Skip to main content

Minggu Lepas dalam Perspektif

Minggu ini memang banyak perkara yang menarik. Bermula dengan Konvensyen MB pada Isnin 29hb, usul undi tidak percaya kepada Menteri Kerja Raya pada Rabu 1hb dan kemuncaknya Ahad 5hb bersama rakyat membantah penswastaan air.

Walaupun tidak dapat saya hadir Konvensyen tersebut, saya ikuti perjalanannya dari jauh semasa menghadiri sesi Parlimen. Ianya merupakan langkah pertama ke arah penyelerasan kerajaan-kerajaan Negeri di bawah PR dan insyaAllah akan membantu memantapkan lagi kedudukan kerajaan-kerajaan tersebut. Keadaan dan suasana di kesemua empat Negeri berbeza dan oleh itu sudah pasti akan terdapat perbezaan dalam sudut perlaksanaan, namun prinsipnya tetap sama.

Yang agak menggelikan hati, timbul isu kononnya kerajaan Kedah ingin menuntut balik Pulau Pinang. Kalau ya pun, biarlah selesai dulu tuntutan ‘kerajaan Selangor ke atas Wilayah Persekutuan’. Dahlah beli dengan harga murah, bila dah dapat sombong pula! Setelah kalah 10 dari 11 kerusi Parlimen, lantik Menteri Wilayah dari BN juga. Dasar muka tidak tahu malu. Lepas tu pandai pula komen pasal kerajaan Negeri Selangor.

Begitu juga dengan soal harga air di Kedah. Ada yang berkata, Kedah pun naik harga air! Kenapa hanya yang di Selangor dibuat bantahan. Ni jenis makhluk yang tidak faham dan tidak mahu faham. Di Selangor ianya diswastakan. Kenaikkan harga bukan kerana rugi tetapi kerana sudah tercatat sebegitu dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan BN Selangor dulu. Kerajaaan pengkhianat yang menjual hak rakyat Selangor kepada pihak swasta, iaitu tuan Bendahari UMNO Selangor. Kalau harga dinaikkan yang untung dia, yang merana rakyat. Gaji RM425 ribu sebulan tak cukup lagi ke sampai nak naikkan harga air sebanyak 37%? Eh, dengan gaji sebanyak itu, maknanya dia terima dalam sebulan bersamaan seseorang yang bergaji RM2 ribu terima dalam tempoh hampr 20 tahun tahu tak? Tetapi juak-juak UMNO masih sokong kerana dapat ‘merasa’ imbuhan ‘upah jadi bodoh’ darinya. Juak-juak UMNO memang sentiasa sahaja sanggup.

Walaubagaimanapun, di Kedah, air tidak diswastakan. Harga air dinaikkan kerana sudah mula rugi. Kalau bayar lebih pun, bukan masuk poket swasta, sebaliknya kembali kepada kerajaan. Itu beza yang tidak dapat difahami dan tidak mahu difahami juak-juak UMNO ini.

Soal usul potong gaji Menteri Kerja Raya, memang telah menjadi kecoh dewan seketika. Tetapi apa lagi yang mampu kita lakukan sedangkan beliau, memilih pilihan lambat dan mahal dalam isu hospital Shah Alam. Apabila di retender, harga bertambah dan pada masa yang sama tempoh siap kerja adalah 30 bulan dari tarikh terima surat tawaran. Tender baru dipanggil! Sedangkan ada tawaran diskaun 3 Juta dan tempoh siap 18 bulan yang dikemukakan oleh sub-kontraktor yang sediada. Persoalannya sekarang mengapa Menteri pilih pilihan lambat dan mahal? Siapa yang akan mendapat tender yang baru, siapa yang akan untung? Rakyat? Memang patutlah dipotong gaji.

Berkenaan projek Istana Negara dan sebagainya Menteri diam dan tidak menjawab kerana dia tak boleh jawab. Hanya ada segelintir pencacai UMNO yang lebih hebat dari Menteri, minta saya kemukakan bukti. Sungguh kelakar. Kalau Menteri pun sudah mengaku perkara sebenarnya, hendak berdolak dalih dengan meminta bukti buat apa? Hiiish, pencacai UMNO ni, kalau ingin bodek pun, tengoklah dulu tempatnya.

Walaubagaimanapun, yang terhebat bagi saya, ialah berita dalam akhbar The Star pada 4 Disember, Menteri Besar (lanun) Perak menjawab persoalan mengapa Ibunya sendiri diberi tanah, beliau menjelaskan begini:

“The owner of the piece of land, occupied by 100 hardcore poor families, including his mother, had approached the State Government with an offer to sell it”.

Terjemahan – “ Pemilik tanah yang diduduki 100 keluarga miskin tegar, termasuk ibunya, telah membuat tawaran untuk menjualnya ke kerajaan negeri”.

Wah, tak disangka, seorang MB Perak ibunya duduk di kawasan setingan dan merupakan seorang miskin tegar. Untuk makluman yang tidak tahu, MB sekarang sebelum ini adalah ahli Exco pada zaman Tajol Rosli menjadi MB. Sekiranya benar, adakah wajar seorang anak membenarkan ibunya sendiri berada dalam keadaan sebegitu sambil dia menjadai Exco kerajaan dan sekarang MB? Tidak bolehkah dia sebagai seorang anak memberi wang kepada ibunya sendiri setiap bulan supaya terkeluar dari keadaan sebegitu? Takkan perlu tunggu jadi MB baru boleh tolong ibu? Ini namanya anak yang tidak guna - kalau benarlah apa yang diceritakan. Atau ianya hanya satu alasan yang diberi tanpa memikirkan implikasi dari penjelasan itu? Biasalah orang UMNO, kuat menipu.

Namun wajarlah juga kalau difikirkan. Orang yang menipu atau khianat ibu sendiri sudah pasti mampu menipu atau mengkhianati rakyat negeri Perak dengan merampas kuasa sebegitu rupa dan mentadbir negeri dengan keadaan menindas.

Saya akan sambung dengan menceritakan pengalaman semasa demo air tempohari pada petang ini insyaAllah. Disamping itu, selamat beristirehat sempena cuti Awal Muharam pada hari ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Nah! Ambik kau orang umno!

Nak melalak kat sini tak tentu pasal dgn hujah bodoh.

Teruskan YB. Do the right thing!

Semoga kia dibebaskan dari kerajaan yg zalim ini. Amin.

Geng baik.
Kay Du Lac said…
Salam Sedara,

Saya berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Selangor kerana dah setahun saya tak perlu bayar bil air. Terima kasih amat.

Tapi berdemo untuk hantar memorandum bukan jalan penyelesaian. Demo banyak menyusahkan daripada menyenangkan.

Demo ni hanya cara Indonesia. Setiap minggu ada demo. Kita di Malaysia tak perlu rasanya berdemo. Gunakan saja DUN dan Parlimen.

Lagi pun mengapa perlu dihantar terus kepada YDP Agong? Sultan Selangor tidak terlibat samakah Sedara?
Anonymous said…
lepas ni kita DEMO KAT SULTAN SELANGOR LAK MB SELANGOR JUAL PASIR KE SINGAPORK....
Anonymous said…
Kenaikan sebanyak 37%... memang kelihatan amat besar. Tetapi kenapa YB tak kata kenaikan diminta oleh pihak SYABAS atas kos penggantian paip-paip air diseluruh negeri selangor yang dianggarkan bernilai rm 2 billion.

Belanjawan keseluruhan negeri selangor untuk tahun 2011 hanya berjumlah rm 1.43 billion.. masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos penggantian paip. Disebabkan kos yang tinggi inilah kerajan negeri kelantan hanya akan dapat menyelesaikan masalah air dalam jangkamasa 17 tahun..

Kos air percuma sebulan yang ditanggung oleh kerajan negeri lebih kurang 12 - 14 juta sebulan.. bersamaan lebih kurang 150 juta setahun.

1/3 daripada amaun ini saya kira sudah cukup untuk membantu saudara-saudara fakir miskin kita diseluruh selangor

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-