PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen.
"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," kata Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
"Akta yang begitu penting, yang menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat begitu tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."
Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa wakil rakyat PAS dan dua orang peguam mereka ke istana negara pagi ini.
Antara terlibat ahli Khalid Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Taib Azamuddin (Baling), Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) dan Zulhazmi Shariff.
Dalam sidang media selepas menyerah memorandum tersebut, Mahfuz berkata rang undang-undang tersebut tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan.
"Kebanyakkan yang dinaikkan (dalam rang undang-undang) adalah kesalahan teknikal, katanya.
Wakil istana terima baik
Sebagai contoh, Mahfuz berkata masalah pertukaran alamat atau kegagalan memberi maklumat yang betul menyebabkan pengguna jalan raya akan dikenakan hukuman penjara.
"Ini bukan satu kesalahan jenayah yang berat," katanya.
Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Seri Paduka, dilampirkan juga hansard perbahasan di parlimen berhubung akta tersebut.
Mereka kelihatan memasuki Istana Negara pada jam 10.20 pagi dan kelihatan keluar kira-kira 15 minit kemudian.
Ditanya mengenai reaksi pihak Istana, Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata: "Wakil Tuanku menerimanya dengan baik".
Sementara itu, Taufek yang juga naib pengerusi KASE berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menyusun langkah penerangan mengenai isu berkenaan kepada rakyat.
"Selagi rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas tentang perkara ini, saya rasa rakyat tidak akan melihat isu ini sebagai isu yang besar," katanya.
Berita dan gambar ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments
Tolong jelaskan apa dia Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yg sudah di bahaskan.
Juga tolong detailkan hansard perbahasan di parlimen berhubung akta tersebut dlm blog YB.
Kami sebagai rakyat nak juga tahu apa yg nak di bangkang sehingga perlunya PAS menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen.
Kami tak mahu 24 jam berpolitik. Walaupun ini menyentuh kepentingan rakyat tapi jika rang undang-undang tersebut merangkumi aspek teknikal pada saya adalah memadai dahulu.
Aspek teknikal sepatutnya boleh di improvise pada setiap masa.
Tolong YB, kami tak mahu 24 jam berpolitik. Cukuplah dengan Isu air di Selangor yg tidak berkesudahan walaupun sebenarnya Syabas adalah antara syarikat operator terbaik di dunia tapi orang mcm YB ni sebenarnya amat jaki dengan kebolehan orang Melayu di dalam Syabas.
Jadi tolong dengar cakap saya sebelum YB kalah besar dlm PRU akan datang.
How perfect can you be? Aku setuju dgn Anon 12:56 PM..Kita sepatutnya cuba RUU ini dulu. Jika ada keperluan utk di tambahbaikkan then minta la usul.
Professional sikit YB-YB semua. Buat malu je kalau mcm ni.
Kalau setakat bahas tak sukup masak aku rasa itu bukan alasan nak mintak Agong tangguh RUU.
Tapi puak2 UMNO ni kan ke kebal ye tak, apa nak takutkan? Saman boleh bayar duit kroni kan ke banyak? Masuk jail? Kita cowtim je la yek!
Malam tadi, saya berkesempatan ke Selangor Ria bersama keluarga. Hampir keseluruhan tapak expo kami pergi termasuk Fun Fair.
Amat mendukacitakan saya, satu perkara yg tidak sepatutnya di bawa di dalam Selangor Ria ini. Budaya judi terang-terangan di sini. Bayar token, dapat baling bola. Masuk 3 lubang dapat kereta control atau teddy bear. Adakah itu bukan judi?
Anak saya beria-ia meminta kebenaran saya utk main permainan tersebut & bila saya explain, saya kata itu adalah judi, baru dia faham.
Dia tanya saya, kenapa ada orang Islam baling bola? Saya tak tau nak cakap apa. Cepat-cepat saya ajak balik.
Malunya saya depan anak bila dia bertanya kenapa orang Islam main judi. Apa dah jadi? Apa dah dgn PAS? Mana slogan Islam?
Seingat saya semasa zaman pemerintahan BN dulu, tiada unsur judi di Fun Fair Selangor Ria. Kenapa benarkan Zaman PR? Mana pergi ustaz-ustaz PAS?
Oh..lupa, kamu semua dah menghalalkan judi di Selangor. Itulah dia, berkawan dgn DAP, semuanya halal belaka. Arak di rampas tapi bila kena tengking dgn Gangster DAP Ronnie Liu terus kecut perut semua.
Well done YB. Akibat terlampau sibuk berpolitik, akhirnya judi terlepas jua di Shah Alam.
Untuk makluman, saya adalah pengundi YB & juga mengundi Rodziah.
Buatlah perkara yg memajukan umat bukan asyik berpolitik sepanjang masa hingga terlepas pandang soal judi.
dulu kata sambut hari natal haram & sekarang ok pulak.
bn buat semua harram. pas buat halal belaka.
yang mana satu betul ni yb?
"Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan" harus di aplikasikan terlebih dahulu dlm sidang Parlimen sebelum sebarang jenis dasar/akta/rang undang2 diluluskan.
Ini adalah typical mentaliti assobiyah hijau yg di anuti hingga tak dapat bezakan antara di saman & jugak ketuanan melayu.
AKu rasa kalau di ni kena saman dgn polis atas sebab langgar lampu merah ke atau parking merata, bila di saman dia sure kata polis zalim sebab ikut telunjuk umno.
Kelakar sungguh.
Kerajaan buat benda yg baik utk kepentingan rakyat bukan main hentam keromo je. Kalau RUU tersebut menindas rakyat aku sokong khalid samad, tapi aku tak setuju hantar terus memorandum kepada Agong. Sepatutnya boleh di bincang di dlm parlimen. parlimen bukan hak mutlak BN. Parlimen juga bukan tempat kangaroo buat kecoh.
Pada aku, semua wakil rakyat tak kira BN ke PR ke kena muafakat la..kalau usul itu baik aku rasa speaker akan terima..tapi kalau cara usul itu nak di bentangkan dgn cara menyakitkan hati, sapa pun tak mau terima..
kalau tak percaya tanya mahfuz..
Muak dah.
pasal saman pun nak kaitkan dengan ketuanan melayu.
apa jenis bangsa kau ni? kenapa nak pertikaikan ketuanan melayu? apa selama ni kau tak pernah dapat hak layanan sebagai orang melayu ke?
aku nak tanya kau sikit, kita tolak ideologi politik sekejap.
katakan ada satu kawasan perumahan nak buat di seksyen 8. contohnya harga rumah di jual dgn harga RM500,000.00 tetapi diskaun kepada Bumiputra sehingga 7% maka jadi RM465,000.00
Soalnya di sini, sanggupkah ramlan sani beli rumah dgn harga RM500,000.00 sedangkan dia adalah seorang melayu yg mana ada kelebihan utk membeli rumah yang ada diskaun sebanyak 7% (-RM35,000.00).
Jadi tanpa kita sedari, kita sebenarnya menidakkan hak kita sebagai Melayu & Bumiputra. Itu baru satu contoh.
Aku tak pasti apa itu Ketuanan Rakyat. Walaupun aku memang tak sokong UMNO/BN sampai bila-bila pun, tapi ketuanan Melayu tetap aku akan perjuangkan.
Jadi kalau nak juga di pertikaikan atau di hapuskan, ingat anak-anak kita. Ingat cucu-cucu kita setidak-tidaknya bangsa kita..bangsa Melayu.
Memang terang terangan BN nak luluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan tu, macam ada udang disebalik Mee.
Yang menariknya, ada syarikat yang dilantik untuk buat kerja POLIS dan dapat fees 36%. Wowwww kaya tu, konfirm tokey tu goyang kaki tujuh keturunan. Dan menteri yang bentangkan tu pun nampak emosional sangat bila dicuit jika ada kepentingan atau tidak dalam SYARIKAT tu. Memang la dia kata takde takkan nak mengaku plak kan.
Apa-apa pun kita ucapkan tahniah pada PENGUNDI umNGOK, sebab depa la kita menanggung derita. Lepas nie kalau ahli umNGOK kena saman dan berderet-deret samanya dan takleh nak diskaun UCAPKAN TERIMA KASIH PADA umNGOK.
-wakleman-
Aku tak setuju dgn ANON December 27, 2010 12:53 PM.
Cakap penuh emosi. Kalau tak buat salah apa perlu takut. Ini tidak, belum apa-apa lagi dah tuduh sebarangan.
Kalau tak ada diskaun terima je la.
Asyik nakkan subsidi je..pandai pulak tu mintak diskaun.
Sejak bila pulak polis bagi diskaun ni???..polis bagi diskaun suruh bayar tak nak bebankan rakyat bukan buat kesalahan boleh dpt diskaun.
Apa daa??..