Penduduk Shah Alam! Eh, penduduk Shah Alam tu siapa? Orang Bangladesh kah? Orang Papua New Guine kah? Yang ramai yang sedang menunggu Hospital itu siap dan yang akan mendapat rawatan di Hospital itu orang Melayu Malaysia juga. Atau tuan ingat Melayu semua dah kaya macam kroni UMNO boleh pergi ke Hospital swasta? Pastinya tidak!
Seperti contoh kisah Puan Norlida, isteri salah seorang ketua kampung di kawasan Parlimen Shah Alam. Pada mulanya Hospital Klang maklumkan tiada Dewan Bedah atau ‘Operating Theatre’ yang kosong maka ditangguh dan di tangguh sehingga yang sepatutnya dipotong hanya 1 jari, akhirnya menjadi 3 jari. Lepas tu oleh kerana wad penuh, kena discharge cepat selepas hanya 3 hari. Balik rumah, tidak mampu untuk jaga sendiri, akhirnya bernanah. Akhirnya masuk Hospital yang juah nuuun di Serdang tu untuk dibedah semula, buang segala daging yang telah rosak di betisnya. Tuan pernah terfikir atau tidak perkara seperti ini? Atau pemikiran telah diserabutkan dengan kebencian terhadap kaum lain sehingga tidak nampak macam mana kronisma memangsakan Melayu miskin atas nama ‘kepentingan melayu’ a.k.a. kroni? Lagipun mungkin tuan ini orang senang, lambat pun tidak mengapa boleh ke Hospital swasta.
Disamping itu, pernahkah tuan terfikir, kalau diberi terus kepada kontraktor yang boleh buat, dan bukan kepada kroni yang akan ‘sub’, maka kerajaan Pusat boleh jimat RM 80 Juta untuk projek Hospital Shah Alam. Itu baru satu projek. Kalau semua projek di negara ini yang selama ini UMNO main serah pada kroninya dengan harga lumayan dibuat sebegitu, mungkin RM 10 ke RM 20 Billion boleh dijimat setiap tahun. Kalau kerajaan jimat jumlah itu dan gunakan untuk rakyat melalui bantuan kebajikan, perubatan, persekolahan untuk yang miskin, yang dapat manfaat siapa? Pasti ramai yang mendapat manfaat adalah orang ‘Melayu kebanyakan’. Sekarang ini yang dapat adalah segelintir kroni kesayangan yang seterusnya mengupah pencacai pencacai dengan harga murahan, kerana Melayu miskin, maka murah pun takpe, untuk mencacai “Melayu rugi, Melayu rugi, DAP musuh Melayu” sedangkan yang menindas Melayu dan menghalang duit ini turun kepada Melayu miskin adalah kroni-kroni ini. Kerana apa? Kerana mereka ingin songlap sendiri! Untuk diri mereka dan anak pinak mereka. Saya harap pemikiran tuan tidak terlalu beku untuk memahami perkara ini.
Kedua; apalah masalah dengan orang macam tuan ini yang sambil bising kononnya ingin memperjuangkan Melayu tetapi pada masa yang sama memperlekehkan orang Melayu? Hei, tuan ingat orang Melayu tiada kemampuan untuk kenal pasti dan mengecam penyelewengan dan menentangnya ke? Sehingga, bila ada isu yang dibangkitkan maka terus dibuat andaian ini mesti ide DAP dan PAS serta PKR jadi pak turut. Untuk pengetahuan tuan, PAS sudah lama menentang kezaliman dan penyelewengan tahu! Memerintah Kelantan selama 20 tahun walaupun tanpa DAP. Mungkin tuan sahaja yang tidak nampak kerana syok duduk di bawah ketiak pemimpin UMNO yang kuat menipu.
Itulah, UMNO dan anak didik UMNO ini memang pelik. Seorang ‘Pejuang bangsa’ mengangkat bangsanya dengan menyatakan bangsanya setanding dengan mana-mana bangsa lain. Pejuang bangsa yang bernama UMNO, memperjuangkan bangsanya dengan memberitahu bangsanya dan bangsa lain bahawa bangsa Melayu ini bodoh, lemah, malas, lembab dan mudah lupa. Kalau tanpa UMNO dan tongkat saktinya, kata mereka lagi, hancurlah Melayu. Haai, macam manalah Bangsa Melayu nak jadi bangsa yang agung kalau begini? Diperbodohkan dan di’lemaskan’ oleh kebodohan UMNO itu sendiri. Kalau ya pun Melayu yang masuk UMNO tu jadi bodoh, lemah, malas, lembab dan mudah lupa, tolonglah, bukan semua Melayu seperti itu.
Maka jawapannya adalah ‘tidak’ wahai tuan Anonymous. Saya ni walaupun Melayu, saya mampu memahami apa yang sedang berlaku dan mampu memperjuangkan kepentingan rakyat, termasuk orang Melayu, tanpa bantuan DAP. Saya harap tuan meyakini kemampuan bangsa sendiri dan hentilah daripada membuat sangkaan orang Melayu tidak mampu mengkritik tanpa adanya DAP. Pada awalnya DAP mempertikaikan pemberian tender secara rundingan terus dan nilai kontrak pembinaan Hospital yang ditawarkan kepada syarikat kroni, yang dianggap terlalu tinggi. Itu sahaja. Bila saya tahu mengenai projek ini semasa dipilih menjadi MP dan ianya di kawasan saya, saya buat lawatan ke tapak dan memantau projek ini secara lebih dekat. Sila rujuk laporan lawatan saya yang disiarkan dalam posting saya yang bertajuk: Satus Projek-Projek Awam yang Sedang Berjalan di Shah Alam. Yang penting bagi saya, Hospital itu disiapkan secepat mungkin tanpa tambah lagi nilai kontraknya yang telah sedia mahal. Kontrak rundingan terus telahpun ditandatangani, jika bising pun sudah terlewat. Lagipun, hasil ubat pelali UMNO, orang Melayu takkan ambil peduli. “Maka akan mereka berkata, takpelah, rasuah ke, mahal ke, kroni ke, halal ke, haram ke, yang penting Melayu dapat”. Itulah apa yang diajar kepada mereka selama ini.
Apabila saya melihat keadaan menjadi semakin rumit, kerana syarikat kroni kerap meminta duit memanjang, maklumlah mereka bukankah ‘tuan’ (yang menjunjung konsep ‘Ketuanan Melayu’), maka saya berikan teguran dan peringatan kepada Menteri. Malangnya dia tidak mahu dengar seolah-olah tiada masalah. Sekarang projek ini sudah 6 bulan terbengkalai. Siapa yang rugi?
Saya tidak minta kontrak diberi kepada GM Health. Saya mencadangkan JKR ambil alih peranan syarikat kroni. Syarikat kroni ini pun memang tidak berperanan, kecuali sebagai ‘tuan’ yang menadah tangan menunggu ‘komisyen’. Sekiranya JKR ambil alih, maka nilai kontrak lama boleh dikekalkan dan GM Health akan terikat dengan terma-terma yang dipersetujui dahulu dengan syarikat kroni tersebut, ia itu ‘Sunshine Fleet’. Dalam erti kata mudah, JKR menjadi kontraktor utama menggantikan Sunshine Fleet.
GM Health pula, oleh kerana tidak perlu bayar ‘komisyen’ pada Sunshine Fleet, telah menyatakan bahawa mereka sanggup memberi komisyen itu kepada kerajaan dalam bentuk diskaun sebanyak RM 3 Juta. Tempoh siap pula yang ditawarkan oleh GM Health adalah 18 bulan. Ini jauh lebih baik dari 30 bulan dari tarikh surat tawaran diterima yang entah bila, sekiranya ditenderkan kembali.
RM 3 Juta ini mungkin kecil dan tidak ada apa bagi orang macam Anonymous. Maklumlah, ‘tuan’. Tetapi jikalau digunakan untuk membantu penduduk di Shah Alam, seperti yang di Padang Jawa, Bukit Kuda, Batu Tiga, Rimba Jaya dan lain-lain lagi. Haaaai, banyak manfaatnya.
Dalam soal istana Negara, yang membawanya ialah Ketua Pembangkang dalam ucapan Bajetnya. Dalam projek ini, dianggarkan kerajaan boleh jimat tidak kurang dari RM 300 Juta. Sekali lagi, saya tahu, jumlah ini tidak cukup banyak bagikah tuan Anonymous? Tetapi bagi majority rakyat Malaysia yang miskin, ianya cukup banyak dan cukup bermanfaat sekiranya digunakan untuk kebajikan mereka.
Semalam, pada 9 Disember, saya telah membentangkan usul mengikut peraturan 36 (12), untuk merujukkan Menteri Kerja Raya kepada JK Hak dan keistimewaan kerana mengelirukan dewan dalam jawapan beliau berhubung projek ini. Ini adalah kerana dia menyatakan tidak mungkin sub-kontraktor mampu menghabiskan projek ini dalam tempoh 12 bulan sedangkan masih ada 70% lagi yang tidak selesai. Tetapi saya tahu yang dia tahu bahawa pada hakikatnya hanya 30% sahaja yang perlu dilakukan kerana 40% lagi adalah pembelian dan pembekalan peralatan seperti Lift, Air-Con, Chiller, X-Ray dan sebagainya.
Kita lihat pula bagaimana Menteri dan UMNO menjawab usul saya ini minggu depan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
“Mengenai hospital shah alam tu YB tahu ke cerita sebenarnya? Syarikat GM Healthcare tu baik sangat ke? Ia adalah tipikal syarikat chinaman yang menikam melayu dari belakang dan penuh dengan muslihat dan manipulasi. Cuba tanya staff yang terlibat projek tu.
By the way siapa yang mula-mula usulkan isu jkr ni? Dari isu istana, isu hospital yang sub con nya Cina, benarkah tekaan saya kalau DAP yang usulkan semua ni dan PAS dan PKR cuma terhangguk-hangguk setuju. PAS cubala cari idea lain kalau nak komplen pun. Janganlah hanya menempek keatas isu yang DAP ada kepentingan (untuk bangsanya saja)”

Comments
Puak2 sana suka sangat melenting, sikit2 nak salahkan kerajaan Selangor, yg depa mencekik darah rakyat 50 tahun tu apa?
Macam ni lah YB...sementara nak tunggu Hospital Shah Alam ni siap,YB masih ada masa tuk rancang dan bina hospital baru yang dibina oleh kerajaan pakatan..usah la asyik ditunggu dan dikritik sahaja pasal hospital shah alam yang dibina oleh kerajaan BN.Dah YB kata banyak korup..so dirikanlah hospital tajaan pakatan.lg pun YB kan MP Shah Alam.Klu duk komplen projek org lain je YB sampai PRU 13 lah hospital tu tak siap..semakin ramai lah makcik2 yg terpaksa dipotong betisnya dan dihantar nun jauh di Serdang.
Ingat YB...Selangor ditadbir kerajaan pakatan.Dari start menang dan tawan Selangor...minda YB asyik nak membangkang je.Buat lah satu Hospital yg dibina oleh kerajaan pakatan.Kan lebih mudah...
lebih elok buat sendiri drpd dok komplen projek org yg tak siap2...klu YB dan kerajaan pakatan bina satu hospital sejak mula mememrintah selangor pada 2008,saya rasa dah siap dah pun skrg ni..
YB...saya pasti dan yakin YB pun melayu.Tulisan YB ni penuh cacian kepada org melayu.maka dengan itu teruskan la sikap YB tu..saya yakin dan pasti YB pun juga tergolong dalam kelompok melayu yang tahu nak komplen je tapi tak nak berfikir serta bertindak.
YB,
You have my salute!
Wassalam
Kalau duit tak menjadi masalah tentu saje PR boleh fikirkan idea tu
sekarang ni duit kerajaan pusat dah tak dapat kat Selangor, wang2 cukai kita bayar banyak yg ke Pusat. Berapa banyak yg kerajaan negeri ada?
Buat hospital bukannya semudah macam buat bustop 1malaysia
seksyen 8
Nak bina hospital tu ang ingat mcm ang buat istana pasir kat pengkalan balak ke???? kalo nak buat hospital senang camtu hanya pakai pasir n baldi plastik aku rase da belambak org buat hospital!!! apa la hang ni!!! bodoh piang!
lagi pon hospital da bina da pon, so watpe nak membazir lagi nak bina y lain. bazir duit, bazir masa, bazir ruang... haish!!! ang ni!!!
1 lagi, ang dok bising yb dok komplen org, yang ang dok komplen org xpa!!! hayya ckp memg x pakai akai la ang ni!!!!
kalau kerajaan PR mampu buat hospital baru di Shah Alam (yg mana saya yakin mereka mampu jika mempunyai 'capital') tetapi keburukan kerajaan BN tetap terserlah juga...apa yg YB cuba perjuangkan ini adalah betul kerana kos utk membina hospital di sek.7 shah alam adalah duit rakyat bukan milik mutlak kerajaan korup BN...
Memang nak dirikan hospital bukan semudah nak dirikan bustop 1malaysia..tapi kalau lah Melayu sepeti YB Khalid dapat sama2 berikhtiar untuk menjana ekonomi negeri Selangor yg dah sedia maju ni..cukup dana sendiri walaupun tanpa bantuan kerajaan pusat.Insyaallah...seluruh dunia akan mengikhtiraf YB Khalid sebagai Melayu bukan UMNO yang berjaya dan berfikiran hebat beri tuk manfaat kepada rakyat.Tapi kalau setakat komplen,tuduh orang ni rasuah,minda melayu ni lembab dan dididik tuk taat membabi buta kepada UMNO...apa beza YB Khalid dengan Melayu-UMNO?
Ini masalah hospital...kalau dah tau projek BN ni tak jadi2...penuh penipuan..rasuah...satu Selangor tahu YB.
Tapi kalau dari dulu YB asyik nak update pasal masalah rasuah,penipuan,nak potong gaji menteri RM 10..rakyat Selangor dah bosan,muak kami nak ambil tahu...
Kami nak hospital...bukan nak suruh YB update pasal Melayu ni bodoh,penipu,rasuah..
Orang Shah Alam nak hospital..bukan nak dengar YB semai kepada kami elemen2 kebencian kepada bangsa kami sendiri.
Tasik sekyen 7 tu luas YB..saya cadangkan YB lepaskan lah bangau2 di tasik itu supaya lebih indah dan berseri..dan juga boleh jadi kawan YB tuk main salah2kan macam kisah si bangau tu..
Bila ada masalah asyik fikir nak salahkan diri masing2...masalah tak selesai kita sesama sendiri bertumbuk.
Terima kasih YB..
mentaliti nak berlagak tunjuk bagus buat apa?
org yg memerintah dengan baik nak selesaikan hal rakyat, bukan nak bagitahu ni hospital BN ka hospital PR ka.
sungguh pemikiran yang MENGECEWAKAN dan maaf untuk dikatakan, anda MEMANG BODOH..wuwuwuw~
seb baik khalid samad yang jadi wakil rakyat, bukan orang-orang BODOH macam ni.
[isk, jatuh tatasusila hamba sebagai wanita, chess]
Duit yang guna bina hospital tu bukan Kerajaan BN punya. Awak ingat orang BN aje bayar cukai.
Orang-orang BN ni fikir hanya dia orang aje yang ada hak keatas semua khazanah negara.
Orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dll. tak ada hak selagi tak sokong BN.
aku tak rasa projek tu di sub terus pada GM Healthcare.
maybe company melayu/umno yg dapat tu JV dgn GM Healthcare & GM Healthcare offer pada company melayu tu rm80juta.
ala yb, syarikat saya pun pernah kena mcm tu jgk..jv dgn company cina (sebab pengalaman kerja sysrikat tu & proven track record)..
tender kami beli..setelah perbincangan kami buat project management & company cina tu execute project smpi siap.
tapi kami di offer oleh company cina tu bahagian kami & dia ingin mengambil alih terus projek tersebut..tapi management kami refused..
so..company cina tu mula la buat onar..progress lambat..barang mahal & tah mcm-mcm lagi sampai boss kami pun serabut..al maklumlah, besi cina control, simen cina control, kayu cina control sampaikan nak beli penyapu pun kena beli dgn cina.
di sebabkan tak mau rugi yg berterusan, maka boss saya pun setuju dgn offer tersebut..then kita pun dpt bahagian kita..
tau-tau je company cina tu buat untung lebih 40% daripada saya & jugak lebih daripada jangkaan kami semasa kami buat tender. sepatutnya kami dapat dlm 20-30% keuntungan & share tersebut di beri 40% kami & 60% company cina tu..
so bila dia beli share kami 40% tuh dia buat lagi untung 200%..
peehhh..tepuk dahi boss kami..
nak tau mcmana? hah..tau je la banyak cut cost..
so yb, moral of the story, jgn hina company melayu & tuduh crony umno/bn.
kena siasat kenapa jadi begitu. bukan main salahkan orang je..
jadi apa kata Anonymous December 8, 2010 12:53 AM tu memang betul..yb..you tak kena siapa GM Healthcare tu..
lebih baik you buat hospital sendiri mcm sek 6 cakap.
Seksyen 6 ni rakan2 sewaktunya selalu makan kepala ikan ker, bengap nauzubillah. . Kan projek tu da diputuskan pada zaman BN. . PR meneruskan peruntukan yang telah diputuskan. . HMMM nak bangkang bole tapi jangan sampai kita menunujukkan kebodohan kita kalau tidak kita akan menunjukkan kemaluan kita sendiri. .
Hahaha..sendiri buat salah pastu marah orang lain pulak. yang paling best sekali, siap kata siapa yg jadi kerajaan dialah yg bertanggungjawab. hahahaa..kenyataan paling bangang yg pernah aku dengar.
Kalau tak silap aku masa PAS perintah terengganu, balak lah sumber rezeki kerajaan pas..yer la..sapa suruh hapus cukai itu dan ini..kan susah diri sendiri...
utk makluman penyokong tegar al bugar PR nih..kalau pilihanraya jangan lah dengar janji manis..first thing, kalau jadi kerajaan jgn hapuskan cukai. itu adalah sumber income..mana kauorang nak cari duit kalau bukan dgn duit cukai???
tapi apa yg aku takut sekali bila syabas kena ambil alih poleh PR Selangor, lepas tu banyak masalah tiba-tiba PR kalah PRU 13 kat Selangor then rakyat saman kerajaan selangor pada masa itu.
Adakah patut kerajaan baru masa tu kena bertanggungjawab?
Aku rasa sapa yg jadi MB PR dulu tu yg patut kena dulu.
hehe..YB Khalid setuju ke?
kalau betul YB menentang duit makan angin kenapa Yb sokong kerajaan selangor makan angin berbillion ringgit yang akan membebankan rakyat selangor.
Saya ingin minta penjelasan berkenaan isu air selangor.
Setahu saya PAAB yang akan membeli semua aset air. Ia telah beli aset air di negeri lain mengikut nilai buku (Book value).
Kenapa selangor nak beli asset air dari pengusaha air pada satu harga rendah dan kemudiannya menjual ke PAAB pada harga tinggi? Mengikut MB kerajaan negeri akan untung berbillion ringgit. Kita sudah maklum kerajaan negeri tidak ada Wang membelinya sebab itu meletakkan pra syarat PAAB kena beli balik. Tapi bukankah ini duit atas angin.
Walhal yang lebih buruk adalah duit atas angin berbillion ringgit ini akhirnya akan difaktorkan ke dalam sewa aset air kepada kerajaan negeri kelak dan meninggikan tariff air. Akirnya rakyat dibebankan. Kenapa tidak telus di sini?

Blog YB Khalid saya kunjungi. Saya meneliti posting YB dan komen2 yang diberikan oleh pembaca. Walaupun saya masih ahli UMNO tapi amat memalukan komen yang menentang (rasanya ahli UMNO) tak bernas langsung. Macam tak sekolah dan memalukan. Makin panjang KOMEN ditulis makin nampak bodohnya. Kalau nak hentam YB pun biarlah ada fakta dan biar dia terduduk dibenci penggundi bukan sebaliknya... Contohnya nak minta YB berikan bukti apa yang dicakap dalam Parlimen, sepatutmya kita terima ucapan YB sebagai fakta sebab diucapkan di dalam dewan Parlimen, jika YB cakap tak betul pasti beliau akan dibawa ke JK hak dan keistimewaan....
Kawan2 dalam UMNO, ubahlah mindset dan cara anda bekerja supaya dapat mengambil alih Selangor dengan bermaruah.
I am 56 years old and I see a different PAS then what it was. I pray that PAS stick to religion and the propagation of Islam to make better Malaysian Muslims. Remember there are people who do not condone to corruption. People who resign , request for transfer out of departments, pay parking fines instead of giving money to avoid fines to avoid corruption. These are the people who do not want their children,grandchildren and generations to come to live from ill-gotten gains. Please PAS stick to Islam and its propagation. It will make PAS the choice of the people.Non-Muslims will admire us if we are truly Muslims in Malaysia.
seksyen 6 & the gang...semua tu macam hantu lapar cina... 3 tahun dah tak dapat suapan... itu yg menggila tu...
jangan dilayan hantu2 ni...
teruskan Yb... surau seksyen 8 sentiasa mendoakan kejayaan PR selagi berada di landasan yg betulll..
sebab seburuk mana pun PR... tak seZALIM BN @ UMNO MUNAFIK YG TUTUP RANTAI SURAU SEKSYEN 8 SELAMA SETAHUN.... semoga Allah berihidayah pada mamat seksyen 6 yg berselindung menggunakan nama seksyen 6 (walhal pendudk seksyen tak sebodoh dia)...
tulis nama lah bro kalu berani...
Zuraimi Baharum Seksyen 8...
1. Anda bengong
2. Bina hospital, sekolah, balai polis , balai bomba , Universiti dan seumpama nya adalah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri. Dah termaktub dalam konsep federalisma.
3. YB Khalib bukan hina melayu. Dia hina UMNO yang bengong macam Syeksen 6 ni.
Cina yang hantam MCA banyak sampai MCA dah tak relevan. Yakni nya cina brani ambil risiko dan pandang jauh.
YB Khalid melayu pandang jauh, nak buta mata melayu bodoh sembah kepada Aristrokat UMNO.
Duhai semua, menjelajah dan berilmu sikit, matematik tak nak buat, nak komplin cina yang untung.
Banyak juga cina tamak yang kena tipu geng UMNO. Jadi sub con
tak dibayar payment.
The top leadership of PAS including yourself and Tok Guru might want to read this article that came out today.
It is about PAS’s religious policy.
PAS Supporter's club members are not happy about Tok Guru's recent statements.
We cannot afford to lose support at this moment.
Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
yep..memang nampak salah umno..tapi kalau baca dlm nih..memang bangsat Lee Kuan Yew..
Ya .. setuju sesangat dgn YB dalam Isu ini.
Konon Atas dasar Ketuanan Melayu,DEB dilacurkan untuk kepentingkan diri Pemimpim2 UMNO sendiri, keluaga dan kroni2 mereka sahaja. Tidak untuk kebanyakan orang Melayu atau rakyat secara amnya.
Sekiranya kita ingin mewujudkan, masyarakat bumiputra kebanyakan yang kaya raya amat mudah dilakukan.
bersambung.....
Khalid Ibrahim pernah kata peruntukan bagi menampung bayaran 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor dikurangkan dalam bajet 2011.
Kenapa?
Kenapa YB & YB Rodziah berdekah-dekah dlm ceramah nak tunjuk salah UMNO/BN & SYABAS tapi dlm masa yg sama MB Selangor nak kurangkan peruntukkan.
YB nak tipu siapa?
http://limguaneng.com/index.php/2010/12/15/isu-kontraktor-melayu-di-pulau-pinang/
Dan untuk pengetahuan orng yg x dpt projek2 nie..Penang x pernah ditadbir oleh ketua menteri melayu..Dari dulu hingga kini.. pls stop racism..
memangla ramai akan jawab umno boleh buat tapi umno guna duit siapa? dapat overinflated kontrak, kebas projek kerajaan,komisen..semua tu duit kerajaan MALAYSIA (yakni duit rakyat)
Jadi x salahla kalau kita marah sebab tu duit kita jugak
Lg pun ramai yang nampak kos nak bina, camana kos pengurusan, sumber tenaga kerja, semuanya dah dirancang dan diluluskan tetapi kalau projek lewat segala kos akan meningkat, yang rugi kita jugak akhirnya (sekarang pn dah rugi)
kita tahu UMNO rasuah, Kita tahu UMNO gadai tanah rezab melayu, kita tahu DEB x function, jurang sosioekonomi semakin jauh, inflasi yg terlalu cepat. kita tahu!!!!..
saya orang melayu, saya berwaspada dengan cina, tp x bersangka buruk, x mencaci, x menghina, x berlaku zalim dengan Cina...pada saat itu MELAYU dihormati, disanjugi,.
hang merepek apa? ni tak kaitan langsung dgn anwar atau najib
duk diam2 main forex ko tu sudah la, taknak ke tahu hukum main forex? janji duit masyuk?